zasrfikri Publish time 15-8-2020 09:31 PM

SITI NORDIANA : LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Siti Nordiana adalah salah seorang penyanyi wanita yang paling popular dan berjaya di Malaysia ketika ini. Beliau adalah di antara segelintir artis era 1990 an yang berjaya mengekalkan populariti untuk suatu jangka masa yang agak lama iaitu bermula tahun 1999 sehingga kini. Beliau juga merupakanperintis awal kepada lagu-lagu Pop shahdu dan tangkap lentoq di awal 2000 an dahulu bersama dengan Elly Mazlein, kumpulan New Boyz, kumpulan Spin dan Syura.
BIODATA RINGKAS SITI NORDIANANamaPenuh : Siti Nordiana Alias
Tarikh Lahir : 22 November 1984
Umur : 36 tahun
Tempat Lahir : Negeri Sembilan
Tahun Aktif : 1999 - kini
Album Studio : 5
Gurindam Rindu Berkasih 1999
Luahan Hati Kekasih 2000
Bingkisan Kasih 2002
Pelangi 2004
Semakin Jelas 2011
Anakku Sayang 2015

SITI NORDIANA : LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. CINTA HANYA SANDARAN
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Hani MJ
Album : Gurindam Rindu Berkasih
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini telah berjaya menjadikan Siti Nordiana sebagai salah seorang artis baru paling popular pada tahun 1999. Lagu ini sangat popular dan kerap dimainkan di radio tempatan. Kelunakan dan keunikan vokal beliau telah menjadikan beliau sebagai salah seorang idola remaja yang paling popular ketika itu selain Tomok dan Syura.


Video Cinta Hanya Sandaran



02. TERPAUT SAYANG PADAMU
Komposer : Mahzan B, Sarizan B, Sutera
Penulis Lirik : Mahzan B, Sarizan B, Sutera
Album : Gurindam Rindu Berkasih
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini merupakan lagu kedua paling popular di dalam album debut Siti Nordiana. Ianya juga kerap dimainkan di stesen radio tempatan.

Video Lagu Terpaut Sayang Padamu



03. KASIHMU SEAKAN BERUBAH
Komposer : LY
Penulis Lirik :LY
Album : Luahan Hati Kekasih
Tahun : 2000
Catatan : Lagu unik ini telah mengukuhkan lagi populariti Siti Nordiana pada tahun 2000. Lagu ini diingati kerana melodinya yang indah dan alunan instrumen muzik Cina bernama Erhu di dalam lagu ini.


Video LaguKasihmu Seakan Berubah

Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>> 12 LAGU POPULAR SITI NORDIANA\





Hazifahrun1906 Publish time 5-6-2021 03:43 PM

Aku suka Nana...dia x nmpk mcm artis yg suka berpeleseran... dri dulu low profile...skrg msih low profile... wlaupn x de gah ct NH tpi dia ada aura sndr... Bakat pn A
Pages: [1]
View full version: SITI NORDIANA : LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT