leetaemin Publish time 15-7-2020 05:22 PM

Penjawat awam yang tertindas

Edited by leetaemin at 15-7-2020 05:52 PM

Aku nak tanya ni. Hari tu kawan aku tu mengandung dan terkandas di borneo sebab covid19..

so dia tak boleh nak balik semenanjung la.

masalah nya ketua jabatan aku ni tak faham masalah kawan aku tu dan membuat ugutan untuk mengambil tindakan tatatertib.

Kawan aku siap contact Pengarah dan menerangkan situasi dia. Pengarah pun membenarkan kawan aku tu untuk stay dulu kt sana sampai dia boleh balik untuk bekerja

Masalahnya ketua jabatan aku tu terus menekan kawan aku tu siap bising2 kenapa tak rujuk kepada dia dulu sebelum contact pengarah.

kawan aku tu jadi stress dan menyebabkan keguguran. Dah la dia tunggu 10 tahun nak mengandung.

Die nak ambil legal action kat ketua jabatan aku tu..tapi masalah nya boleh ker..atas peruntukan undang2 mane tu sebagai penjawat awam..


sarahmirza Publish time 15-7-2020 05:36 PM

Boleh ambik tindakan undang2...
Kalau company swasta la....
Biasanya company malas nak laya depa bayar je beberapa bulan gaji kt staff tu.. Settle luar.

leetaemin Publish time 15-7-2020 05:53 PM

sarahmirza replied at 15-7-2020 05:36 PM
Boleh ambik tindakan undang2...
Kalau company swasta la....
Biasanya company malas nak laya depa b ...

Kalau penjawat awam macam mne tuh..sebab saya tak arif sangat pasal law..

prettyuglybabe Publish time 15-7-2020 05:53 PM

boleh refer jabatan tenaga kerja..
tapi kena standby la akibatnya nanti..

leetaemin Publish time 15-7-2020 06:01 PM

prettyuglybabe replied at 15-7-2020 05:53 PM
boleh refer jabatan tenaga kerja..
tapi kena standby la akibatnya nanti..

Kawan saya tu dah apply transfer..dapat transfer die da standby untuk saman ketua jabatan..bukti semua die dah simpan siap2.

JTK tu tu selalu memihak kepada siapa..apa akibatnya kalau case ni sampai JTK

prettyuglybabe Publish time 15-7-2020 06:05 PM

leetaemin replied at 15-7-2020 06:01 PM
Kawan saya tu dah apply transfer..dapat transfer die da standby untuk saman ketua jabatan..bukti s ...

kalau dah transfer baru file saman ok la..
JTK of course la kena memihak pada pekerja yang teraniaya..
lagi-lagi kalau bukti semua solid..
kalau pegawai yang handle nak tak nak, suruh dia tukar pegawai lain untuk handle..


AyaqMeloSuam Publish time 15-7-2020 06:06 PM

contact JTK.. depa sedia mmberi khidmat nasihat yg dperlukan..

leetaemin Publish time 15-7-2020 06:08 PM

prettyuglybabe replied at 15-7-2020 06:05 PM
kalau dah transfer baru file saman ok la..
JTK of course la kena memihak pada pekerja yang terani ...

Kawan saya tuh nk saman civil secepat yg mungkin..tapi saya takut nanti dia yg kena balik..

CiliPadiSedap Publish time 15-7-2020 06:23 PM

report kt moderator

matchstick Publish time 15-7-2020 06:29 PM

Boleh buktikan kwn u tu miscarriage sbb stress semata2 ke..direct cause gitu. Kalau ada sbb lain cth dia ada masalah kesihatan yg lain ke mcm susah jgk I rasa

leetaemin Publish time 15-7-2020 06:55 PM

matchstick replied at 15-7-2020 06:29 PM
Boleh buktikan kwn u tu miscarriage sbb stress semata2 ke..direct cause gitu. Kalau ada sbb lain cth ...

That part I rase pon mmg susah sikit kn..tapi die betul2 stress dgn ancaman tu..sebab i baca sendiri msg ugutan dari ketua jabatan tu..then kawan i tu mmg refer counsellor and psy doctor sekarang sebab depressive disorser lps gugur tuh..

MeghanK Publish time 15-7-2020 07:24 PM

kesian nya sampai gugur..boleh ke report dekat jabatan buruh

jabatan buruh ke tak ingat la nama apa

leetaemin Publish time 15-7-2020 08:59 PM

MeghanK replied at 15-7-2020 07:24 PM
kesian nya sampai gugur..boleh ke report dekat jabatan buruh

jabatan buruh ke tak ingat la nama a ...

Haah kesian..10 tahun die cbe nk pregnant..dah pregnant..gugur pulak..mne la x depress dia..

Innrukia Publish time 15-7-2020 10:06 PM

Setahu aku penjawat awam takde dlm skop Employment Act 1955. Penjawat awam ni tertakluk dgn akta2 under suruhanjaya perkhidmatan awam.

Btw, sorry to say bau2 ikan sgt kes kwn hang ni. Cerita tak clear langsung which takde satu point yg concrete pun utk support claim dia.At the 1st place, ada dia buat official request etc kat ketua jabatan tak sebelum direct p pengarah? Pengarah "faham" dgn "bagi kebenaran" tu kena bagi clear betul. Takat cerita & pengarah ckp paham tu takleh kira bahan bukti. If ketua jabatan kata nk amik tindakan tatatertib, meaning kawan hang maybe ada langgar peraturan la tu. Just budi bicara dia la nk proceed dgn tindakan tatatertib or tak. Ni aku bg perspective kalau kes ni kat private sector la...

tagas Publish time 15-7-2020 11:27 PM

bleh buat saman sivil

carik loyar kasi saman jotah2 {:1_152:}

leetaemin Publish time 16-7-2020 01:00 AM

Edited by leetaemin at 16-7-2020 01:02 AM

Innrukia replied at 15-7-2020 10:06 PM
Setahu aku penjawat awam takde dlm skop Employment Act 1955. Penjawat awam ni tertakluk dgn akta2 un ...

Mase tu die mmg tgh bercuti..tetiba pkp dilaksanakan..so die stuck kt sarawak..die mmg cube nak blik bekerja..tp makan mase sbab mse tu flight semua close..so die ade hubungi pihak atasan dia untuk memanjangkan cuti dia tapi tak dilayan..official request tu mmg die tak buat sebab mse tu kira emergency state la..die mmg sedang bercuti tetibe pkp dan die stuck..ape2 pon ikut budi bicara tapi dapat ketua jabatan yang autokratik..ape boleh buat..nak ikutkan memang boleh settle tapi sekarang dah melibatkan kehilangan nyawa..

leetaemin Publish time 16-7-2020 01:04 AM

tagas replied at 15-7-2020 11:27 PM
bleh buat saman sivil

carik loyar kasi saman jotah2

I memang sokong die buat saman civil..tapi ape pun tunggu die transfer dulu..kalau die buat sekarang i takut die jadi mangsa pulak..

Innrukia Publish time 16-7-2020 08:23 AM

leetaemin replied at 16-7-2020 01:00 AM
Mase tu die mmg tgh bercuti..tetiba pkp dilaksanakan..so die stuck kt sarawak..die mmg cube nak...

nak prove miscarriage dia sbb ketua jabatan tu payahla. Takde sorg doc pun slalunya akan bg clear statement miscarriage due to abcde..
nk saman tu boleh je but nk menang tu payah la

NekNgah Publish time 16-7-2020 09:37 AM

Kalau swasta, kita boleh rujuk grievance procedure.   Jabatan kerajaan tak pasti tapi mesti ada.Cubalah tanya-tanya.

prettyuglybabe Publish time 16-7-2020 09:54 AM

leetaemin replied at 15-7-2020 06:08 PM
Kawan saya tuh nk saman civil secepat yg mungkin..tapi saya takut nanti dia yg kena balik..

nak saman kena ada konkrit yang mengatakan dia keguguran sebab stress..
some more dia balik kampung naik flight masa mengandung..
kita sedia maklum, mengandung naik flight ada risk..
nanti saman ke mana.. kerja ke mana..
dapat pulak ketua tu lawyer yang bagus..
so medical report kena strong plus evidence..
patutnya masa ketua jabatan tu ugut, pi je buat report polis..
Pages: [1] 2
View full version: Penjawat awam yang tertindas


ADVERTISEMENT