zasrfikri Publish time 7-6-2020 10:38 PM

BINTANG DI ALAM SEMESTA BAKAL MELETUP TAHUN 2022

Edited by zasrfikri at 7-6-2020 10:39 PM

GALAKSI VIRAL - Kajian mengenai bintang di alam semesta ini meletup sudah mula diperkatakan oleh masyarakat antarabangsa sejak tahun 2008 lagi. Ini adalah kerana terdapat satu bintangyang diberi nama V1309 Scorpii tiba-tiba meletup di ruang angkasa dan ianya mengejut ramai ahli astronomi pada ketika itu. Dan kini, sekali lagi situasi bintang meletup bakal terjadi pada tahun 2022 dengan merujuk kepada kajian ahli astronomi. Penemuan mereka ini sememangnya pasti menarik perhatian ramai orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang berlaku apabila bintang di langit meletup dan apa kesannya kepada kita di planet Bumi. Oleh itu, jom kita baca info ringkas mengenai fenomena alam semesta ini bagi memahami situasi ini yang bakal berlaku pada tahun 2022.

https://1.bp.blogspot.com/-x3TuSVDfH5A/XtvrZsMglsI/AAAAAAAAEAY/gxa-wYxIDy0CB4n5dClCZfGDk1lRfLQBwCLcBGAsYHQ/s400/BINTANG%2BMELETOP.png
Lakaran Imej Bintang Meletup - credit to Mr Scientific Youtube Channel


a) Ahli astronomi pertama yang memulakan teori bintang meletup ini pada tahun 2022 ialah Dr Larry Monar dan pembantu penyelidiknya Daniel Van Noord.

b) Dr Larry Malnoradalah professor di Jabatan Fizik & Astronomi, Kolej Calvin, Grand Rapid, Michigan, Amerika Syarikat.

c) Dr Larry dan pembantunya mula menjalankan kajian mengenai sebuah sistem bintang yang diberi namaKIC 9832227 pada tahun 2013 dan seterusnya mendapati sistem ini adalah sistem bintang binari (sistem bintang berkembar).

d) Bintang tersebut berada di dalam buruj Cygnus di langit utara dan jaraknya ialah 18 quadrillion km daripada Bumi.

e) Disebabkan kedua-dua bintang ini saling mengorbit di antara satu sama lain dengan jarak yang agak dekat dan ianya berputar seakan semakin laju setiap hari. Satu teori baru telah dicadangkaniaitu bintang ini dijangka akan bertembung dan meletup menjadi Red Nova pada tahun 2015.

https://1.bp.blogspot.com/-fQxsPSl-py0/XtvrZlgt0VI/AAAAAAAAEAU/AsAkwtX3T5oNVc17S9xEfaV3Zm-x-iUCACLcBGAsYHQ/s400/BINTANG%2BGERAK.png
Dua Bintang Saling Mengorbit Antara Satu Sama Lain

Adakah bintang ini jadi meletup atau tidak, boleh rujuk sumber rujukan link ini untuk info lanjut>>> BINTANG LANGIT MELETOP TAHUN 2022


Pages: [1]
View full version: BINTANG DI ALAM SEMESTA BAKAL MELETUP TAHUN 2022


ADVERTISEMENT