Nobrol Publish time 22-7-2020 01:22 PM

Suami fitnah saya berzina & nak ceraikan saya apa patut saya buat???

Salam semua,

i ni tak tahu nak karang panjang2 so i nak share cite rumahtangga i yg retak menanti belah ni secara ringkas, i kawen duda 3 anak,& ex wife dia still hidup, i xkenal suami sbb org tua yg kenen2 kami.. sbb arwah mak ayah i suka sangat i pn kawenlah.. memang dr awal kawen lagi ex wife dia dh buat hal ganggu rumahtangga kami.. anak2 dia dh besar2 semuanya & agak kurang ajar.. dorang mmg xterima i as mak tiri.. suami i dulu masa mula2 kawen oklah takdelah nk sebelahkan anak dia sangat tp sekarang makin menjadi.. pantang anak adukan apa2 mesti i kena serang dgn dia.. dia mmg xpernah nak tanya kemana i pergi, i xbalik pn dia xpernah tanya.. xambil tahu hal i lah senang cerita padahal i ni wife dia.. mmg kalau hal anak2 cepat je dia.. i terasa.. i stress.. kami mmg selalu gaduh bab ni.. i dh banyak bersabar dgn kerenah anak2 dia tapi dia tuduh i perempuan xguna.. tuduh i tak bagi dia bercakap dgn anak2 dia.. tuduh i ni suka caci maki dia padahal i tak mcm tu, paling teruk dia fitnah i tido dgn bos i..

Balik rumah dia tutup pagar tak bagi i park kereta dalam, kunci pintu tak bg i dgn anak2 masuk.. tak bagi nafkah & tak hiraukan i.. dia nak ceraikan i sbb dia cakap i ni pembawa masaalah & perempuan jahat.. dia nak i keluar dr rumah...

I rasa terhina sgt.. difitnah & dimalukan kt adik beradik tapi i tetap balik jugak sbb pikirkan anak2 i.. i tak mampu nak survive sendiri kalau bercerai.. masaalah kewangan i.. dia sangat ego & takkan dngar penjelasan i..

Tolong la i, apa nak buat? kalau i cerai sia2 i terima dia & bertahan dh 10 tahun.

K_Lily Publish time 22-7-2020 01:32 PM

Sia-sia juga kalau u terus bertahan sebab terang lagi bersuluh dia dah fitnah u berzina dan rendah-rendahkanu.

Ada bukti tak dia fitnah u? Mesej whatsapp ke apa ke? Kalau ada, buatlah report. Simpan, jadikan bahan bukti.



PristineOne Publish time 22-7-2020 01:32 PM

Bercerai saja sis.....Apa ada hal..

Bakal suami yg akan imamkan sis solat ada kat luar sana sedang menunggu. Sis akan berpegang tangan ke jannah dgn bakal suami nanti.

Laki sekarang sekadar persinggahan dalam kehidupan sis .

Cerai ja.

bemyself Publish time 22-7-2020 01:59 PM

Kalau dh smpai mcm tu dia tuduh u....ada ke patot nak tunggu lagik?
Tak ke rasa terhina? Tak ke terasa calar maruah u? tak ke terasa dia pijak2 maruah u?
kemon la... u kan keje...apa yg nak ditakotkan
Dah la dia x bagik nafkah...lagik ckp berzina..eh kurang ajor namanye tuuu..
Ada bukti ke dia kata u pompan jahat?
smpi bila nk bertahan dgn lelaki yg mcm ni sebab anak2?
Gi pejabat agama..setelkn masalah ni...x yah la nak bertahan lgi dgn jantan mcm ni..menyusahkan!

Perk77 Publish time 22-7-2020 02:02 PM

Dia ade BG duit? .nafkah pun dia tk Jaga..kenapa boleh fikir takut bercerai sebab tk boleh survive. .bukan u atau sesiapa yg BG u rezeki ..yg atas BG u rezeki ..bukan sebab u tak mampu ..mintak lah rezeki dgn Allah...kalau mintak dgn org ..Allah tk suka...cerai je dgn Cara baik...jgn paksa diri u anak2 u hidup dlm penderitaan ..org dh tak nak kenapa nk tersua-sua...ajak suami pergi pej agama .settle Cara baik...

tokchik Publish time 22-7-2020 02:13 PM

Dik

Kalau Kau berkerjaya

Baik Kau berambus ja Drpd hdup jntn tk guna tu


Buat Apa nk menyiksa diri

Bak kata perumpamaan

Buka dompet tengok duit


Kalau dompet ada duit
Blah aja

Lain lah kalau Kau sanggup hadap Tekanan emosi berterusan

Sekian pesanan atok

Andyscenes Publish time 22-7-2020 02:39 PM

blah je. dia tuduh kau berzina kot.

kaseh80 Publish time 22-7-2020 02:43 PM

Just get out

ayorsuam Publish time 22-7-2020 02:44 PM

Apsal la nak pk "sia-sia" yg 10 tahun tu....u stay in this marriage pun setiap hari adalah hari yg sia2. Plan u nak stay berapa puluh tahun bersama lagi untuk buat 10 tahun lepas tu worth while? Dia dah tak nak kat u... Y stay? Leave the table when disrespect is served..

Fur Publish time 22-7-2020 04:14 PM

Edited by Fur at 22-7-2020 04:21 PM

hai TT

kalau ada bukti tuduhan zina suami pada TT adalah tidak benar dan TT sendiri punya bukti contoh wasap, message dari suami yang menuduh TT, sila screenshot, simpan dan buat hard copy sebagai bukti jika diperlukan suatu masa nanti.

ingat bukan perempuan saja nusyuz, lelaki pun boleh nusyuz cuma jarang diperkatakan di kalangan kita.
Syeikh Ibrahim Baijuri menceritakan tentang nusyuz bagi suami di dalam kitabnya, bahawa nusyuz bagi seorang suami adalah tidak melakukan tanggunjawab yang wajib terhadap isterinya iaitu menggaulinya dengan baik, memberikan giliran bermalam sekiranya beristeri ramai, memberi mahar, memberi nafkah, pakaian dan keperluan hidup yang lain… sekiranya suami itu seorang yang berakhlak buruk dan melakukan kekerasan seperti memukulnya tanpa sebab, dibenarkan untuk mengadu kepada hakim untuk memberikan hukuman ta’zir terhadapnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 2251)

TT boleh buat aduan di pejabat agama tentang perangai nusyuz suami dan tuduhan zina suami pada TT. tiada masalah.

Apabila seorang suami yang membuat tuduhan isterinya sendiri telah melakukan zina, dia hendaklah membawa 4 orang saksi bagi membuktikan tuduhannya. Si suami boleh dikenakan hukum qazaf sebanyak 80 puluh kali sebatan sekiranya dia menuduh isteri melakukan zina tapi tidak membawa bukti atau 4 orang saksi termasuk dirinya sendiri.

Jika tiada saksi, si suami hendaklah meli’an isteri di depan hakim/ mahkamah atau majlis yang dihadiri oleh sekumpulan manusia dengan melafazkan “Aku bersaksi kepada Allah, aku berada dipihak yang benar dan isteriku melakukan zina”. Manakala sumpah ke 5 pula hendaklah dia berkata, “Laknat Allah akan jatuh kepadaku sekiranya aku berdusta”.

Maksud Li’an menurut hukum syarak ialah sumpah daripada si suami apabila dia menuduh isterinya berzina. Sumpah itu hendaklah diucapkan sebanyak 4 kali bertujuan bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang ke-5 dia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berbohong dan berusta.

Jika suami sanggup untuk bersumpah seperti di atas, isteri juga boleh bersumpah sebanyak 4+1 seperti di atas untuk menafikan tuduhan selingkuh dari suami tadi. Dan sekiranya perkara ini berlaku, maka putuslah hubungan sebagai suami isteri dan mereka tidak boleh berkahwin selama-lamanya (talak ba’in). Dan haram selama-lamanya bagi suami yang meli’an isterinya untuk berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa suami yang lain. Perlu diingatkan juga kepada pihak yang membuat tuduhan palsu, dia boleh terlepas daripada hukuman di dunia tetapi tidak terlepas daripada hukuman di akhirat kelak kerana Islam memelihara maruah seseorang daripada tuduhan yang sangat berat ini (zina).


Wallahu a’lam


Islam tidak pernah menganiayai wanita. terpulang kepada TT. Good luck TT.

maya_mahsuri Publish time 23-7-2020 03:45 PM

Bercerai saja lah dari hidup derita. Nafkah anak wajib atas bapa biarpun bercerai. Boleh buat tuntutan nafkah di mahkamah.

Nak buat apa hidup dengan orang yang tak hargai kita. Sebelum kahwin, ada siasat kenapa dia bercerai?

TT tau dak tuduh isteri berzina tu dikira li'an (tapi kena pi mahkamah la utk hal ni). jika bersabit, maka suami isteri tu terpisah (cerai) dan takkan boleh rujuk/ kahwin semula untuk selamanya biarpun isteri tu dah kawen dgn org lain (cina buta).

Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi suami yang meli’an isterinya berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa suami yang lain.

sarahmirza Publish time 23-7-2020 04:30 PM

Ada saksi tak dia tuduh TT berzina? Atau bukti bertulis? Kalau ada saksi atau bukti bertulis, jika mahu TT boleh pergi mahkamah dan failkan perceraian secara li'an...

Cassieopeia Publish time 23-7-2020 04:57 PM

erm dah sampai tahap tu mungkin cerai jalan terbaik. emosi anak2 kene kira jgk tu. dah bapak kunci pintu xbg msk, tuduh awk bukan2. awk kene simpan semua bukti tu. dah cerai minta nafkah anak2 kat mahkamah. biar ada hitam putih. nanti tak bayar boleh tuntut.. Moga urusan awk dimudahkan dan moga awk kuat tt

ikanmasin Publish time 23-7-2020 07:57 PM

mmg bukan mudah utk tt tp 10thn tu sia2 jer sbb laki tt takmau bertolak ansur dgn tt..tt kan berkerja cerai dan bawa keluar anak2.tak guna tt bersama kalau dah laki tt sampai tuduh tt memacam tu..laki tt ada saksi ke ada bukti sekian2..bagus dr skrg tt kumpul segala bukti dan resit2 .bila becerai nnt takde lah tt baru sibuk nak kumpul2 tu semua.dah laki tt yg nak ceraikan..jgn sampai maruah tt sakan dipijak2..kekuatan tt anak2 tt..semoga dipermudahkan utk tt..

fishcracker Publish time 23-7-2020 08:21 PM

Sayangi diri sis n anak2...kalau dah sampai buat tuduhan macam tu baik angkat kaki je,buat apa nak stay tapi merana jiwa raga

noor2 Publish time 23-7-2020 09:59 PM

Sekali orang hina anak aku cth x bg masuk rumah sekali tu kepala dia aku pijak:lol:....ya ampon orang dah hina ko dah halau anak2 ko dah lukakan hati anak2 ko....lagi ko mahu mengendeng dengan alasan sebab x de punca pendapatan ...susah nk hidup. ..

Yg bg rezeki tu tuhan. ..luas rezeki ni tau dak jgn harap pada orang lain ....

Pantang betul kalau pasangan sendiri hina anak2. ....ni ko betul2 bodoh kalau ko masih nak harap duit jantan tu...heiii geram akak baca lah.....usah harap lagi pada orang lain dlm hidup ni tt ...terutama pada pasangan yg x guna mcm pasangan tt tu...hina tuduh bukan2. .tu bukan suami yg baik....hidup tt pun x mudah dgn anak2 tiri tt.....eiiiii apa seronoknya hidup berumahtangga mcm ni tt kalau asyik kena tuduh maki semua. ....hati anak sendiri tu tolong jaga. ....

menakkautau Publish time 24-7-2020 07:27 AM

PristineOne replied at 22-7-2020 01:32 PM
Bercerai saja sis.....Apa ada hal..

Bakal suami yg akan imamkan sis solat ada kat luar sana sedan ...

Dont be an idiot falling easily into the trap of TT wanting to relate stories yg she WANTS us to know and not wat we really need to know...the underlying truth....

Cerita very one sided...A case of im good...the other party(spouse) is the evil...

menakkautau Publish time 24-7-2020 07:28 AM

noor2 replied at 23-7-2020 09:59 PM
Sekali orang hina anak aku cth x bg masuk rumah sekali tu kepala dia aku pijak....ya ampon oran ...

nee apa cer????

noor2 Publish time 24-7-2020 12:24 PM

menakkautau replied at 24-7-2020 07:28 AM
nee apa cer????

Mana ada cer apa. . Apola

ladybugz Publish time 24-7-2020 01:22 PM

Li’an. Tuduhan zina amatla berat. Jgn simply tuduh. Igtan utk diri. Sebenci mana pun kita kat seseorg tu jgn sesekali main tuduh je. Kesannya byk. Apatah lg ianya dibuat oleh seorg suami kepada isterinya.
Pages: [1] 2
View full version: Suami fitnah saya berzina & nak ceraikan saya apa patut saya buat???


ADVERTISEMENT