trunks Publish time 16-7-2020 07:17 PM

7 Petanda Awal Kotak Gear Kereta Anda Rosak!

By
Farizul Izwany -

November 4, 2019



https://cdn.maskulin.com.my/2019/11/capture-04_48_800901-696x429.jpg

Apakah kerosakan komponen kereta yang boleh buat kita haru-biru dan sakit kepala?Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa adalah bila gearbox rosak!

Kalau rosak memang anda kena sediakanlah wang yang agak banyak juga untuk baiki. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/9a797a6b791a30f4b103f7a8466df38e/dsc_6857_0.jpgDan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.1.Berdepan keseukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.2.Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.


3.Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/9976314438f865c4cd31bdde6680342c/gearbox_clutch.jpg4.Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.5.Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.6.Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.7.Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter1. Tukar minyak auto2. Tukar mounting gearbox3. Tukar pin pada panel gear4. Tukar kedua-dua oil seal gearboxBagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.sumber









rospinki Publish time 16-7-2020 09:07 PM

baru tukar alternator radiator kipas depan belakang betri lak comin soon:shakehead3:
Pages: [1]
View full version: 7 Petanda Awal Kotak Gear Kereta Anda Rosak!


ADVERTISEMENT