ipes2 Publish time 17-7-2020 03:48 AM

[ILMU MUDAH]: Colonoscopy, jangan tolak bila disarankan

Colonoscopy di sarankan kepada mana2 pesakit yang: poo nya berdarah, poo nya hitam macam tar, diarrhoea yang berpanjangan, ada mass bila perut di examine, anaemia tanpa sebab, ada microscopic blood dalam poo yang di check, constipation yang bergilir-gilir dengan diarrhoea dan beberapa symptoms lagi.

Ianya memerlukan prep. Silalah comply dengan aturcara prepini agar prosedur colonoscopy adalah optimum. Jika prepnya elok (lihat pix), CO2 akan dipump kedalam colon untuk mengembangkannya semasa prosedur dan kamera dihujung tube panjang akan dimasukkan kedalam anal canal, rectum lalu ke semua area colon (lihat pix). Jika ada area yang meragukan, biopsy akan diambil.

Ianya prosedur yang selamat dan jarang sangat komplikasinya. Jika disarankan oleh doctor untuk buat colonoscopy, janganlah ditolak.

bellaa Publish time 17-7-2020 06:03 AM

ni sumbat ikot bontot kan doc?
seriau nyaaa :mad:

perut ai sensetip sikit la doc
lactose intolerancedgn susu
pastu, minum caffeine pon perut mcm cramp
makan pedas pon sama..

perlu buat colonoscopy ke?

Bihungoreng Publish time 17-7-2020 12:22 PM

Doc, i pulak sejenis yg asal nak keluar g kedai runcit yg jarak 10-15min pon sakit perut. Bila pegi toilet xde kuar pape. Tapi masuk je kete sakit perut memulas. Selalu jadi camni. Kdg fed up nak keluar ke mana2 sebab sebut je nak g jalan perut terus meragam. Kadang ada je memang membuang tapi sekadar pelepas je bukan beria membuang pon. Ni penyakit mental ke? I means mindset dah cakap keluar je sakit perut. Uwaa serabut dgn diri sendiri.

Lula2 Publish time 17-7-2020 12:51 PM

Doc boleh ke kalau i saja2 nk pegi buat check up untuk usus?takde tanda2 macam diatas pun tp i tak berapa lawas.
Kadang2 seminggu tak membuang, tak rasa nak membuang.
Kalau nk membuang i memang lama dlm tandas dlm 30 minit, tu pun rasa tak puas/habis keluar.

Levespa Publish time 17-7-2020 01:09 PM

colonoscopy ni takde apa pun, preparation tu lagi teruk dari colonoscopy tu sendiri.. kalau doc suggest buat je.. kalau ada colon cancer detect awal it is highly treatable.. sapa ada symptoms/ada family history of colorectal cancer gi la buat especially umur 40 ke atas..

sharlenetexas Publish time 17-7-2020 01:40 PM

Dah beberapa kali colonoscopy. Nurse tanya sakit tak? Iols kata tak perasanlah sebab tido ;P
Preparation tu leceh. Malam sebelum prosedur kena minum oral solution untuk kosongkan usus. Rasa masin masam manis yang loya sangat2. Tujuannya nak suruh berak dan muntah. Beberapa hari sebelum tu jangan makan benda2 berserat. Pagi nak prosedur tu iols mengelat gak minum milo. Kalau tak memang takde tenagalah jawabnya.
Sekarang dah tak yah masuk wad. Sekadar masuk day care ward. Tunggu giliran pukul 5 petang baru jadi. Dengan perut kosong. Pastu prosedur pulak macam pam angin masuk usus. Sakit perut sangat. Lain kali bawak gaviscon siap2.

CatMiow Publish time 17-7-2020 02:56 PM

Dah pernah sekali buat.

Prep tu kena buat betul2, air tu so yuck,tapi ikut la seperti saranan,1sch kena habiskan dalam. Sejam, kalau tak ikut betul2 kat report dr tulis good je...;P

Kalau rajin boleh tengok yt pengalaman orng buat prep ni.Ada yg suggest. Minum air banyak sikit selain air prep,biar colon cantik masa nak kena tropong.

CatMiow Publish time 17-7-2020 03:00 PM

Nak tambah,masa prosedur hari tu dr siap tanya nak sedatif ke tak,sebab katanya tak sakit sangat mungkin nyilu masa nak masuk dan tak selesa,sebab dalam perut ada benda masuk.

Saya pilih nak sedatif,tido masa prosedur,tapi rasanya mcm ada merapu2 juga la.:sweat3:

Tapi ada mkck ckap dia sedar masa sedatif,dan nampak perut dia kat monitor.

djzara81 Publish time 17-7-2020 08:55 PM

8 thn lepas, aku pi buat full health checkup, pastu doctor suggest buat colonoscopy based on result cancer marker test aku. Reading tu rendah, not to be alarmed. It could be false negative or false positive. Tapi highly recommended buat colonoscopy utk check further.
Aku tak buat sampai la skang. :sweat3:

supernaturalee Publish time 17-7-2020 11:47 PM

Bihungoreng replied at 17-7-2020 12:22 PM
Doc, i pulak sejenis yg asal nak keluar g kedai runcit yg jarak 10-15min pon sakit perut. Bila pegi...

My mom pun mcm ni

My mom pnh operate buang hempedu
Lps operate mmg kerap membuang tp physically die ok
Xkurus, biasa je

supernaturalee Publish time 17-7-2020 11:50 PM

Mcm pnh tgk kt pamphlet kena bg sample najis
Btl ke

{:thiefo

Bihungoreng Publish time 18-7-2020 12:33 AM

supernaturalee replied at 17-7-2020 11:47 PM
My mom pun mcm ni

My mom pnh operate buang hempedu


Alamak serammnya.. tapi ai mcm buang je hari2 wajib la org kata.. hahaha geram bila dh siap cecantik, nak je masuk kete perut meragam hmpeh betol rasaa..

Bihungoreng Publish time 18-7-2020 12:36 AM

Lula2 replied at 17-7-2020 12:51 PM
Doc boleh ke kalau i saja2 nk pegi buat check up untuk usus?takde tanda2 macam diatas pun tp i tak b ...

Hei u mcm mak i.. nape u xbuang ari2? Kalu kentut masyaAllah busuk yaamat ye hahahahahahahaha

Ai pelik sebab ai ari2 berak dia blh pulak xbuang smggu.. naik pening kalu xbuang dlm 1 hari.. u mkn sayur2 ke memang xde rasa nak membuang ke?

salmon-suki Publish time 18-7-2020 02:02 AM

Sy pernah bt colon ni..ada polyps dlu..dah bt surgery pun..hihi..tp nak cuci usus tu dgn mkn ubat julap spital,mmg seksa..dh laa time surgery,boleh plak doc tu bawak 4,5org doctor pelatih dtg sama..

Sudah ternoda rasanya:'(:'(

Missfadh Publish time 18-7-2020 02:10 AM

Pernah kena juga. Sbb demam denggi and muntah berdarah. Mcm segala rongga boleh keluar darah masa tu. X sakit sgt tp ngilu. Alhamdulillah okay je.

ipes2 Publish time 18-7-2020 03:33 AM

bellaa replied at 17-7-2020 06:03 AM
ni sumbat ikot bontot kan doc?
seriau nyaaa



ya dik bel, ikut bontot.eh untuk adek bel saya buat percuma

ipes2 Publish time 18-7-2020 03:35 AM

Bihungoreng replied at 17-7-2020 12:22 PM
Doc, i pulak sejenis yg asal nak keluar g kedai runcit yg jarak 10-15min pon sakit perut. Bila pegi...

gastro-intestinal tract (GIT) kita memang react to our emotion; tapi kalau keterlaluan pening jugak.
bihun ada didiagnose dengan Irritable Bowel Syndrome (IBS) ke?

ipes2 Publish time 18-7-2020 03:44 AM

Lula2 replied at 17-7-2020 12:51 PM
Doc boleh ke kalau i saja2 nk pegi buat check up untuk usus?takde tanda2 macam diatas pun tp i tak b ...

screening untuk cancer lah, maksud awak?
bila umur 55, di negara barat, kami buat screening untuk bowel cancer.
sample kit (Faecal Immunochemical Test, FIT) dihantar kerumah.
guna sampling stick untuk ambil sedikit sample poo, dan masukkan dalam containernya, dan post balik
sesapa positive, government akan invite untuk buat colonoscopy

rasa tidak habis keluar adalah tenesmus
tetapi tenesmus yang memerlukan colonoscopy ini berbeza sedikit

seminggu tak open bowels tu agak lama; tetapi jika itu kekerapan Lula, tak apa lah

ipes2 Publish time 18-7-2020 03:45 AM

Levespa replied at 17-7-2020 01:09 PM
colonoscopy ni takde apa pun, preparation tu lagi teruk dari colonoscopy tu sendiri.. kalau doc sugg ...

betul
prep nya agak sengsara

ipes2 Publish time 18-7-2020 03:48 AM

sharlenetexas replied at 17-7-2020 01:40 PM
Dah beberapa kali colonoscopy. Nurse tanya sakit tak? Iols kata tak perasanlah sebab tido
Prepar ...

hish, ingat orang tidak tahu ke.. nanti kami temui milo awak dalam colon haha :lol:
taklah.. OGD akan ditemui lah milo itu
lain kali jangan ngelat, nanti ada residual coloured fluid yang nampak dark (residual dari milo), boleh obscure area yang mungkin ada ketumbuhan
ya, memang semua pesakit kata penatnya oi
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: [ILMU MUDAH]: Colonoscopy, jangan tolak bila disarankan


ADVERTISEMENT