fahdramli Publish time 30-8-2020 10:21 PM

Merdeka menurut anda

Jom shared idea tentang merdeka menurut tafsiran anda. Bimbang kita terjajah lagi sekali ...

seribulan Publish time 30-8-2020 10:48 PM

Merdeka dari pandemik dan denggi...

KIM.K Publish time 30-8-2020 11:00 PM

Merdeka kalini dekat dengan awal muharram. Erti kemerdekaan tahun ni bagi diri ini adalah keberanian. iols manfaatkan forum sebagai virtual target practice dan exercised my skill kat luar

iols ni anak ayah jarang kenakan orang, iols tak pandai. Dalam sepucuk surat, arwah ayah berpesan, "a soldier who doesnt think and shoot thoughtlessly will shoot himself"
Kemudian teringat rasa terkilan yang berbakul-bakul kerana tidak memenjarakan ramai orang

Kebijaksanaan ni bukanlah sesuatu yang kita nak exposed di ceruk2 kampung, ditengah2 orang miskin. Jangan pula meminta sesorang tu membuktikan kebijaksaannya, buat sahaja urusanmu sendiri. Sekarang masa memberi sedikit pengajaran dan masih ada agenda lagi


RatuDunia94 Publish time 31-8-2020 02:53 PM

Cuti.. sana sini sesak ramai orang..

isseliparjepun Publish time 31-8-2020 04:56 PM

Merdeka dari segi pemikiran. Generasi Y ramai tak nampak erti kemerdekaan. Hanyut dengan gadget dan sibuk menunjukkan ideologi dengan bahasa kasar dan konon liberal di media sosial. Belajar sejarah di sekolah hanya demi lulus dan keputusan cemerlang. Cakap cakap umpama mereka dulu makan garam dari orang tua. Minta suara didengari sedangkan mereka sendiri tak mahu dengar kata kata orang tua.

Mungkin zaman I membesar, cerita macam Embun, Leftenan Adnan, masih dihasilkan jadi sedikit sebanyak gambaran kesusahan dijajah terbenam dalam diri. Ditambah dengan cerita mulut atuk I yang hidup dizaman Jepun dan British. Maka I mensyukuri nikmat Tuhan berikan. Belum tentu I mampu harungi hidup zaman dijajah dulu.

salamon Publish time 31-8-2020 07:30 PM

Merdeka dari dibelenggu dgn pemikiran cetek mengenai isu perpaduan kaum. apabila rkyat lgi mementingkan isu naratif sentimen perkauman drpd isu bsr yg plg berbahaya spti rasuah dlm kebanyakan politikus serta undang2 boleh dibeli wang dgn begitu mudahnya. Realiti, masih merdeka ka kita ni?

monamogai Publish time 31-8-2020 10:02 PM

Merdeka dari segi pemikiran, pandemik dan kewangan.

mrsbale Publish time 1-9-2020 10:18 AM

Merdeka dari generasi yg berkiblatkan social media. Merdeka dari generasi yg desperate for Likes smpai abaikan hukum hakam dan perasaan keluarga esp ibu bapa. Merdeka dari mereka yg mengnormalkan perkara2 yg merosakkan akhlak.

Zizi999 Publish time 5-12-2020 01:35 AM

Merdeka dengan kebebasan membina masa depan negara demi keseuruhan isi dalam tangan sendiri, tangan yang menggenggam teguh jati diri.Menyusur kemodenan tapi tak luntur perpaduan, akhlak budi, agama dan nilai sejarah. Memelihara maruah bangsa tanpa berkocak perpaduan sejagat begitu juga sebaliknya. Juga kebebasan pemikiran yang sepatutnya mencecah awan tapi taut paksi di dasar kukuh tak tercela. Bukan maruah diri, bangsa, agama, negara melayang.Merdeka berat maksudnya bukan cuma tanggal hari jadi yang cuma rutin tahunan berpesta. Penghayatan pada kenangan diulang2 tanpa tersemainya cinta. Cinta itu dari individu itu sendiri. Dan kelompok individu membentuk negara bangsa. Saksi kemerdekaan tinggal membilang jari. Semoga Malaysia membangun maju seiring maruah negara bangsa yang teguh.

Duriancreep Publish time 18-3-2021 02:03 AM

Ironi tapi.. Merdeka bagi aku bila bebas dari cengkaman sistem manusia (tak kisahla capitalism) ,but a fully submission to tuhan yang created kita

jointhecurse Publish time 18-3-2021 06:06 AM

Freedoms.. bebas utk buat apa as long as tak melampau batas.. content sekarang... Bebas keluar rumah. N pnjalan2 n blik kg

Ladybosss Publish time 18-3-2021 07:34 AM

Merdeka dr segi penaklukan pemikiran dan budaya ..

cystmex Publish time 18-3-2021 08:15 AM

Merdeka - bebas untuk menyuarakan pendapat dan menjalani kehidupan tanpa melampaui batas dan adab sopan.

ImpianSeroja Publish time 20-5-2021 12:06 PM

Merdeka..Bebas dari Covid 19 yang makin mengganas di Malaysia..

ehehnurza018 Publish time 27-6-2021 11:11 AM

Bila dah rasa kita bebas dari segala pancaroba. Kita mampu pergi mana2 tanpa halangan

igetso Publish time 11-7-2021 10:18 PM

No war, no famine.

Eqx Publish time 12-7-2021 01:07 PM

Tiade komunis..
Pages: [1]
View full version: Merdeka menurut anda


ADVERTISEMENT