atieazhar Publish time 18-8-2020 11:23 AM

Plan nak tukar SAGA FLX KE BEZZA, pendapat korang?

Edited by atieazhar at 18-8-2020 11:27 AM

Assalammualaikum. Selamat pagi... :loveliness:
Saya nak tanya pendapat korg, skg ni sy pakai Saga FLX sejak thn 2017.. loan 9thn.. (rasanya tak sampai 5 tahun lagi kan)
plan nak tukar kereta Bezza Premium X tu..

setakat ni sy ok jek pakai Saga cuma kuat makan minyak.. Bezza ni dengar dengar eco ckit bab minyak kan.. perjlanan sy stp hari Papar-KK lebih kurang 140km ulang alik..

korang rasa berbaloi tak kalau sy guna Bezza? atau teruskan pakai Saga.. (plan Saga tu nanti akan disambung byr oleh adik.. so saya akan bayar utk Bezza.. )

korang rasa cmna? ;P:L

Themilo Publish time 18-8-2020 11:41 AM

pergi showroom dulu, duduk dalam bezza & dapatkan feel. Meols pernah duduk dalam bezza yang lama, ya ampun sangat tak selesa seat belakang. tegak nak mampos. bayangkan kalau uols bawa family ulang alik 140km dengan seat tegak macam tu.. tapi tak tau la kalau bezza 2020 ni dah improve..
bab fuel consumption, meols tak rasa banyak beza since minyak pun dah murah.. tapi benda ni subjektif, bergantung pada cara pemanduan uols juga..

atieazhar Publish time 18-8-2020 11:51 AM

Themilo replied at 18-8-2020 11:41 AM
pergi showroom dulu, duduk dalam bezza & dapatkan feel. Meols pernah duduk dalam bezza yang lama, ya ...

Tanx Milo..

pernah juga atie duduk dlm bezza mmg seat belakang tu tegak kan.. ;Phahah so far takda jgk ulang alik dgn fmly.. perjlanan mmg seorg jek..

ermm so tak berbaloi ea klu nak tukar saga ke bezza tu? skg saga dh nak 4thn kan.. lagi 5thn lebih habis byr.. klu ambil bezza, mcm tambah tahun byr hutang tu.. :lol:

tapi since kereta murah skg, mcm nak merasa jgk pakai bezza tu.. aduhai dilemanya :lol:

Sazida Publish time 18-8-2020 01:13 PM

Aku duk dlm bezza. Seat belakang. Aku jadi pening... xbest. Member aku yg kaki kereta n pomen kereta kata bezza tak ok. Dari segi apa aku xigt dah. Kau pakai saga flx auto ke manual? Aku pakai saga flx gak g kerja ulang alik 35km minyak 3bar tahan 5hari tau.. pakej ekon and jammed lagi. Tang mana mkn minyak,, {:1_273:}

atieazhar Publish time 18-8-2020 02:18 PM

Sazida replied at 18-8-2020 01:13 PM
Aku duk dlm bezza. Seat belakang. Aku jadi pening... xbest. Member aku yg kaki kereta n pomen kereta ...

35km ulang alik oklah kot.. saya 140km ulang sis.. :'(

Sazida Publish time 18-8-2020 03:40 PM

atieazhar replied at 18-8-2020 02:18 PM
35km ulang alik oklah kot.. saya 140km ulang sis..

Then why tak pindah dekat tempat yg dekat sikit o pindah terus ke kk?

prettyuglybabe Publish time 18-8-2020 03:44 PM

kalau sorang consider amik myvi je sis..

ally9970 Publish time 18-8-2020 04:57 PM

Saga 2019 is the better choice...bezza ni bagi aku over rated

zulka Publish time 19-8-2020 09:31 AM

papar - KK 31km saja pondo tu inan......
papar dimana ko ni sampai 70km :)

dekmieDandy Publish time 19-8-2020 12:25 PM

just nak cakap kalau naik grab, lagi suka kalau saga baru yang datang dari bezza

pasal fuel consumption sorry tak tahu sangat, sebab dirisendiri pon pakai kereta 2.0 yang makan minyak, memang bergantung kat diri sendiri

limtt Publish time 4-9-2020 02:47 PM

Edited by limtt at 4-9-2020 02:51 PM

bagi saya, Pakailah motor jika ada lesen.

saya dah tukar ke motor GT128 sebab tol fee, minyak, jam dan parking fee. Saya ulangalik 60km 6 hari seminggu.

Minyak dah save dari RM300 ke RM70++ tak tambah lagi tol fee dan parking fee.

Tapi, sebab motor aku dah makan minyak enjin jadi kena tukar minyak enjin setiap bulan RM35 sebotol.

ok juga lah bagi saya.

zulka Publish time 4-9-2020 04:19 PM

limtt replied at 4-9-2020 02:47 PM
bagi saya, Pakailah motor jika ada lesen.

saya dah tukar ke motor GT128 sebab tol fee, minyak, ja ...

saya cadangkan tukar moto tu, moto Modenas GT128 tu dah takde sparepart kalau rosak.... hehe

limtt Publish time 4-9-2020 04:36 PM

zulka replied at 4-9-2020 04:19 PM
saya cadangkan tukar moto tu, moto Modenas GT128 tu dah takde sparepart kalau rosak.... hehe

Yalah, dah buat dekat 3-4 ribu sejak beli ni second hand dalam 3 tahun sahaja.memang bazir byk duit utk pikir motor ni.

Baru overhaul tak lama tapi skrg makan minyak hitam lagi.
Sudah tak larat mau buat lagi.

biasanya tukar minyak hitam setiap 3ribu km
skrg tukar pada 1500km, minyak hitam pun sudah kurang.
Lagi aku pakai minyak hitam yg pekat dan fully synthetic lagi

Dah ingat mau tukar kpd ninja 250 tahun 2018 atau 2019.
Tengah survey ni.. hehehe

zulka Publish time 8-9-2020 11:35 AM

limtt replied at 4-9-2020 04:36 PM
Yalah, dah buat dekat 3-4 ribu sejak beli ni second hand dalam 3 tahun sahaja.memang bazir byk dui ...

ya saya rekmen ninja 250, enjin lasak utk kegunaan harian...saya pernah pakai












Pages: [1]
View full version: Plan nak tukar SAGA FLX KE BEZZA, pendapat korang?


ADVERTISEMENT