zasrfikri Publish time 10-8-2020 01:10 AM

SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan Slam adalah salah satu kumpulan Pop Malaysia era 1990 an yang sangat popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Boleh dikatakan hampir semua lagu mereka hits dan diminati ramai peminat bermula dengan album kedua mereka berjudul Kesan Terbukti tahun 1995 sehinggalah kepada album kompilasi mereka tahun 1999. Kejayaan kumpulan ini adalah sama hebat seperti kumpulan Search, Wings, XPDC, May, Iklim, Ukays, Mega, & Exists. Ini adalah kerana kejayaan mereka di dalam bidang nyanyian menjangkau ke seluruh alam Nusantara dan karya merekamenjadi malar segar sehingga kini. Keunikan dan kelunakan vokal Zamani serta gabungan pemuzik hebat kumpulan Slam berjaya menjadikan kumpulan ini lain daripada lain dan mempunyai X faktor tersendiri. Jualan album mereka antara paling laris di Malaysia iaitu hampir 1.3 juta unit dan lebih 2.7 juta di seluruh Asia (Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei). https://1.bp.blogspot.com/-vRDHlFYZFWk/XzAssxV0QHI/AAAAAAAAEfw/H_R251AWtokKQC5zc33OjzjLuL2jgWh_ACLcBGAsYHQ/s0/500x500%2B%25286%2529.jpg

BIODATA RINGKAS KUMPULAN SLAM

AHLI KUMPULAN :;Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man,Eddie, John, Ronnie
TAHUN AKTIF : 1993 - kini
ALBUM STUDIO : 6
1.Slam 1993 (40,000 unit)
2.Kesan Terbukti 1995 (MAS - 300,000 unit, INA - 500,000 unit)
3.Kembali Merindu 1996 (MAS - 250,000 unit, INA - 400,000 unit)
4.Dalam Harapan 1998 (50,000 unit)
5.Slamanja 2003
6. Mengapai Langit 2007


https://1.bp.blogspot.com/-ift2ACu_Iks/Xy_5n-n83VI/AAAAAAAAEfM/z4SVi_zHzBIpPN7VSCTYk_S4kubL58XJQCLcBGAsYHQ/w262-h262/071210600_1586268585-sl.jpg

    Kumpulan Slam


SLAMLAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN1KEMBALI TERJALINhttps://1.bp.blogspot.com/-j-OqeXMji4g/Xy_tc5ZNQ2I/AAAAAAAAEc4/Fd6jTlpOEk09TLJCMSLRqt8EzSESzy2tACLcBGAsYHQ/w301-h305/slam.jpgKOMPOSER: Saari AmriPENULIS LIRIK : Habsah HassanALBUM : Kesan TerbuktiTAHUN : 1995CATATAN :Lagu ini merupakan lagu pertama yang memberikan tanda awal bahawa album Kesan Terbukti bakal meletop di pasaran. Setiap kali mendengar intro lagu ini, pasti teringat era muzik tahun 1995. Lagu ini juga kerap diputarkan di Radio No.1 Malaysia ketika itu iaitu Radio Muzik. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 ialah No.3 dan berada dalam carta selama 22 minggu. Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>> Slam : 12 Lagu Paling Popular
Pages: [1]
View full version: SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT