trunks Publish time 14-7-2020 10:23 PM

Perbandingan Pek Permulaan Prabayar 5 Telco Utama 2020

Edited by trunks at 14-7-2020 10:26 PM



https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200103-pek-perbandingan-5-telco-utama-2020-1024x576.jpg

Sudah berapa lama anda bersama dengan telco yang sedang anda gunakan sekarang? Sepanjang tahun 2019 yang lalu, sudah tentu banyak perubahan yang dilakukan oleh telco daripada segi penawaran perkhidmatan mereka.
Tidak terkecuali produk prabayar yang rata-rata memilihnya atas sebab tidak mahu terikat dengan kontrak dua tahun seperti kebiasaannya.

Ini adalah kesinambungan daripada entri awal tahun 2019 kami tentang rumusan pek prabayar 5 telco utama negara iaitu:
[*]Celcom
[*]Digi
[*]Maxis
[*]U Mobile
[*]Yes 4G LTE
Ada tiga komponen besar yang kita akan lihat untuk setiap pek ini. Yang pertama adalah harga pek, kemudian manfaat yang diperoleh bila lakukan pengaktifan dan manfaat bulanan yang anda dapat bila kekal aktif. Kriteria yang terakhir adalah kadar untuk panggilan, SMS, atau MMS jika anda tak melanggan mana-mana pas Internet.
Celcom Xpax Prepaid

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-xpax-1024x707.jpg
Berbanding 2019, Xpax untuk tahun ini ada perubahan sedikit. Bezanya adalah setiap bulan anda dapat kuota sebanyak 10GB yang boleh digunakan untuk Facebook, Instagram, dan Games Walla. Dalam Games Walla, setakat ini ada dua permainan iaitu AoV dan Free Fire.
https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-xpax-prabayar.jpg
Pada sudut kadar, tiada perubahan diperhatikan. Ia masih kekalkan kadar 30 sen seminit, 15sen se-SMS, dan 30sen se-MMS.Ada satu promosi sedang berjalan jika anda aktifkan akaun bersama Xpax. Anda berpeluang terima 5GB kuota Internet percuma bila anda lakukan pengaktifkan swalayan menerusi APP Celcom Life (Android & iOS)

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-xpax-free-5gb-internet-1024x466.jpg


Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Digi Prepaid LivePek prabayar Digi adalah antara yang termurah dalam pasaran. Seperti biasa, semasa pengaktifan, anda terima sejumlah kuota Internet serta kredit sebanyak RM5 untuk dibelanjakan.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-digi-2-1024x902.jpg

Penawaran prabayar Digi Prepaid Live tidak berubah berbanding 2019. Anda masih terima 2.5GB setiap minggu untuk melayani kandungan di:


[*]YouTube
[*]YouTube Gaming
[*]Twitch
[*]iflix
[*]Astro GO
[*]tonton
[*]dimsum
[*]Spotify
[*]JOOX
[*]Smule
BACAMaxis taja 3 bulan talian Hotlink percuma untuk pekerja kesihatan COVID-19

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-digi-prabayar-1024x525.jpgPromo #borakje juga sedang berjalan sekarang. Dengannya, anda boleh dapat kuota panggilan tanpa had ke mana-mana rangkaian dengan syarat anda telah gunakan RM2 untuk lakukan panggilan pada hari tersebut.Selain itu, sekiranya anda ada ramai rakan bawah telco Digi, anda boleh masukkan mereka dalam senarai 6-Buddyz untuk nikmati 1,000 minit kuota panggilan dan SMS percuma setiap bulan.Kadar panggilan tidak berubah berbanding 2019. Anda dicaj 30sen untuk seminit bercakap, 20sen untuk sekeping SMS, 5sen untuk SMS, dan 30sen untuk video call.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Hotlink Red & Hotlink Superrr


https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-hotlink-red-and-superrr.jpg

Hotlink Superrr diumumkan dalam bulan November 2019. Ia menjadikan Hotlink ada dua produk prabayar sekarang, satu Hotlink Superrr dan satu lagi Hotlink Red. Daripada apa yang ditawarkan kedua-dua pelan, mereka ada benda-benda yang sama kecuali satu.
Kalau di Hotlink Red, setiap bulan anda diberikan 10GB kuota untuk digunakan bersama APP Facebook. Jadi anda boleh tonton livestream, lakukan livestream, ataupun utuskan Stories sepuas hati.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-hotlink-2-3-1024x611.jpghttps://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-hotlink-3-1024x659.jpg

Di Hotlink Superrr, anda terima 2.5GB kuota setiap minggu. Tawaran ini sama macam yang diberikan Digi Live Prepaid. Tapi di Hotlink, ia hanya boleh digunakan di APP YouTube.Satu yang menarik tentang tawaran Hotlink Superrr adalah apabila anda beli mana-mana pas Internet yang mengandungi kuota YouTube, anda akan terima dua kali ganda daripada yang ditawarkan.
Untuk kadar, ia dikekalkan daripada 2019. Anda dikenakan 30sen seminit untuk berbual atau 12sen seminit jika ia berada dalam senarai Activ10. Untuk SMS, anda membayar 15sen untuk SMS ataupun 1sen untuk ahli Activ10.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.





U Mobile Unlimited Funz & Unlimited Power


https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-u-mobile-unlimited-power-dan-funz-unlimited.jpg

Seperti Hotlink, U Mobile juga ada dua produk dalam kategori prabayar. Produk terkini mereka dilancarkan dalam bulan Julai 2019 yang lalu iaitu pelan Unlimited Funz.
Beza pelan Unlimited Funz dengan Unlimited Power adalah pada harga pek permulaan dan tawaran kuota percuma untuk APP tertentu.Di pelan Unlimited Funz, selagi anda kekal aktif, anda nikmati kuota tanpa had untuk APP berikut:


[*]Facebook
[*]Instagram
[*]Twitter
[*]WhatsApp
[*]WeChat
[*]IMO
[*]Viber
[*]Facebook Messenger
[*]PUBG Mobile


https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-u-mobile-2-2-1024x708.jpg

Pelan Unlimited Power pula adalah lebih konvesional. Bagusnya pelan ini adalah pek permulaan cumalah berharga RM8.50. Bukan saja murah, anda juga menikmati App-Onz (kuota tanpa had untuk Facebook, Instagram, dan Twitter) selagi anda kekal aktif dengan tambah nilai sekurang-kurangnya RM10.Selain itu, anda juga terima Internet asas 1GB untuk digunakan.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-u-mobile-4.jpg

Untuk kadar panggilan, pelan Unlimited Power lebih murah. Anda dikenakan 28sen untuk setiap 30 saat bercakap dan 12sen untuk sekeping SMS.Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

YES 4G LTE


https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-yes-4g-prepaid-1024x546.jpg

Penawaran prabayar Yes 4G pula tak berubah berbanding 2019. Secara ringkas, anda boleh dapatkan pek prabayarnya pada harga RM10 seunit. Prabayar YES 4G adalah yang paling ringkas tawarannya, tiada apa-apa manfaat bulanan mewah tapi anda dapat panggilan dan SMS percuma sesama rangkaian.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-pek-prabayar-yes-4g-2-1024x611.jpg

Untuk panggilan dan SMS, anda dikenakan caj sama rata iaitu 9sen seminit dan 9sen seunit.Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Analisis


https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2020/01/200102-perbandingan-pek-prabayar-compilation-2.jpgSama seperti tahun 2019, harga pek permulaan kekal dibawah RM10.Pek yang paling murah adalah Digi Prepaid Live pada RM8, diikuti dengan U Mobile Power Unlimited yang dijual pada harga RM8.50. Produk yang selebihnya meletakkan RM10 sebagai harga pek permulaan mereka.Sewaktu mengaktifkan servis, anda biasanya akan terima sejumlah kredit untuk dibelanjakan dan kuota sementara yang sah untuk beberapa hari. Semua telco berikan kredit tersedia sekurang-kurangnya RM5. Hanya Xpax dan U Mobile berikan kredit RM6.

Tapi, tumpuan pastinya diberikan pada manfaat bulanan.Untuk kategori ini, Digi Prepaid Live adalah yang paling mewah kerana anda terima 2.5GB kuota untuk menonton video dan mendengar muzik. Tapi Hotlink juga ingin meniru Digi menerusi penawaran Superr-nya. Cuma tawaran Hotlink hanya tertakluk kepada YouTube sahaja.

Selepas Digi dan Hotlink Superrr, ada empat produk yang ada tawarkan sesuatu yang menarik dalam kategori manfaat bulanan.Di U Mobile Unlimited Funz, anda nikmati kuota tanpa had untuk 8 APP media sosial. Di Xpax dan Hotlink Red pula, mereka masing-masing berikan 10GB kuota untuk Facebook tapi Xpax ada kelebihan apabila kuota itu juga boleh digunakan untuk Instagram dan Games Walla.

U Mobile Unlimited Power pun tak kurang hebatnya sebab ia ada App-Onz yang bekalkan kuota tanpa had untuk Facebook, Instagram, dan Twitter.

Sekiranya anda lebih pentingkan kadar panggilan dan SMS, Yes 4G LTE kekal sebagai penyedia kadar terendah untuk panggilan dan SMS keluar rangkaian iaitu pada 9sen seminit ataupun 9sen se-SMS.

Kesimpulan

Saya ingin kekalkan anggapan yang semua telco ini ada cakupan servis yang serupa sebelum menyimpulkan artikel ini. Dalam edisi 2019, saya cenderung kepada Xpax dan Digi atas kemurahan hati mereka bekalkan data percuma untuk menonton YouTube.

Tapi untuk tahun ini, kalau anda perlukan kuota menonton, Digi dan Hotlink Superrr adalah jawapannya. Untuk media sosial, anda boleh pertimbangkan antara Xpax, U Mobile Funz Unlimited, dan Hotlink Red.

sumber
----------------------------korang layanlah pilh yang mana,saya dah ada pelan maxis prepaid unlimited walau terhad5GB sehari.tapi saya puas hati plan tu,iyela corak hidup kita tak sama..hehe.tadi,ada iklankat taman saya ni siapa nak pasang unifi,saya pilih 300mbps,baru 199rm sebulan,dia cakapkena ada 30orang lagi daftar baru nak pasang bulan 10 nanti,entah2 sembang kari aje

sarah82 Publish time 14-7-2020 10:32 PM

Dah beli celcom prepaid unlimited rm35 sebulan.. Cuma postpaid tak habis lagi kuota.. Tgg habis baru nak langgan yg unlimited prepaid celcom

trunks Publish time 14-7-2020 10:42 PM

sarah82 replied at 14-7-2020 10:32 PM
Dah beli celcom prepaid unlimited rm35 sebulan.. Cuma postpaid tak habis lagi kuota.. Tgg habis baru ...

oh lepas tu nak terminate postpaid?

sarah82 Publish time 14-7-2020 10:46 PM

trunks replied at 14-7-2020 10:42 PM
oh lepas tu nak terminate postpaid?

Tak.. Hanya guna bila habis kuota ja..kalau bulan tu x habis kuota tak payah top up dan langgan.. Hihihi..

Noraniza_Iblis Publish time 15-7-2020 10:45 AM

skrg pakai celcom unlimited rm35 tu puas hati..sbulan rileks je aku lenjan 100gb

awanysss Publish time 15-7-2020 12:40 PM

Noraniza_Iblis replied at 15-7-2020 10:45 AM
skrg pakai celcom unlimited rm35 tu puas hati..sbulan rileks je aku lenjan 100gb

boleh bg link cane nak check.. mcm menarik..

Noraniza_Iblis Publish time 15-7-2020 02:29 PM

awanysss replied at 15-7-2020 12:40 PM
boleh bg link cane nak check.. mcm menarik..

nk check ape?
kalau usage..
blh check kt phone sndiri bang

trunks Publish time 15-7-2020 03:54 PM

Noraniza_Iblis replied at 15-7-2020 10:45 AM
skrg pakai celcom unlimited rm35 tu puas hati..sbulan rileks je aku lenjan 100gb

pergh terbaik ni.. sebab malam tadi saya baca ada yang banyak complaint
lembab macam siput hege, tapi mungkin itu area dia tinggal kot,


penjejak-awan Publish time 15-7-2020 04:02 PM

dah setahun pakai ONEXOX..puas hati....hotspot pun unlimited....kat rumah xyah pakai modem wifi dah..

trunks Publish time 15-7-2020 04:23 PM

penjejak-awan replied at 15-7-2020 04:02 PM
dah setahun pakai ONEXOX..puas hati....hotspot pun unlimited....kat rumah xyah pakai modem wifi dah. ...

prepaid sim kad pun tahan lama 2 tahun lebih .bagus dari segi ni..cuma internet saya tak pernah cuba.ada orang kata tumpang celcom hehe..tapi awak guna laju kan? kalau free nanti boleh screenshot testspeed hotspot yang connect ke PC?

jumpa bawah ni tadi..

ONEXOX tumpang line Celcom?Perkataan "tumpang" tu x tepat, ONEXOX sewa line Celcom.. baru betul...Sewa ngan tumpang tu sama? Tak sama langsung.. contoh: "Ali tumpang rumah Abu" dengan "Ali sewa rumah Abu". Tak sama kan? Tumpang ni cam kita lak dapat ihsan si pemberi tumpang.Kalau sewa ni, baru la nampak persetujuan bersama yang masing2 dapat untung. Si penyewa dan yg menyewakan.Begitu gak hubungan antara MNVO (ONEXOX) dan MNO (Celcom). Masing-masing memperolehi keuntungan daripada usahasama ni.sumber

penjejak-awan Publish time 15-7-2020 07:34 PM

trunks replied at 15-7-2020 04:23 PM
prepaid sim kad pun tahan lama 2 tahun lebih .bagus dari segi ni..cuma internet saya tak pernah cu ...

Ni kat rumah saya..seksyen 25 Shah alam.

trunks Publish time 15-7-2020 07:56 PM

penjejak-awan replied at 15-7-2020 07:34 PM
Ni kat rumah saya..seksyen 25 Shah alam.

wah gila hehe..dengan 35rm aje sebulan..terbaik..saaya yang langgan Digi Infinite 150rm
pun dapat speed ini juga..pergh.syabas betty. mungkin coverage awak full ni area awak
puas hati juga ni..fuh

penjejak-awan Publish time 15-7-2020 08:17 PM

trunks replied at 15-7-2020 07:56 PM
wah gila hehe..dengan 35rm aje sebulan..terbaik..saaya yang langgan Digi Infinite 150rm
pun dapat ...

Ini telco ONEXOX...RM59 sebulan..44GB solid data tiada pecahan kuota..high speed all the time..x abes pakai carry forward..mungkin coverage area rumah saya mmg cun..sbb tu speed cantik je

angahawa Publish time 17-7-2020 02:34 PM

saya pun mmg pengguna setia celcom sejak azali :lol: kt tepon guna celcom pastu kt rumah guna home wireless tu sbb xde fiber sini.. helokkkk hahaha!

trunks Publish time 17-7-2020 05:10 PM

angahawa replied at 17-7-2020 02:34 PM
saya pun mmg pengguna setia celcom sejak azalikt tepon guna celcom pastu kt rumah guna home w ...

pergh sejak azali ;P
kat rumah pun celcom haha mesti sana telco tu aje yang full coverage ke?

yang home tu saya cek tadi

Celcom Home Wireless™Feel right at home and enjoy up to 1,000GB Internet
tak unlimited kan?

angahawa Publish time 20-7-2020 10:47 AM

hmm full covrage? boleh la kata gitu ;P sbab housemet kata baik guna internet home tu dpd data sendiri.. dia guna telco apa tah.. puas hati housemet.. kalau x ada yg gaduh pasal internet kang :sweat3:

angahawa Publish time 20-7-2020 10:47 AM

trunks replied at 17-7-2020 05:10 PM
pergh sejak azali
kat rumah pun celcom haha mesti sana telco tu aje yang full coverage ke?



hmm full covrage? boleh la kata gitu ;P sbab housemet kata baik guna internet home tu dpd data sendiri.. dia guna telco apa tah.. puas hati housemet.. kalau x ada yg gaduh pasal internet kang :sweat3:
Pages: [1]
View full version: Perbandingan Pek Permulaan Prabayar 5 Telco Utama 2020


ADVERTISEMENT