isseliparjepun Publish time 17-6-2020 10:24 AM

Tanah Pusaka

Edited by isseliparjepun at 17-6-2020 10:26 AM

Hai uols. Selamat hari raya. I taktau mana nak letak pertanyaan I ni, but it seems kat perbincangan keluarga ni sesuai kot kan. Sebab it happens among my family members jugak.

Kami punya arwah nenek meninggalkan tanah. Adik beradik ayah ada 3 lelaki, 2 perempuan. So untuk adik beradik perempuan, ada 5 ekar. Baki dalam 7 ekar tu untuk adik beradik lelaki. Adik beradik lelaki dah meninggal seorang, iaitu pak su. Now tinggal ayah and Pak Long. Pak su ni tak ada anak, cuma ada balu (maksu). And maksu kami ni tak mahu ambil tahu pasal tanah. Dia macam tak berminat. Pak long pula, dah berumur. Tahun ni 80. Dia pun macam tak mahu kisahkan tanah tu sebab dia cuma ada anak tiri 3 orang.

Sekarang ni, sebab masing masing adik beradik ayah macam tak kisahkan tanah tu. Tiba tiba adik beradik perempuan rasa perlunya untuk pecah geran dan letak penama (mak ngah ngan mak lang). So I nak tanya proses tu. Kalau pecah geran, berapa ribu yang perlu disediakan ya, and boleh tak kalau pecah geran kepada 2 penama, 1 bahagian ayah i, lagi 2 bahagian i nak letak nama i, sebab pak long i cuma cakap, dia nak jual bahagian dia, yang mana I rasa I akan beli, dan bahagian pak su tu, mak su memang langsung taknak campur. I sayang kalau tanah tu jatuh pada orang luar. I tau i mungkin nampak tamak, tapi I rasa, sayang pulak if dibiarkan tanah tu tanpa diusahakan. Now tanah tu tanam getah tapi getah tua dah. Kedudukan tanah tu kawasan kampung. Tak ada sapa pun motong kat tanah tu lagipun. Sekarang ni geran masih 1 nama, and kalau pecah ni, nak jadikan 4 penama iaitu I, ayah i, and mak cik i yang 2 orang tu.

Anyone yang pernah deal dengan perkara serupa ni sebelum ni. It will be really helpful. I nak minta advice and opinion sekali ya. Thanks in advance. I sangat sangat newbie dalam hal ni.

prettyuglybabe Publish time 17-6-2020 11:41 AM

pada i kalau tanah tu untuk anak lelaki, then should bagi pada anak lelaki la..
dorang berminat ke tak berminat ke, tanah tu tetap hak dorang..
so sebelum tukar nama, kena minta persetujuan mereka dulu sebagai tuan tanah..
pak long u dah setuju nak jual dan u pun dah setuju nak beli, then ok la nak letak nama u..
for paksu tu, kena minta consent maksu sebelum pindah milik..
dia minat ke tak minat ke, dia adalah pewaris pada tanah tu..
and kos nak tukar nama nak pecah geran mahal ye..
silap-silap boleh cecah 7 8 ribu or more bergantung pada nilai tanah..
so tanya makcik pakcik tu sanggup tak nak share kos..

menakkautau Publish time 17-6-2020 12:31 PM

teringat rumah pusaka @deindra yg berhantu tuh.....

tagas Publish time 17-6-2020 03:36 PM

Sekarang ni geran masih 1 nama, and kalau pecah ni, nak jadikan 4 penama iaitu I, ayah i, and mak cik i yang 2 orang tu.

byk persoalan timbul



Geran skang atas nama sape?

adik beradik u pulak berapa org?

brape laki brape pompuan in ur family ?

muafakat among famili ok tak ke got any toxic ?


ni bukan sikit2 punye hal nih


kena pi pej pusaka utk setelkan :C

sarahmirza Publish time 17-6-2020 03:37 PM

Susah la nak hadam baca karangan mcm ni... i buat summary..

Tanah : 12 ekar (1 title)
Wasiat : 5 ekar (utk 2 anak perempuan) & 7 ekar (utk 3 anak lelaki)

Anak lelaki: 1 meninggal (ada isteri), 1 hidup tak minat nak tanah (takde anak) & 1 hidup (ayah TT)
Anak perempuan: 2 hidup

Step utk pecah tanah/subdivide:
1. Buat permohonan pusaka kecil (bg harta nilaian bawah rm2juta) di PTG dan isi borang dan hantar kat PTG .. lupa dept apa, tanya la nnt kt PTG tu..

2. Sekiranya ada waris yang sukarela nak lepaskan bahagian faraid dia, ada borang juga kena isi.. Borang apa ntah nama lupa tapi borang ni kena sign depan pesuruhjaya sumpah, majistret atau Pentadbir tanah kat PTD... dalam borang tu ada bg tau mcm mana dia nak bahagikan harta tu.. kalau Pak Long nak bagi tanah kat 2 adik perempuan, tulis.. kalau dia nak bagi kat balu Pak Usu, tulis waris pak usu...

3. Lepas tu ada perbicaraan dan perintah pembahagian (menurut faraid atau kehendak waris yg sukarela)...

4. dah dapat keputusan, baru boleh buat pecah tanah.. mmg akan ada kos ya di situ cuma i tak pasti mcm mana pengiraannya.. seeloknya kena appoint land surveyor utk buat pre-comp dan pelan lakar dan submit ke PTD. Kalau tanah company kat Johor, proses ni namanya Serah Balik Kurnia Semula (SBKS).. kalau tanah individu dan kat negeri lain, i tak tau la prosesnya nama apa..

5. Lepas tu baru geran baru keluar... asalnya 1 geran, akan jadi 4 geran misalnya....


Jangan engage lawyer ya... urusan tanah ni yang terror ialah Land Surveyor...

isseliparjepun Publish time 17-6-2020 06:27 PM

prettyuglybabe replied at 17-6-2020 11:41 AM
pada i kalau tanah tu untuk anak lelaki, then should bagi pada anak lelaki la..
dorang berminat ke...

Oo macam tu. Ok thanks u. Kalau bawah 10k masih boleh la. And yes paklong memang nak jual antara keluarga, i memang fikir biarlah i je yang ambil sebab nampak gaya sepupu sepapat lain tak sedia nak keluarkan kos pecah geran tu, pak long setuju if i nak beli, i akan bayar kos pecah geran untuk bahagian dia. But yes, tu i risau pasal maksu. I mean, dah namanya tanah kan. Kalau dijual dapat duit, sapa taknak duit.

isseliparjepun Publish time 17-6-2020 06:39 PM

tagas replied at 17-6-2020 03:36 PM
Sekarang ni geran masih 1 nama, and kalau pecah ni, nak jadikan 4 penama iaitu I, ayah i, and mak ci ...

geran skang atas nama arwah nenek I. Adik beradik I ada 4 orang, 2 lelaki 2 perempuan. Bahagian adik beradik, bawah nama ayah. I ingatkan kalau dapat beli tanah paklong n arwah pak su, i akan let go bahagian i dibawah nama ayah. Which ayah i setuju.

Muafakat among family tu I risaukan. Setakat ni mak cik 2 orang tu yang timbulkan isu ni after almost 10yrs nenek meninggal. Hasil hasil getah tu kami pun tak pasti siapa yang ambil sebab tak pernah dapat kat ayah pun. Pak long n arwah paksu tu pun tak pasti la dapat hasil ke tak. Sebabnya kawasan tu siapa yang pajak siapa yang motong pun taktau. Cuma tau ada sekian sekian ekar tanah untuk adik beradik yang nak dibahagikan.

U rasa kena bawak g pejabat pusaka juga ke? Tak boleh ke if weol berempat setelkan sendiri kat pejabat tanah? But btw, thanks for giving new insights to me. It really helps clear few things

isseliparjepun Publish time 17-6-2020 06:42 PM

sarahmirza replied at 17-6-2020 03:37 PM
Susah la nak hadam baca karangan mcm ni... i buat summary..

Tanah : 12 ekar (1 title)


I see. Terima kasih banyak banyak sarah. Sorry if karangan i bersepah. Sebab macam this month tiba tiba kecoh dalam family kami. Dah la dengan pkp and kami tak dapat balik kampung nak tanya depan depan. I cuma dapat info dari ayah i. Tu pun dia mintak i refer dekat makcik2 i. Mendengar dari mulut mereka melalui telefon. But if that the process, will take some time juga kan. I really hope this will settle sooner. Thanks again ya. Sangat sangat membantu i.

tagas Publish time 17-6-2020 09:50 PM

da berlapis nih


better setelkan cepat


sementara jd byk lapis


sementara ayah pakcik n makcik hidup lg


first step u kena bw ayah gi pej pusaka kecil


nnti pusaka kecil akan bg form n advice utk



step selanjut mcm @sarahmirza advice tu


(proses ni yg renyah sket nak kena isi form
then yg terlibat suma kena bincang sama
ada nak ikut faraid atau muafakat)

then da settle above part smpai la dpt geran

baru la u boleh citer berkenaan hajat u tu


berapa lama tempoh selesai?

its subjective

pokok pangkal nya muafakat

kalo semua baik pakat cepatla selesai minimum 6 bulan

kalo sebalik nya mmg makan tahun la then

silap2 sampai ke anak cucu u pun tak solve lg :C





isseliparjepun Publish time 18-6-2020 07:48 AM

tagas replied at 17-6-2020 09:50 PM
da berlapis nih




Meremang bulu roma dengar sampai ke anak cucu tu. Tapi okay lah, last night I talk to my spouse, he said tunggu sampai kami dapat balik kampung, and jumpa depan depan dan berbincang. I setuju dengan apa yang u and sarah cakap tu. At least takda la kami buat keputusan syok sendiri, main sangka sangka orang tu nak bagi, orang ni nak jual, betul jugak, akan datang tak tahu lagi. Risau isu lain timbul pula. Thanks again ya tagas.

tagas Publish time 18-6-2020 09:05 AM

Edited by tagas at 18-6-2020 09:19 AM

isseliparjepun replied at 18-6-2020 07:48 AM
Meremang bulu roma dengar sampai ke anak cucu tu. Tapi okay lah, last night I talk to my spouse, h ...
no prob

Setakat ni mak cik 2 orang tu yang timbulkan isu ni after almost 10yrs nenek meninggal.:funk:




Sepatut nya benda ni dah selesai sebelum & selewat2 nya 1 jam selepas nenek u


dikebumikan means dah start bincang antara waris utk lantik someone yg akan urus agihan harta & sbg nya





tp biasa la benda ni sensitif & taboo konon kubur merah lagi dah citer psl harta


sedangkan ia perlu di segerakan utk avoid waris berlapis



dun worry its happen to me and all people coz bukan semua ade ilmu nih


tp after dis if u yg bantu manage sure u akan faham cara2 nya


then can advice & spread knowledge to others

yg penting avoid toxic, sepakat,muafalat&jaga silaturahim

jgn gado2 masa bincang nnti

gud luck {:1_551:}

* anyway geran sape yg pegang tgk stated dlm
   geran betul ke atas nama arwah nenek u sorang








Pages: [1]
View full version: Tanah Pusaka


ADVERTISEMENT