Cari-Azza Publish time 4-8-2020 12:45 PM

Dahla dicetak rompak, jual kat Shopee pula tu, Keluarga Iskandar bertimpa malang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/03/215609etarhznxrmjavhda.jpg



Rentetan kekecewaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk cetak rompak.


Menurut Astro Awani, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/03/213144xr2ii8vpjrpstvus.png


Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem cetak rompak di platform terbabit.



"Berdasarkan laporan yang kami terima, beberapa filem tempatan antaranya Keluarga Iskandar The Movie dikesan telah dijual tanpa kebenaran penerbit di platform Shopee."


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/03/214318mytbf8mqda85uxgy.pngFoto : Awani




Bagaimanapun, setelah dihubungi oleh pihak Awani, pihak Shopee terus menurunkan iklan tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/03/214433ta8ulttlct1ytcle.pngFoto : Awani




Warganet turut memberikan pandangan mereka dan lebih mengejutkan bukan sahaja filem, malahan bahan permainan elektronik dan anime turut dijual di dalam cakera keras dan pastinya dengan harga lebih murah.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/03/214828fcx266o1kpkx6tto.png


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202008/03/215508v73l334671zld4c3.jpgFoto : FB




Aduhai, masalah cetak rompak tetap berlaku mengikut peredaran zaman. Bagaimana untuk mengekang masalah sebegini jika masih ada permintaan dan penawaran? Kasihan filem Keluarga Iskandar, sudahlah bertahun-tahun membuatnya, dapat pula masalah sebegini. - CARI



RatuDunia94 Publish time 4-8-2020 02:00 PM

Shoppe ni mmg x filter ke seller jual apa? Even kalau nak jual bayi kat shoppe pun boleh gamaknya..

mizruncing Publish time 4-8-2020 02:31 PM

shoppe ni ape je yang takde. search je semua keluar

husna_amal Publish time 4-8-2020 03:56 PM

Tak pasal2 nanti kena saman shopee ni

angel_duzter Publish time 4-8-2020 04:32 PM

Mcm2 ada jual kt shopee.. Software pun ada jual murah2

AbukRokok Publish time 4-8-2020 04:49 PM

wahhh xterfikir plak boleh jual cetak rompak kat shopee...aku pun nak jual mcm ni..... download dan jual :lol:

lavendernovella Publish time 4-8-2020 06:45 PM

Rm1.32 sen , dijual dlm bentuk apa? {:question

dua_chzy Publish time 5-8-2020 12:07 AM

RatuDunia94: Shoppe ni mmg x filter ke seller jual apa? Even kalau nak jual bayi kat shoppe pun boleh gamaknya..

Ubat gugur janin pun hada. Dadah ja belum nampak lagik. Kat Mudah pun serupa Shoppee. Ai pernah report seller jual telur penyu. Choi.

lasagna Publish time 5-8-2020 08:57 AM

haiyooo movie tu org buat penat2 bleh plak ada jual kat shopee? tak faham iols.
tak laa yg heran nya camne lah bleh trjual dgn sebegitu cheap skali.. ishh.

dilah52 Publish time 5-8-2020 12:04 PM

Kesiannya keluarga Iskandar. Orang penat membuat seller senang jual. Murah pulak tu. Macam tu jer diorang nilaikan penat lelah orang.

johan-adx Publish time 5-8-2020 12:07 PM

dkt nk raya puasa haritu..mercun yg tak dibenarkan pun ada jual dlm shopee

T541 Publish time 10-8-2020 12:31 PM

KOrang dah tengok ke KITM ni?

bLuEsKy Publish time 10-8-2020 03:39 PM

dua_chzy replied at 5-8-2020 12:07 AM
Ubat gugur janin pun hada. Dadah ja belum nampak lagik. Kat Mudah pun serupa Shoppee. Ai pernah...

dapur dadah ada jual...:huffy

kuewTiau Publish time 14-8-2020 02:02 PM

T541 replied at 10-8-2020 12:31 PM
KOrang dah tengok ke KITM ni?

udah..4x ulang..best.
tengok sekali dengan parent,masa raya baru ni parent buat macam nek jah terus kena cop keluarga iskandar
:lol:
Pages: [1]
View full version: Dahla dicetak rompak, jual kat Shopee pula tu, Keluarga Iskandar bertimpa malang


ADVERTISEMENT