trunks Publish time 7-7-2020 05:50 PM

11 Percutian Ketika Hayat Mesti Pergi Sebelum ‘Tutup Mata’

Untuk perancangan cuti hujung tahun nanti, mungkin kebanyakan daripada kita sudah pun merancang tarikh percutian untuk sepanjang tahun ini lebih awal selalunya 6 bulan sebelum. Ada yang sudah menempah tiket percutian atau sekadar mencari-cari lokasi terbaru untuk diterokai bersama keluarga, sahabat handai mahupun insan tersayang.Jika masih tertanya-tanya apakah lokasi terbaik untuk dikunjungi ke luar negara pada hujung tahun ini, Libur cadangkan destinasi percutian sepanjang hayat terbaik buat anda untuk dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sebelum menutup mata.1. Fenomena Aurora Tasik Myvatn, Icelandhttps://cdn.libur.com.my/2019/06/aurora-borealis-desktop-backgrounds-europe-1933239-21_43_876782.jpg

Bagi yang suka kepada alam sekitar, apa kata anda cuba kelainan percutian pada kali ini dengan berkunjung ke Tasik Myvatn, Iceland. Aurora merupakan fenomena alam yang terjadi di ruang atmosfera bumi di bahagian Kutub Utara. Ia terhasil daripada interaksi di antara medan magnetik bumi dengan partikel-partikel daripada pancaran matahari.https://cdn.libur.com.my/2019/06/4k-wallpaper-altitude-astrology-1819651-21_41_249423.jpgCahaya yang biasa terhasil adalah bewarna hijau, merah, biru dan ungu. Jadikan kenangan melihat fenomena aurora sebagai yang terindah dalam hidup anda.2. Penginapan Terapung, Maldiveshttps://cdn.libur.com.my/2019/06/aerial-shot-bird-s-eye-view-bungalows-1287460-21_18_579705.jpgBerkunjunglah ke Maldives yang terletak di Lautan Hindi, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda dan ianya pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Maldives bukan hanya sebuah pulau tetapi terdiri daripada gugusan 1,192 kepulauan yang terbentuk hasil pergerakan muka bumi dan letusan gunung berapi sejak berjuta tahun lalu. Pulau-pulaunya mendatar, sama ada ditumbuhi pepohon pantai atau pulau pasir sahaja.https://cdn.libur.com.my/2019/06/angsana-beach-clouds-2417862-21_21_537918.jpgTerletak 700 kilometer di barat daya Sri Lanka dan 400 kilometer India, Maldives adalah republik berteras agama Islam sebagai agama rasmi. Ini bermakna mencari makanan halal tidak sukar. Dari lapangan terbang, semua penumpang dihubungkan dengan pengangkutan seperti feri, bot, kapal terbang kecil yang mendarat di atas air untuk membawa tetamu ke pulau dan resort pilihan. Di sebelah pulau ini ada pulau lain iaitu perkampungan nelayan, biarpun dekat, mereka tidak dibenarkan masuk ke pulau ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah snorkling tengah lautan, berenang di pantai, berkelah ke sebuah pulau lain atau memancing ikan.3. Menaiki Belon Panas di Cappadocia, Turkihttps://cdn.libur.com.my/2019/06/adventure-air-aircraft-2433022-21_04_160231.jpgTurki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97 peratus keluasannya terletak di benua Asia, selebihnya terletak di benua Eropah. Aktiviti mesti cuba ketika di Turki adalah menaiki belon panas. Seawal jam 6 pagi, anda dicadangkan ke tempat dikhaskan untuk aktiviti menerbangkan belon panas yang sangat popular di Cappadocia. Belon panas ini akan berlepas tepat jam 7 pagi. Mengikut pengusahanya, masa antara pukul 7 hingga 8 pagi paling sesuai untuk menerbangkan belon panas kerana angin tenang. Jika tiupan angin melebihi 17 kilometer sejam, belon panas tidak dibenarkan terbang oleh pihak berkuasa.https://cdn.libur.com.my/2019/06/balloon-bright-celebration-2388650-21_07_113880.jpgBelon panas yang digunakan datang dalam pelbagai saiz dan boleh menampung 8 hingga 28 penumpang dalam gondola atau bakul mengikut saiz tertentu. Pengalaman menaiki belon panas dan berdiri dalam gondola setinggi paras dada pasti amat mengujakan. Belon panas ini akan berlegar di langit Cappadocia sehingga paras maksimum 610 meter, kemudian turun di beberapa tempat hingga paras terendah 10 meter dari bumi bagi melihat bentuk muka bumi Cappadocia. Satu saranan untuk anda, cari pengendali belon panas yang berlesan untuk mengelakkan berlakunya beberapa perkara yang tidak diingini.4. Berbasikal di New Zealandhttps://cdn.libur.com.my/2019/06/scalewidthwyixmdawil0-im2-1209-21_49_188644.jpgIKLAN




Jika gemar aktiviti sukan berbasikal, apa kata cuba lakukan kayuhan berbasikal, sekurang-kurangnya untuk sekali seumur hidup ke luar negara seperti di New Zealand pada tahun ini. Laluan sepanjang 2500 kilometer Nga Haerenga Cycle Trail di New Zealand baru siap untuk digunakan pada akhir Januari lalu yang mempamerkan landskap, budaya dan warisan terbaik negara tersebut.https://cdn.libur.com.my/2019/06/nzct-website-banner-image-queenstown-trail--jacks-point-track-paddy-sarah-credit-bennettandslater.co-.nz--21_46_169058.jpgRangkaian laluan itu terdiri daripada 23 laluan mencabar untuk mereka yang lasak serta gemar aktiviti berbasikal. Dalam pada itu, kerajaan New Zealand turut menyalurkan dana untuk menyiapkan binaan tersebut yang turut dilengkapi dengan kereta kabel bagi memudahkan pengunjung bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi berlainan.https://cdn.libur.com.my/2019/06/adventure-boardwalk-daylight-808466-21_52_952917.jpg5. Teroka Piramid Giza, Mesirhttps://cdn.libur.com.my/2019/06/ancient-art-cosmos-262786-21_28_028928.jpgKeindahan kota tinggalan sejarah dan binaan agung menjadikan Mesir antara destinasi yang mesti dikunjungi pelancong. Kehebatan kota ini berjaya menarik berjuta pelancong setiap tahun. Selain itu, Mesir kerap menjadi pilihan pelancong ke sini kerana negara ini sangat kaya dengan tinggalan tamadun silam berharga dan artifak unik. Lebih menarik, negara berkenaan menyajikan lebih daripada apa yang dijangka.https://cdn.libur.com.my/2019/06/ancient-archaeology-architecture-1369212-21_25_077648.jpgAnda berpeluang menyelongkar khazanah misteri Mesir purba dengan mengunjungi piramid di Giza, Colossi of Memnon, Kuil Karnak, Kuil Kom Ombo, KUil Edfu dan Lembah Raja-Raja. Selain itu, jangan lupa untuk melawat beberapa tarikan menarik lain di sini termasuk ke Kubu Pertahanan Saladin, Istana Gawhara, Masjid Mohamed Ali Pasha, Saidina Hussein dan Imam Shafie.6. Bersantai di Pantai Playas de Nosara, Costa Ricahttps://cdn.libur.com.my/2019/06/xl-homeheaderslide1-21_10_874402.jpgPada yang sukakan aktiviti pantai, boleh singgah ke pantai Playas de Nosara, Semenanjung Nicoya yang terletak di Costa Rica. Pantai ini sangat terkenal lebih-lebih lagi selepas pantai itu menerima anugerah Blue Flag. Ia merupakan sebuah anugerah khas pensijilan antarabangsa yang telah diberikan kepada pantai itu kerana menawarkan perkhidmatan pelancongan kualiti tinggi dan pengalaman mesra alam.https://cdn.libur.com.my/2019/06/backlit-beach-costa-de-caparica-1751133-21_41_734078.jpgPantai Playas de Nosara ini amat bersih dan kini merupakan salah satu daripada pantai terbaik di Amerika Latin.7. Binaan Unik Taj Mahal, Indiahttps://cdn.libur.com.my/2019/06/agra-alone-ancient-2387871-21_42_687836.jpgSemestinya kunjungan ke India tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke ikon pelancongan India iaitu Taj Mahal. Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan kecuali mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman berdiri di depan binaan paling ajaib di dunia itu. Selain mahligai hadiah Shah Jehan kepada isterinya iaitu Mumtaz, pelancong ke India juga boleh melawat kehebatan Kota Pertahanan yang terletak di Agra di samping memerhatikan keunikan budaya masyarakatnyahttps://cdn.libur.com.my/2019/06/architecture-building-dome-1603650-21_45_841375.jpg8. Keajaiban Tembok Besar Chinahttps://cdn.libur.com.my/2019/06/asia-beijing-china-19872-21_39_071738.jpgMemamng tidak lengkap percutian ke China jika tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar. Binaan yang telah diisytihar sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia merupakan tarikan utama pelancong ke negara itu sejak dulu lagi. Tembok ini mengunjur dari Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Nur di barat. Kajian arkeologi telah mencatatkan bahawa panjang Tembok Besar China bersama cabang-cabangnya adalah 8,851.8 kilometer.https://cdn.libur.com.my/2019/06/daylight-great-wall-great-wall-of-china-2304791-21_08_737330.jpgKeunikannya adalah bahagian dalam temboknya berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Jika anda seorang kaki berjalan, Tembok Besar China merupakan destinasi yang perlu anda jejak dalam hayat ini. Sebagai tanda sudah sampai di sini, pengunjung yang melawat ke Tembok Besar China boleh mendapatkan sijil pendakian beserta gambar peribadi berlatarkan Tembok Besar itu dengan bayaran beberapa yuan sahaja. Pengunjung boleh mendapatkan sijil serta gambar kenangan sebaik sahaja pendakian selesai.9. Selami Khazanah The Great Barrier Reef, Australiahttps://cdn.libur.com.my/2019/06/great-barrier-reef-hardy-21_13_335783.jpgApa kata rancang percutian sepanjang hayat ke Australia, pulau negara benua terbesar yang terletak di hemisfera selatan. Australia menjanjikan tempat dan tarikan pelancongan menarik dengan pelbagai keistimewaan yang mungkin tidak dapat dirasai di tempat lain. Selain terkenal sebagai destinasi yang menjanjikan percutian dekat dengan hidupan liar, melancong ke Australia juga bererti merasai keindahan alam sekitar. Bagi yang sukakan aktiviti menyelam skuba atau snorkel boleh melihat keindahan batu karang dan ikan pelbagai warna di The Great Barrier Reef.https://cdn.libur.com.my/2019/06/e011-rt-featured-21_58_165256.jpghttps://cdn.libur.com.my/2019/06/animal-aquatic-corals-847393-21_56_053803.jpgThe Great Barrier Reef adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika melancong di Australia. Sepanjang 2300 kilometer dari Cairns ke Bundaberg, The Great Barrier Reff mengandungi 900 pulau menakjubkan dan terumbu karang. Di sini juga anda boleh melihat pemandangan indah pantai di Pulau Lady Elliot dengan terumbu karang yang berwarna warni. Pulau itu dianggap sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia.10. Menyusuri Terusan Venice, Italihttps://cdn.libur.com.my/2019/06/architecture-boat-bridge-970519-21_57_711791.jpgSebut sahaja Itali, terbayang kehebatan bangunan bersejarah peninggalan tamadun Empayar Roman di mana ibu kota Itali, Rom telah berkurun dijadikan pusat peradaban politik dan agama. Begitu juga tempat menarik lain seperti Pisa dengan menara condong, Florence dengan Santa Maria del Fiore, Venice dengan terusannya dan Milan, kota fesyen terkenal dunia. Jangan lupa ambil peluang bersiar di lokasi menarik seperti Venice yang terletak di utara pantai timur Itali.https://cdn.libur.com.my/2019/06/architecture-beautiful-boat-2278885-21_51_656012.jpg https://cdn.libur.com.my/2019/06/architecture-beautiful-bridge-2279225-21_55_041957.jpgAnda akan tiba di Venice dengan melalui jambatan Ponte della Liberta yang menghubungkan tanah besar dengan bahagian utara Pulau Venice. Dari situ anda boleh berjalan ke Tronchetto Pier untuk menaiki teksi air (Venezia) ke Bandar Venice untuk tiba di jeti Piazza San Marco. Aktiviti yang mesti dilakukan adalah menaiki gondola menyusuri terusan bandar Venice. Alangkah indah dan romantik berada di atas gondola menyaksikan deretan bangunan lama di kiri kanan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.11. Kejaiban Air Terjun Niagara, Amerika Syarikat & Kanadahttps://cdn.libur.com.my/2019/06/cliff-environment-nature-1816237-21_14_450061.jpgAir Terjun Niagara terletak di kawasan sempadan antarabangsa di antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Kawasan air terjun di bahagian AS mempunyai ketinggian 55 meter dan 318 meter lebar. Sementara air terjun di Kanada atau dikenali sebagai Air Terjun Horseshoe pula mempunyai ketinggian 53 meter dan selebar 660 meter. Walaupun bukan air terjun tertinggi atau paling lebar di dunia, ia mampu menghasilkan aliran air untuk janakuasa elektrik.https://cdn.libur.com.my/2019/06/boat-cliff-daylight-1374585-21_12_080984.jpgPerjalanan untuk ke kawasan air terjun itu boleh dimulakan dari mana-mana bahagian iaitu sama ada dari pangkalan di Ontario atau New York. Di Ontario, terdapat tiga buah kapal besar dengan kapasiti 600 orang penumpang disediakan kepada para pengunjung sementara dua buah kapal yang boleh memuatkan 300 orang, setia menanti pengunjung di pangkalan New York.https://cdn.libur.com.my/2019/06/architecture-art-beautiful-1486902-21_09_571486.jpgSepanjang pengembaraan itu, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan dua buah pulau besar iaitu Grand Island dan Goat Island yang terletak di AS. Lebih menarik lagi, terdapat empat buah jambatan yang merentasi kawasan air terjun tersebut seperti Jambatan Peace, Jambatan Rainbow dan Jambatan Whirpool. Jika melancong ke sini, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman menarik ini di Air Terjun Niagara.sumber

Normabaru Publish time 7-7-2020 07:23 PM

Thanks TT for sharing this:loveliness:masuk wishlist!!!

trunks Publish time 7-7-2020 07:37 PM

Normabaru replied at 7-7-2020 07:23 PM
Thanks TT for sharing thismasuk wishlist!!!
hehe.minat yang mana awak?saya macam suka sini

https://cdn.libur.com.my/2019/06/cliff-environment-nature-1816237-21_14_450061.jpg

macam pemandangan TV series Viking gitu.

Normabaru Publish time 7-7-2020 08:53 PM

trunks replied at 7-7-2020 07:37 PM
hehe.minat yang mana awak?saya macam suka sini




Semua masuk wishlish.. Maldives tu ptt trip thn ni.. Tp dh ttangguh T. T

nilda_kerox Publish time 8-7-2020 03:38 AM

Cappadocia dah.... teringin nak tgk Aurora kat iceland

Scheherazade Publish time 11-7-2020 01:22 AM

Menarik semua dlm list ni. Bila lah boleh travel dgn rasa selamat

trunks Publish time 11-7-2020 01:26 AM

nilda_kerox replied at 8-7-2020 03:38 AM
Cappadocia dah.... teringin nak tgk Aurora kat iceland

google tadi,jumpa gambar ni hehe aurora iceland

https://scontent.fkul6-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/p960x960/35507762_976744182493898_5849640664244944896_o.jpg?_nc_cat=111&_nc_sid=2d5d41&_nc_eui2=AeERbOaMPvyN4lpxaZ4U4kZbmK0nEoFcRgqYrScSgVxGCsNmZJ716Nh3Lo1g6OWz6wTxjBtmghdKLNfN4gbGfYqY&_nc_ohc=vkLLkkCo_dUAX8zRBwO&_nc_ht=scontent.fkul6-1.fna&_nc_tp=6&oh=19b7dab3a26ce38f54cc030e8cd9c66f&oe=5F300A04

trunks Publish time 11-7-2020 01:26 AM

Scheherazade replied at 11-7-2020 01:22 AM
Menarik semua dlm list ni. Bila lah boleh travel dgn rasa selamat

aha kan..tunggu wabak ni ok dulu,tak lama kot lagi 2 tahun katanya

Scheherazade Publish time 11-7-2020 01:29 AM

trunks replied at 11-7-2020 01:26 AM
aha kan..tunggu wabak ni ok dulu,tak lama kot lagi 2 tahun katanya

Lama tu, huhuhu. Aku dah terlepas trip ke Reykjavik 3 thn lps. Kalo x, mesti sempat tgk aurora tu. Rindu nk travel tp keselamatan lg penting

trunks Publish time 11-7-2020 01:31 AM

Scheherazade replied at 11-7-2020 01:29 AM
Lama tu, huhuhu. Aku dah terlepas trip ke Reykjavik 3 thn lps. Kalo x, mesti sempat tgk aurora tu. ...

fuh ,kalau dapat tu bertuah lah hehe

alah,akan datang ada kan lagi,, yang penting corona tak ada
barulah ada rasa macam selamat nak travelhehe

Scheherazade Publish time 11-7-2020 01:35 AM

trunks replied at 11-7-2020 01:31 AM
fuh ,kalau dapat tu bertuah lah hehe

alah,akan datang ada kan lagi,, yang penting corona tak ad ...

Tembok besar China tu pun aku trlps jgk, tp masa tu ayah aku x sihat. Jd trip tu aku x p.

Klu umur pjg, rezeki murah, InshaAllah, kan supermod? :loveliness:

X tido lg ke?

trunks Publish time 11-7-2020 01:41 AM

Scheherazade replied at 11-7-2020 01:35 AM
Tembok besar China tu pun aku trlps jgk, tp masa tu ayah aku x sihat. Jd trip tu aku x p.

Klu...

betul sangat tu awak hehe..sabar aje dulu .ada tu 1 hari nanti,kalau semua ok
boleh lagi cuba lagi.

tidur? hehe saya dah lama tak tidur malam awak,dah puluh tahun ..
tidur siang pagi.. awak lambat malam ni tidur?

Scheherazade Publish time 11-7-2020 02:04 AM

Edited by Scheherazade at 11-7-2020 02:05 AM

trunks replied at 11-7-2020 01:41 AM
betul sangat tu awak hehe..sabar aje dulu .ada tu 1 hari nanti,kalau semua ok
boleh lagi cuba lag ...

Supermod teringin p tgk Niagara Falls je ke? Lain2 x minat ka atau dah penah p? Dah p mana je?

Waduh, nocturnal creature rupanya supermod ni. Sy ni biasa xdak la tido lewat. Ntah nape mlm ni cam lmbt lak nk lelap. Tu yg masuk porem ni.

Oh, btw, TQ bg sy kredit {:1_149:}

trunks Publish time 11-7-2020 02:12 AM

Scheherazade replied at 11-7-2020 02:04 AM
Supermod teringin p tgk Niagara Falls je ke? Lain2 x minat ka atau dah penah p? Dah p mana je?
...

nocturnal creature? haha cute mata dia macam mata saya ;P



saya ke? sejujurnya,saya tak minat travel,minat saya lain hehe
tapi,kalau satu hari nanti,saya tiba2 terminat,saya teringin
nak terpergi..tengok bunga sakura hehe.

nak ikut ke? main2 bunga pink? ;P








Scheherazade Publish time 11-7-2020 02:23 AM

trunks replied at 11-7-2020 02:12 AM
nocturnal creature? haha cute mata dia macam mata saya

...

Haha, comel raccoon tu. Atau ala2 Rocket for GOTG



Kalau mata panda pun, comel juga



Supermod minat apa?

Nak p tgk sakura kat negara mana tu? ;P

trunks Publish time 11-7-2020 05:17 AM

Edited by trunks at 15-7-2020 04:45 PM

Scheherazade replied at 11-7-2020 02:23 AM
Haha, comel raccoon tu. Atau ala2 Rocket for GOTG



minat upgrade 'suatu' bagi laju haha


ZpMzprmWBfo

mmg cute gila dia

missBlackDahlia Publish time 6-8-2020 12:50 PM

wishlist jugek,,, baru 2 out of 11.. huhu (Cappadocia & Maldives)

kitaserupaaa Publish time 9-8-2020 12:29 AM

1 - tgk aurora tapi kt Finland
2- dh sampai Maldives tapi tdo kt local island je.. tdo floating chalet kt semporna
3- dah pernah naik
4- dah smpi tapi roadtrip je
10- dah smpi gak, amik shared gondola
11- dah smpai gak tapi masa tu winter

Ada plan nak ke chinqa, India & mesir tapi kene tunggu border bukak la kan

yogamat Publish time 11-8-2020 01:32 PM

Nak sangat ke great wall china. Selama ni tak pernah rasa nak ke china. Maybe sebab org cakap byk tempat kotor etc

mejaputih Publish time 25-8-2020 01:08 PM

yogamat replied at 11-8-2020 01:32 PM
Nak sangat ke great wall china. Selama ni tak pernah rasa nak ke china. Maybe sebab org cakap byk te ...

sama..nk tgk great wall China tp xmo hadap negara Cina...
Pages: [1] 2
View full version: 11 Percutian Ketika Hayat Mesti Pergi Sebelum ‘Tutup Mata’


ADVERTISEMENT