YgBenar Publish time 8-6-2020 01:24 AM

Next Grumpy Cat:Kucing Berwajah Bengis Ini Buat Ramai ‘Tertipu’

Seekor kucing yang mempunyai muka seakan bengis telah mencetuskan fenomena baru di media sosial selepas berjaya mengumpul ribuan pengikut di akaun Instagram miliknya dengan hanya bermodalkan ekspresi mukanya.


Kucing yang bernama Feline Kitzia itu kini telah mempunyai lebih dari 47,000 pengikut di akaun media sosialnya yang dibuat pada bulan April 2018.

Pun begitu, tuan kepada kucing tersebut, Viktoria Otdielnova yang tinggal di Florida, Amerika Syarikat kini menyatakan bahawa, jangan tertipu dengan mukanya yang seakan sombong dan bengis itu, ini kerana Kitzia sebenarnya sangat ‘baik dan manja’

Sejak kematian kucing sensasi warganet yang dikenali sebagai ‘Grumpy Cat’ atau nama sebenarnya Tardar Sauce, para peminat kucing tersebut masih lagi berusaha untuk mencari ‘Grumpy Cat’ yang seterusnya.

Dan berdasarkan daripada gambar-gambar Kitzia, dia mungkin calon yang tepat bagi memegang gelaran ‘Grumpy Cat’ yang seterusnya.




salmon-suki Publish time 8-6-2020 01:42 AM

Ni tgk depan2 mmg takut jgk ni;P

dani-rox Publish time 8-6-2020 01:51 AM

Angry cat :D

emelia1509 Publish time 8-6-2020 02:03 AM

Garangnya muka..
Tapi bila kucing rasa comel je tengok.

AyaqMeloSuam Publish time 8-6-2020 04:42 AM

Mcm llaki muka ketat tapi hakikatnya manja nk mampuih... alololololo... cute2nya

helicornia Publish time 8-6-2020 05:58 AM

alolo comelnya..manjanya dlm gambar paut lengan tu

Knowlee Publish time 8-6-2020 06:30 AM

Memang betul bengis muka dia... Tapi don't judge the book by its cover, muka bengis, hati lembut...

ellez Publish time 8-6-2020 12:05 PM

Rupa yg allah swt jadikan tetap comel dipandang even berona bengis...

Eric.n9 Publish time 8-6-2020 12:12 PM

Tengok muka je mmg nmpk bengis..
Tp bila tgk dia peluk tangan mama dia hahahahah, kantoi di situ.
Pages: [1]
View full version: Next Grumpy Cat:Kucing Berwajah Bengis Ini Buat Ramai ‘Tertipu’


ADVERTISEMENT