zasrfikri Publish time 21-8-2020 11:51 PM

MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan May adalah salah satu Kumpulan Muzik Legenda Malaysia yang sangat dikagumi dan disanjungi para peminat muzik tempatan. Jualan keseluruhan album kumpulan May yang melebihi 800,000 unit itu sendiri sudah cukup membuktikan betapa besarnya pengaruh kumpulan May di dalam industri muzik tempatan terutamanya di dalam muzik Rock. https://1.bp.blogspot.com/-fuNqI8rNVoI/Xz_b7Lv6yMI/AAAAAAAAEoE/W-UNUdEdMzMBarFdAeDlKJucQOAT3OzPACLcBGAsYHQ/s0/R-5510329-1550871888-5994.jpeg%2B%25281%2529.jpg



MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
01. SKETSA SEBUAH CINTA
Komposer : Zul/May
Penulis Lirik : Yusri/Mus
Album : Dilema
Tahun : Februari 1988
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan nama kumpulan May kepada peminat muzik arus perdana. Kelainan vokal dan pemuzik yang hebat di dalam kumpulan ini menjadikan mereka sebagai pelapis pemuzik tanahair yang berkaliber dan berbakat besar.


Video Lagu Skestsa Sebuah Cinta



02. SENDIRI
Komposer : May
Penulis Lirik : Mus
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu ini adalah lagu paling popular daripada kumpulan May. Lagu ini pernah berjaya ke peringkat akhir AJL 1989 dan juga pernah menjuarai Carta Bulanan Muzik Muzik untuk bulan Julai 1989. Hampir semua peminat muzik Malaysia mengenali lagu ini kerana lagu ini adalah salah satu lagu Rock paling popular sepanjang zaman di Malaysia.



Video Lagu Sendiri



03. CINTAMU MEKAR DI HATIKU
Komposer : May
Penulis Lirik : Juwie
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu ini adalah kedua paling popular daripada kumpulan May. Kehebatan populariti lagu
ini hampir menyamai lagu Sendiri apabilanya ianya masih popular sehingga kini dan turut diminati oleh peminat muzik generasi baru tempatan.


Video Lagu Cintamu Mekar Di dalam Hatiku



04. PELAYARAN
Komposer : May
Penulis Lirik : Mus
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu ini antara lagu Hard Rock yang sangat popular daripada May di kalangan peminat muzik arus perdana. Sesuai untuk head banging dan lagu ini sebenarnya mengingatkan irama Rock era 80 an yang pernah fenomena suatu ketika dahulu.


Video Lagu Pelayaran


05. CINTAKU SEWANGI KASIHKU
Komposer : May
Penulis Lirik : Juwie
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu Balada Rock ini menyambung populariti hebat lagu Balada Rock terdahulu apabila ianya juga mendapat perhatian peminat muzik tempatan.



Video Lagu Cintaku Sewangi Kasihku
Info Lanjut boleh baca di sumber rujukan ini >>> MAY : 12 LAGU PALING POPULAR



Pages: [1]
View full version: MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT