KIM.K Publish time 28-6-2020 06:10 PM

Netflix Spoiler: STREE (Horror hindi ringan)

Edited by KIM.K at 28-6-2020 06:51 PM

Sape dah layan Stree? Cite 2018 tapi tak sampah pun. Genre hantu seram ringan, box office hindi movie, komedi romantik lakonan hero berwajah desa kesukaan iols Rajkumar Rao

Stree berdasarkan Bangalore urband legend kisah 'Nale Ba' (come tomorrow). Stree seorang pelacur jelita serta suaminya dibunuh dengan kejam. Dia melahirkan anak lelaki sebelum dirogol dan dibunuh lalu bangkit menjadi hantu berpakaian sari pengantin. Stree membunuh lelaki dalam pekan Chanderi setiap kali perayaan Durga pooja tiba (4 hari/tahun)

Untuk mengelak Stree masuk rumah, orang kampung menulis 'O Stree Come Tomorrow' di pagar serta dinding rumah mereka. Jika Stree baca dia tak masuk rumah tersebut menggoda mangsa dan datang semula keesokan hari

Menurut sebuah buku fabel pekan tu, ada seorang lelaki boleh mengalahkan Stree. Ciri2 lelaki terpilih tu salah satunya anak tunggal kepada pelacur iaitu didapati dia seorang pemuda bernama Vicky (Rajkumar Rao). Iols suspek dia anak Stree. Sebab Stree ni menuntut bela atas maruah dan dahaga kasih sayang gittew

So dalam cerita ni Vicky taktau Stree mak dia dan dengar cite ada sekuel Stree II pasni. Vicky ni gifted terer menjahit dia amik ukuran badan customer just by sight je tak pakai tape. Dia dibela oleh sorang tukang jahit yang jadi bapa angkat dia

Saksikan lakonan Rajkumar Rao yang menghiburkan serta quest bersama besties beliau, librarian serta crush dia yang mysterius, enigmatik dan tak diketahui nama sampai ke sudah (Shraddha Kapoor). Crush dia ni datang tiap2 tahun ke perayaan tersebut untuk merampas kuasa Stree dan jadikan dirinya sakti

Nyampah dalam filem ni berapa kali si pompuan sebut nama hero, "Vicky! Vicky!", tapi sampai settle si Vicky tak teringat tanya nama dia.

gzeaGcLLl_A

KIM.K Publish time 29-6-2020 06:16 AM

Mod @annehuda nak tacam

lasagna Publish time 5-8-2020 09:01 AM

haa mcm ok jer ni.. iols blom tgk lagi ni, tapi dh letak kat dlm mylist siap2.
tq kaka kim bg suggestion, nti iols nengok ya!

aza Publish time 17-8-2020 05:09 PM

cerita ni kelakar seram... tapi lebih kepada kelakar. hantu pun kelakar..:lol:

aryyan Publish time 22-8-2020 11:33 AM

aku dh tgk. recommended utk santai2.
mmg lawak la.
hero pn rs muka mtk lempang bila dk "vicky, pleaseeee"
hahhahaha.

bini_thor Publish time 23-8-2020 02:41 PM

Lama tak layan industan.mcm best ni

goindia Publish time 17-3-2021 05:23 PM

They requested Sirat to leave their territory promptly aswhat occurred during the Mahashivratri puja and Kartik living in her home isleaving an awful effect on their children. Kartik stands firm for YEH RISHTA KYA KEHLATA HAI UPCOMING STORY Sirat andreveals to them that she has not done anything incorrectly, yet they will nottune in. Since Mukesh needs to secure Mawdi's home, he made this arrangement soMawdi and Sirat take off from the house all alone.
Pages: [1]
View full version: Netflix Spoiler: STREE (Horror hindi ringan)


ADVERTISEMENT