trunks Publish time 26-6-2020 03:22 PM

pembeli Smartphone Huawei jangan risau tak ada Google Store utk download apps,KE

Edited by trunks at 26-6-2020 03:24 PM

Tanpa Google tiada masalah, HUAWEI App Gallery penuhi kehidupan anda



Mungkin ramai yang sudah tahu, peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google.Penganalisis industri mudah alih, pernah meramalkan HUAWEI tidak dapat meneruskan kelangsungannya di luar China sebagai satu jenama tanpa aplikasi dan perkhidmatan Google.

Ini kerana katanya, tarikan utama Android adalah ekosistem aplikasinya, sama ada secara terus daripada Google atau pihak ketiga melalui pemaju aplikasi dan penyedia perkhidmatan.Ternyata, ramalan itu meleset sama sekali dan tidak menjadi masalah pun kepada HUAWEI kerana jenama itu kini telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya!Tentu anda ingin tahu, apakah yang menarik mengenai HUAWEI AppGallery?Apa yang perlu anda tahu dan sematkan pada fikiran, sebenarnya tiada masalah tanpa Google!Fungsi HUAWEI AppGallery mempunyai kelebihan tersendiri, malah apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di Google Play Store, ia juga terdapat pada HUAWEI AppGallery serta mempunyai fungsi sama.Dalam erti kata lain, sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery.Jika tidak percaya, cubalah lihat video ini yang membandingkan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery.


Malah, ketika ini AppGallery sudah digunakan di 170 negara, dengan lebih 300 juta pengguna aktif bulanan sejak kali pertama layanan ini dibuka ke seluruh dunia pada April 2018.Antara kelebihnnya, walaupun Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, aplikasi email HUAWEI AppGallery pula mempunyai aplikasi e-mel HUAWEI yang boleh segerakkan kepada lebih daripada satu domain e-mel, termasuk Gmail, sekali gus memudahkan anda mengakses emel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/appsi2_1587637514.jpg

HUAWEI AppGallery juga mempunyai beberapa aplikasi lain yang boleh membantu urusan seharian anda dan ia setaraf dengan aplikasi penting dan popular yang sering kita gunakan di Google.Bukan itu sahaja, HUAWEI baru-baru ini memperkenalkan pesaing Google Drivenya, HUAWEI Cloud yang menyediakan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun, berbanding Google hanya menyediakan storan 15GB secara percuma.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/apsi3_1587637517.jpg

HUAWEI juga telah memperkenalkan fungsi HUAWEI Video dan HUAWEI Music yang bertujuan untuk menyaingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV.Menariknya, HUAWEI Video memberikan akses Premium Percuma selama tiga bulan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/apsi4_1587637519.jpg

Satu lagi tarikan, HUAWEI juga telah memperkenalkan MeeTime dan walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MeeTime membolehkan anda mempunyai prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain. Hebatkan?Pada masa yang sama dan lebih menyeronokkan, anda boleh berkongsi skrin dengan pemanggil seperti kepada rakan anda untuk mendapatkan nasihat membeli-belah atau membimbing ibu bapa anda menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan, petunjuk langkah demi langkah.HUAWEI MeeTime membolehkan anda menikmati panggilan yang menarik, pertemuan produktif dan pemandangan yang berbeza walaupun hanya di alam maya.



Bahkan, ada kelebihan menggunakan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google seperti aplikasi khusus, HUAWEI Theme atau Member Center untuk memenuhi semua keperluan anda.HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada penggunanya seperti;Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/apsi5_1587637522.jpg

Membolehkan anda mengakses aplikasi bukan sahaja tempatan tetapi juga dari seluruh dunia, berbanding Google yang mana ada aplikasi tertentu terhad, terutama permainan.HUAWEI AppGallery adalah selamat seperti mana Google Play Store kerana ia telah dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/apsi6_1587637524.jpg

HUAWEI telah memperkenalkan fitur baru yang disebut Aplikasi Cepat yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery yang membolehkan anda menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Aplikasi Pantas tanpa perlu memuat turunnya! Aplikasi Pantas adalah fungsi eksklusif yang telah dibuat oleh HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/apsi7_1587637526.jpg

Berfungsi seperti aplikasi lain tetapi tanpa perlu membuang masa dan data yang berharga untuk memuat turun aplikasi kerana dapat berjalan dengan segera di telefon tanpa keperluan.Jangan lupa, sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia kini terdapat di AppGallery!
Jadi, jangan berikan banyak alasan lagi. Dapatkan produk terbaharu dari (HUAWEI Siri P40, MatePad Pro dan Watch GT 2e di HUAWEI Online Stores dan rasai sendiri pelbagai faedah dan ganjaran menarik di HUAWEI AppGallery!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai AppGallery sila lawati https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/
sumber













trunks Publish time 26-6-2020 03:24 PM

oKFf3CP4AbM

6wBwCL2xRFc

nazzse Publish time 26-6-2020 03:29 PM

Edited by nazzse at 26-6-2020 07:32 AM

Ada pro & cons dia. Few months ago, most bank apps takda (Mbb, RHB), kena request dulu tu pun ambil masa 2 3 bulan baru ada. Bila ada jadi masalah jgk since tak compatible dgn google. Last2 kena buka browser jgk.
Walau dah download pakai apx, masih ada apps yg tak boleh buka. Ada jgk apps yg masih perlukan google :'(:'(

trunks Publish time 26-6-2020 03:34 PM

nazzse replied at 26-6-2020 03:29 PM
Few months ago, most bank apps takda (Mbb, RHB), kena request dulu tu pun ambil masa 2 3 bulan baru...

dia orang akan fix tu ,cuba report kot hehe
kalau masuk apps bank mobile ni.
kalau guna browser,mungkin selamat kot
ada https..saya guna chrome.firefox
dalam smartphone untuk login bank
apps.

ohya, apa apps penting yang huawei tak support
yang awak cerita tu..

buragazz Publish time 26-6-2020 03:36 PM

Aku memang teringin nak tukar ke Huawei tapi selagi app diorang tak stabil dan user friendly so sku tunggu dulu lah..

nazzse Publish time 26-6-2020 04:18 PM

trunks replied at 26-6-2020 07:34 AM
dia orang akan fix tu ,cuba report kot hehe
kalau masuk apps bank mobile ni.
kalau guna browser, ...

Chrome confirm takda la mod..haha
Browser pakai brave je skrg, huawei browser dah serupa firefox, serabut & tak best.

Contoh apps yang tak dapat apps xiomi smart band, Quran,calorie counter, joox haritu pun tak dapat. Yg apps Xiomi smart tu kecewa jgk la tak dpt, since huawei health hanya support huawei bandje. Dah juga a few apps yg dah biasa guna bila ada google

xtahumenahu Publish time 26-6-2020 05:00 PM

owhh...baru nak beli huawei mediapad tuh..boleh suggest tablet yg ok x?
mudah bawa kemana2 untuk buat kerja...
some say ipad better..in terms of ram..x bape paham

Sazida Publish time 26-6-2020 05:00 PM

Iols bukak porum guna brave sbb xde iklan. Tp button insert utk gambar takdakkk. Tp so far okay lah guna brave.

trunks Publish time 26-6-2020 06:15 PM

buragazz replied at 26-6-2020 03:36 PM
Aku memang teringin nak tukar ke Huawei tapi selagi app diorang tak stabil dan user friendly so sku...

kan.ada banyak lagi brand lain yang lebih canggih

trunks Publish time 26-6-2020 06:20 PM

nazzse replied at 26-6-2020 04:18 PM
Chrome confirm takda la mod..haha
Browser pakai brave je skrg, huawei browser dah serupa firefox, ...

kalau kita dah biasa dengan apps yang kita suka dekat Android google store
susah tu nak ubah ke lain..tak selesa gitu kan hehe..tak apa
boleh aje beli smartphone lain akan datang tu,5G spec
tak lama dah lagi akan meluas 5G .

trunks Publish time 26-6-2020 06:22 PM

Sazida replied at 26-6-2020 05:00 PM
Iols bukak porum guna brave sbb xde iklan. Tp button insert utk gambar takdakkk. Tp so far okay lah...

awak dah cuba ke view as desktop kat setting Brave tu?
dan baru lah masuk ke forum ni lagi.sebab kalau tak buat gitu
selalunya tak nampak button insert semua tu

trunks Publish time 26-6-2020 06:25 PM

xtahumenahu replied at 26-6-2020 05:00 PM
owhh...baru nak beli huawei mediapad tuh..boleh suggest tablet yg ok x?
mudah bawa kemana2 untuk bu ...

tablet ni..cuma tengok review2 Youtube

https://www.youtube.com/results?search_query=tablet+terbaik+2020

Sazida Publish time 26-6-2020 07:23 PM

trunks replied at 26-6-2020 06:22 PM
awak dah cuba ke view as desktop kat setting Brave tu?
dan baru lah masuk ke forum ni lagi.sebab...

Yeke? XBUat pulak. Sbb nanti jd kecik font dia. Nanti try buat lah. Guna mobile version je selalu

trunks Publish time 26-6-2020 07:58 PM

Sazida replied at 26-6-2020 07:23 PM
Yeke? XBUat pulak. Sbb nanti jd kecik font dia. Nanti try buat lah. Guna mobile version je selalu

buat gitu kalau awak nak reply dan masukan gambar2 aje

kalau browse forum macam biasa tu,guna mobile edition ..hehe

sarah82 Publish time 27-6-2020 10:34 PM

xtahumenahu replied at 26-6-2020 05:00 PM
owhh...baru nak beli huawei mediapad tuh..boleh suggest tablet yg ok x?
mudah bawa kemana2 untuk bu ...

Samsung s6 lite..

xtahumenahu Publish time 29-6-2020 11:43 AM

sarah82 replied at 27-6-2020 10:34 PM
Samsung s6 lite..

tq sara..iols ada dgr gak n dalam list tu

sarah82 Publish time 29-6-2020 12:08 PM

xtahumenahu replied at 29-6-2020 11:43 AM
tq sara..iols ada dgr gak n dalam list tu

Skrg kat malaysia s6 lite hanya offer yg Wifi.. RM1699 free keyboard bernilaj rm499..offer sampai 31/7/2020 ni.. Iols tgg yg LTE version

xtahumenahu Publish time 29-6-2020 12:54 PM

sarah82 replied at 29-6-2020 12:08 PM
Skrg kat malaysia s6 lite hanya offer yg Wifi.. RM1699 free keyboard bernilaj rm499..offer sampai...

tapi baca review x seswai plak untuk kerja
diorg still prefer ipad

sarah82 Publish time 29-6-2020 01:03 PM

xtahumenahu replied at 29-6-2020 12:54 PM
tapi baca review x seswai plak untuk kerja
diorg still prefer ipad

iPad kalau yg 2nd pun ada murah2..cuma kena cari yg paling dekat dgn latest gen ada skrg.
Pages: [1]
View full version: pembeli Smartphone Huawei jangan risau tak ada Google Store utk download apps,KE


ADVERTISEMENT