trunks Publish time 29-5-2020 06:53 PM

10 Negara Dengan Kelajuan Internet Paling Pantas Di Dunia

Edited by trunks at 29-5-2020 06:53 PM

https://iluminasi.com/img/upload/internet-terpantas.jpg
Kelajuan internet paling pantas pernah dicatatkan di dunia adalah 32 TBps atau 32,000,000 Mbps. Ia dihasilkan oleh penyelidik di Eindhoven University Technology di Belanda, dan University Central Florida, menggunakan serat multi-modal. Ia bukan satu ujian, sambungan internet ini diukur pada fiber berukuran 1 kilometer.
Dengan kelajuan ini, anda hanya memerlukan 0.03 milisaat untuk memindahkan filem bersaiz 1GB, atau 1TB dalam masa 0.03 saat. Jika itu belum cukup hebat, cuba bayangkan, 32TBps adalah jumlah keseluruhan trafik yang melalui internet di seluruh dunia, pada waktu puncak. Dah ternganga tak?
Bagi Malaysia, purata kelajuan internet adalah sepantas 8.9 Mbps. Sebanyak 52% daripada keseluruhan kawasan di Malaysia mempunyai kelajuan internet melebihi 4 Mbps, 4% melebihi 10 Mbps dan 0.9% melebihi 15 Mbpsiluminasi.com ingin berkongi 10 negara dengan purata kelajuan internet paling pantas di dunia.
Nota: Purata kelajuan adalah berdasarkan suku pertama tahun 201710. Amerika Syarikat
https://iluminasi.com/img/upload/white-house-washington-dc.jpgPurata kelajuan : 18.7 MbpsPurata kelajuan puncak : 86.5 Mbps
Walaupun Amerika Syarikat dikatakan sebagai antara negara termaju, dan negara yang menghasilkan individu hebat dalam bidang teknologi, namun tahun 2017 merupakan kali pertama negara ini berada dalam senarai 10 negara dengan internet terlaju.Kelajuan 18.7 Mbps merupakan peningkatan sebanyak 22% dari tahun sebelumnya iaitu 15.3 Mbps. Kawasan yang mempunyai akses internet terpantas di Amerika Syarikat adalah Washington DC dan diikuti dengan Delaware dan Massachusetts.

9. Denmark

https://iluminasi.com/img/upload/aarhus-denmark.jpgPurata kelajuan : 20.1 MbpsPurata kelajuan puncak : 74.4 MbpsBerada di tangga ke-9 adalah Denmark yang mana purata kelajuan internetnya menurun sedikit daripada suku ke-4 tahun 2016, kepada 20.1 Mbps. Liputan internet di Denmark merupakan antara yang terbaik di dunia, dengan 94.3% daripada seluruh kawasan di negara ini mempunyai akses internet dengan kelajuan melebihi 4 Mbps pada tahun 2015.

8. Jepun

https://iluminasi.com/img/upload/jepun-868.jpgPurata kelajuan : 20.2 MbpsPurata kelajuan puncak : 94.5MbpsNegara yang wajib ada dalam senarai yang melibatkan teknologi adalah Jepun. Jepun merupakan sebuah negara yang sangat produktif dan sangat mementingkan disiplin. Pada tahun 2017, purata kelajuan internet di Jepun meningkat sebanyak 11% daripada tahun 2016, daripada 18.1 Mbps. Jepun adalah negara dengan internet ke-4 terpantas di Asia.


7. Singapura

https://iluminasi.com/img/upload/singapura-306.jpg]Purata kelajuan : 20.3 MbpsPurata kelajuan puncak : 184.5MbpsWalaupun merupakan jiran Malaysia, namun purata kelajuan internet di Singapura adalah 4 kali ganda lebih laju. Peningkatan YoY (tahun ke tahun) kelajuan internet Singapura adalah yang tertinggi, iaitu sebanyak 24% daripada tahun 2016, menjadikan kelajuannya daripada 18.2 Mbps kepada 20.3 Mbps.Ia menjadikan antara negara terkaya di dunia ini sebagai negara ke-7 di dunia dan ke-3 di Asia dengan internet terpantas.

6. Finland

https://iluminasi.com/img/upload/finland-489.jpg]Purata kelajuan : 20.5 MbpsPurata kelajuan puncak : 75.1MbpsSelain menjadi pendahulu dalam bidang pendidikan yang terbaik di dunia, Finland juga merupakan negara dengan akses internet terpantas di dunia. Sebanyak 15% peningkatan kelajuan daripada tahun 2016 kepada tahun 2017, menjadikan kelajuannya sepantas 20.5 Mbps.Finland juga merupakan di kalangan negara terbaik disebabkan oleh tahap keusahawanan rakyatnya dan juga kualiti hidup yang tinggi.

5. Switzerland

https://iluminasi.com/img/upload/switzerland-382.jpg
]Purata kelajuan : 21.7 MbpsPurata kelajuan puncak : 93.4MbpsSwitzerland adalah negara yang menduduki tangga pertama senarai negara terbaik di dunia 2017 dengan servis kewangan yang maju dan sektor pembuatan berteknologi tinggi. Ia tidak terlepas untuk tersenarai antara negara dengan purata kelajuan internet paling laju di dunia.Pada tahun 2017, kelajuan 21.7 Mbps merupakan peningkatan sebanyak 16% daripada tahun 2016.

4. Hong Kong

https://iluminasi.com/img/upload/hong-kong-690.jpgPurata kelajuan : 21.9 Mbps MbpsPurata kelajuan puncak : 129.5MbpsNegara ke-4 di dunia, dan ke-2 di Asia dengan purata internet terpantas adalah Hong Kong. Hong Kong juga merupakan antara negara dengan sekatan penggunaan internet terketat di dunia.Namun ia tak menghalang negara mengalami peningkatan kelajuan internet sebanyak 10% menjadikannya sepantas 21.9 Mbps pada tahun 2017.

3. Sweden


https://iluminasi.com/img/upload/sweden-285.jpgPurata kelajuan : 22.5MbpsPurata kelajuan puncak : 95.3MbpsNegara yang mempunyai ekonomi yang stabil dan progresif, Sweden, berada di tangga ke-3 senarai ini. Pada tahun 2016, Sweden berada di tangga ke-4 senarai ini, namun mengalami peningkatan sebanyak 9.2%, lantas memintas Hong Kong.
Kelajuan purata internet Sweden pada tahun 2017 adalah 22.5 Mbps.

2. Norway


https://iluminasi.com/img/upload/oslo-norway-576.jpgPurata kelajuan : 23.5 MbpsPurata kelajuan puncak : 85.9 MbpsBerada di tangga kedua senarai ini, dan pertama di Eropah, adalah jiran kepada Sweden iaitu Norway. Seperti Sweden, Norway juga telah naik satu tangga pada tahun 2017 yang mana ia berada di kedudukan ke-3 pada tahun 2016.Peningkatan sebanyak 10% membawa kepada purata kelajuan internet Norway menjadi 23.5 Mbps.

1. Korea Selatan

https://iluminasi.com/img/upload/korea-selatan-72.jpgPurata kelajuan : 28.6 Mbps]Purata kelajuan puncak : 121MbpsNegara K-Pop ini mengungguli carta negara dengan purata kelajuan internet paling pantas di dunia, iaitu 28.6 Mbps, jauh meninggalkan Norway di tangga kedua. Anda pasti tidak terkejut Korea Selatan sebagai negara dengan internet paling laju. Ia dibuktikan dengan teknologi yang sangat ke hadapan, membuatkan apa sahaja mudah menjadi tular di Korea Selatan.Dan juga, Korea Selatan merupakan satu-satunya negara dalam senarai ini, yang mengalami penurunan kelajuan internet, iaitu sebanyak -1.7%. Namun, ia masih tetap berada di kedudukan pertama, dan selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2015.

sumber



------------------------------

laju2 sangat pun boleh pergi ke mana aje pun
kotla sampai ke bulan hehe (kata2 orang cemburu ni hehe)
tapi,kalau dapat 300mbps pun dah laju pun.lebih dari
cukup,sebab sekarang bukanlah nak download movies sangat
Netlix dan lain2 seumpama dah cukup.cuma kalau saya download

Tv series pun sebab new season Netflix lambat update sajala.

umbut Publish time 29-5-2020 08:45 PM

Nak laju2 kemana... takat ni ok je..

Supersirap Publish time 29-5-2020 08:48 PM

Info yang sangat menarik, terima kasih TT

kuihbakar Publish time 29-5-2020 09:02 PM

Musim pkp ni Unifi mobile kadang2 slow

trunks Publish time 29-5-2020 09:23 PM

umbut replied at 29-5-2020 08:45 PM
Nak laju2 kemana... takat ni ok je..

kan ? hehe nak pergi mana sangat pun.yang penting
unlimited quota,tapi ini pun ikut keperluan seseorang,
bukan semua perlukan unlimited hehe.

trunks Publish time 29-5-2020 09:25 PM

kuihbakar replied at 29-5-2020 09:02 PM
Musim pkp ni Unifi mobile kadang2 slow

bukan kadang2 lagi memang slow, rasanya.sebab plan ni murah
dan ramai sangat orang guna apa..lebih2 lagi ramai stay dirumah

kuihbakar Publish time 29-5-2020 11:45 PM

trunks replied at 29-5-2020 09:25 PM
bukan kadang2 lagi memang slow, rasanya.sebab plan ni murah
dan ramai sangat orang guna apa..lebi ...

Oooo gitu..... Ya plan ni ada special rate untuk kakitangan kerajaan

aziz79 Publish time 2-6-2020 11:49 AM

kuihbakar replied at 29-5-2020 09:02 PM
Musim pkp ni Unifi mobile kadang2 slow

hari hari slow ;P

kuihbakar Publish time 2-6-2020 01:29 PM

aziz79 replied at 2-6-2020 11:49 AM
hari hari slow

Hahah tabahlah
Pages: [1]
View full version: 10 Negara Dengan Kelajuan Internet Paling Pantas Di Dunia


ADVERTISEMENT