rohayatimat Publish time 2-8-2020 12:30 AM

DAGING KORBAN YANG MANIS MEMANG SEDAP DIMASAK GULAI...

Edited by rohayatimat at 2-8-2020 12:32 AM



Tentunya anda masih dalam mod Raya Korban, apa kata kita masak gulai daging untuk jamu tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Rasa daging korban yang lebih manis memang sedap dimasak gulai daging dan dimakan bersama nasi atau cicah dengan roti.

Kami menggunakan 6 sudu besar ibu sambal untuk 4 kilogram daging dari pelbagai bahagian iaitu isi, tulang rusuk dan urat kaki.



Cara masak gulai daging: Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia. Kemudian masukkan 6 sudu besar ibu sambal dan 2 paket kecil rempah kari, kemudian kacau dan tambah sedikit air.

Masukkan daging, tambah sedikit air dan biarkan sampai separuh masak. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa.

Cubalahhhh...masak gulai daging menggunakan kuali besar ala gulai kawah ini. Pasti tak menghampakan anda...



CiliPadiSedap Publish time 2-8-2020 02:22 AM

daging pinang tu apa ye? lembu made in pineng ye? cm power bank? sorry biasa mak akak suruh cari daging batang pinang

rohayatimat Publish time 2-8-2020 02:49 AM

CiliPadiSedap replied at 2-8-2020 02:22 AM
daging pinang tu apa ye? lembu made in pineng ye? cm power bank? sorry biasa mak akak suruh cari dag ...

Hahaha...power bank pineng!!! dekat nak sama dah dengan pinang...jangan bawa lari sudah laaaa bila tak dapat...:P:P
Daging batang pinang tu daging yang lembut...tak liat...untuk goreng memang sesuai...daging ini biasanya pada pangkal peha sebelah dalam...tak banyak...harga pun mahal sedikit banding dengan daging biasa....

sapasapa Publish time 14-5-2021 04:04 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: DAGING KORBAN YANG MANIS MEMANG SEDAP DIMASAK GULAI...


ADVERTISEMENT