Nangka7 Publish time 11-6-2020 12:08 PM

Azoospermia (tiada sperma dalam air mani)

Salam satu Malaysia gais. Tumpang tanya, siapa di sini pernah alami 'ketiadaan sperma dalam air mani' dengan kata ringkas air mani lelaki tiada benih.
Boleh kongsikan pengalaman bapa diluar sana?
1) Bagaimana cara yang terbaik untuk mewujudkan semula 'benih' terutamanya dari segi pengambilan makanan?
2) Boleh syorkan supplement apa yang terbaik untuk diamalkan?
Tq.

ipes2 Publish time 11-6-2020 08:26 PM

dari pituitary di brain, hormone FSH dirembes. ia akan activate cells dekat Sertoli cells dalam tubules di dalam testes untuk menjadi sperm. sperm akan di ejaculate didalam seminal fluid.

azoospermia: tak ada sperm dalam 2 ejaculation yang di check dengan Sperm Counts
oligospermia: ada, tetapi sikit atau rosak.

azoospermia yang saudara tanya ini mempunyai banyak sebab-musabab. sebahagiannya boleh dibaiki. dari kerosakan pituitary, kepada kekurangan FSH, atau kurang KESAN dari FSH, atau sperm di ejaculate ke belakang dan bukan kedepan, hinggalah kepada tersumbatnya tublues atau kerosakan testes atau kerosakan chromosome saudara sekali gus, pelbagai factors dan sebab yang boleh membawa kepada azoospermia.

tidak ada satu pun darinya yang boleh dibantu dengan pemakanan atau supplements.

Nangka7 Publish time 12-6-2020 03:21 PM

Terima kasih saudara kerana menjawab persoalan saya. Maaf bertanya FSH apa maksudnya?
Saya mengetahuinya bahawa air mani saya tiada benih bertarikh 11/06/2020 selepas ujian analisis sperma dilakukan di LPPKN, KL.

Maknanya disini selepas saya baca penerangan saudara..pesakit Azoospermia memang tidak boleh sembuh laa ya?

Kalau mahukan zuriat saya terpaksa buat ujian tesa/pesa dan ivf.. tanpa hubungan sex yang normal. Rasa agak sedih memikirkannya. Rupanya saya ni zahir nampak normal tapi tidak pada batin dimana saya ni tidak normal seperti orang lain.

ipes2 Publish time 12-6-2020 03:53 PM

' ..sebahagiannya boleh dibaik..i.'
nangka terlepas pandang itu; itu ada saya tulis diatas. yang mana satu boleh dibaiki bergantung kepada sebabnya.

Ada pesakit sebegini, bila sudah dicheck, sebenarnya, beliau mengalami keroskan tubules kerana pernah kena infections di testes dulu2. tubules nya jadi fibrosed lalutersumbat. ya, dia produce sperm, tetapi tidak dapat disalurkan kedalam semen. jadi, bila dia ejaculate, air mani nya tiada sperm. bila direfer kepada pakar dalam bidang ini, sperm nya disedut dari tubules directly, dan ini diguna untuk persenyawaan pada teman wanitanya untuk mendapat anak.

FSH ialah Follicle Stimulating Hormone, sejenis hormone yang di keluarkan oleh pituitary di brain.

Mula2 sekali buat sperm count. if abnormal, kena buat sekali lagi. jika abnormal, kena check hormones awak, kena check testes etc. selepas beberapa series of tests, akan diketahui sebabnya.



ipes2 Publish time 12-6-2020 03:54 PM

40% kes kes dimana setelah mencuba untuk dapat anak tetapi tidak berjaya, penyebabnya adalah dari pihak lelaki, yang lain nya adalah dari pihak perempuan dan selebihnya adlah dari kedua2 belah pihak

Nangka7 Publish time 12-6-2020 10:02 PM

Terima kasih. Mudah-mudahan saya tergolong dengan sebahagian yang boleh diperbaiki..dengan izinNya..hanya berserah pada Yang Maha Kuasa. Boleh jadi stress fikir perihal ni.. Terima kasih saudara atas penjelasan. Saya amatlah hargai.

adila39 Publish time 12-6-2020 10:58 PM

Nangka7 replied at 12-6-2020 10:02 PM
Terima kasih. Mudah-mudahan saya tergolong dengan sebahagian yang boleh diperbaiki..dengan izinNya.. ...

Jangan stress ok. Keep searching info and best jumpa pakar, klu di Kl Sy boleh berikan contact kawan saya. Beliau Ivf Specialist.

ipes2 Publish time 14-6-2020 10:12 AM

adila39 replied at 12-6-2020 10:58 PM
Jangan stress ok. Keep searching info and best jumpa pakar, klu di Kl Sy boleh berikan contact kaw ...

Terimakasih mod. Mungkin boleh membantu TS

Skitzo187 Publish time 8-5-2021 06:27 AM

Saya juga adalah seorang yang mengalami azoospermia. Setakat ni belom membuat apa-apa tindakan susulan disebabkan kos yg tinggi. Doktor ditempat saya lakukan ujian kesuburan menyarankan saya untuk melakukan sedikit pembedahan di bhgian testis untuk mencari sperma. Kos pembedahan tersebut dlm range 5-6k. Disebabkan kos saya dan isteri menghentikan rawatan di hospital tersebut. Doakan saya dan isteri dimurahkan rezeki untuk kami dapat meneruskan rawatan dan seterusnya mendapat zuriat.
Pages: [1]
View full version: Azoospermia (tiada sperma dalam air mani)


ADVERTISEMENT