10 Tips Lembutkan Daging Dengan Cepat Tanpa ‘Pressure Cooker’
Edited by trunks at 30-7-2020 06:07 AMIsh, liat lagilah daging rendang ni. Kejap lagi tetamu dah nak sampai, macam mana nak bagi lembut daging ni…?”
Di zaman moden ini, memang mudah dan cepat nak lembutkan daging menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Tapi ukan semua rumah ada periuk ni. Kadang-kadang, bila nak masak dalam kuantiti kecil, kita pun malas nak menggunakannya.Jangan khuatir, ada banyak cara melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker. Petua yang bakal kami kongsikan di bawah adalah antara amalan turun-temurun oleh mak-mak kita sehinggalah ke hari ini. Memang ramai yang masih melakukannya dan mengakui keberkesannya.
10 TIPS LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT TANPA ‘PRESSURE COOKER’1. MASUKKAN SUDUWalaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling mudah dan popular.
Cuma letakkan sebatang sudu / garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Memang cepat lembut sebab dipercayai sudu ni dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/sudu-cara-lembutkan-daging.jpg
2. BETIK MUDAPotong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/khasiat-betik-1024x535.jpgFoto Kredit: mediakedah.com
3. BATANG TEBUBagi yang susah nak jumpa batang betik, boleh juga gunakan batang tebu dengan cara yang sama seperti di atas.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/batang-tebu.jpgFoto Kredit: biovoicenews.com
4. DAUN NANGKAAmbil daun nangka dan keringkan getahnya terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan ke dalam masakan. Gunakan dalam 4-5 helai. Berkesan!
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/daun-nangka-1-1024x576.pngFoto Kredit: videoblocks.com
5. CUKAGunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/cuka-vinegar.jpgFoto Kredit: tescoliving.com
6. LEMON / LIMAU NIPISSelain cuka, lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas.Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2017/07/lemon-1-1024x683.jpgFoto Kredit: kitchenjournals.com/
7. BAKING SODASelain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/06/cara-hilangkan-gatal-baking-soda.jpgFoto Kredit: davidwolfe.com
8. BIJI / BUAH KURMABuah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2017/05/kurma.jpgwww.merdeka.com
9.GULA BATUMasukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging. Insha Allah, akan menjimatkan masa untuk daging masak dengan lembut.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/gula-batu.jpgFoto Kredit: health.liputan6.com
10. CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETULAkhir sekali, pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikanperiuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut.
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/cara-potong-daging.pngFoto Kredit: jerkyholic.com
https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/03/cara-potong-daging-2.jpgFoto Kredit: amazingribs.com via
Daun nangka paling cepat empuk.. Laginsatu.. Daun janggus.. Arwah tok selalu guna daun janggus bila rebus daging. sarah82 replied at 30-7-2020 06:20 AM
Daun nangka paling cepat empuk.. Laginsatu.. Daun janggus.. Arwah tok selalu guna daun janggus bila...
sekali baca tadi daun janggut :lol:
oh tentu ada tanam dekat2 rumah kan?
trunks replied at 30-7-2020 06:27 AM
sekali baca tadi daun janggut
oh tentu ada tanam dekat2 rumah kan?
Ada... Hihihi.. I do realize the way to cut the meat is the most accurate in my household. My mom would actually mad if we cut meat the wrong way. Wrong way in cutting the meat also will influence the outcome of cooking. If you have problem teeth, it will be hard to eat if you cut the meat wrong.
Boleh juga guna gula2 hacks yg hitam tu..
Kalau utk.lembutkan ayam pula(utk dibuat panggang/bbq)bole guna air 7up atau sprite..blend bersama bhn2 perapan dan perap ayam sejam dua..tp jgn terlalu lama nti ayam jadi lembut sangat isinya.. bolen guna time 5.30.7
rebus daging selama lima minit tutup api tutup periuktu
habis tu rebus balik selama 7 minit Cara yg lain ialah menggunakan oven bags. Masukkan daging / ayam dalam bag tu, cucuk2 kan sikit bag tu then ikat bag tu. Masukkan dlm preheated oven, dekat kotak bag tu ada tulis berapa lama duduk dlm oven tu. Selalunya kita letak low heat like 150c fan oven for a couple of hours. Dijamin lembut n lebih sihat. Selalu buat roast beef cara ni. tips guna sudu tu memang menjadi.selalu rebus daging msti campak sudu satu dlm kuali.rebuskan sekali.alhamdullilah jadi Macam-macam letak, takut nanti dah tak rasa daging :lol:
Beli daging batang pinang yang fresh aja, confirm tak liat. sarah82 replied at 30-7-2020 06:20 AM
Daun nangka paling cepat empuk.. Laginsatu.. Daun janggus.. Arwah tok selalu guna daun janggus bila...
Sedapnyaaa ulam pucuk janggus;P (gajus kata org sini)
hatikudus replied at 25-8-2020 03:15 PM
Sedapnyaaa ulam pucuk janggus (gajus kata org sini)
Sy suka makan dgn laksa.. Yum2. Setahu aku, buah betik ni boleh mengeraskan lagi daging.
Lagi besar buah betik tu, lagi keras. {:1_132:} {:1_132:} Tq atas semua tips. tq for the tipsss senanglah nk masak for next timee bahan-bahan pun senang nk dicari Rebus lama lama.. itu tips yg saya pakai..selalu jadi
Pages:
[1]