Resipi Puding Roti Sos Kastard Paling Mudah & Sedap.
Edited by trunks at 6-6-2020 06:10 AMAnda suka makan Puding Roti? Jika ya, resipi perkongsian saudari Nurul Shafira ni antara yang paling mudah untuk dihasilkan. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun tak banyak malah senang nak dihasilkan. Bolehlah cuba nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
vVk31Cl1qSs
CARA BUAT PUDING ROTI SOS KASTARD
https://cdn.rasa.my/wp-content/uploads/2018/11/44560329_1886209704831767_7657079905900822528_n.jpgBAHAN-BAHAN:
[*]10 keping roti sandwich – potong empat segi
[*]1 tin susu cair
[*]3 biji telur
[*]1 sudu teh esen vanilla
[*]5 sudu makan gula
[*]Buah campur keringsecukupnya – rendam dengan air panas (boleh abaikan jika tiada)
[*]Sedikit mentega
CARA MEMASAK:1. Satukan susu cair, telur, esen vanilla dan gula. Kisar hingga larut.2. Kemudian sapukan mentega pada roti dan juga pada loyang.3. Susun kepingan roti dalam loyang dan tuang bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya meresap cecair tadi.4. Tabur buah-buahan kering dan kukus selama 30 minit.
https://cdn.rasa.my/wp-content/uploads/2018/11/44543160_1886209754831762_904589291575836672_n.jpg
BAHAN SOS KASTARD:
[*]1 tin susu cair
[*]1/2 cawan air
[*]2 sudu makan tepung kastard
[*]4 1/2 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
[*]Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau rata.
[*]Kemudian campurkan semua bahan dan masa katas api perlahan. Kacau hingga sos menjadi sedikit pekat.
[*]Angkat dan sedia dinikmati bersama puding roti.
https://cdn.rasa.my/wp-content/uploads/2018/11/44563792_1886209728165098_2291901871788392448_n.jpgKredit resipi & foto: Nurul Shafiradan rasa
-------------------favorite saya ni..amboi sedapnya,tengok gambar aje dah rasa terliur
sedap dan senang.. malas dgn rajin nak buat je ni.. little_sis replied at 6-6-2020 06:06 AM
sedap dan senang.. malas dgn rajin nak buat je ni..
awak akan buat ke harini? hehe nampak mudah gila
yang kena buat tu kuah kastard dia tu aje.roti
beli aje.
trunks replied at 6-6-2020 06:09 AM
awak akan buat ke harini? hehe nampak mudah gila
yang kena buat tu kuah kastard dia tu aje.roti
...
insyaAllah.. senang je nih.. roti dgn kuah jer pun.. Sedapppp nampaknya
Makan sejuk2 best nih :loveliness: nefnefnef replied at 6-6-2020 04:05 PM
Makan sejuk2 best nih
makan cuaca panas pun sedap hehe
kalau bosan2 sarapan pagi tu,boleh cuba juga ni
Lengkong replied at 6-6-2020 02:26 PM
Sedapppp nampaknya
nampak id awak lengkong ni.saya teringat agar2 keras ni
peh nampak sedap keke
trunks replied at 6-6-2020 06:58 PM
nampak id awak lengkong ni.saya teringat agar2 keras ni
peh nampak sedap keke
Dulu2 i rajin je buat ni SMod..dekat2 nk raya..
Dulangkan agar2 bergula batu tu..bila keras potong memanjang kecik2..pastu jemur sampai bersakar..
Huhu ellez replied at 7-6-2020 04:00 PM
Dulu2 i rajin je buat ni SMod..dekat2 nk raya..
Dulangkan agar2 bergula batu tu..bila keras poton ...
pergh haha,teringin nak makan pula,tapi itula
tang nak jemur tu agak lemah sikit, kena
bawah matahari ke juga hehe
trunks replied at 7-6-2020 10:38 PM
pergh haha,teringin nak makan pula,tapi itula
tang nak jemur tu agak lemah sikit, kena
bawah mat ...
Iyelah kita kena jemur 2,3 hari sampai bersakar..
Hihi
Sehari tak cukup.. Tetima kasih SMod:loveliness: sedap... anak2 suka puding ni.. Puding roti sedap agar2 kering tu pun sedap. :) aqissa replied at 14-6-2020 01:42 PM
Puding roti sedap agar2 kering tu pun sedap.
kan hehe..mudah aje buatnya yang puding roti tu.
cuma ,saya belum dapat lagi makan agar2 kering
ni nak kena cari dalam group facebook lah nampaknya
kot ada pandai buat, sebelum kempunan hehe
Tq share resipi nak try buat lah Bleh try nti sedapnyaaaa :drool3: Tq share..senangnye resepi..teringin nk mkn..kena buat ni Sedapnya.. boleh try ni
Pages:
[1]
2