mbhcsf Publish time 19-8-2020 07:54 PM

Salam Maal Hijrah 1442 Hijrah

Edited by mbhcsf at 19-8-2020 07:57 PM

Assalamualaikum warahmatullah
Moderators board Agama Islam ingin mengucapkan salam Maal Hijrah - Ummah RabbaniNegara Harmoni

berikut adalah doa akhir dan awal tahun

http://www.ypj.gov.my/prolims/ca ... n20111125095836.pdf


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


QL-RKEgXdKg





mbhcsf Publish time 19-8-2020 08:04 PM

TAHQIQ AL-MASAIL SIRI KE-6: PELBAGAI ISU BERKAITAN HIJRAH DAN INILAH JAWAPANNYA

Butiran
Dimuatnaik oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 10 Januari 2018

https://muftiwp.gov.my/images/photo/artikel/tahqiq/tm6.png

https://muftiwp.gov.my/artikel/tahqiq-al-masail/2239-tahqiq-al-masail-siri-ke-6-pelbagai-isu-berkaitan-hijrah-dan-inilah-jawapannya

mbhcsf Publish time 19-8-2020 08:06 PM

semoga hijrah 1442 , kita berazam untuk menjadi hamba ALlah yg mencapai hanya redha-Nya, menjadi yg lebih baik, yg resilient, yg sabar dan bersyukur dan rajin and berserah. apa apa yg positiflah.

mbhcsf Publish time 19-8-2020 08:11 PM

Tahniah kepada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ...



Dr Noor Hisham Tokoh Maal Hijrah 1442H

Oleh Rohaniza Idris
roha@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/722860/dr-noor-hisham-tokoh-maal-hijrah-1442h


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H.

Selain itu, Syeikhul Azhar Al-Syarif, Sheikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula diumumkan Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.

Hadiah kepada tokoh terbabit disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh itu dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Tema sambutan kali ini ialah 'Ummah Rabbani Negara Harmoni' iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan.

mbhcsf Publish time 19-8-2020 08:13 PM

majlis maal hijrahhttps://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/videos/2847306032222948/

mbhcsf Publish time 19-8-2020 08:25 PM

https://www.youtube.com/watch?v=4y-coXhRoso&feature=youtu.be&fbclid=IwAR33gL0CY6wTL7UTg0gf8ros5DlhMUYqcLGkl7B9Lxcf08LAFx2CvemyAS8

MissyMolly Publish time 20-8-2020 10:01 AM

Selamat tahun baru juga mod.mod,10 muharram sabtu sunat poser kan?ne apit tk?sbb sabtu kn ke special date so poser sabtu je pn ok?

mbhcsf Publish time 20-8-2020 10:11 AM

MissyMolly replied at 20-8-2020 10:01 AM
Selamat tahun baru juga mod.mod,10 muharram sabtu sunat poser kan?ne apit tk?sbb sabtu kn ke special ...

jumaat sabtu
khamis jumaat sabtu
sabtu ahad isnin?

kena apit - ada pendapat- ambiklah yg Quality Control 100%

hahaha sapa rajinyes

MissyMolly Publish time 20-8-2020 11:52 AM

mbhcsf replied at 20-8-2020 10:11 AM
jumaat sabtu
khamis jumaat sabtu
sabtu ahad isnin?


Haaa amek...pilihan apitan tihtih..sekali poser ganti la mcm tuh..setel banyak hutang ganti kekekee

rantaikendoq Publish time 20-8-2020 03:01 PM

tanpa sedar begitu cepat maa berlalu
Salam tahun baru semua....
semoga dipelihara Allah belaka...

Ana dapat berita, beberapa ulama sufi dan org soleh sedang diserang oleh alam ghoibjin setan dajal...
ade tgk beberapa tuan guru yg jatuh sakit, meninggal dan sebagainya
mmglah semuanya kuasa Allah, tapi ASBAB itu
ada pelbagai qada dan qodar...
ana punya kawan2 pun ade yg lemah lesu , xbersemangat ,xmcm dulu
ade yg ceita, nak beramal zikir cecah beribu pon dah xmampu...
dan masing2 ade ujian masing
ana kasihan..apakan daya sekadar berdoa saja

mbhcsf Publish time 21-8-2020 11:16 PM

good listening ...
https://www.facebook.com/ikimfm/videos/297598544997902/?v=297598544997902¬if_id=1597887660463871¬if_t=live_video_explicit

Scheherazade Publish time 22-8-2020 06:59 AM

Masih blm trlmbt lg kn nk ucap

Pages: [1]
View full version: Salam Maal Hijrah 1442 Hijrah


ADVERTISEMENT