MiHaAdriaNah Publish time 20-8-2020 01:42 AM

KIM.K replied at 20-8-2020 12:22 AM
Aku pun tak berkenan tengok drama tv bab family berkocoh sebab yang serupa

Keluarga bergaduh seba ...

Pernah juga aku terpikir macam idea u nie KimK ! Sebelum2 nie aku dah puas slow talk pujuk bincang cakap elok2 dgn mak aku , tapi dia macam mengelak2 lepas tu dijaja nya cerita aku anak kurang ajar cuba nak nasihat dia. Macam kiranya aku nie tak hormat dia sebagai mak , tu yg kadang2 aku pun keliru juling mata memikirnya.

Now aku tengah berusaha keras nak serapkan aura positif masuk dlm diri & life aku , doakan aku ye KimK :$

MiHaAdriaNah Publish time 20-8-2020 01:50 AM

MissVixen replied at 20-8-2020 12:22 AM
Beratnya dugaan. Pindah jauh2 dan putuskan hubungan. Bawak ayah sekali

Yeee yunx kadang2 rasa down sgt juga , tapi bila tengok muka husband & anak2 alhamdulillah dapat recharge sikit kekuatan lagi.

Now kami memang duduk jauh dari diorang . Tapi disebabkan adik beradik kandung dah buat perangai lepas sapu duit ayah tu , jadi mcm serabut jugak laa kadang2. Ayah pulak 2 hari sekali dok tanya2 tentang diorang , kalau boleh hari2 suruh call tanya diorang. Tiap kali call tanya bila nak melawat ayah , aku pulak kena sound dgn adik aku. Dia cakap aku nie tak faham ke diorang sibuk kerja , lagipun jauh nak kerap tengok ayah tu.

Jarak antara rumah aku dgn diorang 1 jam ,

MiHaAdriaNah Publish time 20-8-2020 01:54 AM

sarah82 replied at 20-8-2020 01:32 AM
Perbanyakkan istigfar.. Dan ni petua aku.. Bykkan sedekah al fatihah utk diri ang dan utk mak ang. ...

Baikkk Sarah nanti aku buat nasihat mu nie !

Semoga Allah SWT merahmati & mempermudahkan urusan mu selalu juga yee Sarah ! :)

sfrnna Publish time 20-8-2020 01:56 AM

Meols baca sampai habis story tt. Mak tt macam nenek meols, bomoh2, lagakn anak2. Cuma dia tak berlaki banyak je. Meols suggest tt jaga ayah tu elok2, selagi nyawanya masih ada ni. Mak tt tu biarlah, org dah tua ni kalau dah perangai macam tu nak berubah pun macam tak je. Jaga hati sendiri, jauhkan diri dari org2 negatif ni. Nak something pandaila dia cari.

Dulu kawan meols pernah ckp, kalau kita xda keluarga yg bahagia masa membesar, bila dah ada keluarga dan anak2 sendiri, usaha la memberi yg terbaik. Mak tt tu, tengok nanti dia sakit ada tak anak yg nak jaga. Masa tu kita jgn pinggirkan dia. Harap dia sedar la nanti.

doubleA Publish time 20-8-2020 02:02 AM

Aku baca sampai habis. Tak perlu la serabut kepala pikir pasal mak cenggitu, dasyat eh. Bior la dia sampai masa nanti tengok jela apa jadi, yg penting ko tak balas balik apa dia buat dan tak jadi macam tu. Mujur ko dah kawen ada laki dan family laki ok

Pasal harta dunia ni bior jela depa nak rebut pun, kalau nak jadi tu sekelip mata boleh lesap, benda takkan kekal dan tak boleh bawa bahagia pun.

MiHaAdriaNah Publish time 20-8-2020 02:12 AM

sfrnna replied at 20-8-2020 01:56 AM
Meols baca sampai habis story tt. Mak tt macam nenek meols, bomoh2, lagakn anak2. Cuma dia tak berla ...

Tqsmyunx kerana memahami situasi aku nie & sudi baca luahan karangan nie sampai habis. {:mlflower2:}

Tu la husband aku pun pernah bagi cadangan lebih kurang mcm nie .

Sebab sebelum2 nie (dari sebelum aku kahwin) mmg dah banyak kali mak aku dok ulang cakap merata2 ... 1 hari nanti kalau dia sakit memang takkan ada org lain yg boleh jaga dia melainkan suami baru yg paling dia syg tu jee.

Skrg memang 100% aku tawakal berserah kpd Allah jee mintak diberi petunjuk & tengah berusaha nak kukuhkan aura positif dlm diri

MiHaAdriaNah Publish time 20-8-2020 02:29 AM

Part 7 ,
Aku skrg tengah struggle jaga ayah aku dengan mengasuh anak 2 org yg sulung- 3tahun bongsu 11 bulan. Nasib baik ngam2 aku settle pantang bersalin ank yg kedua tu baru ayah aku terlantar mcm nie. Isnin last week aku ada call adik aku bagitau ubat ayah aku nak habis , dia janji nak hantar lagi 2-3 hari nak hantar tapi until now tetap tak nampak bayang. Cuma aku terkejut sikit , masa tu jugak dia ada selit cakap andaikata umur ayah aku panjang aku dah x sanggup nak jaga diorang nak hantar ayah ke rumah org2 tua. Dia ckp diorang banyak komitmen , so takde laa sesape nak pening2 jaga ayah lagi.

Part 8 ,
Update latest yg aku dapat lepas settle tutup semua akaun bank ayah ari tu ... dua2 adik aku tu buat loan keluar kereta baru. Adik aku yg sorang tu pulak cakap kereta tu nanti nama BF dia tapi yg penjamin Mak aku , dalam masa yg sama mak aku warning diorang juga jangan buka kisah beli kereta nie dgn aku. Sebab aku nie kuat jealous hati busuk tak boleh tengok adik beradik sendiri senang sikit. Terus diorang tanya betul ke aku ada niat macam tu selama nie dgn diorang ?? :L

rosli_nurizzati Publish time 20-8-2020 02:30 AM

kepada TT;

1) pasal bomoh
TAK PAYAH PIKIAQ teruk2. .. yang penting iman hang tu bagi kuat.. tapibe alert sikit.. kalau husband perangai pelik or hang rasa bahang semacam dlm rumahtgga, cpt2 la berubat.. tu ja hang boleh buat...

2) jaga ayah
tahniah sebab hang yg dok jaga..minta adik beradik bagi komitment mcm pampers dan ubat.. kalau terpaksa keluar dari poket hang sendiri.. redha.. minta ampun tiap2 hari kat ayah hang, untuk berlapang dada.. InsyaAllah hang tak rasa sempit.

3)kes anak derhaka
abaikan mak hang tu.. dia pun jalan menyenget.. hang tak derhaka pun.. focus kat ayah hang yg sakit tu.. avoid negativity..

4)harta
tak payah pikiaq.. igt.. senang depa yang ambil harta tu kat dunia ja..

sekian.. la ni positive saja.. avoid negativity...

MiHaAdriaNah Publish time 20-8-2020 02:42 AM

doubleA replied at 20-8-2020 02:02 AM
Aku baca sampai habis. Tak perlu la serabut kepala pikir pasal mak cenggitu, dasyat eh. Bior la dia...

Dulu memula kalau aku terluah kat org aku kenal pun , diorang tak nak percaya siap cakap bedosa aku fitnah mak aku & memang aku nie yg derhaka. Tu aku jadi Fedup !

Macam husband aku pun , mula2 memang aku x pernah share ape2 tentang family nie aku nak biar dia nampak dgn kepala sendiri. Sampai husband aku n family dia cakap x sangka drama realiti lagi hebat dari dalam tv ,

Aku mula2 couple dgn org lain (bakal menantu idaman mak aku) becinta bagai nak rak sampai 4 tahun , tapi time dekat nak nikah buat perangai dgn diam2 ada cawangan baru. Tu pun panas baran x dapat nak bincang , tapi pandai memujuk berjanji manis nak berubah lepas kahwin.
Dengan husband aku nie pulak , kami x bercinta ... kira kenal dlm tempioh 3 bulan dia terus masuk meminang. Tak sempat gi dating , sebab masa tu tgh serabut sangat struggle nk pdam memori lama. Alhamdulillah kiranya kami becinta lepas nikah , tapi memang tawakkal habis masa tu sebab adik yg kenalkan dulu dia belajar 1 skolah pondok dgn adik. So masing2 x tau background ,

lilydandelion77 Publish time 20-8-2020 02:50 AM

Mak TT ni kategori mak durhaka. Walaupun dia lahirkan TT tapi dia menyekutukan Allah. TT doa banyak2 dia kembali ke pangkal jalan dan insof atas perbuatan.

orgsepang Publish time 20-8-2020 07:11 AM

Besarnya dugaan tt. Semoga Allah terus kuatkan semangat dan mempermudahkan urusan tt. Allah sudah beri perlindungan kepada tt dengan menjodohkan suami yang baik dan beri anak2. Tak perlu mengadu masalah tt pada orang yang menambah semak fikiran, lebih baik mengadu pada Allah dan dalam forum ini.

m.a.n.a.kautau Publish time 20-8-2020 12:06 PM

MiHaAdriaNah replied at 20-8-2020 01:54 AM
Baikkk Sarah nanti aku buat nasihat mu nie !

Semoga Allah SWT merahmati & mempermudahkan urusa ...

Suami, sebagai pemimpin agama dalam keluarga ..tidur kah selama kawen dgn hang???? To give your strustured guidance tentang the basic agama?

m.a.n.a.kautau Publish time 20-8-2020 12:08 PM

orgsepang replied at 20-8-2020 07:11 AM
Besarnya dugaan tt. Semoga Allah terus kuatkan semangat dan mempermudahkan urusan tt. Allah sudah be ...

Kalau suami yg baik, berwawasan dan bijak akalnya dlm agama, tak perlu sampai ngadu dlm forum...ini mesti jenis suami half past six.....

m.a.n.a.kautau Publish time 20-8-2020 12:14 PM

lilydandelion77 replied at 20-8-2020 02:50 AM
Mak TT ni kategori mak durhaka. Walaupun dia lahirkan TT tapi dia menyekutukan Allah. TT doa banyak2 ...

Kes cerai hang dah settle???

Sibuk nak kata mak org mak derhaka lak???

Minami2013 Publish time 20-8-2020 12:32 PM

Be strong sis.. berat juga ujian u. Kalau u tanya i, kerap lah buat amalan yg menenangkan hati dan sebagai pendinding cthnya baca al mathurat pagi & ptg. Doa lah moga mak u bertaubat..

takayama Publish time 20-8-2020 12:38 PM

kaka baca smp hbs termsk part 7 dan 8
banyakkan bersabar tt, bila hati rs sakit aje istighfar dan baca fatehah
Klu kaka yg baca terasa perit apa lg tt yg melaluinya
ttg mak tt yg suka berbomoh dan menabur fitnah anak sendiri tu selg boleh abaikan ajelah sbb selalu benda x betul ni Allah akan tunjuk klu x sekali harung akan di tunjuk berdikit2
Tahniah sbb dpt jaga ayah, moga dipermudahkn segala urusan yea

Belibis Publish time 20-8-2020 01:01 PM

Hmmm..berbelit belit .macam skrip tamil.nak baca sampai habis pun dah pening dengan susunan watak.:L

Oroi8887 Publish time 20-8-2020 01:30 PM

Takdenya derhaka.. takyah fikir psl mak tu.. doa je dia insofff. Jaga je ayh elok2 dan fmily sndiri. Dgn adik brdik pun kena hati2. Tt sndri lebih knl dorangkn.

redapple10 Publish time 20-8-2020 02:21 PM

Nope sis tak derhaka.. cuma menghindari dari konflik.. lebih baik kita elakkan daripada terpaksa berdepan dgn konflik kannnn... kalo benda elok, xde salahnya sis bertegas. Sbb sis turutkan ke or nak bertegas, end up sia yg salah.. so cari la keredhaan Allah.. fokus jaga ayah sis je.. harta tu, berapa sen sgt la.. x jatuh miskin pun sis kalo xdpt harta tu..

lattehazelnut Publish time 20-8-2020 02:39 PM

U xde bipolar ke?
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: DERHAKAkah Aku ???


ADVERTISEMENT