trunks Publish time 21-6-2020 01:43 AM

Cara Mengembalikan Dokumen, Foto, Muzik dan Video Terpadam

https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/Recuva-Piriform.jpgSaya tahu anda tidak sengaja.Anda mungkin ter”delete” sesuatu yang sangat penting dalam hidup anda.Mungkin benda itu berupa dokumen, foto, muzik ataupun video yang telah disimpan selama bertahun-tahun.Semuanya hilang dalam sekelip mata!Saya boleh bayangkan rasa kecewa anda kerana saya pernah melalui pengalaman yang sama.Jadi, apa yang perlu anda lakukan?Berdiam diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Apatah lagi menyalahkan diri sendiri.Jadi, biar saya bantu anda.Saya akan tunjukkan langkah demi langkah cara memulihkan fail-fail yang hilang sebentar tadi.Dengan syarat……peranti yang saya sebutkan di atas masih boleh dikesan pada komputer anda.Nah, untuk mendapatkan semula data tersebut, kita perlukan perisian atau namanya “alat bantu”.Kalau anda Google di Internet, ada beribu-ribu perisian yang boleh kita gunakan.Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.Masalahnya, yang mana satu harus kita gunakan?Yang percuma? Yang berbayar? Atau yang cetak rompak?Supaya anda tidak pening kepala, saya akan tunjukkan jalannya.Terbukti berkesan!Ya, saya cakap berkesan kerana saya pernah (dan masih) menggunakan perisian ini.Hasilnya juga memang tidak mengecewakan.Perisian ini boleh digunakan pada:
[*]foto/gambar (contoh: foto kamera digital)
[*]muzik (cth: MP3)
[*]dokumen (cth: word dan excel)
[*]video (cth: rakaman digital kamera)
[*]fail termampat (cth: compressed files)
[*]email (cth: Thunderbird, Outlook Express, Windows Mail dan Microsoft Outlook)
Tanpa membuang masa, kita terus sahaja kepada tutorial di bawah ini.Buka pelayar Internet dan pergi ke laman web rasmi mereka.Kemudian muat turun Recuva seperti yang ditunjukkan di bawah.Pilih Recuva – Portable supaya kita tidak perlu pasang di komputer kita.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_1.pngTunggu sehingga muat turun selesai.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_2.pngSetelah siap, periksa perisian ini di bahagian Downloads.Kemudian, ekstrak rcsetup153 dengan menggunakan 7-Zip, WinZip atau WinRaR.Biasanya saya gunakan 7-Zip kerana ia lebih ringan berbanding dengan WinZip dan WinRaR.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_3-1024x503.pngDalam tutorial ini saya gunakan pen drive sebagai contoh.Maksudnya, saya memulihkan data yang terpadam daripada pen drive.Boleh juga digunakan pada kad SD atau cakera keras mudah alih.Sekarang, sambungkan pen drive yang bermasalah tadi ke komputer anda.Klik butang OK kalau paparan seperti di bawah muncul.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_4.pngLepas siap ekstrak, klik dua kali folder rcsetup153.Jika anda lihat gambar di bawah, ada dua nama yang hampir serupa.Jika anda gunakan sistem operasi 32-bit pilih recuva sahaja manakala jika 64-bit anda kena pilih recuva64.Dalam contoh di bawah, saya gunakan sistem operasi 32-bit jadi kena pilih recuva sahaja.Klik kanan kemudian pilih Run as administrator.Satu tetingkap kecil akan muncul dan anda hanya perlu tekan butang Yes.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_5.pngPaparan di bawah akan muncul. Klik butang Next.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_6.pngAnda boleh buat pilihan sama ada mahu memulihkan gambar, muzik, dokumen, video, fail termampat atau e-mel.Bingung?Pilih sahaja All Files supaya anda tidak pening kepala.Kemudian klik butang Next.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_7.pngBuat pilihan On my media card or iPod jika anda mahu mendapatkan data daripada pen drive, cakera keras mudah alih atau kad SD.Lepas itu klik butang Next.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_8.pngPilih Enable Deep Scan.Proses ini mengambil masa yang lama tapi kelebihannya banyak data dapat dikembalikan.Klik butang Start seperti yang ditunjukkan di bawah.
https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_9.pngJangan lupa sediakan kopi atau teh terlebih dahulu. Lagi bagus kalau ada sedikit biskut.Sebab apa?Ikut pengalaman, proses mengimbas (scanning) ini boleh memakan masa sekitar 3-5 jam!Lama, kan?Gunakan masa ini untuk berehat sebentar sambil menghirup secawan kopi.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_10.pngSetelah selesai anda boleh lihat fail-fail anda buat kali pertama di sini.Klik butang Switch to advanced mode.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_11.pngAgar proses ini lebih teratur, klik butang Options… , tekan tab Actions, pilih Restore folder structure kemudian klik butang OK.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_16-1024x560.pngPenting!Pastikan hanya data yang berwarna hijau sahaja dipilih.Yang berwarna kuning dan merah biasanya tidak boleh dipulihkan sudah.Senang cakap, data ini telah rosak teruk.Lepas siap pilih, klik butang Recover…https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_12-1024x560.pngPilih lokasi data yang hendak dipindahkan. Dalam contoh di bawah saya pilih Desktop.Lepas itu klik butang OK.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_13-1024x560.pngBergantung berapa banyak fail yang anda pilih tadi, proses ini akan mengambil sedikit masa.Setelah selesai tetingkap ini akan muncul.Klik saja butang OK.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_14-1024x560.pngSekarang, lihat semula pada bahagian desktop.Pastikan data yang telah dipulihkan tadi boleh dibuka tanpa sebarang masalah.https://aftechcomputersolutions.com/wp-content/uploads/2017/04/data_recovery_15-1-1024x600.pngSelesai!Sedikit nasihat untuk anda, sentiasa lakukan salinan pendua ke peranti yang lain.Contohnya, jika ada data di dalam komputer, salin data tersebut ke pen drive, cakera keras mudah alih ataupun melalui cloud.Jika anda lakukan seperti di atas, anda tidak perlu lagi bersusah payah memulihkan data tersebut (sebab ada salinan di tempat lain).Oh ya, ada satu hal lagi.Jangan gunakan perisian cetak rompak untuk memulihkan data anda.Silap haribulan anda bakal mendapat “hadiah” daripada ransomware.Ramai yang sudah terkena. Jadi, jangan ambil mudah tentang perkara ini.Sekarang, giliran saya mahu bertanya.Setelah mengikuti tutorial di atas, adakah anda berjaya mendapatkan semula data anda?sumber
---------------------------------saya ada juga cuba,macam tak berapa nak terboleh,mungkin akan datangbolehlah cuba lagi, tapi saya ada bagi cara di link bawah ni, yang inimemang dapat walau Laptop dah format
KLIK SINI

Leonclay Publish time 21-6-2020 08:39 AM

Nk tanya..SD card di hp tiba2 hilang datanya & kedai bgtau SD card tu dh rosak.. tt rasa boleh x guna cara di atas utk cari semula semua gmbr/video flm SD card tu? Sedih iols

jongos Publish time 21-6-2020 08:49 AM

Leonclay replied at 21-6-2020 08:39 AM
Nk tanya..SD card di hp tiba2 hilang datanya & kedai bgtau SD card tu dh rosak.. tt rasa boleh x gun ...

Saya terdelete semua gambar n data dlm hp sbb terdelete device,bole ke dpt blk?

Leonclay Publish time 21-6-2020 09:10 AM

jongos replied at 21-6-2020 08:49 AM
Saya terdelete semua gambar n data dlm hp sbb terdelete device,bole ke dpt blk?

U kena tanya tt..
Iols pn tanya soalan kt tt sbb iols pn x tau..
Klu device uols pn smbg kt komputer..blh kot buat cara tt ajar tu..
Even klu dh format computer pn blh cari..tt ada bg link atas tu..
Cuba la uols try..

rantaikendoq Publish time 21-6-2020 10:35 AM

info yang bagus, terbaik tt:lol:

Gomea Publish time 21-6-2020 10:35 AM

jongos replied at 21-6-2020 08:49 AM
Saya terdelete semua gambar n data dlm hp sbb terdelete device,bole ke dpt blk?

Saya guna yang ini. Tapi kalau hp dah format tak taulah boleh recover balik ke tak

trunks Publish time 21-6-2020 04:34 PM

Leonclay replied at 21-6-2020 08:39 AM
Nk tanya..SD card di hp tiba2 hilang datanya & kedai bgtau SD card tu dh rosak.. tt rasa boleh x gun ...

itu SD card ..boleh refer sini..cuba baca2 dan try error


https://www.cleverfiles.com/howto/recover-deleted-photos-sd-card.html

https://www.easeus.com/data-recovery/card-recovery-software/recover-deleted-photos-pictures-from-sd-card.htm

Leonclay Publish time 21-6-2020 08:39 PM

trunks replied at 21-6-2020 04:34 PM
itu SD card ..boleh refer sini..cuba baca2 dan try error




Thanks tt..

palmolive Publish time 17-8-2020 03:43 PM

zaman aku dulu, aku pakai GetBackData

trunks Publish time 10-9-2020 06:40 AM

palmolive replied at 17-8-2020 03:43 PM
zaman aku dulu, aku pakai GetBackData

kan..ada juga guna dulu,kadang dapat ,tapi kadang banyak yang tak dapat.
kena try error software yang best uantuk recover ni.kebanyakan susah
nak dapat yang 'dapat' semula data tu

palmolive Publish time 10-9-2020 03:53 PM

trunks replied at 10-9-2020 06:40 AM
kan..ada juga guna dulu,kadang dapat ,tapi kadang banyak yang tak dapat.
kena try error software...

bawak gi kedai dia caj RM100 kalo tak silap

arianaely Publish time 5-6-2023 01:22 PM

i am also facing these kind of issues in my drive

bangcak Publish time 25-6-2023 12:34 PM

trunks replied at 21-6-2020 04:34 PM
itu SD card ..boleh refer sini..cuba baca2 dan try error




itu kalu memori kad.

kalau hempon yg pakai internal memory acaner??
ada tak software yg boleh recover balik gambo2 lama.

puas pikir acaner nak recover gambo2 panjat gunung haritu.
takkan nak panjat dan amik gambo semula
:'(
Pages: [1]
View full version: Cara Mengembalikan Dokumen, Foto, Muzik dan Video Terpadam


ADVERTISEMENT