blacksweater Publish time 8-6-2020 06:01 PM

MOHON BANTUAN AIRCOND KERETA ROSAK

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Saya mempunyai kereta proton persona lama dari peninggalan arwah ayah saya, usia kereta dah 9 tahun.

Nak di jadikan cerita. Aircond saya bermasalah. Saya hantar kereta saya ke bengkel kawasan perumahan saya (arwah ayah selalu buat kt bengkel ni) . Tauke tu bagi tahu kena tukar COOLING COIL (NEW RM700) & COMPRESSOR MAGNETIC CLUTCH (SECOND RM80). Selepas seminggu aircond saya rosak balik dah tak sejuk.

Saya cari pakar aircond kereta kt google & youtube. Saya ada jumpa satu bengkel ni kt setapak, selepas saya tgk review ramai org bagi komen yg baik2. Saya pun bawak lah kereta saya ke bengkel, pekerja tu kata compressor dah terbakar & saluran aircond dah kotor sbb berminyak. Pekerja tu kata kena tukar satu set baru original, tak di galakkan tukar satu part takut rosak balik. Harga kasar RM3000. Di sebabkan duit tak cukup saya cari bengkel lain. Ada bengkel buka harga RM1500 - RM2000. Tapi saya was-was takut barang bukan original.

Dan skrg aircond kereta belum dibaiki lagi selama setahun lebih. Tengah mencari bengkel yg jujur. Saya harap kat sini boleh lah share2 bengkel mana yg bagus untuk saya. Yang original, berkualiti & harga berpatutan.

Saya duduk area kepong kuala lumpur. Bajet RM2000 ke bawah. Minta maaf saya buat karangan panjang. Terima kasih yg sudi membaca.

NamaKuMawar Publish time 8-6-2020 09:56 PM


sBt3IDNgq14

Sebelum ni kereta saya (Saga BLM) ada masalah aircond..sejuk n panas ikut cuaca..waktu pagi sejuk..bila nak ke tengah hari n petang, langsung takde angin..setahun lbh juga mcm tu..pastu saya try beli benda ni..lepas guna ni..aircond dah sejuk..

Tapi awak tunggu la pakar aircond ckp camne..saya ni sebab tak berapa ada bajet..tu yg try benda ni dulu..

tagas Publish time 9-6-2020 11:40 AM

cuba usha kedai lain

ekon ni masalah subjektif utk kenderaan

sbb part komponen nya bergantung antara satu dgn yg lain



kos nak repair mmg agak kasar

nak puas hati mmg kena ganti sume part

tp tu la kos besar



kadang2 pun takde la prob ape pun tp biasa la

kena klentong dgn kedai rosak tu rosak ni bagai :C

zulka Publish time 10-6-2020 12:24 PM

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=751872&extra=page%3D1

masuk sini.... penat2 aku buat thread ni nak juga pegi bengkel lain sapa suruh
Pages: [1]
View full version: MOHON BANTUAN AIRCOND KERETA ROSAK


ADVERTISEMENT