siputpepel Publish time 26-7-2020 08:48 AM

Kawan

Kawan,Kaulah kawan,
Boleh jadi juga lawan.

Bila kau susah,
Senang je kau luah.
Bila aku susah,
Kau buang aku macam ludah.

Bila kau senang,
Kau terbang melayang-layang.
Bila aku senang,
Kau dengki berbenang-benang.

Orang kata bijaklah memilih kawan,
Macam mana nak pilih jika baiknya hanya depan-depan,
Dibelakang, niatnya hanya dia yang boleh tahan.

ellez Publish time 26-7-2020 03:02 PM

Wahh..siputpepel berpuisi:)
Minta kopipes boleh:$
Ermm..adatlah tu dlm berkawan..itu sbb iols xpernah ada kawan baik..
Semuanya kawan biasa saja..
Xde minat nk ber geng ke apa..
Setakat bertukar2 fikiran,kelig kat ofis pn dah memadai..
Suka bercerita dan meluah suka duka kat suami dan siblings serta sepupu2 yg rapat..

siputpepel Publish time 26-7-2020 03:56 PM

ellez replied at 26-7-2020 03:02 PM
Wahh..siputpepel berpuisi
Minta kopipes boleh
Ermm..adatlah tu dlm berkawan..itu sbb iols xper ...

Hihi :lol: Idea mencurah-curah haruslah kita luah. Kopi je sis. Saya setuju, berkawan cukuplah sekadar mengeratkan hubungan. Soal peribadi lebih baik berkongsi dengan family. Hanya family yang tahu kita luar dalam dan support kita.

cantik88 Publish time 17-3-2021 01:50 PM

Betulah awak tulis cam tu

"Bila kau senang,
Kau terbang melayang-layang.
Bila aku senang,
Kau dengki berbenang-benang"

Saya dapat rasakan..huhu

siputpepel Publish time 17-3-2021 02:11 PM

cantik88 replied at 17-3-2021 01:50 PM
Betulah awak tulis cam tu

"Bila kau senang,

Sabar ye kaka. begitulah lumrah kehidupan. kita tak boleh ubah orang tapi kita boleh ubah cara kita bertindak. be more wise :lol:

cantik88 Publish time 17-3-2021 02:22 PM

Sebab tuu sekarang more dgn family je...so kawan2 semua dah dikurangkan lagi2 kawan toksik...heheh

siputpepel Publish time 17-3-2021 02:28 PM

cantik88 replied at 17-3-2021 02:22 PM
Sebab tuu sekarang more dgn family je...so kawan2 semua dah dikurangkan lagi2 kawan toksik...heheh

bila kita dah berusia, circle kita akan semakin mengecil. yang tinggal hanyalah yang benar-benar bermakna dalam hidup

cantik88 Publish time 17-3-2021 02:38 PM

siputpepel replied at 17-3-2021 02:28 PM
bila kita dah berusia, circle kita akan semakin mengecil. yang tinggal hanyalah yang benar-benar b ...

Betul tuu...sekarang waktu usia cam ni kita lebih kenal siapa yang boleh bawak berkawan siapa yang boleh dilupakan..kadang2 kawan2 ini tak perlu rapat mana just jumpa untuk bertanya kabar sebab masing2 ada ada kehidupan sendiri..

siputpepel Publish time 17-3-2021 02:42 PM

cantik88 replied at 17-3-2021 02:38 PM
Betul tuu...sekarang waktu usia cam ni kita lebih kenal siapa yang boleh bawak berkawan siapa yang ...

bila dah berusia, rasa nak berkawan tu dah kurang. lebih banyak masa untuk memperbaiki diri dan menambah nilai diri dalam hidup. masa tu fokus pun dah lebih kepada keluarga je tak sempat pun nak berkawan.

cantik88 Publish time 17-3-2021 02:52 PM

Makin berusia masa untuk diri sendiri lebih utama dari masa bersama kawan2..sebab dah sibuk dengan urusan harian dengan keluarga...
Pages: [1]
View full version: Kawan


ADVERTISEMENT