Catpaw Publish time 21-6-2020 01:48 AM

[Kongsi Buku] Tesaurus Bahasa Melayu Dewan

Edited by Catpaw at 10-11-2020 10:18 AM

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (Tesaurus)

Tahukah anda apakah tesaurus? Tesaurus bermaksud khazanah (pinjaman daripada bahasa Inggeris thesaurus, diambil daripada bahasa Yunani thesauros)
Tesaurus ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1675).

Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selepas Tesaurus Umum Bahasa (1990), Tesaurus Linguistik (1995) dan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998). Bermakna tesaurus sudah lama berlegar dalam industri perbukuan sedar atau tidak sahaja.

Tesaurus membantu pengguna mencari kata yang sinonim atau seerti yang dapat membantu pengguna meluaskan kosa kata.

Saya berpandangan bahawa buku ini sangat membantu bagi membuat kerja berkaitan dengan bidang kebahasaan kerana tesaurus dapat menambahkan lagi keindahan dan ketepatan dalam menyesuaikan sesuatu perkataan dalam ayat. Penting? Ya, kerana dapat memberikan nilai tambah kepada perbendaharaan kata kita.

Kalau lihat di muka belakang buku ini ada disarankan kepada penulis, penterjemah, orang yang suka main teka silang kata, memang sesuai sangat.

Tesaurus boleh dibeli kat cawangan buku DBP atau beli secara atas talian koopdbp. RM55.00 seperti yang tercetak di belakang buku kulit lembut (saya tak pasti ada atau tak yang berkulit keras) tapi saya beli masa pesta buku dan kat kedai dbp masa tu ada promosi dapatlah murah sikit. Jom beli, jangan tangguh2!

https://funkyimg.com/i/35NPx.jpg

https://funkyimg.com/i/35NPy.jpg

https://funkyimg.com/i/38wYX.jpg

Catpaw Publish time 10-11-2020 10:13 AM

https://funkyimg.com/i/38wYG.jpg


Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia
Pages: [1]
View full version: [Kongsi Buku] Tesaurus Bahasa Melayu Dewan


ADVERTISEMENT