fidra Publish time 13-7-2020 05:12 PM

suami sakit

Suami saya accident minggu lepas. skrg ni kaki and bahagian bawah badan mmg takleh gerak sbb byk tulang patah. tp keadaan dia makin pulih sbb masa mula mula mmg sedih saya tgk. doctor kata maybe dia kena ambil masa berbulan bulan nak sembuh. Dah call company suami saya kerja ni bagitahu yg dia accident and diorang ada lah bagi bantuan sikit tp dia kata kalau lebih 2 bulan tk kerja dia kasi cuti tanpa gaji je. haih saya mmg pening skrg ni sbb suami je yg kerja lepastu byk tanggungan pula tu nak kena byr. anak saya sambung study nak kena byr mcm mcm and saya mmg tkde duit simpanan. suami sy suruh buat loan dulu settle kan semua yg tertunggak.. nanti lepas dia dh boleh kerja dia byr balik. apa korang rasa eh? takut senanya saya nak buat keputusan hmm

shalke09 Publish time 13-7-2020 05:34 PM

akak tak pergi perkeso ke.kalau suami majikan suami ada caruman perkeso ada bantuan dia untuk kes camni,suami akak naik motor ke kereta semasa eksiden,cuba baca semula cover note insurans body motor atau kereta yang eksiden tu,biasa nya ada berapa peratus dh saya lupa,yang pihak insurans carumkan pada pemilik atau penunggangyg terlibat kemalangan tu boleh claim tu.

prettyuglybabe Publish time 13-7-2020 05:37 PM

kalau company ada perkeso, sebelum nak habis cuti tanpa gaji tu, apply perkeso sis..
siapkan semua medical report segala bagai..
or boleh call or pergi perkeso tanya..
kalau takde perkeso, tak boleh buat apa la..
report majikan tak mencarum jah..
sebab socso perkeso adalah caruman wajib pekerja..
lagi satu, cuba minta bantuan zakat/baitulmal..

salmon-suki Publish time 13-7-2020 05:49 PM

Sy cuma mampu doakan agar dipermudahkan urusan akak..

Kalau akak boleh berbisnes kecil2lan kee?jual makanan skrg paling laku..tp make sure berkualiti sbb makanan berkualiti dan sedap tu boleh bt repeat order..semoga berjaya akak..:loveliness:

shernazz Publish time 13-7-2020 06:11 PM

Siapkan semua dokumen perkeso dan claim pls
Dia eksiden otw balik kerja ke mcmana?
Dan claim.insurans
Cari dokumen apa apa yang berkaitan..
Mana tau ada luck


Cm.ayah iols...dah meninggal..adek iols cek dokumen segala dlm laci arwah..
Jumpa 2.insurans..rupanya ayah iols ada insurans hayat n berkelompok kot..

Jadi..apa apa dokumen..tanya husband..
Mana tau boleh ringankan beban uols sekeluarga

Kak-Leen Publish time 13-7-2020 08:14 PM

Sabar ya. Pelan2 plan utk ke Perkeso dan mohon bantuan. Kalau google dlm website ya pun ada cara2 utk mohon bantuan bagai.
Cuba usahakan supaya boleh dpt income dari rumah. Buat sandwich pun boleh dijual dalam kawasan kejiranan yg terdekat. Takpun boleh letak dimana2 warung atau gerai atau kedai.
Akak doakan moga suami tt dipermudahkan dan dilancarkan pemulihannya dan urusan kewangan tt juga selesai dgn baik dan mudah.

Catpaw Publish time 13-7-2020 08:20 PM

Cuba pergi minta bantuan zakat negeri

abraham205 Publish time 14-7-2020 10:10 AM

hmm sian family awak. company taknak byr gaji pulak tu. kalau dah accident byk injury mesti kos rawatan pun byk... aiyo mmg poning kepala

abraham205 Publish time 14-7-2020 10:11 AM

shalke09 replied at 13-7-2020 05:34 PM
akak tak pergi perkeso ke.kalau suami majikan suami ada caruman perkeso ada bantuan dia untuk kes ca ...

yg tu claim utk accident je... akak tu kata nak byr yuran belajar anak lagi lepastu belanja rumah lagi haaa cemana nak cover yg tu?

kuchenta_81 Publish time 14-7-2020 12:53 PM

Kalau suami TT ada caruman Sosco, sepanjang MC dapat bayaran tak silap saya kalau gaji bawah 4K dikira RM75 sehari. Gaji atas 4K RM95. Ni masa suami saya accident dulu. Katalah MC dapat 2 minggu pastu doktor akan sambung lagi dan lagi sampai sihat so hantar je claim tu. Claim pertama kena lengkapkan dokumen tapi claim 2nd and seterusnya just hantar MC sahaja ke Socso.

Suami saya buat tuntutan ketika masih dalam MC, kalo dokumen lengkap sekejap je Socso approve dan dapat duit. Gaji dapat Socso pun dapat. Gaji tetap dibayar macam biasa sebab MC tu dikira cuti sakit bergaji. Dalam kes TT, kena check balik appointment letter atau staff handbook.

Faizfayes Publish time 14-7-2020 04:55 PM

saya 3 tahun lepas accident jugak nasib family tanggung semua kos rawatan. 5 ribu gak lah kena byr

Faizfayes Publish time 14-7-2020 04:56 PM

kuchenta_81 replied at 14-7-2020 12:53 PM
Kalau suami TT ada caruman Sosco, sepanjang MC dapat bayaran tak silap saya kalau gaji bawah 4K diki ...

tk pernah tahu pun benda ni wei, thanks lah sebab sharing

kuchenta_81 Publish time 14-7-2020 05:04 PM

Faizfayes replied at 14-7-2020 04:56 PM
tk pernah tahu pun benda ni wei, thanks lah sebab sharing

Sama-sama.
Semoga dipermudahkan semua urusan.
Kena buat cepat, check segala hal berkaitan kerja suami TT.
Dah dapatkan MC, pergi jumpa HR tempat dia bekerja sebab ada form yang perlu diisi.

Antara yang TT kena buat sendiri;

1. Kena buat lakaran kemalangan (lokasi kemalangan samada pergi atau balik bekerja)
2. Laporan perubatan dari hospital (dapat dalam 5-12 hari bekerja) kalo hospital private kena bayar rm50.
3. Form Sosco. Biasa HR akan print dan isikan maklumat.

4. Kalo kes polis, make sure report polis dan hire lawyer (kalo salah orang yang melanggar)


Kalo ada lagi nanti I tulis, lupa sebab husband accident 5 tahun lepas ;P

mosti Publish time 14-7-2020 09:11 PM

Good info..perkeso penting

abraham205 Publish time 15-7-2020 12:04 PM

Faizfayes replied at 14-7-2020 04:55 PM
saya 3 tahun lepas accident jugak nasib family tanggung semua kos rawatan. 5 ribu gak lah kena byr

untung lah family tanggung.. kalau tkde siapa nak tanggung acano? last choice mmg buat emergency loan lah cite dia hahaha nk survive punya pasal en

abraham205 Publish time 15-7-2020 12:07 PM

Edited by abraham205 at 21-7-2020 03:15 PM

Faizfayes replied at 14-7-2020 04:56 PM
tk pernah tahu pun benda ni wei, thanks lah sebab sharing
kita kena ambil tahu pasal financial ni. kalau tk mmg ko rugi punya. yelah mana tahu agent tu charge benda benda yg kau tk sepatutnya byr. mcm ada agent insurans ni, aku just nak buat consultation dia minta sampai RM200 mcm taik. last last tanya member aku agent insurans allianz dia kata selalu consult lepak mamak centu free je haha lanje dia makan dah cukup huhu

abraham205 Publish time 15-7-2020 12:10 PM

mosti replied at 14-7-2020 09:11 PM
Good info..perkeso penting

perkeso mmg penting. cuma dia cover tk lah semua.. mcm belanja rumah semua kena cari sendiri au... tambah nak byr hutang kereta and rumah.. kalau bini mmg tk kerja and suami pulak accident pehhh mmg pishang

adila39 Publish time 15-7-2020 01:35 PM

semoga dipermudahkan. hopefully company suami bantu, kalau accident waktu kerja ke.. mmg jr patutla bantu, paling tak claim kan utk socso.

Initiative lain, as isteri kenalah kuatkan semangat.

Apply loan apa tu? sebenarnya sy kurang setuju selesaikan masalah dgn loan baru. Kakak pandai busines apa apa? doa minta petunjuk ok. Jgn sedih2... alhamdulillah suami masih ada. Just a bit of tough time.. so be strong

Faizfayes Publish time 15-7-2020 05:27 PM

adila39 replied at 15-7-2020 01:35 PM
semoga dipermudahkan. hopefully company suami bantu, kalau accident waktu kerja ke.. mmg jr patutla...

terdesak betul ni sampai apply loan. dia tak tahu ke buat loan lg menyusahkan

missus_meow Publish time 15-7-2020 05:40 PM

anak sambung blaja ipta? x silap saya, ipta ade sediakan bantuan/zakat
Pages: [1] 2
View full version: suami sakit


ADVERTISEMENT