Amandaminaj96 Publish time 11-7-2020 07:51 AM

Permulaan Baru

Assalamualaikum semua, I nak share I baru lepas berubat itu hari, buang segala mala gangguan di badan. Alhamdulillah, now I dah okay. Kepada forummers, do you have any tips nak elak dari kena gangguan lagi?

Since my mom pun pernah cakap yang I ni, dari kecik mmg benda halus suka. Dan I taknak lagi benda-benda ni menempel I, sbb ia nya sangat effect dekat kehidupan I.

Hubungan dengan family jauh, kwn-kwn jauh. Kerja senang lekat tapi payah utk stay. Tidur asyik terjaga and many more.

Fyi, I berubat buang saka and hantu jantan.:doh3:

sarah82 Publish time 11-7-2020 09:30 AM

Ang sensitif kan? Benda kecik pun boleh buat ang menangis kan?

Perkara pertama belajar MAMPOSKAN segala benda yg ang rasa dan nampak

Amandaminaj96 Publish time 11-7-2020 09:58 AM

sarah82 replied at 11-7-2020 09:30 AM
Ang sensitif kan? Benda kecik pun boleh buat ang menangis kan?

Perkara pertama belajar MAMPOSKAN ...

Haah betul tu sarah I'm quite sensitive. So, I kena mampus kan la ya bnd I nampak. I nak tanya, lepas berubat tu normal ke klu kdg2 kita nmpk depa ni sikit2?

Beribear Publish time 11-7-2020 10:02 AM

Kalau you org islam perkara yg boleh jauhkan diri you dgn jin, iblis & syaitan ni mcm biasa lah. Dekat kan diri dgn Allah, AlQuran & dekat kan diri dgn semua org. Mmg akan rasa panas tp diri sendiri yg kena fikir positif setiap saat, minit & waktu. Doa bnyak2 minta Allah jaga & pelihara kita. Baca 3 qul especiallysurah An-Nas tu. Kalau you non muslim mumgkin boleh minta pendapat sifu2 yg pandai bab2 mistik ni kot.

Anyway i doakan semoga you sentiasa di jauhkan dari gangguan2 ni & sentiasa dlm lindungan Allah. Jaga diri & terus kuat lawan mereka. Yg berkuasa hanya Allah, igt tu {:1_132:}

Amandaminaj96 Publish time 11-7-2020 10:06 AM

Beribear replied at 11-7-2020 10:02 AM
Kalau you org islam perkara yg boleh jauhkan diri you dgn jin, iblis & syaitan ni mcm biasa lah. Dek ...

Tq for the advice and doa beribear.

sarah82 Publish time 11-7-2020 10:10 AM

Amandaminaj96 replied at 11-7-2020 09:58 AM
Haah betul tu sarah I'm quite sensitive. So, I kena mampus kan la ya bnd I nampak. I nak tanya, le ...

Benda normal..benda tu suka la.. Sbb ang boleh nampak.. Jadi magnet pada depa..

Amandaminaj96 Publish time 11-7-2020 10:29 AM

sarah82 replied at 11-7-2020 10:10 AM
Benda normal..benda tu suka la.. Sbb ang boleh nampak.. Jadi magnet pada depa..

Takda cara taknak bagi nampak?

sarah82 Publish time 11-7-2020 10:34 AM

Amandaminaj96 replied at 11-7-2020 10:29 AM
Takda cara taknak bagi nampak?

Minta ustaz tutup mata tu.

Dahlia.Julia Publish time 11-7-2020 01:54 PM

Satu je pesan aku. Jangan give-up, jangan putus asa, jangan mengalah. "inna kaidas syaitani kana dhoifaa" (sesungguhnya tipu daya syaitan tu lemah).

Kalau benda tu akan datang lagi, atau makin kuat mengacau.. Teruskan berubat, teruskan jaga amalan (solat, wudhuk, doa2). Teruskan. Sampai kau menang, sampai hati kau tenang. Jangan sesekali salahkan takdir.

Aku cakap sbb aku dah lalu. Aku pernah hampir give-up. Masa tu macam tak nampak jalan keluar. Alhamdulillah sekarang dah jauh lebih ok berbanding dulu.

Amandaminaj96 Publish time 11-7-2020 01:57 PM

Dahlia.Julia replied at 11-7-2020 01:54 PM
Satu je pesan aku. Jangan give-up, jangan putus asa, jangan mengalah. "inna kaidas syaitani kana dho ...

Tq dahlia for your words, you kena gangguan yg mcm mana dulu?

Dahlia.Julia Publish time 11-7-2020 06:59 PM

Amandaminaj96 replied at 11-7-2020 01:57 PM
Tq dahlia for your words, you kena gangguan yg mcm mana dulu?

Aku pun tak tau nak ringkaskan mcmana. Mcm2 jenis gangguan. Nampak, dengar, mimpi2 ngeri & pelik, jelmaan2, gangguan tidur (aku pernah tak tido 2 bulan), sakit badan/fizikal, gangguan fikiran, jodoh (pernah ada 1 family laki tu dtg bawak cincin, aku selamba keluar reject dgn pakai baju tido je..mmg bukan aku kalau perangai mcm tu), ganggu ibadat. Dan sebagainya.

Skrg ada lagi sikit-sikit..tapi alhamdulillah keadaan aku jauuuuh lebih baik berbanding dulu.

Amandaminaj96 Publish time 11-7-2020 10:08 PM

Dahlia.Julia replied at 11-7-2020 06:59 PM
Aku pun tak tau nak ringkaskan mcmana. Mcm2 jenis gangguan. Nampak, dengar, mimpi2 ngeri & pelik,...

Astaga, lebih kurang jelah kita. Takpe dahlia, I doakan you selalu bebas dari anasir2 gangguan, semoga you selalu dilindungi Allah swt. Mandi air ruqyah pernah ke?

Dahlia.Julia Publish time 11-7-2020 10:33 PM

Amandaminaj96 replied at 11-7-2020 10:08 PM
Astaga, lebih kurang jelah kita. Takpe dahlia, I doakan you selalu bebas dari anasir2 gangguan, se ...

Amiinnn.. Terima kasih.

Ya, pernah mandi air ruqyah. Mandi air bidara. Beberapa kali la jugak.

Kalau nk baca kisah aku, ada kat thread 'Catatan-catatan Gangguan'. Tapi tak sempat nak catat sangat.. Selalu je ada halangan. Sempat tulis sikit2 je.

Amandaminaj96 Publish time 12-7-2020 07:33 AM

Dahlia.Julia replied at 11-7-2020 10:33 PM
Amiinnn.. Terima kasih.

Ya, pernah mandi air ruqyah. Mandi air bidara. Beberapa kali la jugak....

Okay dahlia, nanti i singgah thread you..

miftahuljamilah Publish time 12-7-2020 08:03 AM

Edited by miftahuljamilah at 12-7-2020 08:07 AM

ahli keluarga saya pernah kena sihir yang teruk sehingga terpaksa tinggalkan rumah dan kampung :$

pesanan saya jika nak pulih dan tidak mengalami gangguan berulang ialah bermula dari dalaman kita sendiri iaitu dengan cara positifkan diri.. nabi pun suruh kita sangka baik kan..

1-Jangan berperasaan negatif kepada orang lain kerana ini akan menyebabkan aura negatif terpancar dan menarik perkara-perkara negatif yang lain.

2 Belajaruntuk melepaskan perasaan negatif dengan meluangkan masa beberapa minit setiap hari untuk merasakan kasih sayang dalam hati anda terhadap orang lain dan memaafkan mereka. dan berdamai dengan segala kekecewaan dan ujian yang kita hadapi.. tak kira dengan manusia ataupun keturunan kita yang dikatakan punca saka. Selagi kita dok rasa saka ada kat kita dan menyebut2 kita takkan move on dan saka tu akan datang balik:L

3. Buang segala macam rasa kecewa, marah, sedih atau segala sikap negatif dan anda akan kembali ceria dengan lebih mudah. Lebih cepat anda positif lebih banyak perkara positif akan anda tarik.Rasakan kitalah diri baru yg positif yang menarik segala unsur positif..

4. Yang terakhir Amalan solat dan ibadah jaga dengan baik .. sentiasadekatkan diri dengan Allah dgn zikr dan taubat..

Amandaminaj96 Publish time 13-7-2020 11:51 AM

miftahuljamilah replied at 12-7-2020 08:03 AM
ahli keluarga saya pernah kena sihir yang teruk sehingga terpaksa tinggalkan rumah dan kampung

...

Knp kena smpi tinggalkan rumah? Mind to share? Btw tq for the tips jamilah, I skrg ni pun cuba utk lebih positif dari sebelum ni, dan klu boleh nak mengelak dapur rumah I. Sesuatu betul dapur tu....

miftahuljamilah Publish time 13-7-2020 01:19 PM

Amandaminaj96 replied at 13-7-2020 11:51 AM
Knp kena smpi tinggalkan rumah? Mind to share? Btw tq for the tips jamilah, I skrg ni pun cuba utk ...

dulu sihir yg kena kat famili tu diletakkan kat keliling rumah kalau pasangkaset rukyah lagi menjadi2 pulak rasa “ramai” dalam rumah mcm dulu perawat dlm board ni .(Wak) pernah ckp.. rukyah tu buat jin2 makin ramai .. selain kn kat rumah mak saya, kat rumah sy pun ada jugak dia hantar kat dapur .. habis anak semua takut pegi dapur..saya mmg x pernah nampak tapi rasa aura semacam kt dapur.. so saya tabur garam.. mak saya pindah sebab tak boleh tinggal kat rumah tu adik sakit dgn mak susah ayah dah meninggal takde org boleh jaga dan org yg hantar tu x henti2 kacau .. saya mmg x nak ingat dah hal ni sbb buat energi kita rasa lemah :$:L

MissVixen Publish time 13-7-2020 04:39 PM

Macam mana tt mula sedar ada gangguan?
Saka dari belah mana?
Tt kena sekali pakej sihir?
Apa kejadian paling seram masatt kena kacau? Berubat di mana?

Amandaminaj96 Publish time 13-7-2020 07:16 PM

miftahuljamilah replied at 13-7-2020 01:19 PM
dulu sihir yg kena kat famili tu diletakkan kat keliling rumah kalau pasangkaset rukyah lagi men ...

Wuish agak dahsyat jugak ya gangguan you jamilah, wahh dapur rumah you pun sesuatu jugak?... Dapur rumah I tu beberapa kali jgk penampakkan berlaku.

Amandaminaj96 Publish time 13-7-2020 07:22 PM

MissVixen replied at 13-7-2020 04:39 PM
Macam mana tt mula sedar ada gangguan?
Saka dari belah mana?
Tt kena sekali pakej sihir?


Hai vixen, I mula2 sedar since I jenis suka merantau so banyak menyewa di luar, rumah2 yg I ddk sebelum ni mesti ada penampakkan, then I perasan klu berkwn dgn laki ke perempuan ke...sama je, susah lekat and tahan lama.

And I selalu mimpi laut, mimpi someone yg I kenal tu kerap jugak tp I tak berani la tuduh dia. And I kerap marah2, and jauh dari family and kwn2.

At first, I pergi scan gitu2 je. Pastu baru pergi berubat, berubat kat kenalan family. And I kena kacau tu dari segi tidur I terganggu, hubungan I dgn keliling terganggu, pastu I kejap2 sakit, tp sakit yg ringan2 la.
Pages: [1] 2 3
View full version: Permulaan Baru


ADVERTISEMENT