J4I Publish time 27-8-2020 01:10 AM

Cadangan: Pautan URL sebagai Sumber bagi setiap Artikel

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para mod dan pengguna sekalian,
Sebelum saya mulakan, saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya cadangkan ini sudah lama dicadangkan oleh pengguna yang lain tetapi saya harap cadangan ini akan dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.


Tatkala budaya 'copy paste' yang semakin menjadi kebiasaan sekarang, disini ingin saya utarakan satu cadangan, iaitu adalah menggalakkan para pengguna yang membuka benang baru terutamanya di bod 'Isu Semasa' untuk sertakan sekali pautan(link) artikel dalam benang mereka dan memberi 'kredit' pada penulis asal artikel. Sudahlah penat penulis asal memerah otak untuk mengarang satu artikel, kita pula dengan senang-lelang 'copy paste' begitu sahaja.


Berikut adalah beberapa pautan ke benang yang patut dicontohi dan yang boleh dibaikkan lagi:

Contoh yang baik:
- ‘Kami makan apa saja supaya tak mati’ (lainlah orang gomen...)
- Petak Parkir Selalu 'Dicuri', Kereta Jiran Dibungkus Plastik Hitam!.Jika ade Jiran camni,apa korang buat ye

Boleh diperbaiki:

- Kim Jong Un dilapor koma, adiknya Kim Yo Jong ambil alih pemerintahan
(Tiada sumber/pautan. Tulis sendiri ke? atau copy paste?)


Sekian,
:)

CiliPadiSedap Publish time 27-8-2020 01:19 AM

ni bukan sekolah memandu, nak cadang cadang:lol:

J4I Publish time 27-8-2020 01:33 AM

CiliPadiSedap replied at 27-8-2020 01:19 AM
ni bukan sekolah memandu, nak cadang cadang

Dah nama pun bod cadangan, kak @CiliPadiSedap   :laugh3:

CiliPadiSedap Publish time 27-8-2020 02:51 AM

J4I replied at 27-8-2020 01:33 AM
Dah nama pun bod cadangan, kak @CiliPadiSedap

xpe, kaka sokong juga cadangan awk:lol:

trunks Publish time 10-9-2020 04:43 AM

terima kasih sudi beri cadangan..Biasanya..artikel yang di copy paste ke forum ini
terutama di board Isu Semasa,akan di copy daripada akbar tempatan sahaja.
kalau ada pertikaian tentang sesuatu perkara, barulah tindakan susulan
tentang sumber copy itu akan di buat.

apa pun teruskan beri sokongan kepada forum ini,cadnngan ini
akan kami bincangkan kemudian.

Blisse Publish time 11-10-2022 05:48 PM

Thanks for the information.
Pages: [1]
View full version: Cadangan: Pautan URL sebagai Sumber bagi setiap Artikel


ADVERTISEMENT