sharlenetexas Publish time 17-8-2020 09:53 AM

matseh replied at 17-8-2020 12:24 AM
Anak serawak.

Barisan pelakon mantap. Handsome pulak tu.

sharlenetexas Publish time 17-8-2020 09:53 AM

supernaturalee replied at 17-8-2020 12:28 AM
Embun
Lt Adnan
Sgt Hassan


Banyak dalam list uols yg iols tak tengok lagi.

sharlenetexas Publish time 17-8-2020 09:54 AM

bondeh replied at 17-8-2020 08:17 AM
Yes sama Sarah. I suka gila cerita tuh... nampak semangat kemelayuan... then anak2 Haji Shaaban se ...

Eman Manan, Yusof Wahab. Aummm.... :$
Ada scene selamba je eman gi terkam noorkumalasari ;P

sharlenetexas Publish time 17-8-2020 09:56 AM

sarah82 replied at 17-8-2020 09:42 AM
Hikhikhik.. Anak2 lelaki Pak Ahiji muka Melayu asli.. Ensem pulak tu.. Hahahaha

Daya penarik. Pandai bersilat :$

sarah82 Publish time 17-8-2020 10:05 AM

sharlenetexas replied at 17-8-2020 09:56 AM
Daya penarik. Pandai bersilat

Memenuhi semua kriteria bakal calon suami.. Hahahaha

lonso Publish time 17-8-2020 10:15 AM

Cerita dulu mmg semangat dia lajn macam

kucingitam Publish time 17-8-2020 10:34 AM

anak sarawak tak pernah tgk.. pernah dgr nama je.

Matinya seorang patriot best. suka ada azmil mustapha, walaupun jadi jahat dlm tu.

Darah Satria

Prebet Lapok

Bukit Kepong: filem ni iols jadi confuse terus, kita menentang penjajah, minta kemerdekaan dari penjajah inggeris, tapi selalu org highlightkan pasal komunis yg jahat, macam komunis pula yg jajah malaya..

bondeh Publish time 17-8-2020 10:56 AM

sharlenetexas replied at 17-8-2020 09:54 AM
Eman Manan, Yusof Wahab. Aummm....
Ada scene selamba je eman gi terkam noorkumalasari

Yang scene bang Eman duduk kat kerusi malas sambil pegang buah kelapa then tibah Kak Noor duduk atas heolls danggggg tercampak buah kelapa dari tangan kekar Bang Eman... nyawwwww;P

bondeh Publish time 17-8-2020 10:58 AM

sarah82 replied at 17-8-2020 09:42 AM
Hikhikhik.. Anak2 lelaki Pak Ahiji muka Melayu asli.. Ensem pulak tu.. Hahahaha

Yaaaaaaa gantenggggg... meolls takleh move on tengok anak2 lelaki Pak Aji & Mak Aji huhuiiii

sarah82 Publish time 17-8-2020 11:15 AM

bondeh replied at 17-8-2020 10:58 AM
Yaaaaaaa gantenggggg... meolls takleh move on tengok anak2 lelaki Pak Aji & Mak Aji huhuiiii

Hahahahaha.. Kan.. Tasty sangattt..

sarah82 Publish time 17-8-2020 11:20 AM

kucingitam replied at 17-8-2020 10:34 AM
anak sarawak tak pernah tgk.. pernah dgr nama je.

Matinya seorang patriot best. suka ada azmil mu ...

Utk 14 - 15 hari selepas jepun letak senjata dan tentera Inggeris belum sampai ke Malaysia..komunis @ bintang 3 bermaharajalela dan membunuh org2 Melayu...sampai pa Kiai Saleh kat Johor kumpul semua anak murid dia dan melawan komunis.

Komunis baik? Hahahahahahahahahaha.. Baca mcm mana depa seksa jenazah anggota keselamatan kita yg depa bunuh..

Komunis @ MPAJA ni ambik senjata dari inggeris kononnya nak berjuang lawan jepun sebaliknya depa bukan lawan Jepun pun.. Force 136 yg banyak berkorban lawan jepun. Bila jepun kalah si komunis hamjadah ni tunjuk perangai sebenarnya

kucingitam Publish time 17-8-2020 11:26 AM

sarah82 replied at 17-8-2020 11:20 AM
Utk 14 - 15 hari selepas jepun letak senjata dan tentera Inggeris belum sampai ke Malaysia..komuni ...

eh i tak kata komunis baik..ahah kang tak pasal org ingat iols sokong komunis plak.

cuma keliru pasal kemerdekaan ni je la.


cth indonesia dapat kemerdekaan dari belanda - dia lawan belanda, kan?


malaysia dia dpt kemerdekaan dari inggeris, tapi dia tak lawan inggeris. tu yang tiba komunis masuk iols jadi keliru.

sorrylah, iols kureng ingat fakta2 sejarah ni


sarah82 Publish time 17-8-2020 11:31 AM

kucingitam replied at 17-8-2020 11:26 AM
eh i tak kata komunis baik..ahah kang tak pasal org ingat iols sokong komunis plak.

cuma keliru ...

Tak semestinya kena berdarah baru merdeka.. Indonesia selalu perasan depa superior sebab kemerdekaan melalui darah..

Cuba kita dok tempat nenek moyang kita zaman tu.. Belakang komunis.. Depan inggeris.. Kalau berperang.. Kita yg akan teruk.. Dgn mendapatkan kemerdekaan melalui keamanan.. Kita dpt hbgn diplomatik yg baik dgn British.. Tambahan pulak negara baru merdeka, angkatan bersenjata masih baru.. Dgn bantuan British dan negara2 komenwel kita boleh hapuskan komunis.

Belibis Publish time 17-8-2020 11:55 AM

kucingitam replied at 17-8-2020 10:34 AM
anak sarawak tak pernah tgk.. pernah dgr nama je.

Matinya seorang patriot best. suka ada azmil mu ...

Sejarah bukit kepong ada khilaf pendapat.
Tak nak komen sangat .kot2 ada jiwa terluka.

sharlenetexas Publish time 17-8-2020 12:12 PM

bondeh replied at 17-8-2020 10:56 AM
Yang scene bang Eman duduk kat kerusi malas sambil pegang buah kelapa then tibah Kak Noor duduk at ...

Tergugat juga iman walaupun arwah bapak beri pendidikan agama yang secukupnya ;P

kucingitam Publish time 17-8-2020 12:15 PM

sarah82 replied at 17-8-2020 11:31 AM
Tak semestinya kena berdarah baru merdeka.. Indonesia selalu perasan depa superior sebab kemerdeka ...

orait paham

sarah82 Publish time 17-8-2020 12:22 PM

kucingitam replied at 17-8-2020 12:15 PM
orait paham

Org kita hanya fikir keadaan skrg.. X pernah letak keadaan masa kejadian.. Anak2 muda yg x tau sejarah akan kata PKM @ MPAJA tu pejuang kemerdekaan kononnya.. Walhal tak pun.. Pengecut yg ambik kesempatan bila jepun serang dan Melayu dlm keadaan lemah.

sharlenetexas Publish time 17-8-2020 12:35 PM

Iols suka tengok drama & filem dato' jurey walaupun heols ada gosip ;P

Pada akhir filem Malay Regiment ditunjukkan ideologi komunis menyelinap masuk ke parlimen:huffy

mdaQ8VGa7t4

NekNgah Publish time 17-8-2020 03:06 PM

MENONTON filem-filem patriotik sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat Malaysia. Pengisian filem patriotik tidak hanya berkisarkan tentang perperangan, malah semangat juang juga turut diangkat menjadi tema sesebuah filem. Kami menyenaraikan 10 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Wajib Tonton Hari Kebangsaan Ini.

1. Bukit Kepong
Filem Bukit Kepong yang menemui pawagam pada tahun 1981 ini berkisarkan mengenai perjuangan pihak polis menentang komunis. Diangkat dari kisah benar yang terjadi pada tahun 1950, filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin ini dilakonkan oleh beliau sendiri bersama Allahyarham Hussein Abu Hassan, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

NekNgah Publish time 17-8-2020 03:07 PM

2. Leftenan Adnan
Filem arahan sutradara profilik Aziz M Osman ini telah diterbitkan pada tahun 2000. Menampilkan garapan kisah benar Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua, filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

3. Paloh
Menggarap kisah benar penduduk daerah Paloh yang terletak di Johor, filem arahan Adman Salleh ini ditayangkan pada tahun 2003. Mengangkat kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya, Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
Pages: 1 [2] 3
View full version: [Edisi Merdeka]Filem & Drama Yang Patut Ditonton Sempena Bulan Kemerdekaan


ADVERTISEMENT