zasrfikri Publish time 27-7-2020 11:41 AM

SALOMA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus-ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi. Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang Ikon Wanita Paling Berjaya di Malaysia sehingga kini.
https://1.bp.blogspot.com/-o0Vw4KdYauU/Xx1caoUR0tI/AAAAAAAAEKQ/PTc67W9tOQoKipZuew2BgbvqSMEsrlDqwCLcBGAsYHQ/s400/500x500.jpg
Lagu pertama yang dirakam oleh beliau pada tahun 1954 berjudul Pandang Kasih. Pada masa itu, penyanyi lelaki popular era 50 an, S.Hamid menyokong kuat kerjaya arwah Saloma untuk berjaya di dalam bidang nyanyian. Hasilnya sungguh luar biasa sehingga Saloma berjaya menjadi salah seorang penyanyi paling popular pada era itu sebaris dengan arwah P.Ramlee, Nona Asiah, arwah Momo Latiff, arwah R.Azmi dan ramai lagi. Kolaborasi arwah Saloma menyanyikan lagu P.Ramlee di dalam filem juga telah menaikkan populariti arwah Saloma sehingga berjaya menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaya era 50 an sehingga hujung 60 an. Banyak anugerah dalam dan luar negara yang beliau terima. Beliau juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East dan Perintis Fesyen Malaya.

BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUANITA PUAN SRI SALOMA

NAMA SEBENAR : Salmah binti Ismail
UMUR : 48 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Januari 1935
TARIKH KEMATIAN : 25 April 1983
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1950-1983
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Wanita Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini.


12
LAGU PALING POPULAR
BIDUANTITA SALOMA
SEPANJANG ZAMAN

01.
BILA LARUT MALAM
(withPANCHA SITARA)
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : LABU DAN LABI
TAHUN : 1962
CATATAN :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Pop nyanyian arwah Saloma paling popular dan dikenali oleh semua rakyat Malaysia (selain lagu Selamat Hari Raya). Lagu arwah Saloma bersama kumpulan vokal Pancha Sitara ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar di dalam industri hiburan tempatan kerana ianya kekal evergreen dan kerap dinyanyikan di dalam pelbagai pertandingannyanyian dari era 60 an sehinggalah kini. Gaya nyanyian Saloma dan vokal harmoni Pancha Sitara juga dipuji ramai kerana mempunyai identiti nyanyian tersendiri.


02.
TIRU MACAM SAYA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : HUJAN PANAS (1953)
TAHUN : 1974 (Rakaman Saloma)
CATATAN :
Lagu ini adalah nyanyian asal biduanita Nona Asiah di dalam filem Hujan Panas tahun 1953. Lagu dipopularkan semula oleh arwah Saloma pada tahun 1974 dan turut menjadi lagu signature beliau.


Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>> LAGU SALOMA PALING POPULAR


Kurex Publish time 27-7-2020 12:00 PM

Suka lagu ni..

VjMuCDkFodE
Pages: [1]
View full version: SALOMA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT