zasrfikri Publish time 13-8-2020 01:17 AM

KRU : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

Edited by zasrfikri at 13-8-2020 01:20 AM

GALAKSI VIRAL - Kumpulan KRU adalah Kumpulan Rap/Hip Hop Melayu paling berjaya di Malaysia. Dengan jualan keseluruhan album melebihi 1 juta unit, maka tidak menghairankanlah jika KRU mempunyai banyak rangkaian lagu mega hits yang malar segar dan diminati ramai semenjak di awal kemunculan mereka lagi. Mereka juga merupakan perintis kepada lagu berentak Dance Music dan antara artis yang pernah menjadi anak didik mereka ialah kumpulan Elite, Juliana Banos, Indigo, Feminin danAdam AF2. Mereka juga memegang rekod Kumpulan Vokal Paling Lama Bertahan Dengan Ahli Asal iaitu selama hampir 26 tahun. Ini mungkin kerana mereka bertiga adalah adik beradik dan pastinya ikatan adik beradik itu berjaya mengekalkan kumpulan ini sehingga ianya dibubarkan secara rasmi pada tahun 2018. Kumpulan KRU juga cukup dikenali sebagai Artis Muzik Masa Depan di era 1990 an kerana sentiasa tampil dengan muzik dan laguyang segar serta di luar kotak ketika itu. Antaranya ialah lagu Awas yang muziknya cukup bertaraf antarabangsa, lagu Fanatik yang membawa dimensi baru di dalam irama Dance/Hip Hop Malaysia dan paling diingati pastinya rakaman duet secara digital dengan arwah Tan Sri P.Ramlee di dalam lagu Getaran Jiwa pada tahun 1997. Mereka juga dikenali sebagai perintis Video Muzik hebat pada zaman kemuncak kegemilangan mereka kerana sentiasa tampil dengan video muzik yang berkualiti tinggi dan unik. Kumpulan KRU juga merupakan artis pertama Malaysia yang mempunyai Kumpulan Vokal di alam aaya yang dipanggil kumpulan Tyco pada tahun 2000. Dengan pelbagai rekod dan kejayaaan mereka ini, selayaknya mereka digelar sebagai salah seorang Artis Malaysia Paling Berjaya Sepanjang Zaman.https://1.bp.blogspot.com/-8GTHyY3xA4M/XzLFqgBXwzI/AAAAAAAAEgY/ZJbCdJw_yIUCYAx-c-Dt-f5hREKYXoA5ACLcBGAsYHQ/s0/349ba6716718a38670ac0c9925ea6ec5.jpgKRU : 12LAGU PALING POPULAR01 MENGERTIhttps://1.bp.blogspot.com/-GHnRBUnGoEU/XzLV7R8b61I/AAAAAAAAEig/wSuNxLNj-HscqIVsteqUnRYkhysrf3GGgCLcBGAsYHQ/w205-h205/MP0K%2B1993%2BKRU%2B-%2BRekrued.jpg

KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : KRU
ALBUM : Rekrued
TAHUN : 28 Ogos 1993
CATATAN : Lagu ini adalah lagu pertama yang benar-benar mempopularkan kumpulan KRU sebagai salah sebuah kumpulan baru yang berpotensi besar menjadi artis muzik Malaysia yang sangat berjaya. Lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu KRU yang berjaya ke Peringkat Akhir AJL 1994 di dalam kategori Pop Rock.
Untuk info lanjut, boleh rujuk info di link ini >>> KRU : 12 LAGU PALING POPULAR


Perawankota Publish time 13-8-2020 02:46 AM

Aku suka lagu dekat padamu

tagas Publish time 13-8-2020 08:21 AM

Chereenaaaaaaa {:1_152:}

Aera Publish time 13-8-2020 08:25 AM

Jangan lafazkan :C

kucingitam Publish time 13-8-2020 11:05 AM

2, Di Dalam Dilema, apa lagi eh..

Hazifahrun1906 Publish time 5-6-2021 03:50 PM

Knp setiap tjuk lagu yg aku bca automatic aku nyanyi

ImpianSeroja Publish time 12-6-2021 01:32 AM

Pabila tidak bersua walau seketika..
Rindu pula ku terasa..
Inikah ertinya cinta oooo.....

Banyak lagu kru iolls suka..
2
Janji tinggal janji
Cherinaa
Mengerti
Apa saja
Banyak lagi la:loveliness:
Pages: [1]
View full version: KRU : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT