julia5094 Publish time 10-8-2020 04:29 PM

ANTARA PELABURAN EMAS ATAU ASB

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya, kot2 ada otai2 kat sini yang tahu pasal pelaburan2 ni. I actually ada la lebihan duit bulan2 untuk disimpan. Biasa masukkan dalam ASB je. Tapi sekarang kan tengah hangat pulak pasal emas ni. So macam berbelah bagi sikit la. For long term investment, mana yang lagi baik antara dua2 ni. Eh, nak masukkan sekali unit trust la. Harap ada yang sudi bagi penerangan dan penjelasan.

I buat poll la ye senang sikit ye. TQ


CiliPadiSedap Publish time 10-8-2020 04:32 PM

labur ilmu buat duit sikit2 lama2 jd bukit?

emas tengah rally sampai satu price dia akan terjun junam, sampai tahun depan kaka percaya emas kekal rally ( naik)

siputpepel Publish time 10-8-2020 04:35 PM

Saya tak pasti pasal pelaburan emas tapi saya pilih pelaburan ASB. Tak perlu fikir banyak. Bayar tiap-tiap bulan, lepas tu lupakan. Tau-tau ja nanti duit berkepok2. Kalau emas, kena ada modal juga kan nak beli.

Sekarang bank dah drop rate dia. So nak buat loan ASB pun tak mahal macam dulu.

Kalau buat loan asb RM50,000, sebulan bayar dalam RM200+ je.
Kalau RM100K, RM500+ je sebulan.

julia5094 Publish time 10-8-2020 04:35 PM

CiliPadiSedap replied at 10-8-2020 04:32 PM
labur ilmu buat duit sikit2 lama2 jd bukit?

emas tengah rally sampai satu price dia akan terjun j ...

So memang masa yang baik untuk beli emas ke kaka? Ok ke kalau beli emas dalam Gold investment CIMB contohnya?

johan-adx Publish time 10-8-2020 04:50 PM

harga emas dh tinggi sgt tu...hati2 klu br nk terfikir invest emas...

julia5094 Publish time 10-8-2020 04:51 PM

johan-adx replied at 10-8-2020 04:50 PM
harga emas dh tinggi sgt tu...hati2 klu br nk terfikir invest emas...

Ye ke..so stick to ASB??? Atau ada choice yang lain?

johan-adx Publish time 10-8-2020 04:59 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 04:51 PM
Ye ke..so stick to ASB??? Atau ada choice yang lain?

mcm sy...trade sndiri..bursa..
"tak hensem takpa janji kaya"..ingt yg tu..itu lah yg sy buat

CiliPadiSedap Publish time 10-8-2020 05:00 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 04:35 PM
So memang masa yang baik untuk beli emas ke kaka? Ok ke kalau beli emas dalam Gold investment CIMB ...

:lol: subjektif sebenarnya.

tiada pelaburan terbaik kecuali ilmu :

> jgn beli emas dinar atau coint sebab emas tersebut dh di markup
> kalau nak beli emas pamp 100gm skrng 20k cmtu atau beli emas virtual mungkin mcm gold investment cimb
> barang kemas kaka suggest kalau untuk orang berniaga sambil show off ada cash flow kalau terdesak boleh pajak gadai tunai dpt untung kenaikan harga emas mungkin dapat ( sebab kedai ambil harga scrap iaitu jatuh 20/gm daripada harga pasaran)
> risiko emas pamp pula kalau tiada penimbang air, magnet atau alat menguji ketulenan barang emas kemungkinan kena tipu tu tetap ada. rugi bersih rm20k sia2 sahaja
> cimb gold tu ok lah untuk low risk


harga emas confirm jatuh lepas trump letak jawatan. harga emas naik sekarang sebab trade war amerika china, pandemic, tweet donald trump dan macam2 lg. kira emas ni safe heaven untuk kekalkan value daripada depriciation.


sambil beli emas ke apa2 tu tambah je ilmu ye.

yuki812 Publish time 10-8-2020 05:01 PM

Baca kat nst online..dijangka emas leh cecah us5000 seauns hingga hujung thn depan..maybe6-7 ratus segram. Sekarang pun dah cecah us2000 kan.

julia5094 Publish time 10-8-2020 05:01 PM

johan-adx replied at 10-8-2020 04:59 PM
mcm sy...trade sndiri..bursa..
"tak hensem takpa janji kaya"..ingt yg tu..itu lah yg sy buat

Ni mesti berpusu2 anak2 dara mengimpit ni...:P

green~tea Publish time 10-8-2020 05:02 PM

Edited by green~tea at 10-8-2020 05:11 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 04:35 PM
So memang masa yang baik untuk beli emas ke kaka? Ok ke kalau beli emas dalam Gold investment CIMB ...
NO emas investment....
let me show you the difference between ASB, emas, fixed deposit and simpan bawah bantal... semua data dah normalized for inflation rate...






johan-adx Publish time 10-8-2020 05:03 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 05:01 PM
Ni mesti berpusu2 anak2 dara mengimpit ni...

nk bgtau...bkn sy yg kaya pun..tagline tu yg mahal :lol:
lepas la duit geli2..haha
klu rezeki dpt la more than 100% krg sebln invest

julia5094 Publish time 10-8-2020 05:03 PM

CiliPadiSedap replied at 10-8-2020 05:00 PM
subjektif sebenarnya.

tiada pelaburan terbaik kecuali ilmu :


Tq kaka...insyaAllah akan sedaya upaya tambah ilmu. Lagi baca lagi rasa macam ceteknya ilmu di dada ni..Bukan nak jadi kaya raya, cukup la sekadar masa depan terjamin.

julia5094 Publish time 10-8-2020 05:04 PM

green~tea replied at 10-8-2020 05:02 PM
NO emas investment

Baikk...so buat masa ni yang lagi selamat asb la ye?

julia5094 Publish time 10-8-2020 05:06 PM

yuki812 replied at 10-8-2020 05:01 PM
Baca kat nst online..dijangka emas leh cecah us5000 seauns hingga hujung thn depan..maybe6-7 ratus ...

Wah...dasat betul...Kalau betul prediction ni seronok la geng membawang i..diorang awal2 lagi dah pulun beli emas...dakap mendakap semua ada..

green~tea Publish time 10-8-2020 05:08 PM

Edited by green~tea at 10-8-2020 05:13 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 05:04 PM
Baikk...so buat masa ni yang lagi selamat asb la ye?
sorry i tepek gambar tp terpusing sampai camtu skali.. i tukar pakai laptop plak huuhuuhu hampuns... jap i edit my post












green~tea Publish time 10-8-2020 05:14 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 05:04 PM
Baikk...so buat masa ni yang lagi selamat asb la ye?

i dah edit graph tadi (rotate picture)... and i tepek explanation i on emas... all those actual data sejak 1970s... u bleh tengok emas vs inflation vs fixed deposit vs ASB

julia5094 Publish time 10-8-2020 05:15 PM

green~tea replied at 10-8-2020 05:08 PM
sorry i tepek gambar tp terpusing sampai camtu skali.. i tukar pakai laptop plak huuhuuhu hampuns. ...

Nasib tak terpeleot leher tadi..terpusing2 nak memabaca graf tu...tq green-tea :$

yuki812 Publish time 10-8-2020 05:17 PM

julia5094 replied at 10-8-2020 05:06 PM
Wah...dasat betul...Kalau betul prediction ni seronok la geng membawang i..diorang awal2 lagi dah...

Pendapat i..mana2 investment pun u kena ada ilmu dan mencuba sendiri. Ada org dia rasa invest emas ok..ada org saham..ada org forex. Tgk mana2 yg u rasa faham dan sesuai matlamat investment u tu. Ada org loan asb ok..ada org tak pula. Ikut kefahaman dan keperluan u. Yg paling penting..belajar..belajar. Yang bijak pandai ni semua dah lalui mcm2 kejatuhan.

Knowlee Publish time 10-8-2020 05:17 PM

My elder brother orang banking, sekarang managing director. I pernah tanya dia pasal pelaburan emas ni, dia cakap tak payah. Simpan dalam ASB dan TH je. Gitu...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: ANTARA PELABURAN EMAS ATAU ASB


ADVERTISEMENT