zal_cool Publish time 2-8-2004 06:06 PM

KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]

Post Last Edit by ctredzuan at 25-2-2010 12:21

Kita seharian mendapati setiap ketika ada sahaja firma atau syarikat perniagaan yang gagal. Apakah kegagalan itu sudah suratan takdir yang tidak dapat dielakkan? Atau yakinkah pengsaha-pengusaha bahawa firma mereka tidak boleh gagal tetapi firma lain yang akan gagal? Berbagai-bagai persoalan boleh ditimbulkan bagi menganalisa tabiat usahawan.

Sebab musabab berlakunya kegagalan terhadap firma atau syarikat-syarikat perniagaan adalah seperti berikut:

1.Kekurangan pengalaman dan kebolehan pengurusan.

2.Kekurangan modal kewangan.

3.Kedudukan perniagaan yang tidak strategik.

4.Kesukaran mendapat tenaga mahir.

5.Kurang mendapatkan nasihat dari jurunding.

6.Kesuakran mendapat bahan mentah.

7.Kesukaran menjualkan keluaran.

8.Pekerja yang tidak amanah.

9.Kurang menyedari konsep keuntungan perniagaan.

10. Gagal dalam menetapkan harga yang boleh mendatangkan untung.

11. Kegagalan untuk mengenali masalah-masalah pada peringkat awal.

12. Terlalu tamak untuk berkembang.

13. Ketiadaan catatan urusniaga yang teratur.

14. Tiada pengurus pelapis kepada penganjur asal projek.

15. Perpecahan rakan kongsi.

16. Terlalu boros.

17. Disabotaj oleh rakan perniagaan.

18. Hutang yang terlalu banyak dan selalu berniaga secara "over-trading".

cka Publish time 28-8-2004 12:22 PM

Senarai yg tidak ada hentinya...

Jika dilihat dari angle tu memang saya setuju. TAPI "back to basic" nyer cuma satu: LIHAT DI DALAM DIRI.

Akan ada BERJUTA lagi alasan untuk GAGAL yang mungkin tak tersenarai dek akal. TAPI ada satu PUNCA: LIHAT DI DALAM DIRI.

PERBAIKI DIRI

mulakan dengan PERBAIKI SOLAT

PERBAIKI SOLAT

mulakan dengan "BELAJAR" SOLAT

casio Publish time 28-8-2004 12:57 PM

Originally posted by cka at 28-8-2004 12:22:
Jika dilihat dari angle tu memang saya setuju. TAPI "back to basic" nyer cuma satu: LIHAT DI DALAM DIRI.

Akan ada BERJUTA lagi alasan untuk GAGAL yang mungkin tak tersenarai dek akal....


aku pun setuju...tapi manusia ni kan selalu lalai... walaumacamana punkita mesti berfikiran positif... kalau dah berjaya pun kita mesti ada guideline untuk berjaya.... mungkinpada orang lain mereka perlukan motivate untuk berjaya...kalau kita seorang yang self motivate maka dah menjadi our responsibility..... solat memang satu kewajipan tapi adakah kita handal dalam bidang lain pula..... kalau kita ingin berjaya..kita mestilah mempunyai daya dorongan untuk orang lain dapat ikuti mengapa kita telah berjaya....

amir_faizal Publish time 4-9-2004 01:34 PM

good info..Thankz

mamaboomboomKL Publish time 5-9-2004 11:57 AM

malas........

my-alja Publish time 30-9-2004 04:00 PM

salam

nak cepat kaya punya ideologi...

zal_cool Publish time 1-10-2004 11:44 AM

....

penbiru Publish time 11-10-2004 08:21 PM

gagal sekali bukan gagal selamanya...
undur kebelakang selangkah...
tapi maju kehadapan 10 langkah...
usaha tangga kejayaan...

usahalah hanya melihat ke tangga...
tapi cubalah menaiki tangga tersebut...
tanpa selangkah yang pertama...
tidak akan ada langkah-langkah seterusnya...







........................................
www.myempireict.com

zal_cool Publish time 12-10-2004 11:58 AM

Bravo! Bravo!

oakley_konatchi Publish time 13-10-2004 11:01 AM

sebenarnya....dari banayk sudut...ada banayk sebab kita gagal...dan juga..ada banyak sebab kita berjaya....although saya tidak berpegang kepada prinsip "setiap kejayaan bermula dari kegagalan"...kegagalan memang tidak dapat di elakkan...kerana orang yang gagal lah yang berjaya...

mengapa orang yang gagal sebenarnya berjaya?? kerana orang yang berjaya tanpa kegagalan, gagal dalam menilai erti berusaha...dan boleh saya pastikan..kejayaan orang yang tidak gagal tidak lah sebesar mana.. cuma cukup cukup sahaja...

mengapa pula saya tidak berpegang kepada prinsip setiap kejayaan bermula dari kegagalan... ini kerana saya tidak menganggap kegagalan suatu kegagalan..kerana in certain terms..kegagalan means negative...and i take everythign as positive...pada saya..kegagalan tidak melambatkan kejayaa saya..kegagalan tidak mempengaruhi emosi saya...dan kegagalan adalah kejayaan bagi saya...take things positively...

satu lagi faktor 'kegagalan' dalam perniagaan..or to me..more towards life...will be gagal mengetahui bahawa setiap insan adalah equal..tidak mengira bangsa atau agama atau status..ia itu setiap insan sudah di anugerah oleh Tuhan 24 jam....kejayaan hanya hadir kepada insan yang dapat melaburkan tenaga dan masa..dan insan yang tidak dapat melaburkan masa dan tenaga adalah insan yang tidak efektif dan produktif...

tanya setiap jutawan...di malaysia pun sudah cukup..ask them how they spend their time..esp semasa mereka belum jadi jutawan...sebelum mereka berjaya..tidak perlu anda tanya apa rahsia kejayaan mereka kerana mereka tidak akan tell you...saya boleh jamin..dalam 24 jam...jika boleh mereka ingin kerja 30 jam sehari untuk berjaya...

bagaimana pula kita..??? most of us baru kerja 8 jam mahu rileks 12 jam....apa kah jadah nya??? nak berjaya konon....:siok:

pakcik_d Publish time 15-10-2004 01:10 PM

faktor-faktor kegagalan....

tolong tambah satu perkara lagi....

takde kabel politik.....heheh

zal_cool Publish time 16-10-2004 12:03 PM

:hmm:

kakn Publish time 16-10-2004 12:26 PM

Originally posted by pakcik_d at 15-10-2004 01:10 PM:
tolong tambah satu perkara lagi....

takde kabel politik.....heheh

:bgrin::bgrin:

cz Publish time 28-11-2004 09:42 AM

from my point of view:

1) nak cepat kaya
2) suka sgt atau nak attack pada figure yg besar2
3) suka beralih pada business lain selepas dah gagal buat bisnes yg pertama
4) suka nak tiru cam tycoon2 yg dah mmg ada pelbagai jenis company and business walhal tycoon2 ni dulu pon start with one business, bila dah stable..baru invest ke bisnes lain, dlm erti kata lain..bisnesman2 baru ni konon nak kasi power la line bisnes dia atau nak act la konon yg dia ni deal mcm2.
5) does not prepare contigency plan and unexpected expenditure. (tiada plan B)
6) hanya sekadar nak mengikut org je i.e. si A buat barang Z, si B lak nak ikut buat barang Z walhal tiada knowledge
7) buat bisnes tak ikut knowledge ( out of product expertise)
8) buat bisnes dan mengeluarkan product yg bukan minat sendiri (ada yg kata...buat sesuatu kerja ni buat kerana minat atau hobi and that mostly true)

zal_cool Publish time 29-11-2004 10:38 AM

Originally posted by cz at 28-11-2004 09:42 AM:
from my point of view:

1) nak cepat kaya
2) suka sgt atau nak attack pada figure yg besar2
3) suka beralih pada business lain selepas dah gagal buat bisnes yg pertama
4) suka nak tiru cam tyc ...


:setuju:

mix_chinese Publish time 10-12-2004 12:41 PM

Antara yg membuat business lingkup ialah... customer tak bayar hutang..

cz Publish time 11-12-2004 09:20 AM

Originally posted by mix_chinese at 10-12-2004 12:41 PM:
Antara yg membuat business lingkup ialah... customer tak bayar hutang..

:setuju:

seribulan Publish time 14-12-2004 04:03 AM

baru menapak...dah bergaya sakan...
keta besau...contohnya...

Angan2 Mat Jenin...bahya gak nie...
bisnes baru nak maju...

Potpouri Publish time 4-1-2005 02:18 PM

Originally posted by seribulan at 14-12-2004 04:03 AM:
baru menapak...dah bergaya sakan...
keta besau...contohnya...

Angan2 Mat Jenin...bahya gak nie...
bisnes baru nak maju...


:setuju::setuju:

blackpurple Publish time 7-1-2005 05:44 PM

Tiada istilah KEGAGALAN dalam kamus hidup usahawan....cumaBELUM BERJAYA.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]


ADVERTISEMENT