orgsepang Publish time 2-7-2020 09:24 AM

Misteri. Apakah ini dan untuk apa?

Akak jumpa ini petang kelmarin di atas zing bawah pokok rambutan di rumah orang tua akak. Bila akak whatsapp adik2 mereka tak bagi akak sentuh benda tu.
Esoknya adik lelaki datang, dia buka dan didalamnya mengandungi kemenyan. Katanya lagi, dia jumpa benda yang sama di kedai dia sekitar tahun lepas. Melihat pada bahagian buncut yang sudah pudar mungkin benda ini dibuat pada masa yang sama. Adik terus bakar benda tu dan minta akak serta yang lain jangan risau, tak ada apa2 katanya.
Tapi akak masih tertanya-tanya, apa tujuan benda2 seperti itu dibuat ya. Benda itu telah diletak atau dicampak di tempat lain tapi dibawa oleh binatang ke situ sebab akak ada menyapu bawah pokok tersebut sebelum puasa aritu tak ada lagi benda tu.
Sesiapa yang tahu boleh tolong terangkan sebab adik akak tak mahu cakap banyak pasal tu.

Mina2215 Publish time 2-7-2020 10:36 AM

Macam rupa sup bunjut.

Bertabahla TT. Mohon rujuk ke orang yg lebih arif pasal ni utk musnahkan
Kalau boleh jangan hebohkan takut si pengirim akan pasang balik kat tempat yang lagi terselindung

sarah82 Publish time 2-7-2020 11:26 AM

Bersangka baik ja kaka sepang.. Ada org terlupa sup bunjut. :loveliness:

orgsepang Publish time 2-7-2020 12:40 PM

Mina2215 replied at 2-7-2020 10:36 AM
Macam rupa sup bunjut.

Bertabahla TT. Mohon rujuk ke orang yg lebih arif pasal ni utk musnahkan
...

Adik akak dah bakar benda tu. :loveliness:

orgsepang Publish time 2-7-2020 12:42 PM

sarah82 replied at 2-7-2020 11:26 AM
Bersangka baik ja kaka sepang.. Ada org terlupa sup bunjut.

Itulah. Mula2 nampak ingatkan binatang bawa dari tempat lain tapi bila adik bagitahu dia jumpa benda yang serupa di kedainya baru akak...alamak!:funk:

sarah82 Publish time 2-7-2020 12:57 PM

orgsepang replied at 2-7-2020 12:42 PM
Itulah. Mula2 nampak ingatkan binatang bawa dari tempat lain tapi bila adik bagitahu dia jumpa ben ...

Kena pi berubat la.. Pi minta kat darul syifa ka apa.. Jangan biar lama..

kuzaime Publish time 2-7-2020 11:54 PM

Apa yg jadik kat kedai / bisnes adik tt?

jiwasemangat Publish time 3-7-2020 07:15 AM

Solat hajat banyak22 akak.. minta Allah buka jalan penyelesaian paling senang.. hati22 walau dgn org terdekat

orgsepang Publish time 3-7-2020 07:29 AM

sarah82 replied at 2-7-2020 12:57 PM
Kena pi berubat la.. Pi minta kat darul syifa ka apa.. Jangan biar lama..

Terima kasih atas nasihat sarah tapi benda tu memang dah lama pun, dah kusam bahagian bawahnya. Mungkin dah tamat tempuh jampinya.;P
Akak cuma ingin tahu benda begitu untuk tujuan apa sebab ada di dua tempat yang berbeza fungsi iaitu kedai dan rumah.

orgsepang Publish time 3-7-2020 07:34 AM

kuzaime replied at 2-7-2020 11:54 PM
Apa yg jadik kat kedai / bisnes adik tt?

Adik akak dah lupuskan benda tu sebaik dia jumpa lama dulu cuma di rumah orang tua akak baru ini jumpa. Perniagaan adik ada macam2 hal juga dan dia anggap itu biasa saja.

orgsepang Publish time 3-7-2020 07:38 AM

jiwasemangat replied at 3-7-2020 07:15 AM
Solat hajat banyak22 akak.. minta Allah buka jalan penyelesaian paling senang.. hati22 walau dgn org ...

Terima kasih jiwa. Rasanya dah tak ada apa sebab benda tu dah lama cuma baru dijumpai. Semoga apa2 tujuan tidak baik itu pun dah tamat tempuh.:loveliness:
Akak cuma gatal ingin tahu sangat apa dan untuk apa benda tu. ;P

sarah82 Publish time 3-7-2020 07:43 AM

orgsepang replied at 3-7-2020 07:29 AM
Terima kasih atas nasihat sarah tapi benda tu memang dah lama pun, dah kusam bahagian bawahnya. Mu ...

Kaka.. Tak ada penamat..mmg tujuan utk rosakkan keluarga..

orgsepang Publish time 3-7-2020 09:00 AM

sarah82 replied at 3-7-2020 07:43 AM
Kaka.. Tak ada penamat..mmg tujuan utk rosakkan keluarga..

Serius ke sarah? Tapi kalau sudah dilupuskan macam dibakar masih berfungsi ke sihir tu?:funk:Kerosakkan bagaimana agaknya ya...setakat ini ayah akak saja yang kena strok tu suka merapu meraban. Selisih faham adik beradik ada tapi tak lamalah. :L

sarah82 Publish time 3-7-2020 09:06 AM

orgsepang replied at 3-7-2020 09:00 AM
Serius ke sarah? Tapi kalau sudah dilupuskan macam dibakar masih berfungsi ke sihir tu?Keros ...

Benda sihir ni kaka.. Mmg payah la nak ada penamat kalau tak berubat.

Hatta berubat pun.. Nak kena balik tinggi sebab dah ada pintu masuk ke badan.

Nasihat sy.. Pi berubat. Minta ustaz yg kaka sekeluarga pi berubat tu datang bersihkan rumah sebelum pagar semula rumah.

Dan bykkan berzikir.

jiwasemangat Publish time 3-7-2020 11:32 AM

Dlm bunjut tu ada tangkal/penanda.. jin lepak kat situ sambil-sambil tuu ..dia buat kacau. Bila bakar, dia balik kat tok moh dia. Tok moh dia monitor jarak jauh. Nanti dia hantar lagi (bergantung kpd order dari tukang upah ). Selalunya tukang upah order supaya lawan nya.. bisnes bengkrap/sakit/mati/cerai dll..*

Bakar tuu..dah bagus dahh.. langkah seterusnys buat benteng kawalan tetap kena buat..(jumpa ustaz ..dll)

*sori..bukan nak takutkan.
*kalau sakit sikit2 tuu.. cepat2 jumpa Dr/ustaz.. dont take 4 granted (tak macam dulu lagi dahh)
*sori bebel

Fairy88 Publish time 4-7-2020 12:32 PM

Mcm sup bunjut jak.. hati2 tt..

newyork Publish time 7-8-2020 11:58 PM

Haihh ada lg la khurafat2 mcm ni... jahat betul sapa yg menganto nye

fifie_olin Publish time 25-8-2020 03:07 PM

tu la mcm benda org letak je
mmg biasa guna kain kunen

az20 Publish time 25-8-2020 03:45 PM

sup bunjut

takayama Publish time 8-9-2020 08:56 AM

pagarkanlah kedai dan rumah org tua tu sama sis
tujuan dibuat gitu biasanya nk kacau perniagaan adik sis, nk bg bankrap dan juga xnak org nmpk kedai tu atau bila org lalu igt kedai tu tutup walhal kedai buka cam biasa
ni jns musuh perniagaan yg x senang tgk kedai adik sis maju
jgn amik mudah benda mcm ni sbb kebarangkalian utk berulang semula tu ada maka amiklah precautions step cam baca yassin, ayat qursi dan panggillah ustaz yg blh buat utk pagarkan rumah dan kedai bagi tujuan keselamatan cuma klu pagar tu ketat sgt, takut gak nnt org susah nk msk ke kedai :lol:
Pages: [1]
View full version: Misteri. Apakah ini dan untuk apa?


ADVERTISEMENT