chuckiey Publish time 1-8-2020 11:11 AM

Boleh tak log report polis kalau sibling kerap minta duit?

Nak tanya pendapat forummer. Me ada sibling yg didiagnos ada schizophrenia sejak 10 tahun lepas. Dia keje tapi slalu tukar2 keje. My parents setiap bulan support dia financially, jaga makan pakaian dia tapi makin lama dia makin kerap minta duit..every 3 days rm200. Wknd kene tambah lagi rm100-200 sbb dia suka jalan jauh ke utara, selatan, pantai timur naik bas. Setiap bulan bila kira2 my parents bagi rm2-3k kot.. Kalau x dapat duit time dia mintak, mula la dia meninggi suara, bising2 maki2 my mum.. me yg dgr pun sakit hati.. then bila parents pindah rumah baru & bagi rumah lama utk my sibling duduk, me & my other sibling akan bagi duit on behalf parents.. tapi kadang2 bila lambat bagi half day, dia dah berani dtg rumah parents & still dgn perangai tak sabar & maki2 selagi tak dpt duit.. tak tau la mcm mana my parents especially my mum masih lagi bersabar dgn dia.. boleh ke kalau dia buat hal lagi (baran, meninggi suara & maki2) bila minta duit kt my mum or myself, me gi log polis report (dgn harapan polis bagi warning kt dia?) Sbb me rasa dia makin lama makin melampau sbb boros. Skrg ni ok la parents still boleh support dia, tapi nnt bila my parents takde income & kami adik beradik pulak kene tanggung, naya tu..

fahdramli Publish time 1-8-2020 11:53 AM

I ada jumpa orang macam ni, kesian mak ayah. Mak ayah bagi modal untuk bisnes, bisnes hangat2 taik ayam then jual alat utk bisnes. Duit tal cukup mintak mak ayah, bila tak bagi mak ayah kena maki hamun, adik beradik nasihat tak makan saman. Kira nak belasah ja adik beradik. Lepan ni mak ayah tak dak, tak dak tau la nasib dia.

KIM.K Publish time 1-8-2020 12:09 PM

Maaf nak tanya, lepas diagnos selalu ke adik chuols pegi rawatan or kaunseling
Sebab macam tiada perubahan lepas diagnos

Pada iols adik beradik dia kena tegas dan basuh betul2 sampai nampak perubahan. Kalau violent baru cari polis. Setakat gaduh mulut, ambil duit secara rela tak jadi apa




bloodyamuk Publish time 1-8-2020 12:48 PM

kalo schizo sejak 10 tahun, patut dah ada kad OKU tak? camne nak report polis kalo sibling uols ni dah sah2 tak betul huhu...

iols suggest you sendiri pegi track sibling you ada follow up dengan psychiatric tak, ada makan ubat tak...

sebab semua mental health patient mesti doc psy akan refer/update dengan family members...

family members pun ada hak kongsi masalah jaga pesakit mental ni...lagi2 yang kronik macam schizophrenia ni...aggresif, baran etc...

dapatkan consultation doc sibling you, samada perlu report polis ke atau tahan kat wad psy ke doc boleh kasik saranan...

ye la sampai bila your family nak support financially...end up saving takde sibling you makin kronik kang...

naina Publish time 1-8-2020 01:01 PM

Schizophrenia ni penyakit baran suka maki2 dan pemalas ke? Best nya hidup atas sbb sakit trigger cmtu dpt duit mudah2

orkidorkido Publish time 1-8-2020 01:14 PM

Since dia schizo ada follow-up dengan psychiatrist tak? Cuba mohon kad oku. Kalau ada rekod dengan psychiatric hospital, senang lulus kad. Ada neighbor i dia apply kad oku dapat monthly allowance dari jabatan kebajikan- tapi tak pasti berapa. Cuba check further ..

orkidorkido Publish time 1-8-2020 01:18 PM

naina replied at 1-8-2020 01:01 PM
Schizophrenia ni penyakit baran suka maki2 dan pemalas ke? Best nya hidup atas sbb sakit trigger cmt ...

Sejenis mental. Tapi ramai yang malas pun bukan mental sangat. Sakit hati juga lah tengok orang macam ni. Family akan tanggung, masak makan bagi, duit sara hidup bagi. Pastu kalau ada kad oku dapat elaun bulanan lagi.Then boleh terima pencen mak bapak lagi .. senang hidup diaorang sebenarnya. Kalau tak dapat apa nak dia akanbuat-buat sakit la apa la .. eeiii geram rasa ..

MinyakAngin Publish time 1-8-2020 01:58 PM

Adik lelaki aku pun skizo gini la dan pemalas. Tambah pulak ADHD. Aku sebagai kakak tak bagi duit regularly cuma kalau dia kata takde duit tu nak isi minyak motor ke apa setakat bagi rm10-20 je. Dan dia dipaksa bekerja. Selalu tukar2 kerja. Nak jadi bomba la, kerja estet kat sabah la, pakgad la, jaga cybercafe la & macam2 lagi la. Sekarang kerja foodpanda. Which is tak kerja, takde duit. Dan sewa bilik.

Begitula pengalaman saya.

naina Publish time 1-8-2020 02:10 PM

Sebab dah biasa kena suap. Dia tahu mesti family akan tolong punya. Mindsite fikir dia sakit2 ofcos kena bantu. Suh kerja je jgn layan tak boleh ke. Aku baca pon stress habis tarahnya reta orang lain penat cari

misuke Publish time 1-8-2020 02:13 PM

adoi.. siannya tt.. nasib la family korg berduit eh.. baru tau ada jugak pesen schizo ni yg otaknya tau nk duit je

Perk77 Publish time 1-8-2020 08:57 PM

naina replied at 1-8-2020 01:01 PM
Schizophrenia ni penyakit baran suka maki2 dan pemalas ke? Best nya hidup atas sbb sakit trigger cmt ...

Skipzo boleh bunuh org ...start nya mental tk betul emosi tergangu..dgr suara2..nnti boleh sampai sabit kepala org ..dia org tk Di hukum bunuh tp masuk hospital mental.

buragazz Publish time 3-8-2020 01:45 PM

Syukur aku takde kenal maupun ada sibling camni sebab aku pun jenis baran.. takut mau kedinding aku teghajang...

m.a.n.a.kautau Publish time 10-8-2020 11:53 AM

buragazz replied at 3-8-2020 01:45 PM
Syukur aku takde kenal maupun ada sibling camni sebab aku pun jenis baran.. takut mau kedinding aku...

Dia mintak bukan mencuri....

Kalau nak kasi hang kasi, kalau takmo kasi hang cakap...kalau dia masih berkeras...hang pi balai mintak PPO....

Kalau ikit giler hang kasi tegajang...dia tetap macam tug hang masuk lokap.....

jadilah manusia yg berakal /empathy dlm mengawal emosi macam manak....

susah sangat kah????

copy_paste Publish time 10-8-2020 04:18 PM

kalau x betul jenuh la,
nak kena tanggung sampai bila tu

m.a.n.a.kautau Publish time 10-8-2020 05:27 PM

copy_paste replied at 10-8-2020 04:18 PM
kalau x betul jenuh la,
nak kena tanggung sampai bila tu

Selagi boleh sedut..
sedut ler sampai kering....

:lol:

copy_paste Publish time 10-8-2020 06:43 PM

m.a.n.a.kautau replied at 10-8-2020 05:27 PM
Selagi boleh sedut..
sedut ler sampai kering....

kalau dah habis duit cmne plak,xkan nk mintak kat org lain,
aku rase kalau dia memudaratkan org lain boleh dihantar ke hospital bahagia

green~tea Publish time 13-8-2020 11:09 AM

dia ada amek dadah ke
Pages: [1]
View full version: Boleh tak log report polis kalau sibling kerap minta duit?


ADVERTISEMENT