CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6006|Reply: 10

Ini Cara Menghalang Kandungan Dewasa Di Netflix, Astro GO Dan HBO GO

[Copy link]
Post time 11-6-2020 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 4-7-2020 08:50 PM


Hujung minggu lalu topik paling hangat dibincangkan di media sosial ialah pegawai eksekutif FINAS Ahmad Idham menyuarakan gesaaningin kandungan digital dipantau dari mengandungi adegan yang dilihat sebagai sensitif. Beliau berkata ini adalah kerana kerisauan di kalangan ibu bapa bahawa kandungan yang ditonton tidak sesuai untuk kanak-kanak.


Kerisauan ini mungkin berlaku kerana nampaknya ramai ibu bapa tidak menyedari hampir kesemua perkhidmatan penstriman mempunyai sistem saringan kandungan terbina. Menerusi artikel ini kami ingin mengajar cara menapis kandungan menerusi ciri kawalan ibu bapa pada Netflix, Astro GO dan HBO GO. Kami gunakan tiga perkhidmatan ini kerana ia menayangkan kandungan yang mungkin dianggap tidak sesuai untuk tontonan sebilangan masyarakat Malaysia.


NETFLIX
Kerana Netflix dijadikan kambing hitam, kita mulakan tutorial ini dengan perkhidmatan ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah amat mudah. Pertama sekali pergi ke  WWW.NETFLIX.COM/YourAccount menggunakan pelayar web. Tetapan tidak boleh diubah terus dari dalam aplikasi telefon pintar atau tablet.


Pada tetapan Settings pilih Parental Controls. Anda kemudian diminta memasukkan kata laluan akaun sebagai pengesahan identiti. Netflix kemudian akan meminta anda menetapkan pin 4 angka peribadi. Selepas ini dilakukan terdapat pilihan Restrict By Maturity Level. Pilih tahap umur kandungan yang dibenarkan tanpa perlu memasukkan pin 4 angka.




Jika anda risau dengan kandungan seks, ganas dan menyentuh keagamaan disarankan jangan memilih Adults pada kesemua profil Netflix. Kesemua kandungan yang menerima pengelasan R, TV-MA, NC-17, Not Rated dan Unrated akan dihalang secara automatik.




Jika ini masih tidak mencukupi turunkan had umur ke Little Kids. Pada tetapan ini, siri animasi Pokemon juga akan dihalang. Ini adalah amat perlu bagi penonton yang amat sensitif dan percaya Pokemon mengandungi sistem kawalan minda Project Monarch Illuminati.
Netflix turut memberikan pilihan tambahan yang menghalang tajuk tertentu dari dimainkan tanpa pin 4 angka. Ini sesuai digunakan oleh ibu bapa yang mungkin risau Peppa Pig mengandungi elemen yang sensitif walaupun ia diklasifikasikan U – sesuai untuk tonton umum.






Astro GO


Astro GO menawarkan kandungan siri HBO seperti Game of Thrones dan The Wire kepada pelanggan mereka. Sejak dua tahun yang lalu kandungan siri HBO yang ditawarkan secara VOD tidak lagi ditapis. Desakan dari pengguna yang sebelum ini terpaksa memuat turun secara haram bagi menonton karya yang disunting mungkin antara sebab ini dilakukan. Umum diketahui siri seperti HBO dipenuhi adegan yang ganas.
Seperti Netflix, Astro GO turut mempunyai sistem saringan kandungan yang boleh ditonton secara terbina. Cara paling mudah ialah menerusi aplikasi Astro GO ini sendiri kerana selepas tahap kebenaran ditetapkan pada peranti, ia juga akan digunakan pada set kotak TV Astro di rumah,




Dari dalam aplikasi, tekan menu yang terletak pada bahagian atas kiri skrin. Pilih Settings >>Preferences>> PIN Management. Secara default Astro menetapkan pin sebagai 0000. Tukar PIN terlebih dahulu sebelum ke langkah seterusnya.


Kemudian kembali ke Pilih Settings >>Preferences>> Parental Controls. Aktifkan Viewing Restrictions dan kemudian pilih tahap kandungan yang perlu ditapis. Kandungan dewasa seperti Game of Thrones dan Sex and The City mempunyai pengelasan umur 21. Empat tahap halangan kandungan diberikan oleh Astro GO. Tahap paling ketat menyebabkan kesemua kandungan yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah dihalang jika PIN tidak dimasukkan.


HBO GO

Akhir sekali ialah HBO GO bagi mereka yang mungkin lebih selesa mensrim kandungan HBO terus dari aplikasi khas dan bukan menerusi Astro GO. Dari dalam aplikasi pilih More >> Parental Control >> Update Limit. Pilih had umur G jika anda mahu menghalang kandungan yang tidak sesuai ditonton kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kesemua kandungan masih boleh ditonton oleh pengguna dewasa dengan memasukkan pin yang telah ditetapkan sebelum ini.





Kami berharap dengan artikel ini golongan ibu bapa akan dapat menghalang kandungan yang tidak diingini dari distrim. Anda tidak perlu risau anak-anak terdedah dengan kandungan dewasa secara tidak sengaja.


-----------------------------------
khas peringatan untuk ibu bapa yang ada Netflix di rumah tu,(pasang di smart tv ke dan lain2)
elokla buat ni,ada banyak movies yang tak boleh kanak2 tonton.tengok boleh stim
boleh sumbang mahram ke apa nanti, malam tadi, saya 'tertengok' movie lucas

banyak adegan seks tak di tapis kat dalam movie ni
kita orang dewasa tengok okla,boleh kawal



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul.. Banyak citer tak tapis kat netflix.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 06:29 PM
kan..bukanlah nak tunjuk baik ke apa,tapi,ni memang
kanak2 jangan bagi tengok, bagi tengok TV mal ...

Kalau org dewasa.. X kisah.. Depa punya hal.. Budak3 ni mudah terpengaruh.. Bahaya utk perkembangan depa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 06:34 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 06:32 PM
Kalau org dewasa.. X kisah.. Depa punya hal.. Budak3 ni mudah terpengaruh.. Bahaya utk perkembanga ...

aha betul tu, ibu bapa kena lebih alert tu
dah ada tutorial ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 06:34 PM
aha betul tu, ibu bapa kena lebih alert tu
dah ada tutorial ni

Sepanjang sy lepak kat youtube layan dokumentari tentang jenayah..

Boleh dikatakan banyak pembunuh bersiri yg masa kecik ada mslh.. Contoh pernah jadi mangsa serangan seksual.. Sebab tu budak2 mak bapa kena kawal kandungan filem yg depa tonton..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 06:51 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 06:42 PM
Sepanjang sy lepak kat youtube layan dokumentari tentang jenayah..

Boleh dikatakan banyak pembu ...

kan..yang budak kecil pun pandai menembak ibu bapa sendiri
senjata letak bersepah2, punyala bangang hehe

pengaruh TV ,internet bagai la tu.kalau tidak, budak2 nak tiru perlakuan
orang dewasa dari mana pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 06:51 PM
kan..yang budak kecil pun pandai menembak ibu bapa sendiri
senjata letak bersepah2, punyala banga ...

Betul.. Sedih bila si abang tertembak adik sendiri.. Ada yg bunuh mak bapa sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeewww.... geli aku 365 tu.. dah ler muka jate cam bangla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rookiecake at 24-7-2020 08:19 AM

Walaupun ada cerita yang PG-13 or PG, aku dapati ada juga produser yang selitkan unsur-unsur homoseksual. Very subtle but it makes your kids wonder. Ibu bapa harusla prihatin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2020 11:22 PM | Show all posts
rookiecake replied at 23-7-2020 07:08 PM
Walaupun ada cerita yang PG-13 or PG, aku dapati ada juga produser yang selitkan unsur-unsur homosek ...

iya betul tu,gay,lesbian,milf semua ada..lebih baik ibu bapa
langgan untuk tonton sendiri ajela ,nak block macam mana pun,tiap masa
akan keluar tv series,movies unsur tu di Netflix. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you  very helpful
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058398 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list