zasrfikri Publish time 22-8-2020 08:32 PM

UJI RASHID : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Biduanita Negara Uji Rashid adalah salah seorang Legenda Muzik Malaysia yang sangat popular sejak era 1970 an sehingga kini. Beliau juga merupakan artis serba boleh kerana sangat berjaya di dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Fenomena kehebatan populariti Uji Rashid dapat dilihat apabila wujudnya istilah Fesyen Uji Rashid, Ikan Uji Rashid dan juga Duit Uji Rashid di waktu kemuncak kerjaya beliau. Maka tidak menghairankanlah jika Uji Rashid merupakan salah seorang Ikon Pop Malaysia sepanjang zaman.
https://1.bp.blogspot.com/-Q3cXJSZjn9o/X0DtzkCksgI/AAAAAAAAEow/8oV7Uf0b7ro_9kcQrMO-BgndwYA1IcRYgCLcBGAsYHQ/s0/R-12717617-1550751878-6299.jpeg.jpg




UJI RASHID : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


01. KU INGIN SELALU DI SAMPINGMU
Komposer : Bob Khalil
Penulis Lirik : Bob Khalil

Album : Uji RashidEP
Tahun : 1975
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang paling popular di dalam EP pertama Uji Rashid. Melalui lagu ini, Uji Rashid sudah membuktikan yang beliau sangat berbakat besar di dalam bidang nyanyian selain bidang lakonan yang telah diceburinya terlebih dahulu sebelum itu. Lagu ini pernah dibuat adunan semula memjadi lagu Disko Dangdut pada tahun 1997.


Video Lagu Ku Ingin Selalu Di Sampingmu


02. TANGISAN SEMALAM
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Jamil Sulong
Album :Uji Rashid EP
Tahun : 1975
Catatan : Lagu yang mempunyai pengaruh kuat lagu Hindustan ini adalah antara lagu retro Pop era 1970 an yang sangat popular dan popular sehingga kini.


Video LaguTangisan Semalam



03. SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Chuari Selamat
Album : Semakin Hari Semakin Sayang EP
Tahun : 1976
Catatan : Lagu ini adalahlagu Uji Rashid yang paling popular di dalam karier muzik beliau.Lagu ini pernah memenangiLagu Paling Popular era 1970 andi Anugerah MACP 2007. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang zaman di Nusantara.


Video Lagu Semakin Hari Semakin Sayang
Info Lanjut Boleh Rujuk Di Link Ini >>> UJI RASHID: 12 LAGU PALING POPULAR


Kurex Publish time 22-8-2020 09:32 PM

Kurex suka lagu ni. pernah letak lagu ni dekat myspace.. kalau kita bukak myspace orang, auto keluar lagu tu. Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu

aC-GuBxvKcQ

matbad Publish time 22-8-2020 10:13 PM

Kurex replied at 22-8-2020 09:32 PM
Kurex suka lagu ni. pernah letak lagu ni dekat myspace.. kalau kita bukak myspace orang, auto keluar ...

Teringat arwah mak aku la..tak boleh aku dgr lagu mcam ni..terasa tu semacam

umbut Publish time 22-8-2020 11:57 PM

Uji asal brunei kan... tapi uji memang legend
Pages: [1]
View full version: UJI RASHID : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT