Sinisuka Publish time 10-8-2020 04:06 PM

Kahwin Dengan Warga Asing/ Foreigner

Assalamualaikum dan hai semua.

Nak minta pendapat. Aku 20an. Aku dalam sesi perkenalan dengan seorang lelaki warga asing. Dia baik dari segi sikap dan agama juga. Aku memang tertarik dengan dia. Dan aku memang mengidamkan lelaki macam ni untuk jadi laki aku nanti. Sebab dia ada ciri ciri kebapaan. Bukan sebab suka gitu gitu je. Bila dah suka sama suka ni.....

Kawan baik aku pulak, seperti tak support apa yang aku nak buat. (kahwin). Dia kata habis lah masa depan aku kalau aku kahwin warga asing. Dia suruh aku cari lelaki melayu.

Soalan aku, betul ke hidup aku akan musnah kalau kahwin warga asing? Aku dalam perancangan nak bawa dia jumpa keluarga dalam masa dekat ni. Ada tak mana mana forumer yang kahwin warga asing yang boleh share pengalaman berlaki/berbini kan warga asing.

Atau sesiapa je, boleh tak bagi advice untuk aku. Pandangan korang kepada orang yang berkeinginan berlakikan warga asing. Ada beza ke. Beza cuma bangsa je kan? Ke ada beza lain?Kenapa kawan aku marah sangat aku nak kahwin dengan lelaki asing ni. Aku tak berapa faham.

Terima kasih

doubleA Publish time 10-8-2020 04:17 PM

Warga mana? Kalau indon or bangla mohon pikir masak2 takut diambil kesempatan sebab warganegara

First thing first bawa jumpa family tengok apa firasat dorang

Sinisuka Publish time 10-8-2020 04:24 PM

doubleA replied at 10-8-2020 04:17 PM
Warga mana? Kalau indon or bangla mohon pikir masak2 takut diambil kesempatan sebab warganegara

...

Erkk. Dia dari bangladesh. Betul, kena bawa jumpa family dulu. Tengok macam mana penerimaan diaorang.

sarah82 Publish time 10-8-2020 04:27 PM

Nasihat aku.. Baik x payah.. Bangla ni biasanya ada isteri kat sana..dan sama mcm pakistan.. Datang cari perempuan sini utk dipergunakan sebagai jalan utk berniaga.

Tengok kes wanita org asli nikah dgn bangla/pakistan/indo yg ada dilaporkan baru2 ni.

copy_paste Publish time 10-8-2020 04:29 PM

Sinisuka replied at 10-8-2020 04:24 PM
Erkk. Dia dari bangladesh. Betul, kena bawa jumpa family dulu. Tengok macam mana penerimaan diaora ...

bangla,aduhai,patut la kawan ko marah,
nasib badan la hahahahha,
aku rasa ape yg kawan ko ckp tu mmg betul pun,dah selalu jadi,kalau kawin dgn tempatan pun byk kes cerai,apatah lagi kalau warga asing,
tapi ko yg nk kawin,xpelah terpulang, nalla tu

Kurex Publish time 10-8-2020 04:30 PM

Kawen la... Sebab aku nak ucapkan padan muka dekat kau..

CiliPadiSedap Publish time 10-8-2020 04:37 PM

bangla? dia sweet talker je. malam2 nanti makan bawang pengsan bau . tak ingat bangla yang burukkan malaysia?

come on lah. macam xde laki melayu lagi ke kt malaysia? jgn buat malu orang malaysia dik. u terlalu naif dalam permainan cinta.




sejak bangla burukkan malaysia mana mana kedai mamak ada rupa bangla atau kedai runcit ada rupa bangla kaka boikot. kaka support kedai melayu. atau speedmart 99 sebab speedmart 99 murah ternyata berbaloi baloi


mak ayah u tentu nasihat u sama cm kaka nasihat. kalau dah gatal sangat nak nikah silakan kalau merana kami mampu gelakkan

Sinisuka Publish time 10-8-2020 04:44 PM

Alamak. Sebenarnya aku cuma tertanya tanya. Baik dia ni orangnya, tapi memang dia ada niat jahat juga ke? Maksud aku, semua lelaki warga asing yang ada niat nak kahwin perempuan tempatan ni memang berniat macam tu ke?

Sebab aku tengok dia ni baik sangat. Low profile gitu. Macam lelaki melayu. Cuma bangsa tu je lah masalah (bangla).

So aku tertanya tanya "takkan semua lelaki asing berniat jahat? Kot yang aku jumpa ni memang niat baik ke.. "

Ke tak? Adakah aku perlu cakap dekat diri sendiri yang dia ni sebenarnya berniat jahat jugak macam lelaki bangladesh yang lain? Ni namanya dah pukul rata. Pening wehhh

yuki812 Publish time 10-8-2020 04:44 PM

Cop...citer skit tentang mamat bangla tu.
Camner jumpa...
Background education ker..
Background family dia..kot2 anak raja..golongan teknokrat ke...Kerja apa sini...

Walaupun i x setuju..tp tak nak komen pukul rata semua bangla dtg sini yg low class..walaupun itu maybe hakikatnya..

becir Publish time 10-8-2020 05:02 PM

opismate i ceta dulu ex roomate dia kawen ngan bangladeshi..jumpa kat uni, anak orka..mak budak tu siap belikan rumah yg opismate i sewa tu, kasi kat roomate dia tu..tapi tula, anak orka..bf you anak orka ke?

nazzse Publish time 10-8-2020 05:13 PM

Sinisuka replied at 10-8-2020 08:24 AM
Erkk. Dia dari bangladesh. Betul, kena bawa jumpa family dulu. Tengok macam mana penerimaan diaora ...

Bangla? Tak payah dikk.
Kawan kaka, PhD student couple dgn mamat bangla agak menjaga penampilan, perlakuan tapi tetap kena tinggal. Jantan ni je la yg faham dia, baik, ada masa utk dia sampai sanggup musuh dgn family, lari cari kerja kat KL. Paling kelakar jantan yg 'baik' tu Islam tapi tetap minum ya sbb kawan2 ajak..lol..

Last2 yg jantan balik Bangla senyap2, konon sbb tak mampu teruskan hubungan sbb tekanan family kawan iols, padahal dia kena tipu agent renew visa dia..

Sinisuka Publish time 10-8-2020 05:15 PM

Edited by Sinisuka at 10-8-2020 06:37 PM

Allahu. Haha. Sini aku cerita serba sedikit. Tahap pendidikan dia aku tak pernah tanya sebenarnya. Sebab aku pun tak berpendidikan pun - spm je. Tapi alhamdulillah aku dapat kerja office walaupun sebagai kuli je hekhek.

Aku tak pernah tanya dia belajar sampai tahap apa. Tapi aku tahu yang dia pandai bab grahic design.

Dia anak orang senang. Tapi dia duduk malaysia atas usaha dia sendiri. Hidup dia sederhana je. (hidup aku pun sederhana jugak.)

Ni cerita betul tau. Bukan aku memuji muji. Aku rasa dia ni ada persamaan dengan aku sebab dua dua nak cari agama untuk dapatkan keberkatan hidup. Aku memang nak cari orang baik supaya peribadi anak anak aku terjamin.

Sinisuka Publish time 10-8-2020 05:17 PM

Pasal tahap pendidikan dia. Aku akan tanya dalam masa terdekat

namr Publish time 10-8-2020 05:22 PM

Edited by namr at 10-8-2020 05:25 PM

Tak bau bawang ke? Serius tanya ni sbb ada kawan couple ngn bangla. aku p rmh depa kuatnya bau bawang tuh:funk:

Sinisuka Publish time 10-8-2020 05:24 PM

namr replied at 10-8-2020 05:22 PM
Tak bau bawang ke?

Tak ada bau bawang or bau busuk. Dia wangi je. Kemas dan bersih. (aku pernah bau orang yang ada bau pelik tu. Tapi alhamdulillah dia tak ada bau tu. Hehe)

Sinisuka Publish time 10-8-2020 05:26 PM

Edited by Sinisuka at 10-8-2020 06:41 PM

nazzse replied at 10-8-2020 05:13 PM
Bangla? Tak payah dikk.
Kawan kaka, PhD student couple dgn mamat bangla agak menjaga penampilan,...

Tu lah yang buat tertanya tanya tu. Memang tak wujud ke orang bangladesh yang baik? Apakah kebaikan dia tu tipu semata mata?

Sinisuka Publish time 10-8-2020 05:27 PM

becir replied at 10-8-2020 05:02 PM
opismate i ceta dulu ex roomate dia kawen ngan bangladeshi..jumpa kat uni, anak orka..mak budak tu s ...

Dia anak orka. Tapi bapak dia lah orka. Dia ormaga je. (orang makan gaji). Hehehe

Ivysaur Publish time 10-8-2020 05:32 PM

Edited by Ivysaur at 10-8-2020 05:54 PM

Pengalaman aku sendiri. Hidup tak musnah cuma penat la sebelum kahwin penat ke Imigresen. Setiap tahun penat renew pass di imigration. Kalau sistem down berjam2 tiba2 esok kena datang balik. Pengalaman buruk la kalau dapat staf imigration yang teruk. Kalau laki tak reti cakap melayu, kau juga penat isi borang, dan segala galanya. Semua bini kena handle. Laki aku pulak super cerewet. Dia mmg ketua keluarga tapi A-Z memang bini la kena handle termasuk loan. Kalau kaya beli kereta dengan rumah cash senang saja
Apa pun hidup aku bahagia dik. Cuma yg tak berkenan geng adik beradik dia yg sentiasa tak cukup duit. Hihihi

LostStar Publish time 10-8-2020 05:35 PM

ni bukan jodoh.. ni bodoh..

janganbagi bangla ambil kesempatan... daku tak percaya dengan bangla.. dulu arwah makcik daku sampai bercerai berai akibat bangla la.. konon zuhud beragama.. last2 bersekedudukan bagai.. eiiii koser la nak kenang.. tapi apa pon mohon jangan tertipu dengan pandangan pertama.. kau jangan nak acah2 sehaluan la apa la.. ko tak kenal pon dia yang sebenarnya.. dia pakai topeng jek depan ko..

Sinisuka Publish time 10-8-2020 05:40 PM

Ivysaur replied at 10-8-2020 05:32 PM
Pengalaman aku sendiri. Hidup tak musnah cuma penat la sebelum kahwin penat ke Imigresen. Setiap tah ...

Dia kata dia tak fasih berbahasa melayu. Tapi so far tengok dia bercakap fasih je. Rasanya tak ada masalah berkaitan bahasa tu. Sebab dia memang kerja dengan persekitaran melayu.

Rasanya masalah awak berkaitan imegresen je. Sebab jenuh ulang alik.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Kahwin Dengan Warga Asing/ Foreigner


ADVERTISEMENT