rohayatimat Publish time 7-6-2020 02:45 PM

KARI TULANG RUSUK DENGAN ROTI JALA, BUAT HIDANGAN KELUARGA SEDIKIT KELAINAN...

Edited by rohayatimat at 7-6-2020 02:46 PM



Mod raya PKPB masih terasa, mungkin ada yang baru selesai puasa 6, apa kata kita masak kari tulang rusuk dimakan dengan roti jala bersama keluarga tersayang.

Pasti anak-anak suka, satu kelainan dalam hidangan keluarga anda, maklumlah makanan seperti ini hanya dihidangkan pada jamuan hari raya atau majlis keraian.



Mari tengok bagaimana memasak kari tulang rusuk, kami hanya menggunakan 3 sudu besar ibu sambal untuk 2 kg tulang rusuk lembu.

Bahan-bahannya:
2 kg tulang rusuk, sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi, hirisan halia, 1 paket serbuk kari daging, santan, garam, gula dan 3 sudu besar ibu sambal.

Cara memasak:
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia. Kemudian masukkan 3 sudu besar ibu sambal diikuti dengan serbuk kari daging. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih dan akhir sekali masukkan tulang rusuk. Garam dan gula secukup rasa.



Selamat mencuba menu istimewa kari tulang rusuk pada hujung minggu begini, pasti menyelerakan...

2Ol3dStlyZk


rohayatimat Publish time 30-10-2020 04:37 PM

Resepi kari tulang rusuk ini juga sama dengan kari daging

sapasapa Publish time 14-5-2021 03:55 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: KARI TULANG RUSUK DENGAN ROTI JALA, BUAT HIDANGAN KELUARGA SEDIKIT KELAINAN...


ADVERTISEMENT