gusikuberdarah Publish time 26-6-2020 04:26 AM

Loan Untuk Persatuan? Ada risiko ke?

Hai semua. Aku ada soalan sikit pasal loan dan persatuan. Jadi kalau korang ada info atau ilmu pasal persatuan ni share la dengan aku ye.

Macam ni. Kat tempat aku berniaga ni diorang ni sepakat nak buat persatuan penjaja. Diorang suka tekan pasal "persatuan senang nak buat loan nanti". Tapi aku tak dapat info yang lengkap sebab masing-masing pun macam tak berapa nak kongsi dengan aku. Diorang cuma kata kalau dah buat mesyuarat nanti join je masuk jadi ahli.

Jadi aku sebenarnya nak tahu kalau ada risiko apa-apa kalau buat loan atas nama persatuan penjaja ni? Aku jadi takut jugak sebenarnya sebab diorang ni kebanyakannya jenis yang memang suka buat loan Tekun la, Amanah Ikhtiar la pastu liat nak bayar. Risau kalau loan persatuan ni macam jenis loan untuk enterprise walaupun loan atas nama company tapi tetap penama yang kena kejar.

Harap sudi share ilmu.

adila39 Publish time 26-6-2020 04:32 PM

hmmm i tak berapa pasti, ni pinjaman pribadi dan untuk disalurkan ke persatuan penjaja? atau membuat penjiman bank atas persatuan, probably mikro loan. Cuba u call bank rakyat and tanya...I tak berapa arif bab ni.

adila39 Publish time 26-6-2020 04:33 PM

https://pinjaman.co/pinjaman-mikro-bank-rakyat

adila39 Publish time 26-6-2020 04:34 PM

https://yppkm.org/kelayakan/?lang=ms

adila39 Publish time 26-6-2020 04:34 PM

@gusikuberdarah


boleh cuba risik info

gusikuberdarah Publish time 26-6-2020 06:02 PM

adila39 replied at 26-6-2020 04:32 PM
hmmm i tak berapa pasti, ni pinjaman pribadi dan untuk disalurkan ke persatuan penjaja? atau membuat ...

Ok baik terima kasih. Nanti nak check link tu semua. Sebenarnya tak nak join sebab takut kita kena kejar sebab ahli lain lari tak bayar hutang. Tapi kalau tak ada masalah, boleh la kot join persatuan diorang. Btw thanks again ya {:1_152:}
Pages: [1]
View full version: Loan Untuk Persatuan? Ada risiko ke?


ADVERTISEMENT