zasrfikri Publish time 13-6-2020 07:42 PM

MAKANAN PALING POPULAR DI DUNIA

Edited by zasrfikri at 13-6-2020 07:44 PM

GALAKSI VIRAL - Makanan apakah paling popular dan sangat digemari di dunia ? Adakah nasi ? Adakah sushi atau ramen ? Pasti ada banyak pilihan bukan ? Lazimnya makanan sesebuah negara itu bergantung kepada pelbagai faktor seperti gaya hidup, ekonomi, sosial, iklim dan juga budaya. Oleh itu, hasil daripada beberapa sumber rujukan berkaitan makanan di dunia ini, maka terhasillah Carta 10 Makanan Paling Popular di Dunia. Jom kita baca untuk info selanjutnya.

https://forum.lowyat.net/uploads//attach-76/post-1019576-1592048256_thumb.jpg

10
MAKANAN
PALING POPULAR DI DUNIA

1. PIZZA
Negara Asal : Itali
Catatan :
Pizza ialah sejenis makanan berasaskan roti dan diatasnya boleh diletak pelbagai topping. Sudah beberapa tahun Pizza menduduki tangga pertama sebagai makanan paling popular di dunia. Makanan Itali ini sudah menjadi makanan kegemaran di seluruh dunia kerana ianya mudah dibuat dan resipinya tidak terlalu rumit. Antara pizza yang paling popular di dunia ialah Pizza Napolita. Menariknya, di Malaysia juga pernah wujud pizza perisa tempatan iaitu Pizza Satay.

https://forum.lowyat.net/uploads//attach-76/post-1019576-1592048323_thumb.jpg

2. PASTA
Negara Asal : Itali
Di mana ada Pizza, di situ pastinya ada Pasta. Pasta ialah merupakan sejenis mi dan merupakan makanan ruji untuk masakan tradisional orang Itali. Oleh itu, boleh dikatakan mo paling popular di dunia ialah pasta. Manakala, jenis pasta paling popular di dunia ialah Spagetti dan Macaroni.


3. HAMBURGER
Negara Asal : Jerman
Hamburger atau nama ringkasnya Burger ialah sejenis hidangan sandwich yang terdiri daripada daging burger yang dimasak samaada digoreng, dikukus, dipanggang, atau disalai, serta selalu dihidangkan dengan pelbagai topping di dalam roti burger yang dibelah dua. Di negara kita sahaja, bukan setakat ada dijual di restoran makanan segera, malah ianya turut dijual di pasar malam dan gerai-gerai di tepi jalan. Mungkin ramai masih ingat yang Singapura pernah memperkenalkan Burger Nasi Lemak di Festival Makanan Singapura pada tahun 2017. Burger paling popular di dunia ialah Burger Keju.


Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan di sini >>> MAKANAN PALING POPULAR DI DUNIA



marla69 Publish time 13-6-2020 08:36 PM

Nasi lemak pun popular kan . Tapi kalau di berikan pilihan i vote masakan korea such as kimchi.. Sayuran tu,masakan thai., vietnam. Yg banyak guna sayur and masakan ala china yang berkhasiat.Kalau in term baik utk dalaman badan cari masakan india yang banyak Guna rempah.Kalau nak cepat gemuk,naik badan,tinggi kolesterolmkn lah mknan barat.. Pizza,burger,steak... Kalau tak cholesteroldarah tinggi.. Gout pasti datang.

PristineOne Publish time 13-6-2020 09:14 PM

Nasik goreng !!   Sepinggan nasik ... potong bawang kecik sebijik....cili padi 4 ulas dan ketuk....telur 2 bijik.   Taruk minyak dan goreng semua sekali....beserta telur....dalam 40 saat masukkan nasi putih yg sepinggan tuh..... kacao. Taruk garam ngan aji... Goreng sampai rasa garing..Siap

Nasik Goreng Bodoh !!

:lol:

Lengkong Publish time 13-6-2020 09:28 PM

Burger daging special, mayonis dan sos lebih...pasar malam punya..sedap je {:thumbo


KIM.K Publish time 13-6-2020 09:41 PM

Bukan kek ke

crazybeach Publish time 13-6-2020 10:46 PM

ayam goreng.

Supersirap Publish time 13-6-2020 11:24 PM

Semua makanan yang disenaraikan adalah kegemaran saya

caca_eric Publish time 13-6-2020 11:29 PM

PristineOne replied at 13-6-2020 09:14 PM
Nasik goreng !!   Sepinggan nasik ... potong bawang kecik sebijik....cili padi 4 ulas dan ketuk....t ...

Errrr perlu letak aji ke..

3480 Publish time 14-6-2020 12:11 AM

Aku rsa klu kt Malaysia antara 3 tu.. burger kot no 1.. sbb merata2 kot org juai. Buat dia pon lg senang n cepat

PristineOne Publish time 14-6-2020 12:19 AM

caca_eric replied at 13-6-2020 11:29 PM
Errrr perlu letak aji ke..

Perencah maggi perasa ikan bilis pun bley...

sharlenetexas Publish time 14-6-2020 01:20 AM

marla69 replied at 13-6-2020 08:36 PM
Nasi lemak pun popular kan . Tapi kalau di berikan pilihan i vote masakan korea such as kimchi.. Say ...

Masakan india tu rasa memulas pulak perut.

marla69 Publish time 14-6-2020 06:59 AM

sharlenetexas replied at 14-6-2020 01:20 AM
Masakan india tu rasa memulas pulak perut.

Saya kurabg mkn mknan indian.First time mkn nasi kandar saya cherry berry. Tobat tak nak mkn tapi kena akui mknan india yg berempah buat bdn panas.. Urat urat dlman pun mengecut dari kembang.

sensa Publish time 14-6-2020 11:42 AM

Mee Segera lah yg paling popular

salmon-suki Publish time 14-6-2020 06:34 PM

Sy suka tomyam,sup2...jenis berkuah..bila sejuk pun sedap dimakan..cuaca panas pn ok..sup sayur ke..tomyam sayur..anything berkuah..yummehhhhhhhh~

Lagi satu,deep fried..kepci mmg jd pilihan utama..so far,susah nk jmpe ayam y betul2 coating dia krupkrap mcm kepci pny..ayam singgit ada krupkrap tp xde rasa herbal mcm kepci..kepci di hatiku gitu..cewahhhhhhh~:$

mizzmimi Publish time 14-6-2020 07:18 PM

Eh lama nya tak makan pizza.. On my list for the next cheat day.. Hehe

miaryy Publish time 16-6-2020 12:26 PM

Sedapnya la makanan2 semua.. Tapi aku tgok skang ramai yg cuba nk naikkan balik business diorang.. Lagi2 yg niaga pasar malam ke..

Kak-Leen Publish time 13-7-2020 01:39 PM

Fried chicken. Ayam goreng.
Akak rasa ni la makanan yg paling diminati.

asbestosz Publish time 5-9-2020 06:49 PM

As the main organization for asbestos expulsion, we change homes and organizations again into the sheltered and sound work and living spaces they used to be.We are the top Vancouver proficient asbestos   This website contracting business that centers around overseeing asbestos and form expulsion occupations at extraordinary costs.

Xaveria Publish time 17-3-2021 09:45 AM

Pasta :drool3:

Bylaaz Publish time 19-3-2021 10:18 PM

Pizza!Baru lepas dinner pizza huhu
Pages: [1]
View full version: MAKANAN PALING POPULAR DI DUNIA


ADVERTISEMENT