theflash Publish time 4-6-2020 02:13 PM

Misteri Tapak Lama Hospital Telok Anson ( Teluk Intan)




Nota- Cerita tentang tapak hospital ini aku pernah dengar sekitar tahun 2010. Masa kecil, Mak ada cerita tapi masa itu aku tak ambil pusing. Sedikit info tentang tapak hospital berkenaan, di bina 95 tahun yang lepas kalau tak silap dan dipindahkan atas faktor selalu banjir dek kerana berhampiran dengan Sungai Perak dan keadaan wad yang sempit, tak sesuai dengan kepadatan penduduk waktu itu. Di atas tapak hospital ini, didirikan pasar awam dan klinik kesihatan . Untuk kali ini, semua cerita dalam versi cerita kontot , sebab takat itu sahaja yang aku tahu dan dengar.

==========================================

1. Ah Seng dan kedai sayurnya

   Ah Seng merupakan penjual sayur yang sudah lama bertapak di tapak jualan sayurnya di pasar baru Teluk Intan. Memang setiap malam, ada hari dia perlu tidur di kedainya. Untuk info, gerai gerai jualan sayur di pasar ini berkonsep terbuka, tiada dinding atau pintu pun.

   Selalunya si Ah Seng akan tidur di kerusi malas dan kadang di bawah kabinet jualan berlapikkan kotak. Malam itu, dia perlu menunggu bekalan sayur dari Cameron Highland. Selalunya tugas itu dipikul anaknya, tapi disebabkan anaknya sudah berkahwin dan berpindah di Ipoh, dia kembali mengalas tugas berkenaan. Kira kira jam 2 pagi, dia terjaga.

   Kadang bunyi lori memasuki perkarangan pasar akan mengejutkan dia dari tidur,tapi kali ini , suasana pasar senyap. Bunyi kucing dan tikus berkejaran pun tiada ! Cumanya telinga menangkap bunyi riuh rendah di tepi sungai. Dia bangun dan terpisat pisat cuba merenung ke arah sungai yang sedikit kelam pemandanganya. Cahaya lampu jalan tak membantu.

   Kata Ah Seng, dia melihat segerombolan orang berkumpul di tepi sungai, lalu dia memberanikan diri pergi ke arah tersebut. Alangkah terkejutnya melihat beberapa lelaki sedang duduk bercangkung dan dibelakang berdiri lelaki berpakaian seragam tentera! Tentera Jepun ! Belum sempat Ah Seng sedar yang apa yang dilihatnya ini hanyalah gangguan, figura tentera itu terus menghayunkan pedang dan memenggal leher lelaki yang bercangkung !

    Kepala yang dipenggal bergolek dan betul betul singgah di kaki Ah Seng, dan waktu itu, kepala yang sudah berpisah dari badan itu bersuara,
   
       “Tolong aku, tolong!”

Tanpa lengah, Ah Seng buka langkah seribu menyorok bawah kabinet jualan.

Sejak dari kejadian , dia selalunya akan ditemani anak bongsunya apabila bekalan sayur sampai.
--------------------------------------------------

2.Ini pasar ke hospital?

         Kisah kali ini datangnya dari Musa, pemandu lori sayur dari Cameron Highland. Memang rutin bulanannya dia akan ke pasar awam Teluk Intan untuk menghantar bekalan sayur sebelum bergerak ke arah Klang. Waktu ketibaannya selalunya tengah malam. Cuma malam itu, dia tiba sedikit awal, kira kira jam 11 malam. Ini bukan kali pertama dia ke sini, tapi malam itu dia agak hairan. Suasana pasar sedikit sesak dan hiruk pikuk.

      Musa yang ketika itu ditemani kelindan lori, Samad , kebingungan. Di hadapan mereka terdapat deretan bangunan berdindingkan kayu, kelihatan beberapa wanita berpakaian putih semacam jururawat mundar mandir di kawasan pasar.

       “Eh, aku rasa 2 minggu lepas baru je ‘drop’ sayur. Takkan dah ada naik bangunan baru?|” getus Musa.

       Samad hanya diam seribu bahasa. Mereka berdua turun dari lori. Keadaan waktu itu berkabus tebal. Samad ketika itu mengamati kelakuan wanita serba putih yang lalu di hadapannya. Matanya terbeliak mengerling mereka berdua. Suluhan lampu lori menampakkan sesuatu yang aneh. Wanita berpakaian serba putih itu berjalan diawang awangan tanpa kaki! Bila di amati, hanya badan sahaja yang kelihatan, disebalik kabus , kosong !

         “ Ya Allah ! Mana kaki dia orang?!” Bentak Samad yang sudah ketakutan. Seraya itu, kesemua wanita berpakaian putih berhenti dari berjalan, dan tak semena mena berjalan meluru ke arah mereka berdua! Belum sempat pun Samad dan Musa hendak cabut lari, tahu tahu sahaja mereka berdua tersadung sesuatu dan terus ditimpa dengan sesuatu yang berat!

      “ Betul , takkan saya nak tipu, tanya kelindan saya ni sekali “ jenuh Musa menerangkan pada para peniaga pasar yang menjumpai mereka terdampar di tempat sembelihan ayam pada waktu Subuh hari ! Entah apa yang menimpa mereka malam itu, Wallahualam !
----------------------------------------------

3. Jangan lupa buang

   Ada satu kejadian aneh berlaku di kawasan jual ayam hidup. Sewaktu itu, Husin dibantu adiknya yang baru selesai STPM. Tugas adiknya Azman hanya membersihkan tempat sembelihan dan mencuci sangkar ayam dari najis.

      “ Adik, jangan lupa buang takung darah ni. Jangan di biar selambak begitu dalam tong cat.” Ujar Husin. Selalunya memang tugas Husin la yang akan menuang darah sembelihan di dalam sinki selepas tugas selesai. Memang Husin tidak suka darah dibiarkan terpercik di atas lantai simen. Dia lebih gemar menakungnya di dalam tong cat.

   Entah macam mana Azman boleh terlupa nak buang darah sembelihan. Esoknya kira kira jam 5 pagi sewaktu ke tempat sembelihan, mereka berdua dikejutkan dengan lembaga berkepak dan berbulu sedang menghirup darah dari tong cat tersebut!

    Azman yang ketika itu hampir seminggu cuti dek kerana demam dan terkancing gigi !

    Orang cakap, tapak sembelih ayam tu bekas rumah mayat. He… heee.. heee !
-------------------------------------------

4.Bayi merangkak dari sungai.

    Macam cerita sebelumnya, memang ada sesetengah pekerja yang tidur di kawasan dalam pasar sebab nak tunggu stok bekalan, ada waktu itu, ada kes kecurian sayur. Dengar cerita, ada beberapa orang penagih dadah yang mencuri sayur untuk dijual demi menghilangkan gian. Sanusi, kehilangan beberapa ikat sayur . Geram juga . Nak tak nak , malam itu dia mengambil keputusan untuk tidur semalam di gerai jualannya. Gerai milik isterinya, takkan nak suruh isteri bermalam di situ. Tiada masalah bagi Sanusi kerana pekerjaan hakikinya sebagai pengawal keselamatan.

       Setakat berjaga malam tiada masalah ! Kebetulan dia off day. Tengah sedap Sanusi melayan Klasik Nasional dan hampir terlelap, telingannya menangkap bunyi bayi menangis !Dia bingkas bangkit.

    Malam itu, ada juga beberapa yang bermalam di situ, tapi bila di suluh Sanusi dengan lampu picit, masing masing dibuai mimpi.

    Makin lama, makin kuat bunyi bayi menangis. Dia sebelum ini pernahlah juga mendengar cerita aneh dan seram di pasar ini, tak sangka malam ini dia juga akan merasainya.

   Dia beranikan diri meronda. Cuba memujuk hati, manalah tahu, memang ada orang membuang bayi, dapat juga dia selamatkan.

   Sewaktu dia berada di kawasan tandas awam, jantungnya
berdetak dengan kencang. Tiba tiba sahaja ada bayi merangkak keluar dari pintu tandas! Badan bayi itu di lumuri darah dan ada beberapa jurai pohon kiambang yang meliliti tubuh bayi itu !

    Sanusi berlari kembali ke gerai jualannya dan segera memanggil dan kejutkan peniaga yang lain !

   Malam itu, cerita Sanusi lagi, beberapa peniaga dapat melihat kelibat bayi merangkak dari gigi sungai naik ke darat. Ada yang cakap, ada segelintir ibu bapa yang sambil lewa membuang uri di sungai tersebut…
---------------------------------------------

5. Di sergah tentera Jepun

   Kejadian berlaku sewaktu hari dah nak Maghrib. Isa yang berniaga daging di pasar ini melepaskan hajat di tandas.

    Waktu dia membasuh tangan di sinki, kepalanya di hentak sesuatu! Terduduk dan bila dia melihat ke atas, ada lelaki berpakaian coklat cair dan tersemat ditepi pinggangnya, pedang samurai!

       Bagero! Lelaki itu bertempik! Sejurus itu muka Isa di sepak. Dia pening pening lalat. Hampir juga dia hendak pitam. Keesokkannya, satu pasar dia bertanyakan hal ini. Semua tidak tahu menahu. Sangka Isa itu mungkin orang gila yang berpakaian seperti tentera Jepun.

    Tapi bila dia terfikir, sewaktu pendudukan Jepun di sini, memang ada kes tentera Jepun memenggal kepala orang dan mayat dicampak di sungai.
--------------------------------------------
6. Disapa Penanggal.

   Ada satu bulan, tempat sembelihan ayam dikejutkan dengan kehadiran penanggal. Datangnya pada waktu malam, memakan segala isi perut ayam sembelihan. Pada suatu malam, pemuda bernama Rosli sedang hendak membakar segala isi perut ayam. Sebelum ini ada lori yang datang mengambil sisa itu untuk dijadikan makanan khinzir.
   
   Tapi Rosli bercadang untuk membakarnya sahaja dek kerana pada malam sebelumnya, isterinya terlihat kelibat penanggal yang datang dari arah sungai. Kiranya dari arah seberang .

    Sewaktu api di hidupkan , menggunakan mancis. Asyik terpadam sahaja, dan dia perasan, ada macam yang meniup dari belakang. Sangkaanya angin , memang situ kadang angin bertiup kencang juga , tepi sungailah katakan.

   Rosli berpaling, alangkah terkejutnya melihat ada penanggal yang menyeringai terawang awang di belakangnya. Mulut penanggal itu meniup mukanya.

   Malam itu dia dikejarkan ke hospital baru, terkena serangan jantung !

===============================================
Sekian sahaja cerita aneh yang aku dapat dan dengar mengenai tapak hospital lama di Teluk Intan ini. Kalau tak seram aku mohon maaf dan kalau ada lagi, aku akan bercerita lagi

theflash Publish time 4-6-2020 02:13 PM

Gambar hospital


Sumber goggle

theflash Publish time 4-6-2020 02:20 PM

Edited by theflash at 4-6-2020 03:51 PM

Kalau ada yang nak novel seram saya hehehe

boleh klik wasap link utk beli

wasap.my/+60163072942/buku555

sarah82 Publish time 4-6-2020 02:23 PM

Aku park dulu.. ;P baca tengah malam baru seram.. Tahniah TT sebab jadi penulis skrg.

tri-max Publish time 4-6-2020 02:54 PM

best2.. macam teaser suh beli buku ni
good job TT
nanti nak order buku ni, baca time PKP ni elok gak:lol:

bunga_durian9 Publish time 4-6-2020 05:13 PM

{:thumbo best..

theflash Publish time 4-6-2020 08:36 PM

sarah82 replied at 4-6-2020 02:23 PM
Aku park dulu..baca tengah malam baru seram.. Tahniah TT sebab jadi penulis skrg.

hihihi tq tq

sarah82 Publish time 4-6-2020 08:38 PM

theflash replied at 4-6-2020 08:36 PM
hihihi tq tq

Aku baca semua thread ang flash.Mmg aku akn order la buku tulisan ang.

terpaling Publish time 4-6-2020 08:47 PM

wahh thread baru !! terus selambak cerita sekali post. terbaikkkkk !! {:1_152:}

nazzse Publish time 4-6-2020 10:15 PM

Flash is back!
Siap keluar buku lagi..
Tahniah ya

supernaturalee Publish time 5-6-2020 05:44 AM

Flash is back!

Flashback

theflash Publish time 5-6-2020 12:12 PM

terpaling replied at 4-6-2020 08:47 PM
wahh thread baru !! terus selambak cerita sekali post. terbaikkkkk !!

Huehauahauahauahau

theflash Publish time 5-6-2020 12:13 PM

supernaturalee replied at 5-6-2020 05:44 AM
Flash is back!

Flashback

hahahahaha

ninigs82 Publish time 5-6-2020 01:16 PM

Baru order buku tu semalam lepas baca sini. Ada tak buku Flash yang lain-lain lagi?

awaynepian Publish time 8-6-2020 07:16 PM

Wow flash..xpernah mengecewakan even cerkon je kali nih

theflash Publish time 9-6-2020 08:12 AM

ninigs82 replied at 5-6-2020 01:16 PM
Baru order buku tu semalam lepas baca sini. Ada tak buku Flash yang lain-lain lagi?

buat masa ni
ni je hreehehehehe


insya Allah tahun ni satu lg

ninigs82 Publish time 11-6-2020 02:47 PM

Edited by ninigs82 at 11-6-2020 02:52 PM

theflash replied at 9-6-2020 08:12 AM
buat masa ni
ni je hreehehehehe


Dah habis baca. BEST!

Cepat la keluar buku baru tu! Hehehe kat forum segan nak meminta-minta update thread tapi buku baru, yes, push for it because I will buy it. Buku 3 Malam tu pun dah lama beli.


bujang_cun Publish time 17-6-2020 12:08 AM

terbaik.{:1_132:} yang last tu skip terus sebab dah tengah malam.. ngeri nak baca pasal penanggal. :sweat3:

Ipo Publish time 17-6-2020 09:06 PM

dah baca buku seram 555 tuuuu{:thumbo

theflash Publish time 29-6-2020 04:02 PM

Ipo replied at 17-6-2020 09:06 PM
dah baca buku seram 555 tuuuu

haahahaha tqqqqqq
Pages: [1] 2
View full version: Misteri Tapak Lama Hospital Telok Anson ( Teluk Intan)


ADVERTISEMENT