siputpepel Publish time 1-9-2020 12:00 AM

[KDRAMA] TOP 10 DRAMA KOREA

Edited by eddlisa_uyuk at 30-9-2020 04:40 PM

Siapa suka layan Korean Drama? Kita geng :lol: Berikut adalah senarai drama Korea yang mempunyai rating paling tinggi.

#10 - Hotel Del Luna, 2019 (Rating 8.9%)


Hotel bukan sebarang hotel, hotel yang sangat istimewa yakni pelanggannya hanya hantu-hantu belaka. Yang bestnya, tak semua orang boleh nampak hotel tersebut.

Mengisarkan tentang seorang pengurus hotel yang memiliki latar belakang pendidikan yang mengagumkan tetapi akhirnya bekerja di sebuah hotel yang misteri! Setiap episod merungkaikan kewujudan hotel misteri ini dan bagaimana hantu-hantu ini boleh menjadi pelanggannya. Tak semua orang boleh nampak kewujudan hotel dan tak semua hantu boleh jadi penginap hotel. Menarik!



#9 - 100 Days My Prince, 2018 (Rating 9.0%)

Mengisahkan tentang seorang Putera Joseon yang tiba-tiba bangun suatu hari sebagai seorang yang miskin dan hilang ingatan tentang masa lalunya sebagai seorang ahli kerabat diraja. Seorang gadis biasa menjadi temannya dan kemudian menjadi isterinya dan akhirnya berkahwin mengikut undang-undang yang dia sendiri buat sebelumnya. Isterinya sering mengejeknya kerana menjadi suami yang tidak berguna yang bahkan tidak dapat melakukan kerja rumah yang paling mudah tetapi dia tetap jatuh hati terhadap suaminya. Kebahagiaan dan percintaan mereka terganggu ketika putera Joseon mendapatkan kembali ingatannya dan perlu bertindak sebagai putera mahkota.




#8 - Hospital Playlist, 2020 (Rating 11.0%)

Berkisarkan tentang lima rakan baik yang menghadiri sekolah perubatan yang sama dan akhirnya berkerja di satu hospital yang sama. Cerita ini berkisarkan tentang kehidupan seharian mereka dalam mengekalkan hubungan persahabatan mereka dan dalam masa yang sama berurusan dengan orang lain.



#7-Itaewon Class, 2020 (Rating 11.8%)

Park Seo-joon merupakan seorang bekas banduan yang bekerja keras untuk menempa nama dalam industri restoran dan membalas dendam terhadap orang-orang yang menghantarnya ke penjara. Drama ini menunjukkan yang semangat untuk bermula dari bawah tidak mudah. Namun dalam mencapai cita-cita dan impian, kezaman yang tinggi dan matlamat yang jelas sangat perlu. Salah satu drama yang beri inspirasi dan motivasi.




#6 - Crash Landing On You, 2019-2020 (Rating 12.2%)

Drama dimulakan dengan Son Ye Jin tengah paragliding dan jatuh di Korea Utara. Dia dijumpai oleh seorang askar yang tengah bertugas, Hyun Bin. Korea Utara dan Korea Selatan kan tak ngam. Jadi, Hyun Bin berjanji akan bawa Son Ye Jin balik semula ke Korea Selatan dan dalam proses itu mereka pun jatuh cinta. Frust jugak lah peminat nak tengok macam mana percintaan terhalang oleh dua buah negara ni untuk bersatu kan?


#5 - Reply 1988, 2015-2016 (Rating 12.4%)

Ia hanya menceritakan kisah orang biasa yang tinggal di kawasan yang sama, menunjukkan peristiwa realistik yang berlaku dalam persahabatan, cinta, dan keluarga dari lima watak utama.









#4 - Sky Castle, 2018 (Rating 12.5%)



Untuk orang Malaysia, kita mungkin tak dapat relate. Tapi orang di Korea, mereka mungkin obses dengan institusi pengajian tinggi yang berprestij. Drama ini berkisarkan tentang beberapa mak bapak yang meletakkan harapan sangat tinggi untuk anak-anak mereka dapat masuk ke Universiti yang sangat berprestij dengan cara yang ekstrem.







#3 - Goblin, 2016-2017 (Rating 12.9%)


Mengisahkan tentang seorang Goblin yang mencari jalan untuk menamatkan sumpahan abadi dan seorang pengantin manusia yang boleh menamatkan sumpahan tersebut.







#2 - Mr Sunshine, 2018 (Rating 13.0%)


Drama berkisarkan zaman Joseon. Seorang budak lelaki dibawa ke Amerika dan pulang ke Joseon sebagai pegawai US Marine. Bila dia pulang ke Joseon, dia bertemu dengan seorang gadis bangsawan dan jatuh cinta. Drama ini berkisarkan sejarah, mungkin ada yang tak minat tapi jalan cerita best.








#1 - The World of The Married, 2020 (Rating 18.8%)


Mengisahkan tentang seorang doktor wanita yang mempunyai kehidupan sangat sempurna, keluarga dan kerjaya. Semuanya mula berantakan bila dia dapat tahu suami dia curang.


Percayalah, setiap episod akan berakhir dengan kata-kata kesat dan kecaman sebab ini realiti yang susah kita nak hadam.




------------------

Drama Korea apa yang anda suka dan best? Kongsikan...



sarah82 Publish time 1-9-2020 12:05 AM

KINGDOM.. ;P sbb zombie

siputpepel Publish time 1-9-2020 12:06 AM

sarah82 replied at 1-9-2020 12:05 AM
KINGDOM..sbb zombie

yasss. tak sabar tunggu next season. :lol:

bloodyamuk Publish time 1-9-2020 12:07 AM

sarah82 replied at 1-9-2020 12:05 AM
KINGDOM..sbb zombie

hehehe same...best kan kingdom kak...ni tunggu season 3 plak...

sarah82 Publish time 1-9-2020 12:11 AM

bloodyamuk replied at 1-9-2020 12:07 AM
hehehe same...best kan kingdom kak...ni tunggu season 3 plak...

Hahaha...awak tahun depan pulak keluarkan.

sarah82 Publish time 1-9-2020 12:12 AM

siputpepel replied at 1-9-2020 12:06 AM
yasss. tak sabar tunggu next season.

Yezaa.. Nak tau sapa sebenarnya yg tanam pokok tu..

adila39 Publish time 1-9-2020 12:19 AM

sarah82 replied at 1-9-2020 12:05 AM
KINGDOM..sbb zombie

katne nak tgk sarahhh.. mcm tertengok kat fb.. tp xtau mana bila cari.

sarah82 Publish time 1-9-2020 12:39 AM

adila39 replied at 1-9-2020 12:19 AM
katne nak tgk sarahhh.. mcm tertengok kat fb.. tp xtau mana bila cari.

Hihi.. Netflix.. Best..

Chah21 Publish time 1-9-2020 12:47 AM

Goblin ngan itaewon tu knp x best eh i tgok..yg lain mmg best.. kingdom pon.. tp geram cerita bersambung

siputpepel Publish time 1-9-2020 01:59 AM

Chah21 replied at 1-9-2020 12:47 AM
Goblin ngan itaewon tu knp x best eh i tgok..yg lain mmg best.. kingdom pon.. tp geram cerita bersam ...

ingatkan kite je rasa camtu. boring kan goblin ngan itaewon. tapi rating tinggi hmm

SusahTido90 Publish time 1-9-2020 02:05 AM

Skarang tgah tgk 'hi, bye mama' kat netflix..best crite dia :'(

Beribear Publish time 1-9-2020 02:07 AM

List dlm thread ni i hanya tengok no.10, 3 & 1 shj. Yg lain mcm emmm. I tengok kdrama ni since sekolah rendah lg. Dulu2 paling i suka jewel in the palace, stairway to heaven (kecik2 dah feeling gila2 dgn citer ni), all about eve (my 1st kdrama) masa ni baru darjah 2 ;P

I time sekolah rendah dah tengok semua drama luar negara. Korea, thai, filipin, hongkong, latin, indo hari2 dok tengok drama2 ni. Dulu ada satu drama korea i tak sempat habis tengok. Gong hyo jin berlakon tajuk thankyou. Best citer tu

siputpepel Publish time 1-9-2020 02:14 AM

Beribear replied at 1-9-2020 02:07 AM
List dlm thread ni i hanya tengok no.10, 3 & 1 shj. Yg lain mcm emmm. I tengok kdrama ni since sekol ...

Saya start layan kdrama bila masuk uni. balik kelas xda keja nak buat, layan drama jela :lol: banyak sangat saya tengok sampai lupa dah. antara yang best,
Boys Over Flower
King: The Eternal Monarch
The Last Empress


siputpepel Publish time 1-9-2020 02:15 AM

SusahTido90 replied at 1-9-2020 02:05 AM
Skarang tgah tgk 'hi, bye mama' kat netflix..best crite dia

Ramai cakap best tapi sebab sedih sangat, taknak lah tengok :lol:

Chah21 Publish time 1-9-2020 02:22 AM

siputpepel replied at 1-9-2020 01:59 AM
ingatkan kite je rasa camtu. boring kan goblin ngan itaewon. tapi rating tinggi hmm

Itula..trkjut tengok rating.. skrg follow flower of evil.. lpas hbeskan its okay to not okay, mystic pop up bar

Chah21 Publish time 1-9-2020 02:23 AM

Beribear replied at 1-9-2020 02:07 AM
List dlm thread ni i hanya tengok no.10, 3 & 1 shj. Yg lain mcm emmm. I tengok kdrama ni since sekol ...

9&5 i repeat byk kali..best sgt

kechikchomel Publish time 1-9-2020 07:18 AM

Dalam list tu iolss tgk Hotel Del Luna je.
:lol:
Skrg tgh tgk Flower of Evil n ulang tgk Partner for Justice.

amyza Publish time 1-9-2020 08:02 AM

Banyak tak layan lagi. Ntah bila ada masa.
Goblin tu best jer tapi tak rasa nak tengok ulang2. 100days my prince, oklah lawak2 sikit.

akuchenta Publish time 1-9-2020 08:58 AM

Dr list atas tu aku tgk CLOY & itaewon. Boring and slow. Aku tgk skip2. Last2 x tgk smpi abis..

Paling suka drama genre horror, mystery n crime.
Tgk The Last Empress- plot best
Partners in crime S3 bila keluar?
Kingdom best! X sabar tggu S3
Skg layan Stranger S2

umbut Publish time 1-9-2020 09:21 AM

Edited by umbut at 1-9-2020 09:25 AM

Dlm byk2 drama.. paling suka signal,tunnel... mungkin jiwa suka kes misteri...haha
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [KDRAMA] TOP 10 DRAMA KOREA


ADVERTISEMENT