dauswq Publish time 1-8-2020 08:35 PM

[tvN] Flower of Evil - Moon Chae Won, Lee Jun Ki


Bayangkan suami yang pernah anda kasihi ini rupanya berselindung di sebalik identiti sebenar seorang pembunuh bersiri? Bagai kaca dihempas batu, begitulah perasaan seorang isteri yang ditipu hidup-hidup selama ini.
“Flower of Evil”, berkisarkan twntang psikopat yang menukar identitinya untuk menyembunyikan masa lampaunya yang kejam dan isterinya yang bekerja sebagai detektif pembunuhan cuba untuk merungkai kebenaran.
Lee Joon Gi akan membawakan watak Baek Hee Sung, seorang tukang besi. Melalui bengkel besinya, Baek Hee Sung menyara isteri dan anak perempuannya, sekaligus menunjukkan bahawa dia adalah seorang suami dan ayah yang baik. Baek Hee Sung selesa dengan kerja-kerja rumah serta menjaga anak, seorang lelaki yang tidak mengejar kebendaan dan berpuas hati dengan apa yang dia ada. Bagaimanapun, dia seorang yang tidak berperasaan dan tidak menunjukkan sebarang emosi seperti gembira, sedih, hormat, teruja, simpati, empati, bersalah ataupun tolak ansur.
Moon Chae Won pula memegang watak sebagai isteri Baek Hee Sung, seorang detektif pembuhuhan bernama Cha Ji Won. Walaupun berbadan kecil dan ekspresi muka seperti kanak-kanak mungkin menimbulkan persoalan sama ada dia boleh mengendalikan kes jenayah yang agresif, keperibadiannya yang ingin tahu memberikannya lebih banyak keterujaan daripada ketakutan apabila berdepan dengan keadaan berbahaya. Keseronokkan menyelesaikan kes jenayah memberikan kepuasaan dalam kerjayanya.
‘Flower of Evil’ akan diarahkan oleh PD Kim Chul Gyu (“On the Way to the Airport,” “Chicago Typewriter,” dan “Mother,”) dan skripnya akan dinukilkan oleh Yoo Jung Hee yang pernah menulis skrip “Naked Fireman.” Drama ini akan bersiaran menerusi tvN Asia di Astro Ch 395 dan Unifi TV bermula 30 Julai depan bagi mengisi slot tayangan Khamis – Jumaat jam 9.45 malam. Ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

dauswq Publish time 1-8-2020 08:37 PM

Moon Chae Won akui mudah cair dengan lelaki ‘badboy’ seperti Lee Joon Gi di dalam tvN Flower of EvilJune 23, 2020 dausKdrama

https://kmaniamy.com/wp-content/uploads/2020/06/leejoongi_moonchaewon_flowersofevil-1024x576.jpg

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/105455645_1384554691935517_382330216213870821_o.jpg?_nc_cat=105&_nc_sid=e007fa&_nc_eui2=AeEwjggqPwbK4XBLETDpMFol3HPnZoJ6J0bcc-dmgnonRv7_cW38APOUhJ3bcESG-66a18pz8Ie4qzryD9pGbodC&_nc_ohc=dOuNYymqj-QAX9UPluS&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=4afa740204b1ff7804e8094959010cf3&oe=5F1766D0Lee Jun Ki (Lee Joon Gi) dan Moon Chae Won mengadakan sesi perkenalan tentang drama terbaru lakonan mereka, tvN Flower of Evil yang akan ditayangkan mulai 22 Julai 2020 depan.
Di dalam video disertakan buat tatapan peminat drama, Lee Jun Ki berkongsi pandangannya tentang lakonannya sebagai Baek Hee Sung di dalam drama tersebut. ” Baek Hee Sung ialah seorang yang cuba menyembunyikan rahsia identitinya yang kejam pada masa lalu daripada pengetahuan Cha Ji Won, isterinya yakni seorang detektif polis, tapi akhirnya tetap juga didedahkan olehnya,” katanya menjawab soalan ditanya oleh Moon Cha Won.
Ditanya samada watak ayah yang penyayang tapi dingin agak menyerupai dirinya sebenar, Lee Jun Ki meminta Moon Chae Won menjawabnya. “Saya rasa 100 peratus, tapi saya akan pilih 97 peratus,” kata Moon Chae Won dengan begitu yakin lalu dipersetujui oleh Lee Jun Ki kemudian. “Lagi 3 peratus, saya nak penonton lihat sendiri,” telah Lee Jun Ki pula.Kemudian Moon Chae Won berkongsikan pandangan tentang apa yang dirasainya selepas membaca skrip drama buat pertama kali. “Saya memiliki ‘taste’ yang sama seperti gadis-gadis lain yang mudah cair dengan lelaki ‘badboy’. Skrip itu mempunyai aura ‘badboy’ yang dimaksudkan,” katanya.
https://kmaniamy.com/wp-content/uploads/2020/06/leejoongi_moonchaewon_flowersofevil_1b.jpg
“..Saya rasa Cha Ji Won kena hadapinya juga,” celah Lee Jun Ki. “Sebab itu lah saya tengah berusaha sekarang,” jawab Moon Chae Won sambil tersenyum.
Lee Jun Ki dan Moon Chae Won pernah dipertemukan di dalam drama tvN Criminal Minds sebelum ini sebagai rakan sejawat kepolisan. tvN Flower of Evil akan menyaksikan mereka bergandingan semula, kali ini sebagai suami isteri pula.
Sumber:https://kmaniamy.com/2020/06/23/moon-chae-won-akui-mudah-cair-dengan-lelaki-badboy-seperti-lee-joon-gi-di-dalam-tvn-flower-of-evil/

sue_0684 Publish time 1-8-2020 09:04 PM

dauswq replied at 1-8-2020 08:37 PM
Moon Chae Won akui mudah cair dengan lelaki ‘badboy’ seperti Lee Joon Gi di dalam tvN Flower of Ev ...

cerita ni besttt.. harap2 berpnjangan.. huhu..

MsPercy Publish time 1-8-2020 09:37 PM

Citer ni best. Seram pon ade. Seram dpt laki psycho plus evil plus hensem

rukia2 Publish time 2-8-2020 05:11 PM

So far best! No wonder la MCW kata dia cair, ai pun cair tgok LJK dlm ni masa dia dgn wifey n anak...sweettttttt

mbhcsf Publish time 2-8-2020 11:26 PM

i tak nak tengok citer ni but i terdengar lagu soundstrack yg soo nice , waktu dekat kedai si lelaki tu . ada piring hitam - dengan lagu yg sooo catchy tunes dia.

apa nama lagu tu ye?

thanks

ayushuhada04 Publish time 3-8-2020 12:57 PM

dah layan ep 1 dan 2 kat tv..
so far menarik...jalan cite best..
suspen....

as usual ler...LJK mmg terbaik...bg watak apa pun...
jd ayah yg penyayang dan suami yg romantik
tp fuhh ada sisi lain dia yg sgt ganas

JiEunTak Publish time 4-8-2020 09:47 AM

Nampak promising ceta nih, tapi tu la... stress memikirkan episode2 seterusnya...
aku rasa dia nih dlu2 cover bapa dia....

hotmak Publish time 4-8-2020 12:21 PM

baru start kan cerita ni, harap takde lah byk sangat action nya sebab LJK ni suka nau berlakon ceta action, nak jgk tgk dlm drama love story

tunggu byk ep dulu baru tgk, klu tak meroyan nak tunggu ;P

hotmak Publish time 4-8-2020 12:21 PM

dauswq replied at 1-8-2020 08:37 PM
Moon Chae Won akui mudah cair dengan lelaki ‘badboy’ seperti Lee Joon Gi di dalam tvN Flower of Ev ...

sori kalau terlepas baca, takde tulis ye brp episod ceta ni

serraa Publish time 4-8-2020 02:12 PM

meols dah tengok 2 episod.
best.. iols suka cameraman dia amek certain2 angle yg menarik.

harapnya best sampai habis...

kikiharris Publish time 4-8-2020 08:06 PM

Baca comments kat sini dulu. Mlm ni baru nk start tgk.:$

shanew3stga1z Publish time 5-8-2020 02:13 PM

hati i pun tercapture kat cite ni ...

confirm la tak happy ending kan ? laki serial killer kot .. huhu hahaha ... pape pn MCW lawo sungguh .. manisss je muke dia

lonso Publish time 5-8-2020 11:51 PM

Psiko agaknya dia dlm ni

rukia2 Publish time 6-8-2020 08:42 PM

shanew3stga1z replied at 5-8-2020 02:13 PM
hati i pun tercapture kat cite ni ...

confirm la tak happy ending kan ? laki serial killer kot .. ...

Ep 3 mcm tunjukkan bukan LJK seriel killer tu.. Tp ada rahsia besar la yg dia simpan

cik_ted143 Publish time 7-8-2020 04:30 PM

Umur dah 3 series ni mmg gemar drama genre mcm ni...
Romantik2 sudah kureng....:loveliness::D

nooriesz Publish time 7-8-2020 06:35 PM

citer ni kire cepat gk la bergerakk.. eps demi eps ade je tnjk kezutan baruu..

LJK ni campak watak ape pun.. semua die telan.. tp tu laa knpe heols ni kurus benauu..

nadie90 Publish time 7-8-2020 08:08 PM

Edited by nadie90 at 7-8-2020 12:10 PM

Ceq dah layan drama ni jgk...kli ni heroin spdn dgn LJK...klu x sllu berlkon dgn heroin yg muda sgt dri dia....MCW dgn LJK punya skill lakonan mmg trbaik.....LJK seorg pelakon yg berkarakter....cma dia jrg brlkon drama gnre romantik komedi....atau drama yg berkait dgn realiti kehidupan......ceq nk tgk sisi lakonan dia yg lain dlm genre drama yg ceq taip tu....

Tgk 2 episod drama FOE....nmpk mcm LJK bukan pembunuh bersiri...dia bersifat kejam/psiko tu pun disebabkan oleh org sekeliling dia yg buli/khianat dia ja...tp bru tgk 2 eps...lama lg nk tau crita sebenar:P

hotmak Publish time 7-8-2020 08:17 PM

psikonya dia, seram ooo bunuh org mcm takde rasa apa

shanew3stga1z Publish time 9-8-2020 09:56 AM

rukia2 replied at 6-8-2020 08:42 PM
Ep 3 mcm tunjukkan bukan LJK seriel killer tu.. Tp ada rahsia besar la yg dia simpan

bila pikir logik ...... takkan la hero jahat kan ? confirm ni bukan LJK pembunuh ... paling2 pun writer akan twist cite ..

hero tetap hero ..


Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: [tvN] Flower of Evil - Moon Chae Won, Lee Jun Ki


ADVERTISEMENT