isteri_ayil Publish time 3-8-2020 10:07 PM

Perogol Itu Masih Bebas

Edited by isteri_ayil at 4-8-2020 10:55 AM

Pendahuluan

Siapa sangka, seorang lelaki yang kelihatan baik, romantik, bapa tunggal yang bertanggungjawab membesarkan sepasang cahayamata, bekerja keras mencari rezeki, berhempas pulas pula di rumah menjalankan tanggungjawab bagaikan seorang surirumah, mengurus anak-anak, rupanya seorangperogol yang juga mempunyai gangguan mental.

Orang yang disangkakan/diharapkan bakal 'zauj' rupanya adalah seorang perogol. Ikut kisah wanita malang ini meneruskan hidupnya setelah menjadi mangsa rogol kepada duda sweet-talker, serta pandai putar belit kata-kata.

Bahagian Pertama
2014

Bulan Ramadhan. Wawa begitu ralit melayan rakan chatting menerusi applikasi WeChat. Hari itu juga merupakan hujung minggu. Aku menyapa Wawa, "weii kau ni, tak berhenti-henti berWeChat. Dah-dahlah tu".
"Mana ada WeChat, aku tengah berWhatsApp laa", sambung Wawa sambil meletakkan telefon bimbit di atas riba setelah selesai membalas WhatsApp. Perhatiannya teralih ke arah aku.
"Petang ni, jom, kita buka puasa kat hotel V. Aku masih ada lagi tau, voucher buka puasa tu", aku mempelawa Wawa.
"Nakkkk!!", jawab Wawa dengan wajah yang riang. Kami sama-sama senyum gembira.
"Banyak lagi ke, voucher yang kau dapat?", tanya Wawa kepadaku.
"Banyak jugak. Ye laa, kan department aku selalu buat kursus kat hotel tu. Dah macam regular customer, tu yang dapat banyak. Execs lain mana nak sangat buka puasa kat luar ni. Masing-masing semua jenis suka makan di rumah dengan keluarga.", jawab aku.

"Ye laa, mungkin senang untuk diaorang nak solat Maghrib, pas tu, nak terawih pulak", sambung Wawa.
"Wa, nanti, kau ajaklaaa mamat tu.. tuu yang kau tak abis-abis dok WhatsApp tu, buka puasa dengan kita kat hotel ni. Haa boleh jugak aku tengok, siapakah gerangannya yang dah berjaya tawan hati kau tu", aku mengajukan cadangan.
"Susah sikitlaa nak ajak dia. Dia stay kat Shah Alam. Kerja pulak kat hospital. Bukan tentu masa. Dapat balik rumah pun, terus uruskan anak-anak. Masak untuk anak-anak. Mana maunya dia nak join kita yang solo ni makan kat sini", jawab Wawa dengan wajah yang berkerut.

Seperti satu kepayahan juga hubungan Wawa dengan jejaka bernama Azlan ni. Wawa mengenali Azlan menerusi applikasi WeChat. Dah sebulan mereka berbalas mesej, hinggalah dari perbualan di WeChat, berpindah ke WhatsApp. Azlan adalah seorang bapa tunggal. Duda pada usia yang agak muda, sekitar 32 tahun. Dan pada usia yang begini muda, beliau harus mengambil alih semua tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada kedua-dua anaknya.

Sepanjang berkomunikasi dengan Azlan, Wawa merasa sangat selesa. Azlan begitu berbudi bahasa dan akan sentiasa menghantar message kepadanya menerusi WhatsApp, setiap kali ada masa yang terluang. Bertugas di hospital, Azlan bukanlah seorang doktor. Tugasnya adalah sebagai pembantu perubatan. Wawa tidak kisah apa pun pekerjaan Azlan. Yang penting baginya adalah dirinya tidak dilupakan, tidak diketepikan dan budi bahasa, serta rasa hormat juga amat penting, walaupun Wawa terpaksa bertahan dengan kekangan yang ditanggung oleh Azlan. Itulah yang dimaksudkan dengan "kepayahan dalam hubungan", iaitu kesibukan Azlan di hospital, dan kesibukan Azlan juga di rumah.

"Takpelah Wa, nak buat macammana. Dua-dua tu dah jadi tanggungjawab dia. Kau cepat-cepatla kawin dengan dia. Dapatlah ambik alih tugas-tugas rumahtangga", aku mengusik Wawa.
Wawa melepaskan keluhan panjang. "Bab-bab ni susahlah nak cakap. Aku sendiri pun tak pasti sama ada aku pandai jaga anak, urus anak atau tidak. Apatah lagi anak orang. Buatnya anak dia tak suka aku, benda baik aku buat, tak baik jugak yang dia report kat bapak dia. Haaaa.. tak ke haru. Tu belum lagi kot diaorang dera aku, suruh iron baju sekolah, basuh kasut sekolah. Ohhh tidak laaa. Aku perlukan masa untuk terima keadaan ni semua. Buat masa ni, biarlah kawan-kawan dulu", Wawa meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Kau tak pernah jumpa dia lagi ke? Anak-anak dia?", tanyaku.
"tak", jawab Wawa ringkas sambil mencapai telefon bimbit dan membelek kalau-kalau ada mesej yang masuk. Hampa. Telefon diletakkan semula.
"pukul berapa nak gerak ke hotel tu nanti?", Wawa pula mengajukan soalan.
"pukul 6.15 ok tak? Sampai awal, boleh book tempat yang strategik sikit", jawabku sambil merenung jam di dinding yang telah menunjukkan pukul 4 petang.

Wawa hanya mengangguk lesu memadang ke wajahku. Beliau lantas mengambil remote TV di atas meja, dan menghidupkan televisyen. Telefonnya masih sepi tanpa mesej yang masuk. Wawa mula rasa bosan, dan perhatiannya kini terarah ke kaca televisyen.Aku melangkah masuk ke bilik. Berbaring seketika sementara menunggu waktu Asar.

Hari Raya Aidil Fitri

Hubungan Wawa dan Azlan semakin rapat. Setiap hari, pasti ada saja mesej dari Azlan yang masuk ke telefon bimbit Wawa. Hati Wawa bagaikan berbunga-bunga. Azlan juga turut menghantar gambarnya, serta berkongsi gambar putera dan puterinya. Comel-comel anak Azlan. Sudah pasti bekas isteri Azlan juga seorang wanita yang cantik. Sekali pandang wajah anak-anak Azlan, Wawa sudah jatuh cinta. Wajah kanak-kanak itu membuatkan hati Wawa menjadi lembut dan terasa begitu mudah untuk menerima kehadiran mereka di dalam hidupnya. Tidak sama sekali kelihatan riak wajah budak nakal, pada diri anak-anak Azlan. Jujur. Terasa jujur hati untuk menerima anak-anak ini sebagai anak tiri, dan besar harapan Wawa untuk menjadi ibu dan isteri terbaik buat mereka ini, seandainya ada jodoh antara dirinya dan Azlan.

2 hari sebelum kedatangan Aidil Fitri, Wawa dan Azlan masih tidak putus-putus berbalas mesej.
"Lan, saya nak bagi tahu awal-awal ni. Takut nanti, Lan kecik hati pulak, kalau saya tak balas, atau lambat balas mesej Lan," Wawa mula mengubah topik perbualan di WhatsApp.
"Apa maksud Wawa?", tanya Lan.

Sebenarnya, Azlan ni begitu cepat sentap, andai mesej yang beliau hantar kepada Wawa, lambat dijawab. Mulalah timbul pelbagai prasangka buruk terhadap Wawa. Namun, kerana sayang, Wawa memujuk Azlan dengan berhemah agar tiada hati yang terluka, dan tiada pergaduhan antara mereka. Tambahan pula, di bulan baik, tak eloklah bergaduh.

"maksud saya, hari raya nanti, kalau saya balik kampung, takut saya sibuk. Biasanya kalau saya balik kampung pada hari raya, masa ni lah nak lepak dengan sepupu-sepupu yang dah lama tak jumpa. Masa ni lah nak berkumpul beramai-ramai. Dan masa ni jugaklah, saya tak tengok hp. Alaaa.. faham-faham je laa, perempuan kan... kalau dah duduk dalam satu kumpulan tu... macam-macamla cerita. Berborak tak ingat apa dah", Wawa memberi penjelasan yang panjang lebar.

"Ye la, tapi takkanlah langsung tak nak mesej", Azlan seperti tidak puas hati dengan penerangan Wawa.
"Bukan tak nak mesej. Saya mesej. Cuma mungkin lambat je la", ulang Wawa.
"hurmmm.. ok lah kalau macam tu. Bila Wawa free, mesej je lah saya", Azlan mula akur.

Malam Hari Raya Pertama

Wawa berada di rumah kakaknya. Mereka adik beradik telah bersepakat untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Ke 2. Malam itu, ketika Wawa sedang asyik menonton televisyen, telefon bimbit berbunyi. Nama Azlan terpampang. Wawa agak terkejut. Inilah pertama kali, dia akan mendengar suara Azlan, dan inilah pertama kali, Azlan akan mendengar suaranya. Wawa berdehem beberapa kali sebelum menjawab panggilan. (membetulkan peti suara)

"hello", jawab Wawa ringkas.
"Assalamualaikum", kedengaran suara Azlan.
"Waalaikumsalam", jawab Wawa bagaikan orang gugup.
"Wawa apa khabar? Kat mana sekarang?, tanya Azlan.
"Kat rumah kakak. Esok baru kami balik ke kampung. Lan kat kampung dah ke?," sambung Wawa.
"ye, kat kampung dah ni. Esok, drive elok-elok tau", Azlan meninggalkan pesanan.
"ye, Lan. InshaAllah", jawab Wawa ringkas, lalu menyambung, "lama ke, Lan kat kampung? tak bawak anak-anak balik kampung sebelah mak diaorang ke?"
"Ahh.. malaslah nak ke sana. Jauh tu, kat Kelantan sana. Saya pun tak ingin nak tengok muka ex saya tu. Berlagak. Tak pernah nak tanya khabar, nak ambik tahu hal anak-anak. Sibuk kerja kat luar negara, lantak dialah. Nak bebas sangat", Azlan bagaikan melepaskan rasa marah dan geram terhadap bekas isterinya.
"sabar, benda dah lepas, kan", Wawa memujuk.
"siapa yang tak geram, baru-baru kawin dah expect nak hidup senang. Kalau boleh tak nak bermula dari bawah. Teruk betul, pelan-pelan laa, bukannya dalam hidup ni takde kemajuan. Tak sabar-sabar nak hidup senang, nak kaya cepat. Masa masih suami isteri pun, dia boleh selamba pegi apply kerja kat UK, dan tinggalkan saya dan anak-anak macam tu je. Sampai satu tahap, saya dah mampu. Dah boleh sara dia. Saya suruh dia berhenti kerja, dia tak nak. Tak habis-habis dengan perangai berlagak dia tu, last-last saya lepaskan je dia terus. Malas nak fikir dah", Azlan mula membuka kisah silamnya.

Wawa merasa kurang senang dengan kata-kata Azlan. Entahlah, baginya, perkara yang dah lepas, sudahlah. Tak perlu diungkit. Takde faedah pun. Bukankah kini dirinya sudah bertapak di hati Azlan. Just move on. Tiba-tiba terngiang pula kata-kata yang pernah dilemparkan oleh kakaknya, iaitu seorang lelaki/suami yang baik, tidak akan memburukkan wanita atau isteri yang pernah menjadi peneman hidupnya. Biarlah aib itu mereka saja yang simpan. Mereka saja yang tahu.Hati Wawa mula tidak keruan. Terfikir juga olehnya, esok-esok kalau mereka berjodoh, dan ditakdirkan jodoh mereka tidak panjang, adakah Azlan turut akan membuka aibnya kepada wanita lain pula...

Wawa hanya diam dan menumpukan pada percakapan Azlan.
"Wawa, nanti saya call balik ye, ada hal pulak ni haa", Azlan akhirnya menamatkan perbualannya dengan Wawa.
"ye, ok. Bye," balas Wawa.

Wawa terus naik ke biliknya di tingkat atas rumah tersebut, sambil fikirannya bercelaru dengan kisah silam Azlan. Sebelum ni, Azlan tak pernah buka cerita pasal bekas isterinya, dan punca perceraian mereka. Walaupun memang Wawa sedia maklum bahawa jodoh Azlan dan isterinya tidak panjang. Perbualan mereka di WhatsApp, lebih kepada hubungan mereka, dan kehidupan harian mereka. Tidak sama sekali menyentuh hal-hal peribadi seperti ini.
Hari Raya ke 2, Wawa dan kakaknya Ida telah bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Mereka pulang ke kampung berkonvoi dengan abang Wawa sekeluarga. Maknanya 2 kereta akan bertolak dari KL ke selatan tanahair.Sebelum bertolak ke kampung, Wawa bersama adik beradik yang lain bersepakat untuk singgah beraya di Kepong, rumah salah seorang dari abang Wawa. Wawa mempunyai 3 orang abang, dan seorang kakak. Sampai di Kepong. Abang Wawa yang menetap di Kepong, tidak berhasrat untuk pulang ke kampung. Sebenarnya kedua orang tua Wawa telah lama meninggal dunia. Tujuan mereka adik beradik pulang ke kampung, selain dari untuk berkumpul dan bertemu dengan saudara mara, mereka juga menggunakan kesempatan ini untuk menziarah pusara ayahbonda.

Sampai sahaja di Kepong, ketika sedang asyik berbual dengan anggota keluarga abangnya, telefon bimbit Wawa berbunyi. Ada mesej dari applikasi WhatsApp. Wawa mencari-cari telefonnya yang disimpan di dalam beg tangannya. Telefon digenggam, dan Wawa membaca mesej dari whatsApp berkenaan. Mesej dari Azlan.

"Assalamualaikum", Azlan memulakan bicara.
"Waalaikumsalam", jawab Wawa ringkas.
"Dah sampai mana tu?" tanya Azlan.
"Saya singgah rumah abang, di Kepong, sebelum bertolak ke Johor. " jawab Wawa lagi.
"Oh... lama ke singgah ke sana, pukul berapa nanti akan sampai ke Johor? Tak jem ke jalan nanti?", tanya Azlan lagi.
"Baru 10 minit sampai ni. Tak tahulah pukul berapa akan gerak dari sini. Saya konvoi dengan abang ngah saya. InshaAllah, harap-harap jalan ok lah kot", jawab Wawa dengan sedikit keraguan. Iya lah, kesesakan lalu lintas ni, siapalah yang boleh menduga.
"Tu nanti, sampai kampung, sibuklah tu mencari jodoh, bila dah beraya beramai-ramai tu",tempelak Azlan secara tiba-tiba.

Wawa agak tersentak dan sentap dengan kata-kata Azlan. "dah kenapa dia ni? takde benda lain ke nak fikir!", gerutu Wawa di dalam hati.

"Awak ingat saya ni apa? Pegi sana sini, mengharapkan jodoh je ke?", Wawa mula berang dengan kata-kata Azlan yang seperti orang tidak matang.
"Takde lah. Saya mengingatkan aje. Manalah tahu, bila sampai kampung, awak terus lupakan saya," sampuk Azlan.
"Ok lah Lan, tuan rumah panggil, suruh makan", Wawa bagaikan tiada mood nak melayan Azlan.
"Ok2, hati-hati memandu nanti. Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam. Thanx", jawab Wawa.

"Bosannya bila ada orang mula berburuk sangka kat aku. Kau ingat aku ni artis ke, ratu cantik ke, mana pergi, kena kerumun, mana pergi, orang berebut-rebut nak berkenalan. Eiii.. please laa dia ni..", Wawa bermonolog sendiri sambil menuju ke meja makan untuk menikmati juadah hari raya.

Entah kenapa, ayat-ayat yang keluar dari mulut Azlan, tentang kisah silamnya, yang tak semena-mena mengutuk bekas isterinya, dan kemudian, berburuk sangka pula pada dirinya, membuatkan hati Wawa sedikit tawar untuk meneruskan hubungannya dengan Azlan.Sememangnya Wawa agak sukar untuk menerima kehadiran lelaki dengan begitu mudah dalam hidupnya. Prinsip Wawa, biarlah lelaki itu miskin harta, asalkan kaya budi bahasa. Paling membuatkan wawa tertekan jika ada sikap buruk sangka terhadap dirinya. Ia bagaikan fitnah yang sukar untuk diterima dan dimaafkan.Azlan kini seolah-olah sedang menunjukkan diri dan perangainya yang sebenar, sedikit demi sedikit.

Perjalanan pulang ke kampung sangat-sangat memberi tekanan kepada Wawa yang memandu kereta. Manakan tidak, sepanjang-panjang lebuhraya menuju ke selatan, sesak. Perjalanan pulang ke kampung yang biasanya mengambil masa 3 jam, kini menjadi 8 jam. Sekitar jam 7.30 malam, barulah mereka sekeluarga sampai ke kampung. Wawa yang teramat letih, tidak dapat menghadiri BBQ yang diadakan di rumah makciknya. Kesemua sepupu-sepupu Wawa agak kecewa kerana Wawa dan kakaknya tidak dapat datang. Wawa hanya mewakilkan abang ngah sekeluarga saja sebagai pengganti diri. Letih, memang teramat letih. Wawa berhasrat agar esok sahaja dia kembali ke rumah makciknya untuk beraya dan menemui semua sepupu-sepupunya itu, sebelum mereka pulang semula ke Kuala Lumpur.
Sementara Azlan, menyepi. Lega hati Wawa. Biarlah dia menyepi, daripada dia berbunyi, tapi menyakitkan hati.

Raya ke 3, selesai menziarah pusara ayahbonda, Wawa dan semua adik beradiknya singgah ke rumah makciknya untuk beraya dan bertemu dengan semua sanak saudara. Malangnya mereka semua tiada di rumah. Pergi beraya ke Melaka. Arghh... hampanya perasaan Wawa tika itu. Yang ada hanya beberapa orang anak-anak saudara dan sepupu lelaki Wawa sahaja. Selepas Asar, Wawa dan ahli konvoi semua bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Fikiran Wawa kosong. Mungkin agak kecewa kerana tiada sesiapa ingin ditemui di kampung. Rasa tak berbaloi pulang ke kampung kerana tak dapat bertemu dengan saudara mara. Petang itu, mereka semua meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Aduhai, sekali lagi azab yang terpaksa ditanggung oleh Wawa sebagai pemandu. Terpaksa hadap kesesakan lalu lintas lagi.

"eiiii... penat semalam tak hilang lagi.. daaahhh nak kena hadap jem nak balik KL!! Ni yang aku malas drive ikut jalan kampung ni.", Wawa melepaskan kemarahan.
"diaorang ni bukannya semua nak balik KL, Wa.. ni mesti gi beraya la ni. Takpun balik kampung yang kat kawasan sini", sampuk Ida, kakak kepada Wawa.
"daripada lalu jalan kampung yang tak bergerak-gerak. Nak kena memotong, kalau memotong pun no point jugak, lebih baik ikut jalan hiway je.. sekurang-kurangnya bolehlah jugak tukar-tukar lane. Fed up laa aku macam ni," rungut Wawa.

Kali ni Ida hanya berdiam. Dibiarkan Wawa lepaskan geram dan rungutannya sendiri.
Setelah berjam-jam merangkak-rangkak di jalan persekutuan, akhirnya mereka menemui simpang untuk keluar ke lebuhraya. Wawa menarik nafas lega.

Kira-kira jam 1 pagi, Wawa sampai di rumah kakaknya. Seusai semua urusan, Wawa terus berbaring di katil. Sebelum melelapkan mata, Wawa sempat membelek mesej yang masuk menerusi whatsApp. Ada mesej dari Azlan.
** Maaf penulis lupa apa yang ditulis oleh Azlan di whatsApp tersebut. Yang pasti, kata-kata Azlan benar-benar buat Wawa merasa marah, kecewa, tertekan, hinggalah keesokan harinya Wawa jatuh sakit. Sakit kerana tidak cukup rehat. Sakit kerana tidak cukup tidur. Sakit kerana terlalu stress dengan tohmahan-tohmahan dari Azlan.

Oleh kerana, Wawa lebih menyayangi dirinya sendiri, dan tidak mahu terus-terus disakiti, mental torture dan sebagainya, Wawa mengambil keputusan drastik iaitu menyekat (blok) Azlan di WhatsApp dan panggilan telefon.

"Selamat tinggal Azlan. Tiada lagi perasaanku untukmu. Sebelum aku sama-sama jadi gila macam kau, baik aku blok je kau ni. Aman sikit hidup aku", Wawa bermonolog di dalam hati. Kepala masih sakit berdenyut-denyut. Suhu badan semakin tinggi. Wawa semakin tidak berdaya.
Perlahan-lahan mata dilelapkan semula.

bersambung....

************

intro Bahagian ke 2.
Selepas 2 tahun, Wawa betul-betul sudah lupakan Azlan. Tetapi takdir menemukan mereka. Bagaimana mereka boleh berhubung semula? Bagaimana mereka boleh bertemu? Pertemuan pertama mereka adalah pertemuan pertama dan terakhir yang penuh tragis buat Wawa tetapi manis buat Azlan.

** terpaksa submit dulu bahagian pertama ni. takut tak cukup space untuk cerita selanjutnya




nor_aini.s Publish time 3-8-2020 11:49 PM

Xde org komen lg.. Sambunglah.. Best cerita ni..

Amandaminaj96 Publish time 3-8-2020 11:54 PM

Wuish tt...kisah benar ke ni?

Perawankota Publish time 4-8-2020 03:20 AM

Layan gak citer ni.. Silalah smbg

kuzaime Publish time 4-8-2020 07:01 AM

X sabar tunggu update dr tt:loveliness: cerita betul ke ni?:sweat3:

isteri_ayil Publish time 4-8-2020 10:41 AM

yes gais, kisah ini adalah kisah benar., pengalaman dari my BFF dan dia yg mintak saya tuliskan kisah dia, sbg penulisan saya yg pertama, sebab dia tahu minat saya dalam bidang penulisan.

InshaAllah, malam nanti saya sambung. sekarang ni di pejabat. Macam tak best pulak nak berkarya pada waktu kerja.

isteri_ayil Publish time 4-8-2020 05:28 PM

Edited by isteri_ayil at 4-8-2020 11:05 PM

sambungan

Bahagian Kedua

2016

Di pejabat.Wawa bersembang dengan beberapa orang rakan-rakan sepejabat.Dalam banyak-banyak isu yang mereka bualkan, terselit pulak, cerita yang rakan-rakannya dapat dari group Telegram. Wawa terpingga-pingga bila mereka mula berbicara tentang kisah-kisah, secret chat, secret group Telegram. Malah salah seorang rakan Wawa (lelaki) dengan bangganya bercerita yang dia banyak dapat info tentang bagaimana nak dapatkan skandal di applikasi Telegram.

"ishh korang ni.. bab-bab skandal, ligat je ngko ye," bebel Wawa kepada salah sorang rakannya.
"Laa.. Wa, takkan kau takde Telegram kot? so, selama ni kau just guna WhatsApp je la?", tempelak rakannya yang lain.

"Cuba kau download Telegram ni. At least kita boleh borak-borak kat Telegram pulak. Bosan la WhatsApp ni.Kebanyakan whatsApp group je yang memekak-mekak", tambah rakannya lagi.

"ye, ye... aku download sekarang", jawab Wawa sambil mencari Playstore untuk mendownload applikasi Telegram.

Kurang seminit, applikasi Telegram telahpun selesai di download.

"Nah... settle dah. Haa.. nak buat apa lepas ni?", Wawa menunjukkan skrin telefon bimbitnya kepada rakan-rakannya.
"haaa.. cam tu laa.. aku dah dapat notifikasi yang kau dah download Telegram", sahut rakannya.
"ha ah, aku pun", rakannya yang lain turut memberikan jawapan yang sama sambil membelek-belek Telegram tersebut.
"Telegram ni, lebih kurang je macam WhatsApp. Ada lebih dan ada kurangnya juga."

Tiba-tiba telefon bimbit rakannya berdering. Dan pada masa yang sama, mereka semua bersurai kembali ke meja kerja masing-masing. Wawa terpinga-pinga lagi.

"laa.. diaorang ni.. tadi poyo sangat suruh aku download, pas tu, terus blah. Hampeh betul", Wawa membebel sendiri.Telefon bimbit disimpan semula di dalam laci, dan Wawa menumpukan perhatian ke arah PC nya dan menyambung semula kerja-kerja yang tergendala.

Selepas 2 hari

Hujung minggu. Wawa hanya berehat di rumah.Tidak terfikir untuk keluar ke mana-mana. Sedang leka menonton TV, tiba-tiba notifikasi telefon bimbit berbunyi.Wawa memandang ke arah telefon di atas meja. Dia merasa hairan sebab bunyi notifikasi itu, tidak serupa seperti bunyi WhatsApp.

Dengan malasnya, Wawa mengambil telefon dan membelek-belek, notifikasi dari applikasi mana pulak yang berbunyi. "hurmmm... Telegram rupanya", gerutu Wawa.
Wawa membuka mesej dari Telegram tersebut.

"Assalamualaikum, Apa Khabar", mesej dari nombor yang tidak dikenali, tidak disimpan/save oleh Wawa.
"Siapa pulak ni?", Wawa bingung sambil merenung lama pic profile tuan punya nombor tersebut. Wawa cuba mengingat. Tapi masih tetap tak ingat.
"Picture profile ni, macam aku pernah tengok. Tapi sapa yang guna picture profile ni?", Wawa cuba memaksa otaknya untuk mengingat. Gagal.Malas nak pening-pening kepala. Wawa abaikan saja mesej tersebut.Telefon diletakkan semula di atas meja.

Wawa mengalihkan pandangan ke TV. Tapi, fikiran masih melayang-layang memikirkan siapa yang menghantar mesej kepadanya melalui Telegram.

"Ohhh maiiii.........", tiba-tiba Wawa teringat... "Hah!!!, mamat psiko tu laaa", Wawa bingkas bangun dari sofa dan mencari aku di bilik.

"Nadddddd", Wawa menjerit memanggil aku.
Wawa berlari masuk ke bilikku sambil menunjukkan telefon bimbitnya kepada ku. Aku terpinga-pinga.
"Dah kenapa kau ni?", tanyaku kepada Wawa.
"Ni, kau tengok. Camne mamat psiko ni boleh mesej aku? ", Wawa cuak sambil menunjukkan skrin telefon kepada ku.

Aku membaca dan merenung keseluruhan di dalam telefon tersebut.

"hurmmm.... kalau tengok picture profile, gambar animasi jururawat. Seingat aku, mamat yang kerja hospital tu kan, yang pernah guna picture profile ni?, " aku cuba meneka.

"iye.. betullah tu. kan aku dah blok dia. Yang aku pelik, macam mana dia ni boleh text aku kat sini pulak.", sahut Wawa.

"oii mek... yang kau blok tu kat WhatsApp, call & sms. Ini Telegram. Kalau kau tak blok, dia dapat la hantar mesej kat kau. Maknanya, dia memang simpan nombor kau laa selama ni. Lama tu.. dah 2 tahun kot. Sapa haa nama dia? Aku pun dah lupa", aku cuba menerangkan kepada Wawa yang masih blur.

"Azlan. Tapi, macam mana si Azlan ni tahu, aku ada Telegram?", tanya Wawa lagi.

"Ye la, si Azlan ni pun mestilah ada jugak Telegram. dan, nombor kau masih dalam list dia. So, bila kau install Telegram, secara otomatik, sesiapa yang ada simpan nombor kau, akan dapat notification yang kau baru join Telegram. Termasuklah si Azlan tu. Ada faham? Aku sendiri pun dapat notification yang kau baru join Telegram, dua hari lepas. Tapi aku diam je la", sekali lagi aku terangkan kepada Wawa.

"ohh... ok2.. abis tu, nak buat apa ni? Nak reply? Ignore?", tanya Wawa kepadaku.
"suka hati kau lah Wa.. nak reply ke, nak ignore ke.. semua tu hak engkau. Aku tak nak campur dan aku takde hak nak bagi keputusan bagi pihak kau", jawabku sambil berbaring semula memeluk bantal.

Wawa memuncungkan mulutnya dan terus melangkah keluar dari bilikku. Dia berbelah bagi sama ada ingin melayan Azlan semula atau tidak. Selama ini dia tidak pernah langsung terfikirkan Azlan. Kerana selama dua tahun ini juga, Wawa sering didekati ramai kenalan lelaki.Wawa melangkah masuk ke dalam biliknya sambil berfikir-fikir sama ada ingin menyahut teguran Azlan atau tidak.

"Mungkin dia dah berubah. Siapa tahu, dalam tempoh 2 tahun ni, dia dah matang. Tak bingai macam mula-mula kenal dulu. Tak salah rasanya kalau aku bagi peluang kedua. By right, aku langsung tak bagi dia kesempatan membela diri, masa dia sakitkan hati aku dulu. Alah.. benda dah lepas pun kan... tak payahlah nak berdendam sangat", Wawa mula membuat pertimbangan.

Duduk saja di katilnya, Wawa terus membuka Telegram, dan merenung lama mesej dan picture profile Azlan. Dengan jari jemari yang terketar-ketar, Wawa mula menaip, klik butang reply.

"Waalaikumsalam. Saya sihat, Alhamdulillah. Boleh tahu, siapa ni?", Wawa sengaja mengajukan soalan sedangkan dia sudah tahu siapa gerangannya.

"Saya, Azlan. Wawa ingat lagi tak kat saya?", tanya Azlan.
"ohh.. Azlan ke.. maaf, saya ingat-ingat lupa", jawab Wawa.
"sampai hati ye, blok saya. Sedih saya , Wawa blok saya", sambung Azlan lagi.
"maaflah.. saya stress waktu tu", jawab Wawa
"Wawa dah kahwin?", Azlan mengajukan soalan cepumas.
"eh eh dia ni", gerutu Wawa di dalam hati.
"belum. Awak dah kawen ke?", Wawa pulangkan semula soalan cepumas kepada Azlan.
"takde sapa nak kat saya, Wa", jawapan agak cliche dari Azlan.

Wawa menjelirkan lidah.Tanda meluat. "memanglah, takde orang nak kat kau. perangai buruk. meh sini aku tarbiah kau sikit, bagi kau faham", sekali lagi Wawa membebel dan mengutuk Azlan. Inilah masa yang sesuai baginya untuk luahkan apa yang terbuku di hatinya pada dua tahun yang lalu.

"Macam ni lah Lan, biar saya berterus terang kat awak. Untuk pengetahuan awak, dulu, memang saya suka kat awak. Tambahan pulak, bila awak hantar gambar anak-anak awak, hati saya jadi sejuk dan jatuh cinta bila tengok muka diaorang tu. Kesian, kecik-kecik lagi dah hilang kasih sayang seorang ibu. Tapi tu lah, sikap awak tu, yang buat saya stress.Awak buruk sangka kat saya. Tuduh saya macam-macam.Waktu tu saya stress driving dalam keadaan traffic jem. Sampai KL, awak mesej saya dan cakap yang bukan-bukan. Saya tertekan sangat dengan sikap awak, hingga saya jatuh sakit. Atas sebab-sebab itulah, saya nekad untuk blok awak, dan lupakan awak. Macam mana orang nak suka kat awak, kalau perangai awak macam ni?", panjang lebar ceramah dari Wawa.

"Saya minta maaf Wawa. Saya tak sangka sampai boleh jadi macam ni. Saya janji, saya akan berubah", jawab Azlan.

Mereka terus berbalas mesej dan semenjak dari itu, hubungan mereka menjadi akrab semula. Walaupun kerap berbalas mesej, mereka masih belum berkesempatan untuk bersua muka. Pernah juga Azlan suarakan hasrat untuk bertemu Wawa, tapi hari yang dicadangkan itu, tidak menepati keinginan Wawa. Malam pada hari bekerja. Bagi Wawa, ianya sangat memenatkan. Wawa lebih senang bertemu pada hujung minggu sahaja.

Setelah beberapa bulan berlalu, kisah mereka ini saling tak ubah seperti orang yang sedang mabuk bercinta. Menurut Wawa, Azlan dah banyak berubah. Semakin matang,romantis, tidak lagi suka serkap jarang, penyabar, tidak suka marah-marah dan sentiasa bijak mengurus kerja dan rumahtangga. Anak-anak kian membesar.

Hari Bapa & Malam Jahanam

Pagi-pagi lagi Azlan menghantar mesej kepada Wawa. Seperti biasa, dan hari-hari sebelumnya, iaitu mesej-mesej romantik yang menceriakan pagi Wawa. Mesej Azlan di jawab dengan ucapan hari bapa oleh Wawa, kebetulan hari tersebut adalah sambutan hari bapa.

Malam itu, mereka merancang pertemuan. Pertemuan pertama, setelah dua tahun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama, untuk mereka saling mengenali hati budi, melihat sendiri secara fizikal, orang yang selama ini saling mengasihi, menyayangi. Kerana sejak dari awal perkenalan menerusi WeChat, mereka memang tidak pernah bersua muka.

Azlan tamat waktu bekerja, sekitar jam 6 petang. Mereka bersetuju untuk bertemu, selepas Maghrib.Sekitar jam 8.30 malam, masing-masing sampai ke destinasi yang telah dijanjikan. Azlan yang sampai lebih awal, dengan sabar menanti kedatangan Wawa. Dia hanya menunggu di dalam kereta. Apabila Wawa sampai, Azlan mengarahkan Wawa parking kereta di hadapan keretanya.

Telefon Wawa berdering. Panggilan dari Azlan.
"ya", ringkas jawab Wawa.
"Wawa parking kereta kat depan ni, lepas tu terus naik kereta saya. Kita gi minum kat tempat lain. Boleh?", Azlan memberi cadangan.
"Saya ok je", jawab Wawa.

Telefon dimatikan. Setelah Wawa parking kereta, dia terus menaiki kereta Azlan yang telah lama parking di petak belakang keretanya.

Pintu kereta Honda Civic itu dibuka. "hai", Azlan menyapa Wawa.
"hai", jawab Wawa sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah Azlan.
"kita nak gi minum kat mana ni?", tanya Azlan
"ikut Lan lah.. kat mana yang senang nak parking, dan tak sesak", jawab Wawa.

Tanpa membuang masa, Azlan terus memandu, meninggalkan tempat pertemuan mereka tadi. Kurang 15 minit, mereka tiba di kedai makan, sekitar kawasan Bangsar.

"kita lepak sini je lah ye",Azlan mengambil parking berhampiran restoran mamak yang terletak di sekitar bangsar.

"ok je", jawab Wawa.

Sepanjang perjalanan tadi, Wawa tidak banyak bercakap. Dia banyak berkhayal dan kepalanya sesekali terasa pusing, seperti orang yang hendak pitam.

"jom", Azlan mematikan enjin kereta, dan membuka pintu untuk keluar.

Wawa membuka pintu kereta dan terus bangun keluar. Terasa lega bagaikan baru dapat menghirup udara yang segar. Wawa menoleh ke arah kereta Azlan.Azlan menyedari reaksi Wawa, lalu berkata, "tinted keter tu memang yang paling gelap. Dari luar tak nampak apa pun. Memang pernah nak kena saman, tapi saya kenal pegawai dalam. So, mintak jasabaik laa, bagi lepas".

Wawa memandang ke arah Azlan dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
"haaa.. jangan fikir yang saya merasuah pulak. Takdenya nak rasuah-rasuah. Gelap masa depan saya nanti.Saya masih fikirkan anak-anak jugak tau", sambung Azlan seolah-olah mengerti apa yang bermain di fikiran Wawa.

Sampai di restoran, mereka hanya memesan minuman. Bersembang pun hanya tentang isu semasa. Langsung tidak menyentuh soal peribadi, masa silam, apa lagi masa depan bersama.

Selesai minum segelas air, Azlan kelihatan tergesa-gesa mahu mengajak Wawa meninggalkan restoran. Tanpa banyak soal, Wawa hanya menurut.
Di dalam kereta, Azlan meneruskan pemanduan. Sambil memandu, Azlan mencapai tangan Wawa. Wawa hanya membiarkan. Seperti keadaan mula-mula masuk ke dalam kereta Azlan, Wawa berkhayal lagi. Fikirannya melayang entah ke mana.

"sayang, kita nak jalan-jalan ke mana lagi ni?," Azlan memulakan bicara sambil mengenggam tangan Wawa lalu menciumnya.

"Entah", jawab Wawa ringkas.

Dia bagaikan patung yang tiada perasaan. Pun begitu, dia sempat menjeling ke arah jam di dashboard kereta Azlan.

"pukul 10.30. mana lagi dia ni nak pegi malam-malam buta ni", bisik hati Wawa.Anehnya, Azlan langsung tidak terasa hati dengan sikap Wawa seperti itu.

Apa yang terjadi sepanjang perjalanan dan di dalam kereta, hanya Tuhan saja yang tahu. Wawa yang dari tadi khayal dan bagaikan orang tiada perasaan, tiba-tiba "blackout".

Entah berapa lama Wawa terlena di dalam kereta, sedar-sedar kereta Azlan sudah parking di belakang keretanya. Sambil mengurut-urut dahi dan cuba mengingat dirinya berada di mana, Wawa terpandang semula jam di dashboard kereta Azlan.

"hah.. pukul 12.00!! Aku kat mana ni?", bisik hati Wawa. Wajahnya kelihatan panik.
"Amboi, ngantuk sangat ke? sampaikan saya bercakap sorang-sorang sambil driving tadi", tegur Azlan sambil mengusap pipi Wawa dan menggosok-gosok di ubun-ubun kepala Wawa. Lama juga Azlan meletakkan tangannya di ubun-ubun kepala Wawa.

Wawa masih membatukan diri. Cuba untuk duduk tegak, kerana kerusinya telah diturunkan ke bawah. Dalam keadaan seperti itu, Wawa masih tidak dapat mengagak apa yang telah terjadi. Mulutnya terkunci untuk berkata-kata.Azlan hanya memerhatikan Wawa dengan senyuman.

"sayang kan tidur tadi, jadi saya turunkanlah kerusi tu ke bawah supaya sayang selesa dan tak rebah ke kiri dan kanan", Azlan memberi penjelasan tanpa diminta.

"Dah jam 12 malam dah ni. Saya kena balik dulu. Badan saya sakit-sakit la", sambung Wawa sambil membuka pintu kereta.

"Sayang", Azlan memanggil manja dan menarik perlahan lengan wawa agar hampir kepadanya. Sepantas kilat, ciuman dari Azlan singgah di dahi Wawa.

"Hati-hati memandu. Sampai rumah nanti mesej tau. Ingat, sayang dah jadi milik saya", sambung Azlan.

Wawa yang masih dalam keadaan mamai hanya mengangguk. Dia masih tak faham setiap kata-kata Azlan.Perlu masa untuk dihadam. Tubuhnya terasa sangat lemah, otot-otot badannya juga sakit, terutama di bahagian peha.

Apabila berdiri saja di luar kereta Azlan, Wawa terasa sesuatu yang aneh. Pinggang seluarnya terasa longgar!! Dan terasa "sesuatu" di bahagian sulitnya!! Sejurus Wawa turun dari keretanya, Azlan terus mengundurkan kereta dan bergerak laju meninggalkan Wawa yang belum lagi masuk ke keretanya. Wawa bingung dengan situasi ini.

Sebaik sahaja Wawa menghidupkan enjin kereta, telefonnya berdering. Panggilan telefon dari seorang kenalan lelaki yang bekerja sebagai Pramugara. Rakannya itu baru sampai ke tanahair setelah bertugas ke luar negara. Banyak perkara yang mereka bualkan, hingga menyebabkan Wawa terlupa apa yang telah terjadi kepada dirinya, dan membuatkan rasa mengantuk yang teramat sangat semasa bersama Azlan, turut hilang.

Sampai di rumah, seperti biasa, Wawa akan membersihkan badan sebelum masuk tidur.Semasa di dalam bilik air, Wawa merasa tubuhnya begitu sakit, dan di bahagian sulitnya juga sakit. Bagaikan ada "sesuatu" yang tertinggal di dalamnya.

Wawa membelek-belek seluar dalamnya. Dadanya mula berdebar.
"basah", bisik hatinya.
"apa dah jadi ni?", Wawa semakin gelisah, ketakutan dan air mata mula bertakung.

Dalam keadaan panik, tiba-tiba mata Wawa terpandang pada satu tompok merah di dadanya.
"Ya Allah!!! Apa ni!!", Wawa segera berdiri di depan cermin di bilik air untuk melihat tompokan kecil tersebut.

Bagaikan mahu pitam setelah diamati, tompokan itu adalah "love bite".

"kurang ajar kau Azlan!! Setan!! ini rupanya tujuan kau beriye sangat nak jumpa aku!!", Wawa membentak.

Apa yang dah terjadi sebenarnya. Wawa masih bingung. Dia segera mandi dan mencuci sebersihnya bahagian-bahagian sulit yang telah diceroboh oleh Azlan.

Selesai mandi, kerana terlalu letih, Wawa terlena di katil. Lena dengan airmata yang masih mengalir.

******************
~ BERSAMBUNG

Intro bahagian ketiga -   "what??? Wawa kena sakit kelamin?"
"Aku bersumpah, aku takkan maafkan kau Azlan. Kau jangan lupa, kau juga ada anak perempuan!! Karma itu pasti!! Kifarah juga pasti!! "






kuzaime Publish time 5-8-2020 07:10 AM

:Lkenapa dia x report dr awal lagi tt?

isteri_ayil Publish time 5-8-2020 12:49 PM

Edited by isteri_ayil at 5-8-2020 12:50 PM

kuzaime replied at 5-8-2020 07:10 AM
kenapa dia x report dr awal lagi tt?
dia ni byk berfikir , takut akibat dari tindakan tu, macam2 hal boleh terjadi, contoh, masuk paper, majikan dan kawan sepejabat dapat tahu. Kalau sampai kepada majikan, Wawa boleh dikenakan tindakan, antaranya dibuang kerja. Sementara Azlan pulak boleh fight balik guna lawyer. Azlan ni, jenis yg berduit. Ada harta. selalu mengaku diri tu cikai.. tapi sebenarnya byk duit. Dia ada bercerita pada Wawa tentang harta dan peninggalan beberapa bidang tanah dari arwah parents dia. Malah, ada jugak dia bercerita yang dia pernah upah gangster utk siasat sama ada wife dia dulu ada skandal dgn lelaki lain atau tidak., dan gangster tu mmg dapat tangkap lelaki yg skandal dgn wife dia, sblm wife dia kerja dan berhijrah ke luar negara.
** sebab2 ni, saya akan masukkan dlm bahagian ketiga. Sebab saya juga bertanyakan soalan yang sama kepada Wawa

Saya tak masukkan perbualan ni, (harta dan upah gangster) sebab rasanya its quite privacy. Ada jugak tanya kepada Wawa, perlu tulis atau tidak... dia cuma jawab, terpulang...
satu hal lagi, cepat sgt Wawa "bersih" kan diri... so, dia takut takde bukti yg kukuh kalau dia nak buat report terhadap Azlan


kuzaime Publish time 5-8-2020 01:03 PM

isteri_ayil replied at 5-8-2020 12:49 PM
dia ni byk berfikir , takut akibat dari tindakan tu, macam2 hal boleh terjadi, contoh, masuk paper ...

Terfikir hal yg sama bab dia cepat sangat pi cuci n mandi smua bagai tu. Sbb kalau awal2 check mmg boleh dpt detect kesan koyakan, air mani + utk kuatkan report yg dia kena aniaya msti boleh check jugak ntah dadah apa jntan hanat tu bagi smpai dia lalok aje x sedar apa yg jadi. Tapi si jantan msti pandai belit sana sini utk lepaskan diri, nak2 dia org yg have2 ..hmmm

MissyMolly Publish time 5-8-2020 01:34 PM

Lahai sygnya dah cuci bahan bukti penting.tp logik la anak dara..pastu kena rogol.sure blur sotong:'(..kenapa duda inney tidak berkarisma lagi beretika???!!

isteri_ayil Publish time 6-8-2020 12:00 AM

Edited by isteri_ayil at 6-8-2020 06:24 PM

sambungan

Bahagian Ketiga

Wawa masih lena hingga ke tengahari.Selama seminggu sebelum kejadian, hinggalah ke hari kejadian, aku tiada di dalam negara.Aku mengikuti percutian ke Turki bersama rakan sepejabat denganku.

Tengahari, bila sampai rumah, aku tengok, lampu di ruang tamu masih menyala.Pintu bilik Wawa pun tidak tertutup rapat.Aku tinggalkan semua beg-beg aku di ruang tamu, dan terus mengintai ke bilik Wawa.

"lenanya dia tidur, sampai tak sedar langsung aku balik. Padahal pintu bilik diapun bukannya rapat ," bisik hati kecilku.

Aku terus menolak pintu bilik Wawa perlahan, dan menghampirinya.Dia masih tidak sedar. Aku perhati tepat-tepat ke muka Wawa. Muka nampak sembab. Cara dia tidur pun, tidak seperti kebiasaan orang tidur. Tidurnya melintang atas katil. Perlahan-lahan aku cuba memegang dahi Wawa, manalah tahu, kalau-kalau dia demam.

"ok je , tak panas pulak", gerutu hatiku.

Tiba-tiba Wawa bergerak. Matanya di buka perlahan-lahan. Aku terkejut melihat mata Wawa. Jelas kelihatan bengkak apabila dia membuka mata. Tapi aku diamkan saja. Aku takkan bertanya apa-apa, selagi Wawa tidak buka cerita.

Wawa yang dalam keadaan mamai sempat bertanya kepadaku, "bila kau sampai Nad?"

"Baru je Wa. Letih sangat aku tengok kau ni.Kau ok ke ni? Tido pun ikut done kau je haa. Sorrylah kalau aku kacau kau.Rehat ye.Aku pun penat gak ni. Jetlag", jawab aku.

"ok. Kau rehatlah. Aku dah patut bangun ni. Dah dekat nak zuhur dah. Dahsyat giler aku ni. Terbabas abis solat Subuh," sambung Wawa dengan suara yang serak dan lemah.

Aku tinggalkan bilik Wawa dengan seribu pertanyaan yang bersarang di hati. Selama mengenali Wawa, tak pernah pulak aku tengok dia macam ni.Kalau pun terjadi situasi seperti itu, penyebabnya adalah demam.

Sebelah malam, setelah puas berehat, aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.Tidak lama kemudian, Wawa keluar dari biliknya sambil menaip di telefon bimbit.

"mmmm... eloklah tu, menaip sambil berjalan. Pas tu langgar semua benda yang ada depan mata," aku menyindir Wawa.

Tiada apa-apa reaksi dari Wawa. Wajahnya kelihatan serius ketika menaip. Sesekali, tangannya meraba-raba di bahagian sulit. Wawa mengambil tempat di sebelahku.

"How's Turki? Dapat tak, boyfriend Turki?", Wawa memulakan perbualan.
Aku senyum girang memandang Wawa, "of course laaa dapat", jawabku sambil ketawa.

"weii, serious laaa", jawab Wawa sambil menghempuk kusyen kecil di pehaku.
"tak percaya?", jawabku.
"eleh.. poyolah kau tu", jawab Wawa riang, bagaikan orang yang tiada masalah.
"ok, fine. Lets see here. Jangan jelesss haaa", jawabku lagi sambil menunjukkan gambar dari dalam telefon bimbitku kepada Wawa.

Wawa memandang skrin telefonku. Reaksi wajahnya berubah. Terkejut agaknya. "Biar betul kau Nad. Handsome kot.. bukan main lagi korang selfie ye. Camne kau boleh tackle mamat ni?"

Aku hanya ketawa dan menjawab, "biarlah rahsia".
"kurang asam," tambah Wawa sambil ketawa.
"ambik nombor phone dia tak?', Wawa mengajukan soalan lagi.

"taklah. kau ingat aku kemaruk sangat ke nak bercinta.Malaslah aku. Apa lagi dengan bangsa asing. Pompuan Turki pun apa kurangnya. Lawa-lawa seyy.. kalau banding dgn aku, mcm langit dgn bumi. Takde maknanyalah lelaki Turki yang handsome macam dia ni hadap sangat pompuan tak semenggah macam aku ni", jawabku panjang lebar.

"amboi kau. tak mengagak jawapan. Mana, souvenir untuk aku?", sambung Wawa.
"uikkk... ingatkan tak ingat", aku jawab sambil ketawa.

Jap, aku gi ambik.Aku bangun dan menuju ke bilik.

Sementara menunggu, Wawa membelek lagi telefon bimbitnya. Berbalas mesej.
Azlan masih berani menghantar mesej kepada Wawa, bagaikan tiada apa-apa yang berlaku antara mereka malam tadi.Wawa masih bingung.Dia memerlukan kekuatan untuk bertanyakan hal sebenar dan dia sendiri tidak tahu mahu mulakan dari mana.

Buat masa sekarang ini, Wawa hanya mengikut saja rentak Azlan. Buntu memikirkan bagaimana dia hendak memerangkap Azlan.
Melalui perkahwinankah? Terasa mual bila mengenangkan sama ada dia perlu mengahwini lelaki seperti itu.

Aku keluar dari bilik dengan membawa beberapa barangan dari Turki untuk Wawa.
"Nah, ni semua untuk kau," aku meletakkan barang-barang tersebut di atas peha Wawa
"Waaahhh bestnya, thank you darling", sahut Wawa dengan wajah yang ceria sambil memaut tanganku. Dicium-ciumnya tanganku.

"isshh.. gelilah.",aku segera menarik tanganku.
"amboi, cuba kalau mamat Turki tu yang cium, redho je kaannnnn," perli Wawa.
"nak kena penyepak, cubalah...", jawabku sambil ketawa.

Selepas 3 Hari

Aku bersiap untuk keluar pergi bekerja. Bilik Wawa senyap. Tiada langsung bunyi-bunyi yang dia bersiap-siap untuk pergi bekerja seperti hari sebelumnya.Aku singgah sebentar di bilik Wawa, pintu biliknya ku ketuk perlahan.

"Wa, Wawa...... kau kerja ke atau cuti?", aku panggil wawa, risau juga kalau-kalau dia terlajak tidur.
"Wa.....", kali ini suaraku, aku kuatkan sedikit dan ketukan pintu pun aku kuatkan juga.

"Aku MC .. mmm.. MC kot Nad", jawab Wawa acuh tak acuh
"kau tak sihat ke?", tanyaku
"MC. Kalau tak gi klinik, aku EL. No worries... aku malas nak gi keje.", jawapan Wawa yang buat aku keliru.
"oklah, jaga diri. Aku gi dulu", jawabku.
"ok, ok. Kau pun, drive safe. Aku nak tido ni", pintas Wawa.

Aku keluar dan terus menuju ke tempat kerja. Terasa pelik juga dengan sikap Wawa sejak akhir-akhir ni. Masih tak lekang dengan telefon bimbit. Bila ditanya pasal Azlan, airmuka Wawa berubah seperti tidak suka nama Azlan disebut. Tetapi, dia tetap jugak menjawab apa pun pertanyaan ku tentang Azlan.

Di rumah pulak, setiap pergerakannya serba tak kena. Jalan perlahan-lahan. Nak duduk pun perlahan-lahan, nak berdiri pun perlahan-lahan.
Selama 3 hari kebelakangan ini, Wawa lebih banyak berbaring. Kalau boleh, makan minum pun nak jugak sambil baring.

"Apa masalah kau ni Wa. Runsing aku tengok keadaan kau yang macam orang baru lepas beranak!!", aku mengomel sendirian sambil memandu.

Sementara di rumah, Wawa mengerang menahan kesakitan di bahagian sulitnya.

"sakitnya, macammana nak buat ni. Kalau pegi klinik, aku nak cakap apa dengan doktor? Dibuatnya doktor nak tengok, aduuhhh.. tak sanggupnya aku nak tunjuk "benda" ni kat doktor. Ya Allah.. tolonglah aku. Apa patut aku buat".

Wawa merasa kesakitan dan juga kegatalan di bahagian sulitnya dan dia akhirnya mendapat idea untuk memberitahu doktor, yang dia terkena jangkitan kuman.

Wawa segera bersiap untuk pergi ke klinik.Sampai di klinik, Wawa menceritakan tentang kesakitannya. Begitu petah lidah Wawa menipu doktor. Jangkitan kuman, kononnya berpunca dari pemakaian pantiliner yang berpanjangan tanpa di tukar dengan kerap.

Doktor memberi krim sapu dan ubat antibiotik untuk dimakan.

Yang peliknya hanya kegatalan saja yang hilang. Tetapi kesakitan masih berterusan.Wawa merasa tidak selesa dan teramat sakit ketika solat.Ketika sujud, dan rukuk. Terasa bagaikan ada sesuatu yang tersembul keluar dari vaginanya ketika dia melakukan sujud dan rukuk. Termasuk jugalah pergerakan lain iaitu membongkok dan mencangkung.

Paling azab bagi Wawa adalah apabila seluruh daerah yang berhampiran vaginanya semua melecet teruk. Ketika membuang air kecil, Wawa pasti menangis menahan kesakitan, bahkan dia akan meraung jika dia tinggal seorang diri di rumah. Sudah genap seminggu Wawa menanggung penyeksaan ini. Dan kini, dia dah tak sanggup menyimpan rahsia ini seorang diri.

Seminggu kemudian

Selepas pulang dari pejabat, aku perhatikan Wawa masih berbaring di dalam bilik. Aku menghampiri Wawa. Tubuh Wawa kelihatan sihat, cuma mukanya sedikit pucat. Dan hari ini, Wawa mengambil cuti. Tak boleh duduk lama di kerusi office, katanya.

"Wa, kau ada masalah ke yang perlu dikongsi? Ceritalah Wa, kalau kau ada masalah. Aku runsing tengok kau macam ni.Semalam kau pegi keje, hari ni kau off. Esok kau pegi lagi, lusa kau mc. Padahal badan kau nampak kuat, cuma pergerakan kau, aku tengok, macam orang dalam pantang", Aku memulakan bicara. Dengan harapan, Wawa tak marah aku.

"Nad... aku... aku tak tahu macam mana nak bagi tahu kau". jawab Wawa serba tak keruan.
"ini rahsia besar aku, dan aku mintak kau rahsiakan dari pengetahuan sesiapapun.Aku buntu Nad", jawab Wawa dengan suara yang terketar-ketar.

"Iye Wa, sebab aku nak tolong kau ni lah, aku tanya. Dah lama akuperhatikan kau macam ni. Ceritalah, apa yang dah berlaku ni? Takutlaaa aku tengok kau macam ni", sambungku.

"Nad, aku sakit kat "situ"... aku takut Nad.. dah seminggu tak sembuh-sembuh. Makin menjadi-jadi lagi adalah", Wawa hampir menangis .

"Maksud kau, "situ", vagina?", tanyaku spontan.
"ha ah", jawab Wawa.

Aku terdiam seketika. "jangkitan kuman kot. kau dah gi klinik?", tanyaku kembali.

" Dah. Dah pegi dah. Aku pun fikir macam tu jugak, tapi dah seminggu. Dan sekarang sekitar kawasan ni termasuk celah peha melecet. Sakit gila Nad..pulak tu, sekarang ni aku uzur, dan cecair yang sepatutnya darah merah, dah jadi darah hitam. Aku takut Nad... ntah-ntah, aku kena kanser servik kot!!", kata-kata Wawa membuat aku cuak.

"haishhh kau ni. ke situ pulak peginya. Doktor bagi ubat apa?", tanyaku lagi.

"krim sapu. ubat makan, antibiotik dan pain killer je", sambung Wawa.

"mungkin krim sapu tu tak sesuai kot dengan kulit kau. Cuba kau stop dulu.", aku memberi cadangan.

Wawa bersetuju dengan cadanganku.

Telah masuk minggu kedua.Keadaan Wawa masih sama. Pergi kerja, dalam 5 hari, 3 hari ke pejabat, 2 hari cuti rehat/mc.

Hari ini, Wawa mc. Beliau mencuba nasib pergi ke klinik lain pula.Kali ni doktor yang ditemui adalah doktor lelaki.Malu juga Wawa nak bercerita kepada doktor tersebut.Tapi siapa sangka, jumpa doktor lelaki lebih mudah rupanya. Sebelum ini, sudah 2 klinik yang Wawa pergi, doktor yang merawat, doktor perempuan.

Berjumpa doktor lelaki, tak banyak cakap.Terus saja doktor tersebut membuat surat rujukan, agar Wawa dirujuk ke pakar sakit puan.Suka atau tidak, Wawa harus akur. Jumpa pakar, dalam bidang sakit puan, tak boleh sebarang cakap. Salah cakap, perangkap diri sendiri.

"aku terpaksa reka cerita lagi. Kali ni aku terpaksa cakap yang aku dah kahwin. Lantaklah, apa nak jadi, jadilah. Sekurang-kurangnya doktor tak tahu yang aku telah dirogol"., Wawa bermonolog sementara menunggu surat rujukan siap.

Azlan? Azlan pula semakin jarang menghubungi Wawa. Sibuk dengan kerja katanya. Wawa tak pasti sama ada dia harus "memegang" Azlan lagi, atau melepaskannya.

Dari cara Azlan melayannya, tiada tanda-tanda menunjukkan yang Azlan akan meninggalkannya. Malah Azlan pernah berkias dengannya, iaitu, "walau apapun terjadi, dia akan tetap bertanggungjawab ke atas diri Wawa"..Kini terpulang pada Wawa sama ada ingin percaya atau tidak.

Jika Azlan benar-benar ikhlas, sudah pasti Azlan akan berusaha menemui Wawa, memberi ubat atau merawat Wawa jika perlu. Kerana Azlan juga dari bidang perubatan. Masakan tergamak Azlan membiarkan Wawa menanggung derita seorang diri. Segalanya berpunca dari Azlan, berpunca setelah dirogol.

Usai urusan di klinik., Wawa pulang ke rumah dengan bermacam perasaan. Marah, benci, sakit hati, dendam, menyesal dan sebagainya terhadap Azlan.
"aku sendiri tak faham dengan diri aku. Kenapa aku masih berlembut hati dengan Azlan ni?", bentak Wawa sendiri.

Dengan perasaan marah yang menguasai diri, Wawa terus mencapai telefonnya dan menaip WhatsApp kepada Azlan yang berbunyi, "Azlan, pada hari ini, saya bersumpah, saya takkan memaafkan awak atas apa pun perbuatan awak terhadap saya. Jangan tanya saya , apa yang awak dah lakukan pada malam jahanam itu. Sesungguhnya saya tidak redha dengan apa yang awak dah buat.Kalau ikutkan hati saya, memang saya nak ambik tindakan undang-undang terhadap awak, tapi kerana saya kesiankan anak2 awak, saya diamkan saja. Saya bagi peluang kedua kepada awak, dengan harapan awak dah berubah, rupanya sangkaan saya meleset. Awak ingat Azlan, awak punya anak perempuan. Karma itu pasti, kifarah juga pasti. Di dunia ini awak boleh lepas. Tapi di Akhirat, jangan harap!! Kita jumpa nanti di Akhirat. Saya akan tuntut awak di hadapan Allah!!"

Wawa menekan "send", dan mesej tersebut selamat melayang masuk ke whatsApp Azlan. Telefon di 'mute' kan dan dibiarkan saja di sofa.Wawa terus melangkah masuk ke bilik dan berehat.Peristiwa dirogol ini, Wawa masih belum ceritakan kepadaku.

Minggu ketiga

Ketika aku di pejabat, Wawa menghantar mesej kepadaku menerusi WhatsApp.
"nad, esok kau boleh tolong hantar aku ke hospital tak? Aku dah tak boleh tahan. Kena jumpa gynae. Nak buat detail check up".

"inshaAllah, boleh. Kalau kau nak pegi pagi, aku kena apply cuti dulu", jawabku.

"ye, memang nak pegi pagi. Aku nak terus ke emergency. leceh nak set appointment dengan doktor. Appointment bulan ni penuh. Bulan depan baru ada kosong. Sementara nak tunggu bulan depan, aku dah mati mereput", jawab Wawa bersulam rasa kecewa.

"ok, kita pegi sama-sama esok," aku berjanji kepada Wawa.

Azlan pula beberapa kali menghubungi Wawa selepas membaca mesej dari Wawa. Namun, setiap panggilan tidak dijawab. Wawa runsing. Minatnya untuk berbual dengan sesiapapun dalam keadaannya yang sakit itu telah mati.Apa yang ada dalam mindanya, bagaimana ingin segera sembuh. Dia ingin kembali sihat seperti dulu.

Apabila panggilan tidak dijawab, Azlan menghantar pula mesej di WhatsApp.
"Wawa, awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Apa sebenarnya masalah awak? Cubalah berterus terang? kalau ada apa-apa yang awak tak puas hati, jom jumpa"

Wawa hanya membaca mesej Azlan.Dia tak pasti sama ada nak bertemu Azlan lagi atau tidak. Adakah benar Azlan akan bertanggungjawab, atau hanya berdolak dalik.

Tiba-tiba bagaikan ada bisikan yang singgah di fikiran Wawa agar jangan temui Azlan buat selama-lamanya.Sedangkan first date dah kena rogol. Sekarang dah timbul konflik. Kononnya nak jumpa untuk selesaikan konflik, entah-entah, Wawa jadi mangsa bunuh pulak.

Seriau Wawa bila teringat di dalam akhbar, bagaimana wanita-wanita malang dibunuh dengan kejam oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

"ishh.. ada kemungkinan jugak aku akan terima nasib yang sama. Siapa Azlan, apa yang dia buat di rumah, dendam apa yang dia pendam selama ni kat aku, atau dia jadi mental lepas bini dia buat hal, dan lepaskan dendam pada wanita yang tak bersalah. Dia ada duit, dia ada kawan-kawan, dia boleh upah orang, dia boleh jadi mastermind untuk bunuh aku... isshh.. takutlah.. tak naklah aku cari nahas. Dahlah aku tengah sakit. Nak bergerak pun sakit. Apa lagi nak melawan dia. hurmmm... jangan Wa... jangan tempah maut. Abaikan je lah si gila tu", Wawa bermonolog sendiri..

Keesokkannya, aku menemankan Wawa ke hospital. Kami ke emergency. Wawa membawa bersama surat rujukan. Kemudiannya, Wawa di bawa ke klinik pakar sakit puan.

Sejam juga menunggu, akhirnya sampai giliran Wawa. Aku hanya menunggu di luar. 20 minit wawa consult dengan doktor. Aku tanya Wawa, "apa kata doktor?"
"Takde apa. Dia lebih banyak mendengar apa yang aku cerita. Then, buat swab test. Nak tau infection camana yang aku kena," jawab Wawa.
"jom, gi ambik ubat", Wawa mengajak aku ke kaunter ubat dan pembayaran.

Selesai urusan di hospital. Kami pulang, dan singgah pergi makan. Tiba-tiba aku teringat untuk beri tips pada Wawa.

"Wa, kau ada pantang makan tak? Apa kata kau pantang dulu, makan telur, roti dan ayam. Tengok dalam seminggu dua, ada perubahan ke tidak", aku memberi cadangan.

"ye laa.. aku pun tak terfikir pasal pantang ni. Telur ni memang patut kena stop dulu.", sahut Wawa.
"bila kau follow up lagi?", tanyaku
"lagi 2 minggu," jawab Wawa.
"sempatlaa kau berpantang dalam tempoh tu. Mudah-mudahan ada perubahan", jawabku.
"harap-harap cam tu laa", sambung Wawa.

Beberapa hari lepas balik dari hospital, aku lihat Wawa bersungguh-sungguh menjaga kesihatannya. Sebagai kawan, aku akan pastikan agar Wawa tidak stress.Seboleh mungkin, aku akan buat dia happy.

Selepas 2 minggu, sampai masanya untuk Wawa pergi follow up. Waktu ni, keadaan Wawa dah hampir pulih.Pada masa ini juga, doktor menyerahkan keputusan ujian Swab kepada Wawa.

"ini result swab test hari tu. takde infection pun.", dengan lemah lembut doktor menerangkan kepada Wawa.
"Alhamdulillah, thanx doktor," Wawa membaca keputusan ujian dengan wajah yang ceria dan gembira.

Di dalam hati, Wawa sudah pasang niat. Andai dia disahkan bebas dari sebarang penyakit kelamin, dia berjanji akan buang Azlan jauh-jauh dari hidupnya. Dia ingin mulakan hidup baru, tanpa wujudnya rasa cinta pada lelaki.

Aku juga telah dimaklumkan tentang keputusan Swab test Wawa. Alhamdulillah.. aku sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat aku satu-satunya itu.

Tetapi, Wawa masih belum memberitahu aku tentang dirinya yang telah dirogol oleh Azlan.
Mungkin dia belum bersedia untuk berkongsi peristiwa hitam itu kepada ku. Cuma yang aku perasan, Wawa sudah berenggang dengan telefon bimbitnya. Hanya membaca whatsApp atas dasar kerja.

Wawa oh Wawa, kenapa kau biarkan dia bebas, sedangkan kau merana?
Genap sebulan Wawa sengsara dengan kesakitan yang dialaminya, kini Wawa kian sembuh. Barulah kelihatan seri di wajahnya.
Suatu petang, Wawa masuk ke bilikku. Tanpa disuruh, Wawa duduk di birai katil dan memandangku dengan pandangan kosong.
"Kau kenapa? Lain macam je aku tengok. Kau dah semakin sihatkan?", tanyaku kepada Wawa.
"Alhamdulillah, sakit ni dah semakin ok. Aku dah boleh solat macam biasa.", jawab Wawa.
"Nad, aku tak pasti sama ada aku perlu beritahu kau atau tidak,"sambung Wawa lagi.
"Nape Wa?, cakap je la. Aku sedia mendengar. Luahkan apa yang terbuku dalam hati kau. At least, kau jugak yang akan rasa lega,", pujukku.
"Kau mesti terkejut Nad, kalau aku ceritakan segalanya ni," jawab Wawa.
"apa dia?", tanyaku lagi.
"sebenarnya, aku....", bicara Wawa terhenti seketika.Dia menarik nafas panjang untuk meneruskan kembali.
"aku kena rogol dengan Azlan. Dalam keadaan aku tak sedar langsung. Entahlah, pengsan ke, khayal ke, tertidur ke... aku tak tahu. Aku buntu. Sebab aku cuma sedar, selepas aku turun dari kereta dia. Aku tak dapat nak syak dari awal, sebab pakaian aku ok je masa aku terjaga", Wawa menyambung bicara dengan penuh kekuatan.
Aku terlopong dengan pengakuan Wawa.
"masa bila Wa, kau kena? Lepas tu, kau biarkan je makhluk tu bebas? Kau tak report polis ke?", bertubi-tubi soalan dariku.
"masa kau ke Turki. First date kami. Dalam kereta dia. Aku serba salah nak report polislah Nad. Takde bukti yang sahih sebab, lepas balik rumah, aku terus mandi. Masa mandi tu lah baru aku terasa lain macam pada badan dan alat sulit aku ni ha. Dan sebenarnya, aku sakit ni pun punca dari perbuatan dia juga. Aku tak nak report polis sebab, Azlan pasti takkan lepaskan diri macam tu je. Dia berduit, dia boleh fight balik. Lagipun tiada unsur-unsur kekerasan yang berlaku kat aku. Muka aku tak lebam, bahagian badan yang lain pun takde lebam-lebam tanda kekerasan atau paksaan.
Paling aku takut, kalau aku report, perkara ni tersebar di akhbar, majikan aku tahu, keluarga aku tahu. Silap-silap aku boleh dibuang kerja.", panjang lebar penjelasan Wawa.

"Banyak perkara yang harus diambilkira. Kalau Azlan kata, aku sendiri yang rela pergi jumpa dia, naik kereta dia, sedangkan dia tak heret aku dengan paksaan pun, masuk kereta dia. Haa.. aku nak cakap apa? Kalau aku nak kata, dia khayalkan aku dengan dadah. Mana dadahnya? Tu yang buat aku buntu.", suara Wawa semakin sebak.

Aku tergamam mendengar penjelasan Wawa. Aku hampiri dia dan memeluk sambil memujuknya.

"So, apa tindakan kau sekarang?", tanya ku lagi.

"Aku berserah pada Allah je Nad.. Setiap perbuatan yang jahat pasti ada balasan dari Allah. Bagi aku, asalkan aku dah sembuh dari sakit ni, bebas dari sebarang jangkitan kuman, bebas dari disyakki terkena Kanser Servik atau Siflis pun aku dah cukup bersyukur. Yang layak menghukum hanya Allah. Aku nekad, lepas aku sihat, aku takmo dah berkawan dengan lelaki. Tengok saja si Azlan. Sebelum jumpa, terserlah segala kebaikan,romantik. Pelajaran anak-anak pun tak terjejas walaupun tidak mendapat kasih sayang seorang ibu. Tapi siapa sangka, dalam pada kebaikan yang ada, terdapat satu kejahatan yang sukar dimaafkan. Dalam tempoh aku sakit hari tu, banyak kali juga aku berperang whatsApp dengan dia. Semua janji-janji yang dia pernah taburkan kat aku, semuanya dia nafikan. Kau rasa?. Pas tu, pusing-pusing cakap. Aku memang stress sangat kalau bermesej dengan dia. Kata-kata dia sangat menyakitkan hati. Hari ni cakap macam ni, esok menafikan, lusa?cakap aku perangkap dia. Eiii.. kadang-kadang aku rasa macam aku bercakap dengan orang gila. Cukup-cukuplah. Aku dah muak dengan semua ni.", panjang lebar luahan Wawa kepadaku.

"Ya lah Wa, yang penting kau sihat, dan selamat. Jangan layan lagilah si Azlan tu kalau dia text kau. Blok aje dia untuk selamanya. Buang je lah Telegram tu. Atau blok jugak dia di Telegram", nasihat ku kepada Wawa.

"Aku rasa macam nak tukar nombor je Nad. Aman sikit hidup aku", tambah Wawa lagi.
"Kau kena kuat. Ingat, aku sentiasa ada menyokong kau.", aku memberi semangat kepada Wawa.
"Thanx sahabat", Wawa memandangku dengan senyuman seikhlas hati.
"you are most welcome", jawabku.

"oklah.. aku nak mandi. Malam ni kita nak makan kat luar ke, atau masak2?," tanya Wawa sambil berjalan menuju ke muka pintu.
"makan kat luarlah. Tepulah aku, asik memerap kat rumah," jawabku.
"ok, lepas Isyak", jawab Wawa sambil berlalu ke biliknya.

Aku bangun dari katil dan merenung ke luar tingkap. Benar-benar tak sangka Wawa setabah itu. Tak pernah pulak aku lihat Wawa menjerit histeria seperti dalam drama-drama melayu.

Terimbas kembali difikiran ku, gambar Azlan tiga beranak yang pernah Wawa tunjukkan kepadaku.
"Muka kau Azlan, memang muka suci. Pekerjaan kau pun, pekerjaan murni. Tolong orang sakit. Tapi tak sangka, perangai kau macam tu sekali. Kau dah kerjakan kawan aku, kau boleh berlagak macam tiada apa-apa berlaku. Kau boleh datang dan pergi sesuka hati kau. Rasa bersalah, mintak maaf, memang takde laa. Bertanggungjawab? sebut perkataan tu, kau tahu laa.. tapi melaksanakannya? harammmm", getus hatiku.

Tamat




Ipo Publish time 7-8-2020 11:48 PM

Azlan...lelaki tagune:dizzy:

MissyMolly Publish time 13-8-2020 06:13 PM

Kesian watak utama:'(

takayama Publish time 29-9-2020 02:10 PM

setan betul si Azlan tu
dia tuduh ex bini dia rerupanya dia yg psycho
dan kesian kat wawa
faham sgt perasaan dia
sbb dia x sedar apa yg berlaku pd diri dia
part yg dia sakit kat alat kelamin tu adakah s dia kena rape dgn si setan tu wawa tgh period?
klu ms tu dia tgh period mmg kesian sgt kat dia
moga punai Azlan akan dimkn ulat lps ni sbb anaiya org lain :curse:

isteri_ayil Publish time 19-11-2020 12:11 PM

takayama replied at 29-9-2020 02:10 PM
setan betul si Azlan tu
dia tuduh ex bini dia rerupanya dia yg psycho
dan kesian kat wawa


memang setan pun...
menurut wawa, kalau tgk gambar yg dia hantar masa awal2 perkenalan dulu, muka dan gaya mmg innocent gile.. totally typical malay...
siapa sangka, benda2 tu, fake semata2...

isteri_ayil Publish time 19-11-2020 12:13 PM

rasa2 mcm nak jadikan novel..alang2 tgh PKPB yg membosankan ni.. rasa mcm nak kembangkan lagi kisah ni... mix sket antara kisah benar dan rekaan...
apa pun kena bincang dan tunggu approval wawa....
Pages: [1]
View full version: Perogol Itu Masih Bebas


ADVERTISEMENT