KeliruCinta Publish time 8-8-2020 01:34 PM

Apa itu Cinta?

Hi, saya ada pertanyaan mengenai cinta / perasaan. Harap ada ahli forum yang sudi jawab soalan ini.

Saya ada kenal seorang lelaki ni sejak high school. Sekarang, saya dah 30 tahun. Lelaki ni , saya namakan sebagai "L". "L" pernah confess perasaan dia kepada saya dulu (2016) dan pada masa yang sama sebenarnya saya sukakan "L". Namun, saya tak berikan sebarang jawapan. Sebab masa tu saya rasa awkward dan saya tak pernah ber-couple (sampai sekarang). Lagipon, kawan-kawan baik saya berikan cadangan agar tidak menjalinkan hubungan dengan L. Mereka juga kenal "L" dan berpendapat "L" tak sesuai dengan saya. Mereka selalu tegaskan yang ada lelaki yang lagi handsome dan baik dari "L". Masalahnya, sejak dari peristiwa "L" confess kepada saya. Saya dapat rasakan yang saya memang nak kan "L" tetapi kawan-kawan saya selalu halang tindakan saya yang mahukan "L". Since, umur saya pon dah 30 tahun, saya takut kalau2 "L" ada perempuan lain. Saya takut kalau "L" berkahwin dengan orang lain. Adakah perasaan ni normal?


Kedua, ada kawan yang suggest saya mandi bunga (mungkin sekadar gurauan). Sebab dalam circle friend saya, dorang selalu cakap yang ada kawan2 lelaki mereka yang minatkan saya. Tapi sebenarnya, tak ada pon lelaki yang confess perasaan mereka kepada saya kecuali "L". Saya juga sering dicop sebagai "perempuan jual mahal", "perempuan memilih" kerana sehingga kini tidak pernah ber-couple. Kenapa ada lelaki yang boleh cakap / beritahu kepada orang lain/kawan2 yang mereka sukakan seorang gadis tetapi tidak berani untuk beritahu kepada gadis itu secara face-to-face?

Apakah ciri-ciri perempuan yang sudah berpunya? Kerana saya sering disalah anggap sebagai "perempuan yang berpunya/mempunyai bf". Hakikatnya, saya bujang, single.


Adakah normal bagi perempuan yang berumur 30 tahun, sering berfikir mengenai hati dan perasaan , kahwin?


noor2 Publish time 8-8-2020 01:51 PM

wJtYCQ-F5Ss

najib888 Publish time 8-8-2020 02:02 PM

Umo 30 tu ok sangat la rasa nak kahwin. Rasanya umo mcm tu dah matured, minda pun dah bersedia utk berumahtangga (ikut benchmark zaman sekarang la)
Ciri2 pompuan dah berpunya, from my opinion..
1. Malas nak chit chat kat WhatsApp or any mean of social media. Reply pun sebutir2..tu pun dalam sela masa beberapa minit.
2. Tak gedik sgt dengan lelaki.
3. Bentuk fizikal pun lain sikit, kulit muka macam berseri sikti. Bukannya gemok ke apa.. susah nak explain..
4. Lebih cool/rilex dalam menangani sesuatu isu.

umbut Publish time 8-8-2020 02:17 PM

Kalau indian bagus.. yg single ada tanda hitam kat dahi.. jadi leh bagitau org aku single:lol: kdg yg single ingatkan dah kahwin,kurang market..

najib888 Publish time 8-8-2020 02:18 PM

Kalau nak tau apa itu cinta, penjelasan makna cinta paling mendalam ada dalam filem Hang Tuah, P Ramlee.. scene ketika Tun teja tanya Hang Tuah, apakah makna cinta?Kemudian hang tuah nyanyikan lagu berkorban apa saja.. check kat youtube:)

najib888 Publish time 8-8-2020 02:22 PM

Tapi konteks sekarang, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa.. kalau diambil secara literal, umpama anak muda kini, terhutang budi tergadai body... Tu bukan cinta, tapi nafsu.

kaoru44 Publish time 8-8-2020 03:09 PM

Normal je rasa mcm tu tt..
Tp u xkeseorangan..ramai je org xprnh couple..
Mcm i pun..tp mgkn sbb xjmpa llaki yg btul2 ok..
Yg ok pun..kte pulak xminat kn..
Kalau u rasa btul2 nk..buat la istikharah..
Then terus terang tnya dia..dh bpunya ke belum..
Knp nk dgr ckp kwn2 plak..at least u ada usaha..sbb u nak kan dia..

ramaramu Publish time 8-8-2020 03:15 PM

TT kenapa la ikutkan aje cakap kawan kawan? yang nak bercinta tu TT bukan mereka..
Yes kawan kawan memang observer tapi ultimately tt yang decide kan.. opinion diorang tu you kena la weigh juga bukan ambik bulat bulat..

macam weird la comment kawan tt bila cakap boleh dapat lagi handsome.. tu kriteria utama you ke tt?

kalau you pun suka si L tu pegi la beritahu tapi tu lah kejadian dah 4 tahun.. you sure ke dia masih single?

siputpepel Publish time 8-8-2020 03:39 PM

Kawan-kawan halang - first sign. Tapi itu tak bermakna lelaki itu seperti jangkaan mereka. Boleh jadi mereka halang sebab mereka tahu perangai lelaki itu di belakang bagaimana.

kalau nak tahu, TT boleh cuba berkawan dulu dengan lelaki itu.

Bila dia confess, adakah sekali itu saja? Sekarang ada confess lagi? Kalau betul dia mahukan TT, dia akan tunggu TT dan bersedia confess sekali lagi. Kalau hanya sekali, boleh jadi sekadar test market.

TT tak keseorangan. Zaman sekarang waktu terbaik mendirikan rumah tangga adalah umur 28-32 (pada pendapat saya). Bukan senang nak kahwin muda, kena prepare mentally and financially.

Jangan biarkan perasaan TT terhadap lelaki tersebut mengaburi tindakan TT. Bertindak ikut logik akal. Kalau terdapat banyak sign yang menunjukkan that he's not the one, you know what to do.

All the best

junghin Publish time 8-8-2020 03:48 PM

sy pun umor nak cecah 30 dan sama dgn tt tak pernah berkapel.dlu ada a few yg confess tpi waktu tu nk fokus study dan memang tak sedia lagi so terpaksa tolak.skrg ni cem dah mula terbuka hati sikit tapi tulah still awkward dan tak selesa dgn lelaki.kt opis pun leh borak beramah tamah dgn geng2 prmpuan je.kawan2 kata sy ni bagus tak melayan lakilah,tak gediklah,jual mahal sgtlah tapi itu mmg karakter sy yg agak pemalu.bukan saje2 nak sombong, jual mahal ke ape :L

KeliruCinta Publish time 8-8-2020 03:49 PM

noor2 replied at 8-8-2020 01:51 PM


Terima kasih untuk lagu

KeliruCinta Publish time 8-8-2020 04:04 PM

najib888 replied at 8-8-2020 02:02 PM
Umo 30 tu ok sangat la rasa nak kahwin. Rasanya umo mcm tu dah matured, minda pun dah bersedia utk b ...

Kalau ikut ciri-ciri yang awak bagi:

1. Saya memang tak mesra bila bercakap dengan lelaki (face-to-face dan social media).
2. Saya memang awkward dengan lelaki. Berusaha untuk tidak bercakap dengan lelaki. Pernah kena tegur dengan pensyarah lelaki dekat U dulu, pensyarah tegur saya sombong dan jual mahal dengan lelaki. Mungkin factor saya tiada adik beradik lelaki.
3. Untuk fizikal. Tinggi: 163cm Berat: 55kg. Saiz baju M. Tentang muka berseri-seri. Memang selalu orang cakap muka saya berseri-seri. Mungkin factor kulit muka saya yang putih dan tiada jerawat. Nenek sebelah mak , Cina. Dan dari nenek, mak, ibu sedara dan adik beradik, kulit muka memang jarang ada jerawat. Even period pon tak ada jerawat.
4. Rasa macam tak

KeliruCinta Publish time 8-8-2020 04:06 PM

umbut replied at 8-8-2020 02:17 PM
Kalau indian bagus.. yg single ada tanda hitam kat dahi.. jadi leh bagitau org aku single kdg y ...

Setakat ni, alhamdulillah.Tak ada yang fikir/ingat saya dah kahwin. Cuma,ada yang fikir saya dah ada bf.

Ke nak kena pakai baju "I'm Single" hehe

KeliruCinta Publish time 8-8-2020 04:07 PM

najib888 replied at 8-8-2020 02:18 PM
Kalau nak tau apa itu cinta, penjelasan makna cinta paling mendalam ada dalam filem Hang Tuah, P Ram ...

Terima kasih di atas cadangan

KeliruCinta Publish time 8-8-2020 04:14 PM

kaoru44 replied at 8-8-2020 03:09 PM
Normal je rasa mcm tu tt..
Tp u xkeseorangan..ramai je org xprnh couple..
Mcm i pun..tp mgkn sbb x ...

Terima kasih di atas cadangan


Waktu tu, saya ikut cakap kawan2 sebab kami semua pernah berada di sekolah yang sama dan sama kelas. Dan kawan2 yang cakap "tidak" , "jangan" . Sangat rapat dengan saya. Silapnya, saya tak pernah tanya secara details kenapa mereka halang saya untuk cakap "Yes" kepada L.

KeliruCinta Publish time 8-8-2020 04:20 PM

ramaramu replied at 8-8-2020 03:15 PM
TT kenapa la ikutkan aje cakap kawan kawan? yang nak bercinta tu TT bukan mereka..
Yes kawan kawan...

Mungkin sebab kawan-kawan yang cakap "tidak" tu sangat rapat dengan saya. Saya percayakan keputusan mereka tapi salah saya jugak.Sebab tak tanya details dengan kawan2 saya.

Saya tak pernah letakkan criteria "handsome" untuk future partner/husband. Setiap kali saya upkan isi L dengan kawan2 saya. Mereka selalu cakap ada yang lagi handsome dan baik dari L. For me, L dah cukup baik. Sebenarnya, sampai sekarang saya tak bagi kata putus semasa L confess dekat saya dulu (2016). Masa L confess dulu, saya pon pernah tanyakan pendapat kawan baik dekat U dulu. Mereka pon tak setuju saya dengan L. Btw, kawan U saya tak pernah kenal L since saya dan L bukan belajar di U yang sama.

najib888 Publish time 8-8-2020 04:29 PM

KeliruCinta replied at 8-8-2020 04:20 PM
Mungkin sebab kawan-kawan yang cakap "tidak" tu sangat rapat dengan saya. Saya percayakan keputusa ...

Cer tanya balik kawan2, kenapa depa tak setuju hubungan u ngan L tu. Bagi spesifik sikit..

mbhcsf Publish time 8-8-2020 04:32 PM

selalunya tanggapan umum wanita yg 30s and 40s diangap berpunya until proven otherwise.
lazimnya, normanya - hmm hari ni banyak guna fasa ni pulak ...
and then tengok personaliti , pembawakan

sebab tu it issafer and for good reason too , i think that wanita sebegini dianggap begitu sebab terjaga - yes lah takan nak loud , tiga suku tak tentu hala and u know org pun ...lari.

i think - unless u said that u are single okaylah.
pasal affairs of your heart ni - well , take your time and pepandailah menilai sebab manusia boleh erkata apa sahaja , tetapi akhirnya berbalik pada anda.

how much do u know " L " ni?

how aboutK, M or Paul?

ramaramu Publish time 8-8-2020 04:34 PM

KeliruCinta replied at 8-8-2020 04:20 PM
Mungkin sebab kawan-kawan yang cakap "tidak" tu sangat rapat dengan saya. Saya percayakan keputusa ...

ok i faham situasi you.. sebab you tak kenal L dengan rapat..
betul tu macam forumer lain cakap apa yang kawan you tak suka tentang L?
lagi satu.. kalau tak kenal macam nak jatuh sayang?
kawan kawan dulu tak boleh? kenal kenal dulu.. tak perlu la terus jump into relationship..

t_hahahaha Publish time 8-8-2020 04:38 PM

bercinta la dengan sesiapa sahaja asalkan bila nak kawen sila dengan sekufu.

the way of thinking ni akan sama wavelength bila sekufu, indirectly akan membina communication yang effective.

dulu i tak percaya semua ni, i pikir peningkatan umur akan mematangkan seseorang walau tak sekufu. kira akan lengkap melengkapi la. tapi ianya tidak

"Madzhab Syafi’i seperti yang dijelaskan dalam Al-Majmu’ (jilid 2, hal. 39) yang dimasuk dengan sekufu’ adalaha kesamaan dalam empat hal; kesamaan dalam nasab, agama, starata sosial (merdeka atau budak), dan pekerjaan."
Pages: [1] 2
View full version: Apa itu Cinta?


ADVERTISEMENT