introvertduo Publish time 16-6-2020 04:24 PM

Saya benci ipar saya?

Salam. Saya tak tahu nak luah dekat mana untuk minta pandangan. Saya baru dua tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. (Disclaimer-saya akui saya manusia khilaf dan bukan seorang yang baik sangat).

1- Di awal perkahwinan kami, apabila pulang ke kampung (yang mana kami dah berbincang suami isteri turn rumah masing2), selalu shja apabila turn rumah saya, ibu mertua/ ipar saya call husband. ajak makan la, main mercun dgn ank buah la etc. walhal, bila turn rumah husband, ibu saya tak pernah ganggu kami. rumah keluarga kami berlainan negeri tapi dekat dalam 20 minit perjalanan. disebabkan itu, masa kami banyak habis dalam kereta ulang alik sahaja.

2- Saya telah 'diserang' kakak ipar saya secara confront. Katanya, MIL saya menangis sebab kami suami isteri tak balik ke rumah apabila pulang ke kampung. (Saya balas balik serangan kakak ipar saya walau dalam keadaan terpinga2 untuk pertahankan diri saya). Style saya apabila dah plan pulang ke kampung, saya akan inform ibu bapa saya, hari apa saya pulang, berapa lama di rumah etc. Namun berbeza bagi suami. dia diamkan diri dan pulang sahaja. Jadi MIL saya terasa hati. Namun, yang buat saya terkilan, kenapa mereka menyalahkan & menyerang saya? bukan anak mereka? Pada hemat saya, saluran yang betul untuk menegur adalah menegur darah daging sendiri. sebab yang salah suami saya. Terkesan dengan 'serangan' ini, saya cuba mengadu dan berbincang dengan suami, namun suami macam acuh tak acuh dan menganggap saya yang melebih2. hmm

3- Apabila dah ada anak, kakak ipar saya cuba masuk campur dalam hal keperluan anak kami dan sedikit mengarah. cth bab ubat utk anak, dia kata saya kena guna ubat A. sebab anak dia guna ubat A. Bab menyusu pula, dia menyuruh saya bf baby sy smpai at least 6 bulan. saya memang bf anak sy cuma apabila susu tk smpat pump (saya bekerja sepnuh masa) sy akan top4 dgn FM apabila hantar ke BS. Tapi dia pndang serong org yang FM baby.

4- Semasa anak saya baru lahir, bayi kdg2 menangis. suami assume kembung walhal tidak. dia inform MIL saya. habis kecoh MIL saya inform adik beradik dia. dorang kecoh ckp kembung etc. Then lepas tu adik bradik dia dtg bwk ubat suruh guna. ubat pilihan masing2. saya dlam pantang stress. masing2 mengarah suruh guna ubat disyorkan.

5- adik ipar lelaki sy ada minta pertolongan kami untuk angkut brg kprluan. so, lepas kerja saya dan suami bersiap dan skip smua plan kami untuk tolong dia. tapi dia delay dpd ptg ke mlm. saya okay pada awlnya. yang tak okay bila tahu delay sebab nak date ng gf? saya mcm wtf. sgt selfish. nak minta tolong org tapi kita yang kne tggu dia.

6-adik ipar kami stay rumah kami untuk sketika. baju kotor ditinggalkan saya urus etc. rumah disepahkan. dan yang paling saya tak suka, tdo lambat bgun lambat main game dlam handphone. bgun dh tghari. saya dah srh husband tgur sbb sy taknak tgur direct risau dia malu. dh la skjap nak study skjap nak kerja. bila dah msuk study separuh jalan. duit byk habis. MIL dan kakak ipar mengadu dkat sy. sy boleh buat apa? lifestyle nak mewah. pkai semua brg branded. duit minta mak. hmm. yang saya terkilan saya sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk hantar dia masuk uni tapi bljr main2. nak tgur dan sound bukan adik kandung. takut dia terasa hati. kalau adik sendiri dah sound. tapi dia anak manja maknya.

7. Ipar saya menceritakan keburukan dan msalah rumah tngga nya dgn suami. MIL saya pula mengata menantu lelakinya. hubungan keluarga suami complicated. MIL saya ada suami lain setelah suami (abah suami) meninggal. jadi suami ada bapa tiri.

Tu antara peristiwa yg buat saya geram dan menyampah dengan keluarga suami saya. saya dh cuba abaikan dan sngka baik. namun sy manusia khilaf. disebabkan incident ni sy byk makan hati dgn suami dalm cuba nak jga hbgn suami dan klurganya sbb sy tahu syurga anak pda ibunya. sekian

KIM.K Publish time 16-6-2020 04:57 PM

I baca sampai no.3 dah stress dah
Takleh masuk no 4

KIM.K Publish time 16-6-2020 05:02 PM

I baca sampai no.3 dah stress dah
Takleh masuk dah no 4 huhu..

NekNgah Publish time 16-6-2020 05:09 PM

Bila kita berkahwin dengan seseorang, kita juga berkahwin dengan keluarga dia.Kita kena terima buruk baik suami & keluarganya.

Perbezaan mesti ada sebab cara kita dibesarkan berbeza.

Saya juga pernah merasa apa yang awak rasa, mungkin lebih teruk. Tapi saya kahwin agak lewat, mungkin kematangan saya dan suami memudahkan urusan.

Saya seorang yang sangat firm.Orang boleh cakap apa sahaja dan saya diam.Saya diam tapi saya tetap dengan pendirian.Pedulikan suruhan, nasihat, arahan orang, kalau kita rasa kita betul, teruskan aje.Tak perlu menjawap atau justify tindakan kita.Kau tak setuju peduli apa aku.

Saya tak mengadu pada suami, sebab takkan dia nak melawan mak sendiri.Saya lebih suka duduk face to face berbincang dengan suami, list down my expectation for our children, my expectation of him, tak perlu cerita pasal family dia, family saya.Kita sama-sama setuju dengan hala tuju keluarga kecil kita.Bila ada orang luar datang menyerang, kita dah ada set of rules & regulation yang kita ikut, suami sendiri akan bercakap, saya senyum sahaja.

Pasal adik ipar yang menumpang tu tak pernah jadi pada saya walau pun dulu ada ura-ura nak jadi.Pernah jadi pada kakak saya, berhabis duit hantar belajar tapi akhirnya main lari aje.Kakak saya buat silent treatment aje, biar suami dia yang handle.Lantak dia kat situ, bilik ke, baju ke, kemaslah sendiri.Makan pun tak pernah pelawa.Bila maknya datang berziarah, lantak engkaulah nak tunjuk bilik berkuap, baju tak basuh.

rogayahtop Publish time 16-6-2020 05:11 PM

mmg stress baca. tumpang simpati je.

jawapannya awak tau sendiri.

elok2 boleh mati senyum risau pulak mati stress time nak kebumi pun mak mentua kakak ipar mengumpat kain kapan.

ellejo Publish time 16-6-2020 05:13 PM

aku perasan. timbulnya masalah2 macam ni bila suami indenial yg bini dia tak ngam dgn mak dan adik bradik dia.


NekNgah Publish time 16-6-2020 05:14 PM

Lupa satu lagi, cubalah ambil hati mak mertua tu.Balik bawa buah tangan, tanya apa dia suka & layankan.

bungarose Publish time 16-6-2020 05:16 PM

Bersabarlah........dan bnyk2 berdoa pada Allah.
Lambat laun, Allah akan tunjukkan kebenaran jika kita dipihak yang benar. Kadang2 aper yang difitnah akan berpatah balik kena pada tukang fitnah @ tukang menyampai keburukan @ tukang pemecahbelahkan family.
Pada masa yang sama, u teruskan kehidupan u macam biasa. Jangan biarkan kelakuan manusia yang hatinyer blum tentu baik, merosakkan kebahagiaan rumahtangga kita. Kadang2 tukang pemecahbelah nih hidupnyer pun penuh masalah, xder aper2 pencapaian dalam kehidupan......ntah2 zero lagi menyusahkan orang sebab tuh pandai mengomen mcm2...minda pun tertutup rapat ;P

Nasihat nih memang cliche.....tapi ia lebih baik if nak selamatkan rumahtangga........elakkan berbincang dengan orang kurang berakal.......pemikiran memang xsamer....

Tak sekufu pun bley cetuskan masalah juger

pumpkingirl Publish time 16-6-2020 05:38 PM

1. Dah rasa mula2 kawin dulu..mungkin ni dipanggil fasa mil nak sesuaikan diri dari anak dia bujang milik dia seorang ke fasa anak dia dah kawin n ada komitmen lain selain ibu sendiri. Fasa ni dalam 3-4 thn jugak iols rasa..lama2 berkurang sikit2 n now mil dah tak kisah sgt dah. Nak balik, balik..tak balik sudah;P

2.ganas kak ipar uols ala2 witch pulak..syukur kak ipar iols tak mcm tu. Saranan iols tiap kali dia serang uols rakam je lepas tu balas balik laharan sheols tu :curse:

3.nasihat yg baik boleh ikut..ikut..yg tak baik dan tak kena pada u..buat tak dengar je umpama laharan di angin lalu. Nampak sheols je uols cepat2 lari pergi tempat lain. Kurangkan bersemuka dgn sheols.{:1_565:}

4.yg ni i rasa mungkin diorg ambil berat ttg anak u. Lgpun kes ni dlm pantang kan. Dah lepas. Forget it n move on.lain kali pantang rumah mak sendiri jgn bagi ada tetamu dtg.

5.yg ni sound direct je waktu jugak..jgn simpan dlm hati lama2 masih terkenang2..

6.suruh adik ipar balik rumah maknya.

7.yg ni hal personal diorg baik kita buat pekak je. Diorg mengadu dekat suami tt..so biar suami tt jela yg handle

Yg penting tt sibukkan diri dgn keje life n anak u sudah..kurangkan bersemuka n berinteraksi dgn org2 yg u rasa toksik dlm hidup u..ttg husb rapat dgn family dia..nama pun family dia..mmg tak blh halang la...kang jadi mcm tin senduk tu kontrol habis laki penuh family sendiri je berkampung..mil hilang entah ke mana. Nampak tak elok sgt kan..

amyza82 Publish time 17-6-2020 11:56 AM

1) bila family sis from jb dtg mlk , masa tulah diaorg selalu kacau nak hband suruh teman diaorg
sampai adik beradik/ parents sis dah biasa sgt hubby tak dapat layan diaorg :'(

2) bukan setakat sil tapi tapi mostly in law sis mulut memang lepas, maklumlah org melaka, apa aje yg diaorg tak komplen ;P

3) father in law, tengking sis bila sis paksa anak makan ubat, macam sis nak bunuh anak pulak, cara dia marah sis :'(

4) -

5) Setiap minggu kena hantar dan ambik anak bil kat asrama. so any aktiviti weekend kena revised n have to follow ank dia punya schedule. sek n rumah jarak dlm 45 minit naik kete.

6) abg ipar, setiap bulan / 2 kali sebulan pinjam duit tapi tak bayar balik. macam kita kena bayar installment kete pulak pada dia. sometime bila hubby kurang duit, sis yg kasi :'(

7)selalu inlaw citer hal biras lain, n ada 1 kali , sis dengar sendiri inlaw ngumpat sis dgn biras;P , diaorg kurang suka ckp dgn sis sbb biasanya sis bangkah diorg cakap or diam je , tapi bila terdengar diaorg ngumpat sis, sedap je biras sis tu nambah minyak;P

tapi ni semua citer masalah awal 5 tahun dlm perkahwinin, bertahanlah...diaorg nak komplen apa biar aje, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. janji husband baik, syg kita, sayang family kita n ank2 . Suami kita tak dapat nak pilih antara isteri and family dia. Dia pun tersepit. So kita ringankan beban dia. Takyah byk komplen kt hband. Huband akan nampak apa yg kita buat / korban :$

skrg sis dh 16 tahun kawin, semua masalh tu dh takde, cuma yg pinjam duit tu kadang2 muncul ;P
manusia akn berubah , keadaan akn berubah. cuma perlu sabar :loveliness:









menakkautau Publish time 17-6-2020 12:15 PM

Wahai TT ...kemelut hang nee hanya ada satu solusinya...

MINTAK CERAI...hang berhak bahagia...lihat saja ahli ahli single mother disini...tak perlu kusut mssaikan kepala otak dok pikir pasal ipar duai mertua segala...bila dah putus dgn suami...semua ikatan dgn sendirinya terputus.....

:lol::lol:
:lol:

menakkautau Publish time 17-6-2020 12:18 PM

KIM.K replied at 16-6-2020 04:57 PM
I baca sampai no.3 dah stress dah
Takleh masuk no 4

Hang bila yg tak stress, kim????

Mak hang nak pi ziarah rumah adik beradik pun hang stress sampai sanggup pi buat report kt balai polis....

Nak manak sambung lagik???

So nak pi ngadu dgn cacha dan aunty mimik???

pidahhhhhh



sarahmirza Publish time 17-6-2020 05:16 PM

Bertabah la TT... Hidup berumahtangga ni mmg ada cabaran dan bahagian masing2..
Kadang2 sebab keluarga MIL tak dapat communicate dgn suami TT maka depa gunakan TT utk handle mengikut kehendak mereka...
Kalau suami TT tegas, kakak ipar takkan menyibuk konon2 dia org paling hebat segala hal.

So kesimpulannya, salahkan suami TT.

kiyudi Publish time 19-6-2020 04:53 PM

tiada yg indah dlm idup.....

tiada yg semua perfect laluan idup kita.....

siapa kita utk hidup indah2 sahaja di muka bumi ini.....

tidak kah kita ni hamba Allah sahaja....apa buruk baik semua telan jer...

ni kata2 ustaz sessi motivasi Tajuk UJIAN HIDUP....

hrp dpt membantu titi....:P

kiyudi Publish time 19-6-2020 04:54 PM

serius i ckp kt titi...

kita xleh ubah org...kita ubah kita on how to accept perangai dorg....


Bihungoreng Publish time 23-6-2020 12:16 PM

Aku boleh je paham permasalahan tt.. macam laki aku pulak lebihkan family dia mak ayah dia..

Aku serah je bulat2 kat Allah.. hanya Allah mampu balas..

Suami aku memang terang lagi bersuluh tak pernah sebelahkan aku.. kalu pape sesikit kakak2 dia.. apa aku cakap tak pernah la nak percaya.. so aku amik jalan lantakan dan berserah pada Allah..

Mak dia ke kakak2 dia ape je xcerita buruk2 pasal biras ke aku tak de bawak mulut ke apa merata.. hujung2 suami aku tuduh aku ni tak suka adik beradik dia tak suka mak dia.. aiyoo kalu tau camni jadik baik aku bawak mulut merata..

Kita ni baru kenal suami kan.. perkahwinan xsmpai 10 taun.. sebelum kawen itu kebiasaan pasangan kita... so kita just blend in jelah..

Bihungoreng Publish time 23-6-2020 01:31 PM

amyza82 replied at 17-6-2020 11:56 AM
1) bila family sis from jb dtg mlk , masa tulah diaorg selalu kacau nak hband suruh teman diaorg
sa ...

No 1 tu i lalui skang sbb weols pjj.. suami sampai je rumah terus mertua call buat2 tanya.. padahal i tau nk suh g umah dia.. takdan panas bontot.. i sllu terasa sebabweols jarang abiskan masa bersama.. dh nama pon pjj.. takleh ke adik beradik mertua paham yg anak dia ada anak bini.. jgn selfish blh tak? Pastu suami pulak jenis lebihkan mak ayah dan kuarga dia.. bini no berapa tktau xde dlm list agaknya..

Sis, selepas 16 tahun tu sebab mertua meninggal ke? Hahaha

amyza82 Publish time 23-6-2020 04:08 PM

Bihungoreng replied at 23-6-2020 01:31 PM
No 1 tu i lalui skang sbb weols pjj.. suami sampai je rumah terus mertua call buat2 tanya.. padaha ...

Taklah ada lagi.
Mungkin sbb parents sis yg selalu nasihat suruh sabar. Sbb sis klu ada rasa sakit hati/geram, sis akan call ayah citer. N biasa ayah akn coolkn sis.
Sis mmg tak cari org lain utuk citer hal rumahtangga, not even my BFF or siblings.
Sbb sis kawin umur 20 n belum abis belajar, so klu depend on org yg sama umur, kita akan dapat outcome opinions yg lebih kurang kita.

Conclusion, sabar je dear, Allah tak uji kita, kalau kita tak mampu tanggung. Sure kita boleh.

Al Fatihah untuk arwah ayah sis, dia baru pergi bulan 3 ari tu. The greatest man in my life.

Bihungoreng Publish time 23-6-2020 11:07 PM

amyza82 replied at 23-6-2020 04:08 PM
Taklah ada lagi.
Mungkin sbb parents sis yg selalu nasihat suruh sabar. Sbb sis klu ada rasa sak ...

Eh uols same dgn i.. sampai i ckp ngadu bukan nk suh ayah benci ke taksuka tapi sebab percaya kat ayah.. nak cite kt org tak la kan sbb mulut org ni bahaya.. syukur ada mak ayah jenis rasional.. suh pkr baik banding yg merengsakan..

Alfatihah utk ayah sis..

Rotipitadaging Publish time 29-6-2020 12:45 PM

Setiap keluarga mesti ade masalah.. herm.. mcm saya punya family pun ade kurang.. belah mertua pn ade kurangnye.. kdg2 sy pn dah tawar hati dgn ipar.. tp mertua ok je sporting n baik..
Pages: [1] 2
View full version: Saya benci ipar saya?


ADVERTISEMENT